BAB 4
18 tahun lalu...
Wajah mencuka Zayyad menanti ibu bapanya di hadapan pintu utama rumah singgahan. Sungguh masam muka anak sulung Dato' Malik pada ketika itu.
"This is not in our agreement," Zayyad membuka mulutnya apabila Dato' Malik menarik bagasi ke ruang tamu rumah inapan mereka. Dua buah bagasi itu milik kedua-dua orang tuanya yang sudah bercadang hendak meninggalkan Yusuf Zayyad berseorangan di pinggir bandar.
"Please talk to your mom. I don't want to get involve in this drama." Dato' Malik awal-awal lagi sudah angkat tangan mengelak diri dari perbalahan mulut yang bakal tercetus sesaat dua lagi.
Seorang wanita berdarah barat memandang Zayyad dari jauh. Dia sedikit hairan dek situasi tegang yang tiba-tiba sahaja mengikat atmosfera rumah inap desa mereka. Sebelum jam 11 pagi mereka bertiga harus daftar keluar dan merancang perjalanan yang seterusnya di mana Zayyad bakal dihantar ke rumah ibu Dato' Malik.
"I don't like to be in that school. You better put me in any 'cluster' school rather than that regular daily school." Zayyad bersilang dada tidak setuju. Mati-mati diingatkan bahawa dia akan turut ke Eropah pada hari ini. Surat lapor diri ke sekolah menengah harian terbaring di atas lantai berdekatan daun pintu.
Dayana berjalan menghampiri anak tunggalnya. "I’m sorry but I disagree with you about this. Just suit yourself here."
Setiba di sofa tiga serangkai, dia melabuhkan punggung. Wanita kelahiran United Kingdom itu menepuk ruangan di sebelah sebagai isyarat untuk Zayyad duduk seketika. Mata biru lautnya ada pada lensa Zayyad. Sekilas dipandang, rata-rata mengetahui bahawa anak tunggal Dato' Malik berdarah kacukan barat.
"I prefer not to say this... But to be honest, those kids and me are not in the same level. Just bring me to Europe with you guys. I passed my IGCSE examination with flying colours. Why should I take SPM? Examination again? On what purpose?" Sebelah tangannya berada di udara seiring dengan pertanyaan yang asyik dilontarkan.
Pepeiksaan IGCSE yang dimaksudkan Zayyad merupakan sebuah program berasaskan sistem kurikulum antarabangsa iaitu Cambridge International General Certificate of Secondary Education yang berasaskan STEM. Yusuf Zayyad adalah antara pelajar cemerlang di sekolah asrama yang diduduki tahun lepas. Pantas sahaja untuk dia berasa sedikit 'jijik' tuk bergaul dengan pelajar sekolah harian di pinggir bandar. Cambridge Syllabus juga kurikulum yang diiktiraf di seluruh dunia setaraf dengan British GCSE dan International GCE O Level. Bukankah lebih baik jika dia terus memasuki kolej melalui fast track ini?
"Zayyad, my dear, papa and I have to settle down some business in United Kingdom. We don't want to bring you because it's gonna be so overwhelming. More over, it has been a while since you don't spend much time with Nekma. Both of us thinking this gonna be a great year for you to-"
"No! I want to go to Europe too. I can stay there with grandma." Zayyad membentak tidak setuju.
"Your grandma is in ICU. Nobody gonna take care of you." Dayana melirikkan mata ke kertas lapor diri yang dibuang Zayyad. Zayyad yang berdegil tidak mahu duduk masih berdiri. Membuatkan sang ibu meluruskan kaki sama. Langkahnya dibuka merapati remaja lelaki berkenaan. Yuzuf Zayyad sudah meninggi. Maka Dayana terpaksa melangut sedikit. Tangannya naik menyentuh dagu Zayyad yang mencuka.
Zayyad mencebikkan bibir. Dua lawan satu, tentu-tentu ibu bapanya akan menang. Jika dia mampu mempengaruhi Dayana, kemenangan akan menjadi miliknya. "You guys can take care of me or- Send me to any college? I'm pretty sure my application will be approved."
"I don't think so, Yusuf Zayyad. There's no any single colleges replying our application yet. At this time being, stay with Nekma. Unless, we received emails from any college. Understand?" Lembut pertuturan Dayana memujuk anak bujangnya.
Dato' Malik yang baru masuk ke ruang tamu tiba-tiba dipancing Zayyad.
"Papa, don't you worry about me? I'm not used to mix with random people. My malay language is not very fluent. They gonna make fun of me." Tipu Zayyad sekadar mahu meraih simpati. Penguasaan Bahasa Melayunya agak baik bahkan dia memperoleh gred A+ baru-baru ini.
"Keep yourself socialise. You gonna be okay with those students." Lelaki lewat 50an itu tidak termakan umpan sekali pun Zayyad menangis.
"Zayyad, teman Nekma dekat rumah. Kesian dia duduk sorang-sorang." Dayana menukar bahasanya. Moga Zayyad lebih mengerti. Itulah tujuan utama pasangan berkenaan berbuat sedemikian. Nekma berseorangan di rumah sejak kematian suami. Jarang anak-anak lain pulang ke rumah dek alasan sibuk bekerja. Sisi Dato' Malik tidak mahu melepaskan tanggungjawab ini, maka dia perlu meletakkan Zayyad di sini tuk seketika.
Hati Zayyad mula berbelah bahagi. Sinar mata Dayana mematikan hasratnya buat membentak sepanjang hari. "How about... elaun bulanan?"
"You can use my credit card and some cash. Dude, is that the only thing you worry about? Your dad is a millionaire." Dato' Malik mengambil kunci kereta di atas meja kopi. Dikira, tiada apa-apa barang yang tertinggal. Hanya tunggu masa untuk meninggalkan Zayyad sahaja.
"Any wishes, darling?" Dayana mengelus pipi anaknya.
"Mama dan papa tak sayang Zayyad." Zayyad telah kalah.
Sang ibu tersenyum kecil. "It's not like that... We love you."
"Jangan nak mengadalah. Mama dan papa pergi sekejap sahaja. Kami akan jemput Zayyad lepas SPM. Okay?" Nampaklah Dato' Malik tidak akan tewas dengan drama Zayyad. Dia cukup masak dengan akal anak lelakinya, satu-satunya pewaris perniagaan yang sedang diusahakan sekarang ini. Makin dimanjakan, makin mengada hingga tidak mampu berdikari.
"9 months from now? I don't have any idea-lah. My brain is fogging already."
"Such a cry baby. You are a man. You already hit 17 years old. Yayad, have a good time here. Enjoy everything... Don't think too much or it will kill your happy moment. Seventeen only comes once." Kedua-dua tangan Zayyad diraih Dayana.
Dato' Malik menggeleng perlahan. "You panggil dia Yayad, lagilah dia mengada-ngada."
Dayana pekakkan telinga. "My Yayad." Dibawa kekura tangan anaknya ke bibir lalu dia mengucup sekali.
Wajah cuka Zayyad mengendur perlahan-lahan.
"Be a good boy, okay? We have to catch our flight this afternoon... But first, you gonna be sent to sekolah menengah for lapor diri."
Bait pertuturan Dayana masuk ke telinga Zayyad dan terus diterima sang hati. Zayyad tidak lagi mahu memberontak. Dia di situ hanya akur pada permintaan kedua orang tua. Dia mula mengerti bahasa Nekma harus dijaga.
"Who gonna take me after school?" soal Zayyad.
Dayana mengalihkan pandangan pada suaminya yang duduk berehat di sofa. "We set one bodyguard to take care of you here. He will take you to rumah Nekma after school."
"Which bodyguard?" Zayyad menjongketkan sebelah kening.
"Your favourite one." Untuk meninggalkan anak kesayangan bersendirian, mereka harus memilih orang suruhan terbaik. Zayyad akan terdedah kepada bahaya apabila orang mengetahui tentang status kekayaan ayah Zayyad.
"Okay..." Zayyad mengetap bibir.
"Any wishes?"
"I just... want a hug."
***
Satah cermin tandas ditatapnya. Mata dikerdipkan beberapa kali untuk membiasakan diri dengan kanta mata hitam yang baru diletakkan.
"I hate this..." Gumam Zayyad sendirian. Air mata yang mengalir dikesat dengan belakang telapak tangan. Dia tidak biasa memakai kanta mata.
Anak mata biru lautnya perlu disorokkan untuk mengelak perhatian sewaktu di kalayak ramai. Dia tidak suka mengundang pertanyaan yang begitu banyak. Apatah lagi ini hari pertama bersekolah.
Urusan pejabat telah selesai. Dokumen pelajar sudah dimasukkan ke dalam sistem sekolah. Kini, Zayyad berlama-lamaan di dalam tandas lelaki gara-gara kanta lekap yang asyik memedihkan mata.
PAPP
Daun pintu masuk tandas dihempas dari luar secara tiba-tiba. Zayyad sedikit terkejut dan hampir menjatuhkan bekas kanta lekapnya.
Figura dua orang pelajar lelaki menyapa mata. Seorang berbadan tegap, seorang lagi bertubuh kecil.
Keberadaan Zayyad di situ bagai tetamu tidak diundang.
"Kau keluar sekarang!" herdik pelajar berbadan tegap berkenaan. Cekikkan pada kolar baju pelajar di sebelahnya dikuatkan.
"Kenapa ni? Tandas banyak kosong." Silap Zayyad kerana menjawab. Silap dia tidak menurut segera.
Zayyad masih belum bersiap dengan pakaian uniform. Itulah asbab mengapa dia mahu terus menggunakan cermin tandas. Tali leher tidak dipakainya lagi.
"Kau budak baru ke?"
"Sort of..." Terlanjur berbahasa inggeris di situ. Pelajar-pelajar di sini kesemuanya menggunakan bahasa Melayu dalam perbualan harian.
"Ingat nama aku... Shah."
"Salam perkenalan. Saya Yusuf Zayyad. Saya baru pindah minggu lepas." Konon sahaja baru pindah minggu lepas. Hakikatnya di baru ditinggalkan kedua-dua ibu bapa lagi tadi. Yusuf Zayyad menghulurkan tangan untuk bersalam.
"Bodoh." Shah tersenyum sinis. Kolar baju mangsanya dilepaskan. Dia bertapak ke arah Yusuf Zayyad. Dilihat pelajar itu atas dan bawah. Ketinggian mereka lebih kurang sama. Yang membezakan adalah wajah. Wajah Zayyad berdarah barat, tulang rahangnya lebih menyerlah bersama-sama profil tampan.
"Kalau kau nak selamat dekat sekolah ni.. Kau melutut depan aku sekarang," arah Shah. Huluran tangan Zayyad dibiarkan sepi.
"Aku tak nak," jawab Zayyad tanpa segan silu.
"Kau akan menyesal."
"Okay..." Yuzuf Zayyad tidak mengerti. Budaya di sekolah pinggir bandar ini sungguh berbeza ketika dia berada di asrama diraja.
Remaja lelaki di bingkai pintu yang ditinggalkan Shah hanya menunduk ke bawah. Meski Shah telah melepaskan kolarnya, dia tidak melarikan diri.
Shah sedang bersua dengan Yusuf di sisi cermin tandas.
"Apa nama kau tadi budak baru?"
"Yusuf Zayyad..."
"Kelas mana?"
"Erm... Entahlah." Pelipis kanan yang tidak gatal digaru Zayyad. Hampir terlupa buat memeriksa dia bakal berdaftar di kelas mana. Hari pertama sudah jadi begini. Bertemu dengan seorang gangster sekolah yang tidak siap.
Shah masih dengan senyuman sinisnya. Dia memandang Zayyad tidak lepas walau sedaat. Wajah kacukan milik Zayyad mula dicatat dalam memori untuk kegunaan masa hadapan. Susunan unit mata, mulut dan hidung semuanya berada di paksi sempurna. Makin dipandang, makin jelas raut wajah polos Yusuf Zayyad.
"Kenapa pandang macam tu? I better go-" Rasa tidak selesa menyelimuti hati. Tali lehernya dicapai selepas menggalas beg. Zayyad bergegas mencari udara luar tandas.
Kepalanya semakin pening dengan semua ini. Langkah dihayun selajunya tanpa arah tujuan. Asalkan jauh daripada mamat muka tak siap itu.
"I said it earlier... But mama and papa won't believe me... This school is a mess," bengang hati Zayyad.
***
votexkomen
.
.
Jom selusuri balik kisah silam Zayyad sebelum tragedi kebakaran berlaku! Ha..
.
.
Stay tuned
***
Upcoming episodes:
"Nekma, Zayyad tak tahu solat."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro