Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab-3

         "HAHAHA! You all percaya ke? Saya gurau je lah. Mana ada saya simpan niat nak bunuh majikan saya." Aku menayangkan wajah ceria. Tapi Noah dan Zender dah mula teguk  saliva mereka.

      Kasar sangat ke ayat aku tadi?

      "F-fine by me." Zender turut ketawa kecil selang beberapa saat setelah aku habis ketawa.

      "But I'm actually pretty serious, Tuan." Aku kembali menayangkan wajah ketat.

     "Ehem, kau boleh masuk kerja esok." Noah berdehem. Dia menghulur kepada aku beberapa keping dokumen penting yang diselit dalam fail.

     "Oh, bukan hari ni?" soal aku. Pelekat di fail tersebut aku cuba buka sebelum menarik salah satu kertas untuk dibaca.

     Mata aku terbuntang.

    Ni apa ni? Dah macam borang kahwin je aku baca?

    "Tu-tuan... Tuan nak melamar saya ke?" soal aku dengan nada tidak percaya. Zender memanjangkan lehernya cubaan untuk mengintai kertas yang dipegang oleh aku. Mungkin dia sendiri pun tak tahu apa yang terkandung dalam lampiran ni.

    "Cop cop. Sebelum tu jangan panggil aku Tuan kalau nak kerja dengan aku. Nanti kau akan jadi orang paling rapat dengan aku. Aku taknak orang lain nampak suspicious dengan benda ni." Noah memicit dahinya. Dah pening lalat la tu.

    "Habistu boleh saya tahu nak kena panggil apa?"

     "Just Noah." Noah terhenti seketika sebelum menyambung lagi, "And please comfort yourself when talking to me."

     "Okay then, Noah. Apa benda ni do? Kau nak lamar aku ke?"

     Dari memandang lantai, terus Noah pandang tepat muka aku.

     "Pergh terus drop honorific tak pandang kiri kanan bhai," ujar Zender, kagum.

     "Dah kata nak buat macam member-member. Aku pun penat la nak berlakon ber-saya awak bagai." Aku bersandar ke sofa. Kertas tadi masih aku belek satu persatu. Sumpah la aku nak cakap. Macam borang nikah. Kau biar betul Noah?

    "Whatever. Just what they teach you at HE," gumam Noah perlahan. Tapi telinga kuali aku masih mendengarnya.

     "First of all, tu bukan borang kahwin. Kau tu comfirm single. Baru hari pertama dan aim ikan besar macam aku ni," kata Noah dengan berlagak. Gedik pun ada.

     Aku hanya angguk. Siapa je nak dekat kau? Kalau bukan sebab Lord-

     Eh malas lah aku cerita pasal dia. Buang masa je ingat balik. Kan?

    Pap!

     "Kau dengar tak?"

     Terus luas mata aku bila Noah tepuk tangannya tepat di hadapan wajah aku. Ni kalau aku kedepan sikit maybe dah tercium tangan dia.

     "Ye dengar, Tuan Noah. Jelas dan nyata." Aku sekali lagi terangguk-angguk

    "Tentang apa?" Noah saja bertanya. Seperti guru yang tanya tentang ulangkaji pelajaran subjek dia.

     "Yang Tuan nak kahwin dengan saya?"

    Noah dan Zender menepuk dahi mereka hampir serentak.

    "Otak tiga suku eh kau?" Noah memandang aku dengan pandangan tidak percaya. Tapi berbeza dengan tadi.

     Percayalah apa yang aku buat sekarang ni memang seperti langit dan bumi dengan perwatakan sebenar aku. Sabar, Izara Haura... Sabar. Kau kan agent terhandal? Setakat lelaki kapcai macam Noah ni apa lah sangat.

     Ingat balik yang adik kau tu lagi annoying, Izara... Ingat muka Izaan.

    Muka aku kembali serius. Terima kasih Izaan. Nanti kakak belanja aiskrim paddle pop pelangi.

     "Maafla. Aku terpesona dengan kekacakan Zender." Jawapan tak munasabah diberikan.

    "Whatever. Aku ulang balik. Sepanjang kau jadi bodyguard aku, kau kena sentiasa ada dengan aku. Tu tugas kau. Dengan erti kata lain kau kena ada dengan aku pagi petang siang dan malam."

     Mulut aku terbuka seluas alam. Bukan ke sama je dengan kahwin?

    "No-Noah, kau jangan macam-macam. Aku anak dara lagi, ada maruah yang perlu aku jaga," kata aku dengan tergagap-gagap.

      Papa... tolong Izara, Papa. Kenapa Papa bagi kerja dengan majikan keras kepala batu macam ni, Papa? Tolong lah Papa. Ni semua salah Papa.

    Minta-minta Tengku Shahrizal bersin sampai berdarah hidung macam kena resdung dekat rumah.

     "So thats why, aku dah minta jiran sebelah rumah aku kosongkan rumah dia. Kau duduk situ." Noah memberikan kata muktamad. Tak bagi langsung aku tegakkan keadilan.

    "Maksud kau? Kau halau jiran kau ke, Noah?" tanya aku dengan tak percaya.

    "Bukan, maksud dia, jiran Noah dah pindah. Tapi diorang tu lembab sangat angkut barang. Jadi Noah tolonglah cepatkan urusan diorang sebab dia serabut," balas Zender.

    Pergh.

     "Kau buat aku macam saka kau ye?" gumam aku secara perlahan.

     Pfft.

     Aku tengok bahu Zender terhinjut-hinjut menahan tawa. Dia dengar kut apa aku kata tadi.

     "Okay then. Whatever you want, Tuan Noah." Aku meletakkan semula kertas-kertas tersebut ke atas meja dengan senyuman lebar.

      "Sign there," ujar Noah. Zender pula menghulurkan sebatang pen kepadaku. Tanpa berkata banyak, terus aku menandatangan borang tersebut.

     "Then... meet you tomorrow, Tuan." Aku bangun daripada duduk setelah mengetahui waktu pejabat telah pun habis.

     Noah hanya menghantarkan pandangan kosong.

     Aku call Izaan untuk mengambil aku pulang. Memandangkan Izaan telah menjadi driver tidak berbayar aku selama dua tiga hari in, akan aku manfaatkannya.

     Lagi pula Izaan tak berani mahu melawan aku. Cuba lah lawan. Ada yang daftar masuk wad ICU nanti.

      Kereta yang dipandu oleh Izaan tiba dihadapan aku. Muka pertama yang aku lihat semestinya muka basi Izaan. Jelas diwajahnya sudah hampir mahu menangis kerana terpaksa menjadi orang gaji aku.

     Nasib engkau lah, Izaan.

     "Rate zero to ten about your last mission?" soal Izaan sambil memusingkan stereng kerera.

     "Probably six." Aku menjawabnya dengan malas.

     "Kenapa? I doubt it will increase if you said so." Izaan ketawa kecil. Tahu lah dia perangai kakaknya macam mana dah kalau bertemu sesuatu yang kurang diminati.

      "Nahh, he's so 'kerek' you know? Ada ke suruh akak menetap dekat rumah dia. Alasan? Sebab dia majikan, akak bodyguard," bebel aku.

     Srekkk!

     Kereta yang dipandu Izaan tiba-tiba terhenti dengan break mengejut.

     "Wait what?"

     "Izaan! Kenapa berhenti mengejut macam tu. Nasib baik aku ingat pakai tali pinggang keledar hari ni. Kalau tak, Innalillah lah jawabnya!" Tiada sahutan daripada Izaan, terus aku berpaling ke arahnya.

     "Akak ulang ayat akak tadi."

     "What? Nasib baik aku teringat nak pakai tali pinggang? Hello! Bertahun-tahun akak bawa kereta tak pakai tali pinggang, tak pernah lagi akak masuk ICU, okey?" jawab aku dengan keluh kasar.

    "Not that! The first one!"

    "Which one, Izaan Haider!" Kesabaran aku menipis.

     "Just now, you told me he wanted you to stay with him? In one roof? Akak!"

     Aku tak tipu kalau aku kata Izaan ni overprotective dengan aku.

     "Yeah, Izaan ada masalah?"

     "Of course I do! You're a girl! You can't stay with 'ajnabi' in one roof!" Izaan memekik.

     "Who said I'm gonna live with him in one home!"

     Aku mengurut pelipisku. Sakit kepala siot bercakap dengan Izaan.

    "Then—"

     "Look, my little brother. Noah sediakan rumah kosong tepi rumah dia. That's mean I will be his neighbor I guess? Jangan risau. Akak tak gila lagi." Aku menggosok kepala Izaan.

     "Fine." Izaan mengeluh. Setelah dia berpuas hati, baru lah dia memulakan perjalanan semula.

     Aku hanya mampu teraenyum nipis. Pfft, kelakar.

🌼🌼🌼

To Be Continued...

Read•Comment•Vote



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro