Bab-4
PINTU gah milik H.E terbuka luas secara automatik apabila aku melangkah masuk bersama Izaan di sisi kanan.
Saja mahu berhenti sekejap disini melawat kawasan. Lagi pula aku mahu mendapatkan beberapa data daripada hq.
"Ace!"
Suara seorang gadis yang amat aku kenali serta merta membuatkan aku tersenyum lebar. "Ruby...!"
Ruby atau nama sebenarnya Rabiatul mula mendekati aku dengan langkah yang dilajukan. Penampilan Ruby tidaklah terlalu menonjol. Dia memakai cermin mata seperti budak nerd, tapi bibirnya merah menyala seperti permata ruby.
"Kau demam apa datang sini? Tak pernah-pernah kau jejak kaki kat sini." soal Ruby. Aku menjongketkan sebelah keningku tinggi.
"Kau tak suka ke?" soal aku semula. Ruby tersengih.
"Bukan apa. Kau tu nak tengok muka kau, tiga bulan sekali baru nampak. Sampaikan pekerja kat sini tak tahu siapa senior mereka yang semua agungkan tu!" Suara Ruby ditinggikan sedikit di akhir ayatnya.
"Eee, melebih lah kau. Siapa agungkan siapa ni?"
"Of course our Ace of H.E!" sampuk Kris. Jejaka itu terus memeluk bahu Izaan daripada belakang. Terlupa Izaan masih ada disini, aku pula yang terkejut sebab mamat ni tak pergi lagi.
"Yo, Kristin." Izaan memanggil. Kris hanya membalas dengan memberikan side eye dengan bibirnya yang tersenyum manis.
Kris atau nama penuhnya Kristin Rowand merupakan jejaka kacukan Jerman-Melayu. Pada mulanya dia bekerja di H.E cawangan Eropah sebelum bertukar ke cawangan Asia beberapa tahun yang lalu.
"Macam-macam," gumamku perlahan. Aku meninggalkan mereka bertiga. Kemudian mendengar derapan kaki mereka cuba mengejarku apabila menyedari ketiadaan aku bersama mereka.
"Kau cari apa Haura?" soal Ruby. Ditangannya memegang beberapa dokumen.
Izaan dan Kris sudah lama pergi entah ke mana. Pandai-pandai lah mereka hidup.
"Tu apa?" soal aku apabila ternampak gambar passport Tuan Noah tertera di salah satu dokumen tersebut.
"Ni? Oh... Aku lupa yang aku kena bagi kau ni. This is yours." Ruby menyerahkan dokumen tersebut.
"Banyak ke hq suruh kau hack?" tanya aku sambil membelek kertas-kertas tersebut. Kemudian aku mendengar keluhan penyesalan daripada Ruby. Dengan automatik aku tersenyum lebar. Padan muka.
Di H.E, semua agent akan diletakkan kepada kumpulan. Elite spy mempunyai tiga unit yang diketahui umum.
001
002
003
Setiap unit akan mempunyai ahli yang mempunyai kebolehan berbeza-beza.
Ruby handal dalam menggodam manakala Kristin handal meneutralkan bom. Dan beberapa orang lain lagi di dalam unit aku yang belum aku kenalkan.
"Is this our last mission as 001?" soal Ruby dengan wajah sedih.
"Don't be sad. Even if I cant be your leader anymore, you will get another superior to be the leader of 001." Tenang aku menjawabnya.
"But... it will not be the same anymore, Ace." Ruby menggeleng-gelengkan kepalanya, tidak setuju.
"Ruby... Kalau kau semua perlukan aku, aku masih lagi disini. Dan walaupun aku dah berhenti dari H.E, aku masih lagi Ace of 001." Aku menggosok kepala Ruby dengan lembut. Ruby muda dua tahun daripada aku, menjadikannya sebaya dengan Izaan. Dah macam adik aku sendiri.
"Fine, promise with us. Kau tak akan lupakan kami, agent unit 001. Ruby, Ivy, Kris, Qay, dan Sky akan setia dengan Ace kami." Lembut Ruby berkata.
Bercakap fasal ahli lain, baru aku perasan yang nereka tiada disini.
"Mana yang lain?" soalku penuh tanda tanya. Biasanya waktu-waktu sebegini, bilik khas untuk 001 sudah dipenuhi oleh mereka berlima.
"Qay dengan Sky... Kau tahu la kat mana diorang tu sekarang. Tengah main futsal dengan junior H.E yang lain." Ruby mengeluh. Susah kalau ada yang jenis mudah bergaul tak kira masa. Masalahnya hanya Qayyim sahaja yang begitu. Arasyah pula dipaksa ikut.
Qayyim menggunakan nama code Qay manakala Sky adalah nama code bagi Arasyah.
"Ivy?" soalku lagi apabila gadis mat salleh itu turut tiada disini.
"Ivy pergi shopping dengan boyfriend baru dia," kata Ruby dengan selamba.
"What?!" jerit Kris yang baru sahaja masuk bersama Izaan.
Oh ya, Kris adalah abang kepada Ivy atau nama penuhnya Livya Rowand.
"Did ya said Ivy going out with new guy? Again?! Its her third time for this month!" bebel Kris. Adiknya iaitu Ivy memang jenis diva sikit. Tak cukup satu, selalu tukar-tukar macam tukar baju!
"HAHAHAH!" Tawa Izaan terletus.
"Izaan? Kenapa kau kat sini lagi?" Aku mengerutkan dahi. Lama pula budak bendul ni bertapa dalam H.E.
Biasanya belum sempat masuk sepuluh minit dia dah cau keluar. Izaan seperti teringatkan sesuatu.
"Ye tak ye kan? Kau punya pasal lah ni," ujar Izaan sambil menolak bahu Kris sehingga Kris tertolak dan mengaduh kesakitan yang tak seberapa.
"Do that again or I will reaaaally kill you. Son of CEO or not, your dead body gona be mine," ugut Kris. Izaan meneguk air liurnya.
"Woah chill..." Kata-kata Izaan terjeda sebelum dia berpaling ke arah aku dan Ruby. Tapak tangannya naik ke pipi untuk melindungi bibirnya daripada dibaca.
"Dia jadi macam ni sebab Ivy ke?" bisik Izaan dengan nada perlahan.
"Aku dengar, Izaan." Kris mengeluh.
Izaan menggaru kepalanya. Dia tanpa rasa bersalah keluar begitu sahaja daripada bilik 001 ini.
Aku dan Ruby hanya mampu menggelengkan kepala.
Bang!
Bunyi pintu dihempaskan kedengaran kuat. Menjadikan kami bertiga berpaling ke arah bunyi tersebut.
"Heyy!"
Bala pertama dah datang.
"Qay ke tu?" soal Ruby. Dah boleh agak siapa yang datangn
"Tepi lah! Tolong lah!" Suara Arasyah pula kedengaran.
Kedua-keduanya muncul dengan tak diundang. Qayyim sibuk mengunyah guka-gula getahnya manakala Arasyah pula tidak berhenti menolak dan menepis tangan Qayyim yang asyik menariknya.
"Eh, Hauraaa!" jerit Qayyim.
Nasib baik bilik ni kalis bunyi. Kalau tidak, mesti dah beribu aduan mereka dapat daripada penduduk H.E yang lain.
"Engkau kenapa? Buang tabiat?" soal aku.
Arasyah pula sudah berbaring di atas sofa berbentuk 'L' di bucu dinding. Ruby pula kelihatan menghulurkan air sejuk kepada Sky yang sudah kehabisan battery kehidupan.
"Saja nak lepaskan rindu. Dah lam tak nampak kau kat sini. Budak-budak pun asyik tanya 'abang kacak... bila unit abang kacak nak beraksi lagi? Kami rindu abang kacak!' kau tahu apa?" kata Qayyim.
Aku menayangkan wajah tidak percaya. Telinga aku jadi gatal bila dengar beberapa ayat tertentu yang keluar dari bibir Qayyim.
"Kris-"
Baru je aku berpaling mencari Kris untuk meminta bantuan, aku dah nampak Kris tidur di tepi Arasyah.
"Haura... Kau biar betul?"
"Qay... Ni dah masuk kali ke berapa aku dengar ayat ni. Korang memang taknak aku keluar ke?" Dengan sekilas aku memandang mereka semua.
Semua angguk.
Haih.
"Maafla. Tapi kau semua pun tahu kita ni makin berusia. Takkan la sampai tua kita kena buat kerja macam ni kan? Kau orang semua pun suatu hari nanti satu-persatu akan keluar juga. Kalau bukan sekarang, mungkin masa hadapan. Kris, lap air mata kau. Hodoh."
Kris mengelap air matanya dengan tapak tangan. "Kacau la kau."
"Sekarang ni aku nak bagi kau semua kerja."
Yang tidur tadi mula bangun. Semua menunjukkan rasa teruja. Misi direct dari Ace! Siapa taknak?!
"Apa dia kalini?"
"Help me catch Lord."
Semua terpempam.
"Akak!" Kalini suara seorang gadis pula kedengaran.
Dua kali aku kena ulang ayat yang sama, jawapan yang sama berulang-ulang.
"Ye Ivy?"
Haih.
🌼🌼🌼
To Be Continued...
Read•Comment•Vote
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro