BAB 3
"DENGAR khabar, Inspektor Zayyad dah sedarkan diri dari koma. Iya?" Seorang pengarah berpangkat Komisioner Polis menyertai meja makan yang diduduki beberapa pegawai polis bawahan.
"Ya, Tuan Athif. Dia baru sedar beberapa hari yang lalu."
Kafeteria pejabat polis mula dipenuhi para pegawai seusai mesyuarat unit pada pagi itu. Unit narkotik adalah antara unit yang sentiasa hangat. Kes-kes jenayah berkaitan penyalahgunaan dan pengedaran dadah acap kali tumbuh hilang berganti.
"Tapi khabar angin mengatakan yang dia hilang ingatan," seorang koperal polis menambah ayat rakannya.
Athif menghela nafas halus. Zayyad ialah orang kuatnya dalam unit siasatan khas. Siasatan terakhir Zayyad sebelum tewas di lapangan ialah mengenai sebuah kumpulan tanpa nama. Zayyad menggelarkannya sebagai 'kumpulan X'. "Mesyuarat tadi ada juga utarakan untuk teruskan siasatan Inspektor Zayyad tapi... Agak mustahil andai Zayyad sendiri dah hilang ingatan tentang semua ni."
"Bukan ke kes siasatan Tuan Zayyad dah ditutup dengan tangkapan beberapa orang suspek utama. Salah seorang suspek ialah... Kawan baik Tuan Zayyad sendiri," Mirza mencelah. Karipap pusing di meja tidak berusik sesiapa kerana isu Zayyad hampir setahun menyepi dan didiamkan. Pagi ini, pejabat polis dihidangkan dengan berita tentang Yusuf Zayyad yang telah sedarkan diri.
Athif mengangguk sekali. Menjadi ketua unit ini, setiap ahli adalah di bawah tanggungjawabnya. Entah bagaimana Zayyad boleh diperangkap begitu mudah untuk ke markas musuh.
Teruk tubuh inspektor muda itu tatkala pasukan polis tiba di lokasi kebakaran. Wajah Zayyad berlumuran darah. Hidungnya patah, bibirnya terkoyak. Lengan kanan lelaki itu juga terbakar. Mereka hampir kehilangan Zayyad di dalam ambulans. Paru-parunya tidak berfungsi dek dicemari asap yang begitu banyak.
Athif tahu unit siasatan khas tidak akan melupakan hari hitam tersebut. Nyawa ketua mereka di hujung tanduk. Bahkan Athif sendiri yang memberikan bantuan pernafasan sebaik sahaja tubuh Zayyad dibawa keluar jauh daripada lokasi kebakaran. Zayyad tidak bernafas sewaktu dia menjumpainya.
Yakin ini angkara 'kumpulan X' yang menyasarkan Zayyad dari mula. Segala bukti berjaya menyabitkan Wan Lutfi, rakan baik kepada Inspektor Yusuf Zayyad.
"Kawan baik dia yang doktor pakar tu?"
"Ya, Doktor Lutfi," jawab Athif. Hatinya jadi berat.
Mirza bagaikan dapat meneka perasaan ketuanya, Athif. "Kami semua tak tahu nak beritahu macam mana dekat Tuan Zayyad pasal perkara ni... Dengan keadaan dia yang baru bangun dari koma, hilang ingatan... Kawan rapat dia yang dia anggap macam adik beradik disabitkan dengan kesalahan dadah."
"Hay wired." Athif tersenyum hambar. Dia sendiri masih belum menziarahi Zayyad kerana bimbang Zayyad masih trauma dengan segala yang telah berlaku.
"Tuan Athif, nanti kalau Zayyad dah keluar hospital, kita melawat dia di rumah. Kita buat makan-makan macam yang selalu unit kita buat." Seorang pegawai memberikan cadangan.
Masing-masing bersetuju sebulat suara. Mereka harus berikan kekuatan pada Zayyad. Jika sudah sepakat, seeloknya topik Zayyad dinokhtahkan bagi memberi laluan kepada minum pagi. Barulah secangkir teh dahlia dapat dinikmati tenang.
"Setahun rumah dia kena tinggal. Macam mana la agaknya rupa rumah tu."
"Eh, kau tak tahu ke yang Tuan Zayyad dah kahwin? Isteri dia yang jaga rumah tu selama ni."
"Ha? Mamat beku tu dah kahwin?!" Mirza terkejut beruk. Matanya tidak berkelip. Lantang suaranya dapat didengari polis-polis lain di meja sebelah.
"Bukan main bergosip. Lelaki kalau bergosip mengalahkan perempuan ya!" Sempat seorang pegawai polis wanita menyindir Mirza. Kebetulan dia lalu di sebelah kumpulan mereka. Nama 'Zayyad' tidak henti-henti menerpa pendengarannya.
"Sibuk la Dila. Ni hal orang lelaki." Cepat-cepat Mirza menolak sampukan Adila.
"Kau biar betul... Tuan Zayyad dah kahwin? Bila? Selama ni dia tak pernah balik rumah kalau ada operasi macam gaya orang bujang." Mirza memandang Khalish yang setentang dengannya.
"Siapa tahu? Dia pun lelaki juga. Mesti nak berpasangan. Umur dia pun dah pertengahan 30-an," Athif pun bersuara.
***
KERUSI roda diheretnya dekat ke katil lalu dia mengalihkan badan sendiri. Buku nota yang dibaca tadi disimpan kemas di dalam saku baju.
Cari ingatan yang seterusnya. Jangan bagi sesiapa pegang buku ni termasuklah Adkayra. Jangan percayakan sesiapa.
Truly,
Yusuf Zayyad, your past self.
Sebaik saja sedar akan tusukan branula di kekura tangan, sekali lagi dia menanggalkannya. Genggaman penumbuk kanan dikepal-kepal.
Ada seutas jam tangan kulit terbaring di atas meja sisi katil. Lalu Zayyad menolak roda kerusi ke arahnya.
Jam tangan mewah itu diambil. Tali kulitnya berwarna keperangan beroma. Tidak kelihatan seperti kulit sintetik.
"Hadiah birthday untuk sahabat aku."
"Kau gila Fie? Rolex kot ni. Tak kurang RM50, 000."
Bingkai jam itu mempunyai sentuhan keemasan berdiameter 39mm. Nilai artistik terpahat pada lilitannya. Ketajaman mata Zayyad mampu menganalisa sekecil-kecil tempaan yang ada pada jam tersebut.
"Rolex 1908," bisik sang hati. Tiba-tiba sahaja model jam itu terlintas di fikiran. Hati cukup yakin itu adalah jam miliknya.
Zayyad memakai jam itu pada pergelangan kiri. Terletak elok, padan dengan warna kulitnya yang cerah.
Roda kerusi ditolak perlahan-lahan menuju ke pintu kamar. Dia menolak daun pintu itu bagi melepaskan kerusi rodanya. Tiada sesiapa sedang mengawasi koridor. Peluang cerah untuk Zayyad bersiar-siar di luar sana.
Sekali pun Adkayra berpesan acap kali untuk menekan butang jika hendak ke mana-mana, Yusuf Zayyad bersikap tidak endah. Tubuhnya makin hari makin memperoleh segala kekuatan. Hanya kaki sahaja masih lemah tidak mampu berjalan sendiri. Ada kala Zayyad mengunakan topang ketiak bagi melangkah. Namun, dia lebih menyukai kerusi rodanya yang pantas bergerak hanya sekali tolakan.
Tingkap kaca seluas dinding dituju lelaki itu.
Paru-parunya menarik nafas dalam.
Ingatan yang hadir ibarat potongan puzzle kecil yang berselerakan. Dia tidak tahu aturan yang sebenarnya.
Buku nota kecil ditarik keluar. Mata biru Zayyad memerhati tiap-tiap tulisan pen di buku yang diibaratkan sebagai diari segera.
Kebakaran.
Lutfi.
Tiga hari berturut-turut, mimpi yang sama menjengah. Mimpi yang mana dia tersesat di dalam bangunan. Mimpi yang mana dia gagal mencari insan bernama Lutfi.
Zayyad tercari-cari pen di dalam saku seluar.
Ada suatu benda hendak dia catat sebelum terlupa.
"Weh, ni pen kau ke?"
"Tak, aku tak bawa apa-apa pen."
Suara lantunan remaja di belakang menarik perhatian Yusuf Zayyad. Lantas lelaki itu memalingkan kerusi rodanya. Semakin hari, Zayyad semakin pandai mengendalikan kenderaan sementara itu.
Dua remaja lelaki dalam uniform sekolah menengah pun menyapa mata.
Zayyad sekadar memerhati pelajar sekolah itu menekan butang lift. Di tangan salah seorang remaja itu terdapat pen hitam milik Zayyad.
"Malam ni... Aku tidur bilik kau lah. Nak kena siapkan homework addmath," bilang remaja lelaki yang berlesung pipit.
"Tak nak aku. Aku bukan gay, kau tidur jauh-jauh," balas remaja di sebelah sambil menolak bahu rakannya menjauh.
Perbualan ringkas sebegitu secara tidak langsung membuka suatu ingatan yang terbuku di minda Inspektor Zayyad.
"Yad, aku gay. Kau okay ke?"
Lelaki bermata biru laut itu terkesima. Kelopak mata berhenti mengelip. Aliran pernafasan mengisi benak kerana persekitarannya tiba-tiba sepi. Dia tidak mendengar apa-apa. Ada beberapa senario terjadi di alam persekolahannya yang begitu mendalam. Ada sesuatu yang meletakkan dia dalam posisi polis unit narkotik.
Dia tidak mampu mengingati episod lampau. Walhal itu adalah perkara paling penting yang dirasainya.
"Zayyad."
Zayyad mengerdipkan mata sekali dua. Goncangan bahu Adkayra mengeluarkan dia dari lamunan.
"Kenapa ada dekat luar?"
Kepala yang sedikit bengang dipegang Zayyad. Dia gagal mengingati perkara penting sekali lagi.
"Selalu curi keluar," omel Adkayra. Baru sebentar gadis itu pulang ke rumah untuk membawa makan tengah hari, katil Zayyad sudah kosong. Branulanya dicampak merata.
"Pen hilang," jawab Zayyad. Tersedar akan keberadaan dua remaja lelaki tadi telah lenyap dibawa lift.
Kekura tangan Zayyad diraih Adkayra. Seperti yang dijangka, kesan lebam di kulit tangan lelaki itu angkara perbuatan sendiri yang suka mencabut jarum sesuka hati. "Tangan awak lebam."
"Tak suka pakai jarum tu."
"Okay, tapi kena janji dengan saya... Awak kena makan dan minum air kosong banyak-banyak. Kalau tak saya tak ada pilihan lain untuk cucuk branula ke lengan awak pula." Adkayra menayangkan wajah tidak endah. Tangan Zayyad didaratkan ke tempat asal. Dia beralih ke tempat pemegang kerusi roda. Bercadang mahu mengembalikan Zayyad ke kamar nombor 24.
"Ya, janji." Di hujung jawapan kedengaran seakan meluat.
Adkayra ketawa dalam diam. Zayyad ditolaknya perlahan-lahan. "Macam mana pen boleh hilang?"
"Entahlah, ada budak curi."
"Budak mana pula..." Dia tidak mengerti.
"Entah." Zayyad menongkat kepala sendiri. Bilik demi bilik dilintasi mereka berdua.
"Saya boleh belikan pen yang sama. Pen favourite awak.. Faber castell 0.4mm, gel pen." Sampaikan jenis pen kegemaran pun Adkayra tahu. Apa sahaja yang gadis ini tidak arif mengenai insan yang bernama Yusuf Zayyad.
"You know a lot about me."
"Of course. I am your wife."
"Why dont you tell me what actually happened one year ago?"
"Zayyad, awak kemalangan kereta."
"Lier."
Tolakan kerusi roda Zayyad terhenti. Adkayra melepaskan genggamannya jatuh ke tepi jahitan seluar. "Apa yang saya buat semua untuk kebaikan awak. Daripada subuh hingga ke isyak, saya cuba buat yang terbaik untuk awak. Bila awak panggil saya penipu, seolah-olah saya orang yang paling jahat."
Tuduhan Zayyad menghiris hati rapuhnya. Dia tidak tahu hendak melakukan apa bagi memperoleh semua kepercayaan Zayyad. Sudahlah Zayyad tidak mengaku dia sebagai isteri sah. Padahal, dia yang paling menjaga kebajikan Zayyad siang dan malam. Apalah sangat gaji seorang jururawat nak dibandingkan dengan usahanya. Itu semua kerana cinta dan kasih pada lelaki di hadapan ini.
Butiran air mata mengalir ditubir tak semena-mena.
Ringisan tangisan memanggil Zayyad tuk memaling ke belakang. "Kayra..."
"Awak nak apa Zayyad? Seminggu ni sepatutnya kita di fasa untuk pulihkan keadaan. Bukannya awak asyik syak wasangka dengan saya setiap hari. Pernah ke saya sakitkan awak walau sekali?" Pucuk hidung Adkyara memerah. Pipi gebunya dibasihi air mata kecewa.
"Saya tak bermaksud macam tu."
"Then, stop calling me lier! or what ever your suspicion."
"I'm sorry. It just hard for me to accept all of this," jelas Yusuf Zayyad.
"Just for you? Mister, don't you think it hard for me to see my husband, my coma husband that just wake up... "
"Adkayra," panggil Zayyad. Air mata gadis itu mengalir tidak henti. "I'm truly sorry, okay?"
"Write on your memo book, then. That you will never suspicious of my existence."
Zayyad mengangguk setuju. Dia memandang perbuatan Adkayra yang mengelap sisa tangisan berkali-kali. Rasa bersalah terbit di hati. "Okay, after we got a new pen. Okay? I'm sorry for being such a jerk for this few days."
"You memang jerk sepanjang I kenal you."
"I am sorry. Berhenti menangis."
"You think I'm your co-worker? Nak bagi arahan suruh itu ini."
"Adkayra, let's be realistic. I'm having difficulty, short term memory loss. Kita bergaduh hari ni... Esok saya tak akan ingat apa-apa. Jadi please, settlekan hari ni. Esok kita boleh buka buku baru. Hm?" Itulah yang dikatakan Doktor Luqman perihal keadaan Zayyad pada ketika ini. Dia hanya akan ingat apa yang terjadi pada hari ini. Sebaik sahaja memejamkan mata, keesokan hari segalanya kosong dalam ingatan. Dia tidak akan mengingati apa-apa walaupun nama sendiri. Buku memo adalah penyelamatnya untuk mengingati wajah-wajah dan pesanan bersifat future self.
"Why don't you love me for today? Esok kita boleh kembali jadi macam biasa balik. Awak tak akan ingat apa jadi hari ni." Memang Adkayra merindui Zayyad.
"Okay-okay. Let see... Jom makan? Sayang?"
"Much better." Adkayra mengangguk kecil seperti kanak-kanak yang terpujuk dengan lolipop manis. Panggilan 'sayang' Zayyad memberikannya kemanisan hidup.
"Tho I will not remember what happened today, please make it meaningful for you."
***
vote x komen
***
So far macam mana? New story kita :)
.
.
.
upcoming episode
"Salam perkenalan. Saya Yusuf Zayyad. Saya baru pindah rumah. "
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro