BAB 7
KELENJAR air matanya telah kering. Baki rembesan terakhir menitis dari kantung menyembah bumi.
"Aku tak nak..." bisik Lutfi lemah.
Dagunya ditolak ke langit.
"Kalau kau bergerak aktif, benda tu akan meletus dalam abdomen kau. Kau tak ada pilihan, Fiey."
"Aku tak nak jadi keldai dadah korang!" teriak Lutfi sebelum wajahnya menjadi mangsa tamparan maut Shah buat kali kedua. Bergegar pandangannya tuk seketika. Tanpa seurat pakaian, dia ditelanjangkan di dalam bilik itu. Tubuh kurusnya tidak terdaya untuk melawan sebarang ancaman.
Wan Lutfi berasa begitu jijik setiap kali dia dilayan begini. Keadaan Lutfi ditelan mati emak, diluah mati bapa. Wang perjanjian mereka amat diperlukan remaja lelaki miskin sepertinya buat membiayai kos perubatan ibu kandung. Bidik utamanya hanyalah wang segera.
Dengan bermodalkan maruah, mangsa buli Shah bertukar kepada pemuas nafsu luar tabi'e.
"Kau ingat aku saja-saja liwat kau selama ni? Bodoh, bodoh, bodoh!" Shah memakai seluar jeans lusuhnya di kerusi. Bukan sahaja tidak mahu mendengar, malah Lutfi ditipu hidup-hidup soal duit yang dijanjikan.
Farhan tersenyum panjang.
"Aku nak kau... Jadi keldai dadah aku. Atau aku akan tarik balik kesemua duit perjanjian kita," ucap Shah. Tubuhnya membelakangi Lutfi sepanjang percakapan. Farhan ditujunya untuk mendapatkan sepuntung rokok.
"Penipu... Kau janji nak bagi duit hari ni. Dah sebulan aku jadi patung bodoh kau," rintih Lutfi. Hingga saat itu, satu sen pun dia tidak peroleh.
Shah menghela nafas. Kepulan asap putih ditiupnya melepasi rongga mulut. "Kau yang bodoh Lutfi sebab percayakan orang macam aku. Tak ada siapa akan selamatkan kau."
"Dalam seminggu lagi, kita akan hantar Lutfi ke sempadan. Kira-kira kokain seberat 1kg akan dimuatkan dalam abdomen dia secara hidup-hidup," bilang Farhan pada ketuanya. Turut berada di situ beberapa orang konco yang bertugas buat menjaga pintu masuk dan pintu keluar gudang berkenaan. Inilah gudang yang menjadi saksi kepada penyeksaan Lutfi selama sebulan.
Lutfi memejamkan mata rapat. Jika mampu, dia mahu mati saat itu juga.
"Senarai pembeli?" Shah melabuhkan punggung di atas meja. Matanya jatuh pada paket-paket kokain yang telah dikecilkan agar muat melalui pembukaan anus Lutfi. Mereka tidak menganggap ini sebagai satu gurauan. Satu paket kokain dipegangnya.
"Ya, aku dah senaraikan semuanya dalam telefon bimbit ni." Log keluar dan masuk pelanggan kaya mereka tersimpan elok. Satu telefon bimbit model Nokia diletakkan Farhan ke atas meja. Turut menjadi alat perhubungan kumpulan remaja itu bagi berhubung dengan raja dadah.
"Lutfi, kau nak duit, kan? Selepas selesai transit ke lapangan terbang... Tugas kau selesai. Duit pun dapat." Di mata Shah, aturan perancangan mereka tiada cacat celanya. Waktu, hari dan persiapan teknikal telah menemui tetapan jitu.
"Aku tak nak..." bisik Lutfi lemah.
Jawapan remaja lelaki berkenaan membengangkan Shah yang baru hendak menggeliat. Shah terus terjun ke lantai dan menuju ke arah Lutfi sepantas kilat. Cengkaman tangannya menghinggap pada jinjang leher Wan Lutfi. "Macam mana aku nak fahamkan kau?"
Lutfi menelan liur kesat. Pernafasannya jadi terketar-ketar.
"Shah, jangan pukul dia dekat muka dah. Zayyad akan perasan nanti," Farhan bersuara. Khuatir pula pukulan maut ketuanya akan melunyaikan terus wajah hingusan Lutfi.
"Ah, lupalah. Kau kan study-mate Zayyad. Okay, baik. Kau selamat kali ni." Cukup dua tamparan keramat memakan pipi kanan Lutfi sebentar tadi. Shah melonggarkan cengkaman apabila disapa nama Zayyad.
Zayyad yang baginya elok dibuat jadi pemuas nafsu seterusnya. Dia sudah bosan dengan tubuh Lutfi yang kurus keding.
"Kau setuju je lah, Fiey. Kita kan kawan?" Nada Shah dikendurkan juga. "Paan, campak baju budak ni ke sini."
Pakaian seragam Lutfi yang dicemari debu dilayangkan ke udara lalu disambar Shah. Shah mengibaskan kemeja putih berkenaan sekali dua sebelum dipakaikan pada remaja di hadapannya perlahan-lahan.
"Zayyad sihat?" Shah bertanya.
Sungguh jijik soalan yang dilontarkan. Mulut Lutfi umpama telah digam. Dia memilih untuk tidak bercakap apa-apa mengenai sahabat baharunya.
"Aku dengar dia ada jam kecemasan. Betul ke? Takutnya... Ada bodyguard jaga," sambung Shah.
Perubahan raut wajah Lutfi mengundang tawaan Shah. Terlalu kelakar hingga air mata mengalir di tubir. Shah mengesat air mata sendiri. "Haih... Rahsia satu sekolah aku tahu, Lutfi. Untuk selamat, lebih baik kau dengar cakap aku... Atau Zayyad pun akan jadi mangsa. "
***
"HOW'S school?"
"School okay-okay."
Senarai isi kandungan satu jenama susu lembu ditelitinya.
"Not bad kan sekolah dekat sini?" Faiz setia berdiri di sebelah. Menjaga dan mengawasi anak majikannya di sebuah pasar raya berhampiran kampung.
"Hm, susahlah nak cakap. Saya nampak ada jurang darjat." Susu kotak itu diletakkan pada tempat asal. Jenama yang lain pula dibelek Zayyad. Dia sedang mencari susu segar dengan kandungan gula terendah.
"Antara?"
"Pelajar pandai dan pelajar kurang pandai. Agak kuat jurang yang cikgu ataupun pelajar sekolah letak. I don't like it."
"Apa je kita boleh buat?"
"Saya cubalah kan nak polish budak-budak yang kurang di mata cikgu ni. Tapi... Ada seorang budak pandai tak suka saya pula. Dia anggap saya ni macam nak overshadow dia. Padahal saya sebarkan ilmu je." Kandungan gula kotak susu di tangannya berada di takat yang dikehendaki. Dia meletakkan kotak putih itu ke dalam raga yang dijinjing Faiz.
"Yang budak tak pandai pula?" Faiz mengalihkan roti serat ke susunan raga yang lebih selamat. Bimbang roti itu dipenyet barangan berat lain.
"Hm, dorang okay je. Ada yang nak join saya belajar, ada yang tak sudi. Saya tak paksa dorang."
Bicara Yusuf Zayyad juga amat berbeza dengan rata-rata pelajar lelaki di sana. Sedangkan Zayyad hanya bertutur dengan sopan tanpa sebarang carutan. Dek kerana perkataan Zayyad bersih sahaja, ada sesetengah menganggap Zayyad seperti perempuan.
"Jadi cikgu pula kau dekat sana."
Zayyad memetik jari. "Ha! Tu lah yang cikgu cakap. Cikgu cakap saya berlagak pandai. Abang faham tak situasi Yayad? Saya benci tau ada sesetengah orang pandang rendah hanya sebab dia ada kelebihan. Saya tak pernah pandang rendah walaupun kadang tu saya lebih dari dorang. I just dont understand this kind of mindset. Dulu dekat sekolah lama, kitorang okay je kawan degan semua orang tak kisah kelas belakang ke depan..."
Mereka berdua meneruskan langkah ke rak yang seterusnya. Senarai barangan dapur keperluan Zayyad berbaki beberapa barang sahaja lagi.
"Aku dengar papa kata kau tak nak masuk sekolah ni dulu. Sebab kau anggap pelajar sekolah ni tak se'level' dengan kau."
"Mungkin saya pernah rasa macam tu... Tapi bila duduk satu kelas, saya dapat faham perasan orang yang ketinggalan dan kekurangan. Life is unfair isn't it? I wish I could do something."
"That's why papa put you here... He wanna you to feel how's others life."
"Hm... Ya, I know I was wrong before." Sebalang sapuan kacang tanah dipegang tangan kanan. Kebanyakan makanan yang menjadi pilihan adalah bersifat organik, rendah gula dan kalori. Tekak Zayyad agak berbeza dengan cita rasa mak cik kantin. Mahu tidak mahu, Zayyad perlu membuat bekal makan ke sekolah setiap hari.
"Good for you." Faiz mengambil balang sapuan itu dan meletakkannya di dalam raga mereka.
"If anything happened, can you save me?"
Timbul persoalan di permukaan dada. Tiada kerisauan melainkan amaran Lutfi untuk tidak bersahabat dengannya. Zayyad tidak pasti akan tindakannya yang terus menghulur tali persahabatan membuta tuli.
Dia cuba mengajar beberapa rakan sekelas yang mana Wan Lutfi adalah di carta utama.
"Notify me by using this watch... I can locate your location. As long as you wear this watch with you... it's gonna be okay. I promise."
"I made some friends."
"A good one?"
Lutfi mengangguk dan tersenyum. "Yayad nak pergi ke ruangan stationery juga. My friend didn't have any scientific calculator."
Teringat seperkara. Dia perlu belikan kalkulator saintifik baharu untuk sahabat baharunya. Padanlah Lutfi memperoleh kosong dalam kuiz baru-baru ini. Remaja itu cuma miliki kalkulator biasa yang tidak boleh memuatkan kiraan formula matematik tambahan.
"Sure."
"Abang nak apa-apa?"
"Perhaps , a cup of mocha. I wanna stay up and accompany you finishing your homework."
Zayyad tersenyum nipis. Faiz sering berkelakuan begini dari dia tadika. Satu-satunya figura seorang abang dan penjaga.
"Ada ke mocha dekat kampung macam ni? Jumpa pasar raya pun mujur...." komen Zayyad. Sedar permintaan itu agak mustahil. Bukannya mereka di tengah-tengah bandar kota.
"Kau buatkanlah untuk aku. Jom kita beli mesin kopi dulu," kata Faiz. Terselit keterujaan bagi mengecapi hasrat kopinya. Dia benar-benar mahu memanfaatkan masanya dengan tuan muda keluarga Dato' Malik.
"That's sounds great!"
***
votexkomen
.
.
.
Inspektor Yusuf Zayyad :))
.
40 vote 🔓 = BAB 8
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro