Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 9

TUBUH kurus itu terpelosok ke lantai tidak bermaya. "Aku tak nak... Lepaskan aku..."

Tidak pasti berapa hari telah berlalu sejak dia terkurung di situ bagaikan tikus. Makanan sudah lama tidak mengisi perut. Rasa lapar menggigit sisa tenaganya.

"Kenapa ni tiba-tiba ubah fikiran? Oh, sebab dia dah ada kawan kaya yang boleh kikis duit. Dia tak perlukan duit kita dah." Shah tersenyum dan seakan mahu ketawa. Hari operasi besar mereka kian bertemu namun kedegilan Lutfi menguji kesabarannya. Dia menarik rambut Lutfi dengan kasar. Wajah itu pun terlangut memandang.

"Shah, cukup pukul dia." Farhan menolak bahu Shah. Khuatir tindakan ketuanya itu langsung memusnahkan perancangan berbulan mereka. Buatnya Lutfi pengsan atau mati, sudahnya siapa mahu jadi keldai dadah mereka esok?

"Kau jangan sampai aku buat cara keras, Wan Lutfi!" Suara garau Shah menampar gegendang telinga Lutfi.

Kelam suasana gudang terbiar seolah menggambarkan nasibnya. Malang sungguh lahir sebagai seorang Lutfi yang miskin dan yatim. Semua rakan sekolah dan guru membenci. Ibu sendiri pula tidak kisahkan diri itu. Hanya dia yang berusaha bersungguh-sungguh mahu memberikan kebahagian walau secebis pada ibunya. Namun, tiada sesiapa sudi menghargai kehadiran itu. Lebih baik dia mati jika begini. Hidup pun tidak dirai, matipun tidak diratapi.

Pada detik itu, Lutfi sudah tidak kisahkan apa hari esok masih tertulis untuknya. "Kau nak buat apa? Bunuh aku? Bunuhlah! Kau nak bunuh mak aku? Buatlah. Aku dah penat hidup macam ni!"

"Bodohlah kau ni!" Shah menyembamkan Lutfi pada lantai tanah. "Kau nak aku seksa kau hidup-hidup ke dekat sini sial?"

Giliran Lutfi pula yang ketawa melihat Shah seperti cacing kepanasan. Kotoran di wajah dikesat perlahan. Nafas ditarik meskipun sakit. Tangannya terketar-ketar menongkat tubuh untuk kekal bangun. "Bunuh aku," tekad Lutfi.

Sebatang kayu berdekatan digapai Shah dalam keadaan berang. Anak matanya kian menjelas membaham wajah Lutfi.

"Kalau aku bunuh Zayyad?"

Tekak Lutfi berpasir. "Zayyad takde kaitan dengan aku."

Suara Lutfi yang bergetar menarik perhatian Shah. Remaja lelaki itu tersengih. "Kau tak kisah aku sentuh dia?"

Lutfi tak mampu menyorok perasaan takutnya andai Zayyad diapa-apakan. Pandangannya dilontarkan ke tepi. "Tak. Aku tak kisah. Dia bukan kawan aku. Aku tak ada kawan."

"Okey. Farhan, cari budak kaya tu. Kita jadikan dia keldai dadah kita. Kau boleh bunuh Lutfi," putus Shah. Batang kayu dicampakkannya ke lantai serta merta.

"Jangan sentuh dia," pinta Lutfi.

"Kenapa kau kisah pula ni?" Shah melepaskan keluhan.

"Ambil aku jadi keldai kau. Jangan sentuh dia," rayu Lutfi. Otaknya tidak dapat memikirkan apa-apa lagi. Dia tahu hidupnya sudah lama musnah.

Tangan Lutfi yang cuba menarik seluarnya disepak. "Kau? Yang muka macam bangsat ni? Tiup angin pun dah jatuh. Baik aku ambil Zayyad."

Namun, Lutfi langsung tidak berputus asa. Dia merangkak ke arah Shah. "Ambil aku. Aku merayu dengan kau..."

"Aku dah ubah fikiran. Cari Zayyad," arah Shah pada Farhan.

Farhan yang sejak tadi mendiamkan diri bersuara. "Zayyad ada bodyguard."

"Bodyguard dia takde time sekolah." Shah langsung tidak kisah. Yang pasti operasinya mesti berjalan seperti apa yang dirancang.

"Apa masalah kau! Kau dah buat aku macam ni... Sekarang kau nak seksa Zayyad pula?" tengking Lutfi dengan sisa suaranya. Air matanya laju mengalir di tubir.

"Ya. Aku suka dia," jawab Shah.

"Gila!" bengang Lutfi. Dia sendiri hampir jadi gila di situ. Kepalanya dipegang. Terhenjut-henjut bahunya seiring linangan air mata.

***

"HOW'S your day?" Jarang untuk anak majikannya menyajikan wajah sebegini apabila bersua dengannya. Faiz sedikit hairan. Stereng kereta dipandunya dengan satu tangan.

Bunyi pendingin hawa kereta mengisi benak.

Mata Zayyad tersasar kosong ke depan. Bukannya soalan Faiz tidak didengari. Mulutnya sahaja lambat untuk menjawab. "I am looking for my new friend. But he didn't come to school and this is the second day of him for being missing."

Faiz mengetuk-ngetuk stereng kereta dengan jari telunjuknya. "So, you are concerning about your new friend... Don't tell me he is the same person that being bullied on previous day."

"No... Different person." Cepat Zayyad menafikan. Matanya berkelip dan memandang ke tepi.

Bibir Faiz terjongket. Senyumannya senget sebelah. "You are not a good lier, Zayyad."

Zayyad takut jika Faiz akan memarahinya kerana bersahabat dengan seorang mangsa buli. Maka dia mendiamkan diri sahaja.

"Yad, I'm your brother, kan? No need to hide things from me. I'm not like mama and papa. Mind to share anything with me," pujuk Faiz.

"Lutfi. Dia hilang dua hari. Kitorang dah janji nak belajar malam ni tapi dia tak dapat dihubungi. Yayad nak pergi rumah dia petang ni," kata Zayyad. Alamat rumah yang ditulis Adkayra ada dalam genggamannya.

Telinga Faiz dipasang kedua-dua belah. "Bila?"

"Sekarang."

"Hmm... Okey. As long as abang ada teman. Should be okey." Faiz langsung memberhentikan kereta di bahu jalan. "Rumah dia dekat mana?"

Secebis kertas diserahkan pada Faiz.

***

"Assalamualaikum."

Tiga kali salam diberi Faiz. Ketiga-tiganya tidak berjawab. Zayyad yang berdiri di belakang memandang ke sekeliling rumah setinggan itu. Halaman rumahnya kelihatan terbiar seperti tiada penghuni. Namun, inilah kediaman berdasarkan alamat pemberian Adkayra.

Lalang setinggi pinggang terpacak di kiri dan kanan rumah. Sampah sarap pula berselerak di atas tanah. Terdapat satu motor model lama berdekatannya yang sudah tiada tayar depan dan belakang.

Saat itu Zayyad mula meragukan alamat berkenaan. Mereka berdua sudah tersalah rumahkah?

"Argh..."

Bunyi jeritan seseorang kedengaran. Zayyad memandang Faiz penuh tanda tanya.

Tanpa berlengah Faiz cuba membuka daun pintu itu dengan beberapa tendangan yang disasarkan ke tombol. Sekejap sahaja pintu itu hancur. Faiz dan Zayyad segera melangkah ke dalam rumah itu.

Satu bilik dituju Faiz. Dia yakin suara tadi berpunca dari bilik utama. Langkahnya diikuti Zayyad yang takut-takut untuk melangkah ke rumah yang disangka tiada penghuni.

Di bilik itu, mereka disajikan dengan susuk wanita bertubuh besar. Wanita itu terduduk di atas lantai sambil menahan sakit. Ada satu tali tebal terikat pada kipas siling yang seolah-olah sengaja disimpul seperti tali gantung.

Zayyad yang masih terkesima dengan situasi itu tidak dapat berganjak. Dia kekal di bingkai pintu bilik. Bau yang tidak enak menusuk ke rongga hidungnya. Dia tidak tahu bagaimana rumah sebegini boleh didiami seseorang.

"Mak cik okey?" Faiz menundukkan badan. Tangannya menyentuh bahu wanita itu.

"Aku nak mati..." bisik wanita berkenaan.

"Istighfar, mak cik," balas Faiz tenang. "Saya tolong mak cik bangun, ya?"

Meskipun ditolak tangannya, Faiz berkeras untuk memapah wanita itu ke katil. Sempat juga dia memeriksa jika ada apa-apa luka jerutan di leher wanita itu. Tali di kipas masih tidak berusik. Mungkin wanita berkenaan terjatuh dan tidak sempat meneruskan hasrat untuk menamatkan ajal.

"Korang ni siapa? Kenapa kacau aku... Aku nak bunuh diri..." gogoi wanita itu dalam tangisan. Suaranya amat lirih.

"Abang..." bisik Zayyad. "Saya rasa kita tak salah rumah."

Zayyad menyedari akan kerusi roda yang terbaring di dalam bilik itu.

"Mak Lutfi kemalangan kereta dan sekarang guna kerusi roda. Rasanya sejak dari tu Lutfi rela jadi kuli dorang."

Ayat Adkayra diingatinya. Tidak salah lagi itulah rumah Wan Lutfi dan wanita di hadapan mereka ini ialah ibu kandungnya.

Faiz mengangguk kecil. Dia beralih pada wanita di hadapannya. "Mak cik, kami kawan-kawan Lutfi."

"Keluar dari rumah aku! Lutfi tak ada kawan!" jerkah wanta itu. Tiba-tiba sahaja suaranya yang lirih menjadi keras.

Zayyad melangkah setapak ke belakang Faiz apabila merasakan panahan mata wanita itu menikamnya. Jika di sisi Faiz, dia lebih berasa selamat. Bibirnya terketap rapat.

"Mak cik, mana Lutfi? Dia tak datang sekolah dah dua hari." Faiz mewakilkan hasrat hati anak majikannya. Itulah tujuan utama mereka ke rumah berkenaan.

"Aku tak tahu... Aku kena bunuh diri aku dulu." Esakan tangisan kedengaran makin kuat.

"Abang, kita baliklah," bisik Zayyad. Dia takut untuk berlamaan di situ.

Faiz menggeleng perlahan. Mereka perlu meredakan dahulu keadaan wanita asing berkenaan. Mustahil untuk dia membiarkan seorang yang mahu membunuh diri berseorangan. "Mak cik, kami cuba cari Lutfi dulu. Nanti kami inform mak cik bila dah jumpa anak mak cik."

"Aku nak bunuh diri." Dalam tangis yang tidak berkesudahan, wanita itu terus mengucapkan hal yang sama. Dalam kepalanya seperti berlegar satu perkera sehingga menekadkan keinginan bunuh diri.

"Kenapa mak cik nak bunuh diri?" Faiz perlukan jawapan. Barangkali ia ada kaitan dengan kehilangan Lutfi.

"Kalau tak nanti Lutfi yang kena bunuh dengan syaitan tu..." jawab wanita berkenaan.

Tebakan Faiz benar. Anak majikannya bakal terpijak ke dalam masalah yang lagi besar gara-gara bersahabat dengan seorang mangsa buli. Namun, dia tidak boleh menyalahkan Zayyad juga. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Zayyad tidak mengerti. Siapa yang mahu bunuh Lutfi? Dia menjadi patung yang berdiri di situ sepanjang Faiz menenangkan ibu Lutfi.

***
votexkomen
.
.
.
Inspektor Yusuf Zayyad :))
.

40 vote 🔓 = BAB 10

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro