Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

15

tangan sooyeong ditarik yeosang. sooyeong tidak meronta. dia hanya biarkan lelaki itu bawa dia sehingga ke rooftop. tangan sooyeong dilepaskan. "kau buat apa ni bodoh! kau sengaja kan pakai macam sooyeong! apa tujuan kau sebenarnya?!"

sooyeong mencekak pinggang kirinya. tangan kanan pula memicit dahi. sekarang dia perlu berlakon seperti dia ialah sooyoung. kalau tidak, sudah lama dia mengaku yang dia masih hidup. sooyeong menarik nafas.

"erm s-saya buat macam ni sebab sooyeong yang suruh. sebenarnya dia suruh saya jadi pengganti untuk awak. saya tahu awak takkan terima, tapi tolong buat ni demi sooyeong" sooyeong mencaci dirinya dalam hati.

tak sangka dia hebat dalam lakonan. "kau ingat dengan penampilan kau ni dah boleh buatkan aku rasa kau ni sooyeong ke?" yeosang mengangkat kaki mahu beredar dari situ, namun sempat sooyeong menghalang.

"bagi saya masa sebulan untuk buktikan yang saya boleh jadi sooyeong. kalau tak menjadi, saya ubah diri saya semula" yeosang memandang kebelakang. dia hanya menjeling sooyeong.

pintu rooftop ditutup kuat. sooyeong menjerit bagi lepaskan geram. patutnya dia beritahu saja yang dia hidup. tapi bagus jugak idea dia untuk menjadi sooyoung. takdelah cikgu tertanya tanya dimana sooyoung berada.

memandangkan sooyoung masih lagi ditahan di hospital, baik dia gunakan waktu keemasan ini untuk bersama dengan yeosang. kedengaran seperti jahat tapi boleh juga sooyoung luangkan masa dengan mingi.

sooyeong turun dari rooftop. "so sekarang ni mingi je tau" sooyeong berkata seorang diri. semasa sooyeong berjalan, ada orang tak sengaja melanggar bahunya. sooyeong mengadu sakit.

"ha sooyeong?" dia memandang kearah lelaki tersebut. "jangan kacau akulah" sooyeong melanggar bahu lelaki itu. sooyeong teringat sesuatu. "macam pernah tengok" dia membuat andaian sendiri. "jeong yunho?"

"heh entahlah" sooyeong masuk kedalam kelas. dia biarkan orang memandangnya. "sooyoung, tu kau ke?" tanya jiwoo. wajahnya nampak takut. sooyeong memandang jiwoo dengan penuh benci. "dasar kawan tak tepati janji"


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro