21
ㅡ
sooyeong pergi ke rooftop. dia memandang tiga orang perempuan yang ada disitu. senyuman sinis ditayang. "cantiknya pemandangan dekat sini!" sooyeong sengaja kuatkan suaranya.
mereka bertiga pusing menghadap sooyeong. "haduh seboklah pompuan ni. kau nak apa?!" tanya jungeun. dia memusingkan tangannya didada. "saje, nak tenangkan fikiran kejap. oh btw, aku nak tunjuk something"
sooyeong keluarkan telefonya. dia berjalan kearah mereka bertiga. dia halakan telefon itu. satu video dimainkan. alangkah terkejutnya jungeun setelah melihat video itu. "aku nak tanya, korang kenal tak orang dalam video tu?"
sooyeong sengaja bertanya sedangkan dia tahu siapa orang itu. "m-macam mana kau boleh ada video tu?" tanya yerim. dia sudah tak tenteram. "adalah, haih kesian sooyoung. takpe, aku boleh balaskan dendam untuk dia"
sooyeong menyimpan semula telefonnya. dia memanaskan badan untuk memulakan projek balas dendam. sooyeong berjalan kearah jungeun yang makin kebelakang. sempat dia menyelak rambut depannya.
jungeun berhenti apabila belakangnya terlanggar dinding rooftop. tak mahu dia pusing kebelakang, dia boleh jatuh kalau dia salah langkah. sooyeong senyum senget. dia mengacah mahu menolak jungeun.
yerim dan jinsol pula masih terdiam melihat sooyeong dan jungeun. niat mahu berlawan tapi takut jika mereka pula yang akan dibelasah. sooyeong mencekik leher jungeun. jungeun menepuk tangan sooyeong beberapa kali.
ini bukan kali pertama mereka bergaduh. kalini sudah masuk kali ke sepuluh. dahulu sebelum sooyeong diberhentikan sekolah, jungeun pernah mencekik sooyeong sampaikan dia hampir terjatuh dari rooftop.
sooyeong tertawa melihat wajah jungeun yang sudah kemerahan. dia rasa puas hati dapat buat begitu. "sooyeong-ah" panggil seseorang dari belakang. sooyeong lepaskan tangannya dari leher jungeun.
jungeun terduduk, dia cuba mencari nafas. sooyeong pusing kebelakang. dia menayang wajah polos. seperti tiada apa yang berlaku. "jom turun" lelaki itu mengajak. sooyeong pergi kearah lelaki itu.
dia memegang tangan yeosang. bibirnya tersenyum gembira. sempat dia mengerling kearah jungeun. satu kenyitan mata diberi. tertutup saja pintu rooftop, jungeun terus menjerit.
ㅡ
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro