Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab-1


Welcome to H.E.

Please put your identity card.

We can't access.

ERROR, ERROR, ERROR!

♚♚♚

AKU memandang kosong dinding dihadapan aku ini. Fikiran aku kosong. Semakin aku berfikir, semakin ianya kosong. Betul kah tindakan aku sekarang ini? Berhenti dari menjadi perisik dan memulakan kehidupan biasa?

Tapi, ianya sudah menjadi sebahagian daripada hidup aku. Kalau tidak disebabkan Papa, memang aku teruskan sahaja kerja aku itu.

Aku, Tengku Izara Haura. The ACE of Elite Spy Team.

Renungan yang tadi di dinding aku alihkan ke punching bag yang elok tergantung di sudut. Kekuda aku dipasang dan kedudukan tubuh aku betulkan dengan sudut yang sesuai. Perasaan marah dilepaskan kepada punching bag tersebut.

Bukk!

Baru sahaja aku mahu melepaskan yang kedua ada suara lain yang mencelah.

"Sudahlah tu, Kakak. Dari pukul lapan pagi tadi lagi kau dekat sini. Ni dah masuk waktu tengah hari dah ni. Cepatlah naik atas."

Aku memandang adik aku tanpa menunjukkan satu emosi. Oh, itu adik aku. Nama dia? Aku lagi selesa panggil dia pokok. Okey, aku gurau. Nama adik aku ni cukup dapat membuatkan tulang kaki kau bergetar.

Tengku Izaan Haider.

Atau mungkin tulang rusuk kau yang bergetar. Sudah lah, dia bukan watak penting pun dalam cerita aku.

"Sejak bila kau pandai turun datang sini?" tanya aku pelik.

Sebab apa aku pelik? Sebab tempat yang aku guna untuk berlatih ini berada di bahagian bawah tanah rumah. Kiranya sudah memang dikhaskan untuk latihan lasak seperti membunuh orang. Itu pun setelah beberapa kali memujuk Papa untuk membinanya di rumah.

Aku sudah malas mahu ke H.E hanya untuk berlatih.

"Baru je tadi aku sampai. Tak mahu lah duduk lama-lama. Sudah la berhabuk, bersin aku nanti. Berapa lama kau tak kemas tempat ni?" ujar Izaan sambil mengipas habuk yang beterbangan di udara dengan muka annoying miliknya ditunjukkan kepada aku.

Izaan merupakan manusia yang sangat cerewet. Dia suka memilih dan tidak suka kotor. Semuanya nak perfect di matanya. Tak boleh cacat-cela sedikit pun. Aku doakan bakal Isteri dia nanti seorang yang ganas seperti aku. Boleh aku tengok bagaimana Izaan kecut nanti.

"Siapa suruh turun? Benda boleh call kan? Ke Izaan rindu nak tengok muka Kakak?" Aku beri muka jengkel kepadanya sekaligus menyakat Izaan.

Izaan tidak membalas. Dia tahu semakin dia melawan, semakin kuat aku kacau dia. Silap hari bulan ada yang masuk hospital.

"Lagi satu, kenapa Papa panggil?" tanya aku. Izaan menjongketkan bahunya menandakan dia tidak tahu.

"Kakak pergi jumpa dulu nanti tahu la."

Ewah.

Lift memaparkan aras 1 iaitu kawasan ruang tamu di rumah ini. Dengan serentak kaki kami melangkah keluar.

Terus Izaan merebahkan tubuhnya di sofa panjang bersama PS4 di tangannya. Umur sudah 23 tahun, tetapi perangai masih tidak matang.

Izaan dan aku hanya berbeza 2 tahun sahaja dari umur.

Papa yang baru keluar dari pejabatnya menegur aku.

Itu lah dia, Tengku Shahrizal. Orang yang berpengaruh sekali di H.E.

"Ada apa Papa nak jumpa Zara ni?" soal aku.

"I want to discuss with you about your resigned. Are you sure?"

Nampak sangat berita yang aku mahu berhenti dari H.E sudah sampai ke telinga Papa. Aku mengeluh perlahan. Masuk salah, keluar pun salah.

Pantas Izaan melihat aku. "Seriously, sister?"

"Yes. Why? You didn't like it? Bukan memang Papa nak ke Zara berhenti dari kerja bahaya macam ni."

Kerana hanya aku anak perempuannya. Dan Izaan pula tidak memilih jalan menjadi perisik. Namun dia masih mempunyai seni mempertahankan diri.

"No. Bagus lah tu kalau Zara dah jumpa apa yang terbaik untuk Zara. But we will lose our ACE in H.E."

Aku tersenyum. "Zara berhenti. Bukan mati. I'm still here."

Aku masih ACE di H.E Spy yang ditakuti.

Apa itu H.E Spy?

H.E Spy atau nama sebenarnya Hawk Eye Spy merupakan syarikat yang melahirkan manusia yang handal dalam seni mempertahankan diri, menggodam, mencipta bom dan banyak lagi.

Pangkat di H.E ada 4 iaitu Elite Spy, Spy, Bodyguard, and Security guard.

Kesemua ini dilatih dengan cara yang berbeza. Dan hanya beberapa orang sahaja yang layak ke Elite Spy dan berkhidmat di tingkat atas. Tetapi Spy dan Elite Spy tidak boleh diketahui orang ramai.

Because their work is more dangerous.

Dan H.E juga mempunyai bahagian yang lain selain aktiviti merisik. Iaitu Hawk Eye Holding. Papa yang menubuhkan syarikat ini dan menguruskannya. Manakala Izaan merupakan bakal CEO seterusnya di Hawk Eye Holding.

Dan aku, uruskan H.E Spy.

"Sebelum Zara berhenti sepenuhnya, are you ready for your last task?"

Aku terdiam. Bila masa aku ada ambil tugas lain lagi? Setahu aku tugas perisikan terakhir yang aku lakukan adalah dua bulan yang lepas. Dimana pasukan Polis memerlukan pasukan aku untuk membantu pecah masuk kilang dadah.

"Zara kena habiskan tugas ini. But not with your elite team. You need to do alone as ace."

Aku mencapai fail ditangan Papa. Memandangkan aku juga sudah biasa lakukan sendirian tugas seperti ini, aku ambil sahaja lah.

"Okay what is it?"

"You need to be a bodyguard."

"What?" Aku mengerutkan dahi. Daripada Elite Spy ke Bodyguard dengan sangat drastik.

"Woah, jarang kakak dapat misi macam tu." Izaan mencelah. Dia hanya mendiamkan dirinya mendengar perbualan kami. Kalau Izaan menyertai H.E mungkin dia di pangkat Spy sahaja.

"Siapa yang Zara kena jaga kali ni?" aku membelek beberapa helai kertas di dalam fail. Ada beberapa keping gambar dan maklumat peribadi.

"Tuan Noah Harith. The young business man."

"Dah kenapa dengan lelaki tu?" Tengok muka dekat gambar ni macam biasa je. Apa yang buat dia memerlukan bodyguard?

"Sejak akhir-akhir ini, dia selalu mendapat surat ugutan untuk dibunuh. Our hacking team found it, ini kerja Lord."

Aku tersentak.

Lord...

Manusia yang sangat dicari-cari oleh H.E dan kini aku berpeluang berdepan dengannya sendiri.

"Chasing or being chased. It's up to you now."

Papa keluar dari ruang tamu. Meninggalkan aku dengan Izaan.

"Kakak... Lord still alive?"

Soalan Izaan membuat aku semakin kusut. Lord? Aku fikirkan kau sudah mati. Dan apa muslihat kau mengugut Tuan Noah Harith?

"He is."

Tapi bekerja dengan Tuan Noah Harith... Memang sesuatu yang malang untuk aku.

Aku tak suka dia.

♚♚♚

To Be Continued...

Read•Comment•Vote

Ohayo minna! Jalan cerita story kalini akan buat anda pening sikit. Ready otak you tau!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro