Bab-5
“Haura.”
Aku berpaling ke sebelah kanan. Wajah Qayyim aku lihat tanpa riaksi.
“Kakak.”
Aku berpaling pula ke sebelah kiri. Izaan sudah memuncung mulut.
“Izaan kenapa ada dekat sini lagi? Kau bukannya unit 001, Izaan. Ni dah mengganggu privasi unit,” ujar Ruby. Izaan yang memerhati aku beralih perhatian kepada Ruby pula. Muncungnya dilenyapkan. Matanya dijelingkan.
“Ha perangai.” Ruby menggeleng.
Ai yay ya~
I'm your little butterfly~
Izaan angkat telefonnya. Skrin ditekan lalu ditekupkan ke telinga. “Ya, Papa?”
Aku, Ruby, Ivy, Qayyim, Arasyah, dan Kris memandang kosong kearah Izaan. Ivy yang masih memeluk lengan kanan aku masih tidak dilepaskan pegangannya dari saat mula-mula dia masuk ke bilik ini.
“Izaan pergi mana? Kenapa tak ada dekat rumah?” Suara Tengku Shahrizal kedengaran jelas walaupun Izaan langsung tidak menaikkan pembesar suara. Ketegasan di suaranya membuatkan semua orang disini diam menikus kerana takut. Papa kan pengasas utama H.E.
“Erm… Iz- Izaan dekat H.E. Kenapa Pa?” Izaan menjawab dengan suara yang berbisik. Acah tak mahu kami semua dengar dan tahu yang dia dah kecut.
“Papa cari dekat bangunan syarikat, Iz tak ada. Kenapa pergi H.E?”
Izaan kemam bibir. Dia tengok aku. Aku geleng kepala. ‘Kau petik nama aku sebab nak selamat, siap kau.’ Aku berkata sebegitu tanpa mengeluarkan sebutir suara kemudian membuat gaya memotong leher.
“Izaan ikut kakak. Lagipun kereta kakak rosak tadi, Iz yang hantar kakak dekat H.E. Kakak kata kakak rindu H.E,” kata Izaan tanpa rasa bersalah. Pernah ke Izaan mendengar alasan aku? Pernah ke Izaan turut kemahuan aku? Kecuali semua perkara itu membawa manfaat kepada dirinya baru Izaan akan lakukan.
Mata aku mencerlung ke arah Izaan.
“Okey. Balik cepat sikit. Mama dah merajuk.”
Panggilan ditutup.
“Nak balik dah ke?” Aku menyoal perlahan. Izaan geleng kepala.
Ivy yang masih tidak melepaskan lengan aku mengetatkan lagi pegangannya. “Kak Haura jangan pergi mana-mana.”
Aku ketawa kecil mendengar Bahasa Melayu Ivy yang masih pelat. Tak sia-sia H.E buka kelas untuk belajar bahasa pada hari minggu. Selain daripada Bahasa Melayu, agent di H.E turut belajar bahasa lain kerana tempat mereka akan ditempatkan akan berlaku secara rawak.
Lagi bagus jika kau tahu pelbagai bahasa. Tak adalah kena scam dengan makcik-makcik yang asyik nak mengumpat kau atas sampai bawah.
Aku cuba lepaskan pegangan Ivy tapi sikit pun gadis ini tak berganjak. Semakin dia eratkan lagi adalah. Takut aku tinggalkannya lagi. “Aik? Mana boyfriend baru Ivy?”
Saja aku tanya. Nak tahu juga siapa lelaki yang malang itu kali ini.
“Dah breakup.”
“What! You're doing it again, Livya! Please stick with one guy at least for a month, my dear sister.” Kris dah bengang. Aku ketawa kecil.
“What? Why?! At least I'm lucky enough and easy to get a lover. Unlike you, a single man since born! Are you gay, brother?”
Kami lihat pula peperangan dua beradik Jerman ini.
Kris mendongak ke langit. Kedua telapak tangan memegang kepala. “God!”
“Lepastu? Bila nak habis meeting kalau semua tak serius macam ni?” soal Qayyim. Dia dari tadi memegang pen. Kewibawaannya sebagai pekerja korporat masih tidak hilang walaupun perangai macam budak tak matang diluar sana. Cuma yang malang kerana ditarik oleh Qayyim kesana kemari itu hanya Arasyah.
Arasyah mengalihkan buku yang ditekup ke muka. Kedua matanya dia genyeh beberapa kali kemudian menguap luas. Aik tidur?
“Okey serius.” Aku tarik nafas dalam-dalam.
“Macam yang kau semua tahu, 001 diberikan tugasan untuk menjaga dan juga memantau seorang businessman yang agak terkenal dalam dunia perniagaan.”
Beberapa keping kertas diagihkan oleh Ruby. Ruby mencetak maklumat penting untuk diberikan kepada 001.
Izaan hanya melihat. Lagipula, dia bukannya ahli unit 001. Baik kau balik aje lah Izaan. Menyemak.
“Tuan Noah Harith. 27 tahun. CEO di NOA’s Company yang mencipta dan menjual barangan robotik. Beberapa bulan yang lalu, Tuan Noah dapat surat-surat ugutan yang mengancam keselamatan dirinya,” jeda aku. Aku lihat ke arah Ruby. Ruby akur lalu membuka projector dihadapan kami.
Gambar-gambar yang menunjukkan bukti ancaman tersebut mula terpapar di skrin putih.
“Ruby cuba godam beberapa hari yang lepas. Jejak yang ditinggalkan berkemungkinan besar adalah kerja Lord.” Aku sambung lagi.
“Cop. Jadi? Kenapa Lord nak datang balik?” Qayyim mengangkat kening.
“Sebab dia tu gila.” Arasyah membalas.
“Sebab dia tak betul.” Kris menyampuk.
“Dua ayat kau orang tu sama aje lah maksud dia.” Ivy mengerut dahi.
“Pfft.”
Kali ini semua berpaling ke arah Izaan. Izaan yang perasan akan dirinya diperhatikan kemudian mengangkat kepalanya. “Apa?”
“Kau keluar. Sebelum Papa mengamuk.” Aku mengeluh.
Ai yay ya~
I'm your little butterfly~
Pak!
Izaan pantas bangun sehingga kaki Izaan tersepak kerusi namun cepat-cepat dia seimbangkan badannya agar tidak terjatuh.
Tahu lah yang Papa dah call dia.
Hilang saja kelibat Izaan, aku pandang Ruby semula.
Ruby menekan keyboard. Gambar seorang lelaki yang ditembak pula berada di skrin.
“Ini Dean. Bodyguard Tuan Noah. Sekarang terlantar di hospital selepas ditembak di bahagian kanan. Luckily, it's not fatal.”
“Dean? Dekan university?” soal Qayyim.
“Deanial. Nama dia Deanial. Nickname dia Dean.”
“I feel like I'm the one in denial right now.” Kris menggelengkan kepala.
“Gila lah kalau Lord betul-betul terlibat. Lepas dia putus ikatan dengan H.E…” Ivy terjeda.
“So it's a fight between Ace and Lord?”
“I think?”
🌸🌸🌸
To Be Continue
Read•comment•vote
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro