Bab 9
Nicholas menghempas kasar telefon pintarnya. Dah tak kesah pecah berderai ke apa, hatinya begitu sakit dengan semua ini. Teringat kembali apa yang dikatakan Puan Juita tadi.
"Atuk dan opah dah bunuh Dina. Mereka jadikan alasan bahawa Dina tak ada di rumah. Padahal itu semua hanya rancangan mereka."
Nicholas menyerabutkan rambutnya. Akan dia bunuh sesiapa saja yang merampas kebahagiaannya dengan Dina. Kalau mereka nak pisahkan Dina dengannya. Ada baiknya kalau Nicholas bunuh saja mereka. Itu yang lebih baik!
"Kau bunuh Dina sangat kan?" Nicholas mengumam sendiri. Gelengan diberikan.
"Aku akan pastikan kau mati jugak! Baru adil kan?" Nicholas senyum sinis.
Telefon pintar miliknya dicapai lalu didail nombor milik anak buahnya. Sebuah rancangan yang akan dia lakukan hari ini pasti mencabar dirinya. Namun, tak jadi masalah kerana semua ini dia lakukan demi Dina. Bukan untuk orang lain!
"Hello tuan,"
"Hello, aku ada tugas untuk kau." tanpa berselindung, terus Nicholas kemukakan hasratnya.
"Tugas apa tu?"
"Aku hantar location dan ikut saja arahan aku."
Tut.
Usai siap menghantar mesej, terus sampai dibaca oleh Will. Anggukan spontan terhasil dan pemanduannya pecut terus ke location yang diberikan Nicholas itu.
Dalam beberapa minit, Will telah sampai di depan rumah kecil itu. Jujur, nampak usang. Tapi bila melihat rumah itu, terasa sejuk mata memandang bagai ada sinar cahaya. Baru nak ketuk pintu, telinganya mendengar alunan surah merdu yang telah dibaca oleh seseorang.
Tok! Tok! Tok!
"Kejap." sahut suara perempuan tua dari dalam rumah.
"Ye, anak?" Opah tersenyum saat bukakan pintu buat anak muda itu.
"Izinkan saya untuk membawa mak cik dan pak cik pergi ke suatu tempat?"
"Nak pergi mana ya? Kami berdua belum solat zohor lagi ni, dah lewat sangat. Kami jalan kaki saja pergi sana. Takut jugak kalau tak sempat."
"Tak apa, saya boleh hantarkan." offer Will berbudi bahasa.
Tangan Will menggigil. Takut untuk melakukan rancangan yang satu ini. Dua pasangan suami isteri ini nampak begitu hebat dan baik. Takkan mahu bunuh begitu saja? Will rasa sesuatu...
"Jom!" ajak Opah semangat.
Berseri sekali muka dua pasangan suami isteri itu. Will bukakan pintu untuk mereka berdua. Sebak dan sayu apabila tuan besarnya mahu bunuh orang yang baik sebegini.
"Mak cik dan pak cik tunggu dalam kereta dulu ya? Saya nak bercakap dengan tuan besar saya kejap."
Pasangan berdua itu mengangguk. Usai pintu ditutup, terus nombor Nicholas didail. Giginya diketap beberapa kali dengan rasa mahu marah. Entah kenapa, otak Will rasa tak membantu sekali hari ini. Rasa macam sesuatu aje.
"Hello..."
"Betul ke tuan nak saya bunuh opah dan atuk Dina? Tuan tak nak tarik balik ke arahan tuan?" soal Will bertalu-talu.
"Kenapa kau nak sangat aku tarik balik perkataan aku?"
"Mereka baik tuan." akui Will dengan suara makin perlahan.
"Kau ingat aku kesah ke? Boleh jadi mereka berlakon jadi baik. Kau tak payah nak banyak songeh sangat. Buat aje apa yang aku arahkan. Titik!"
Tut.
Keluhan berat Will lepaskan. Ego tuan besarnya begitu tinggi sekali. Bila hati sudah tidak suka pasti apa yang dikatakan harus dikotakan. Mukanya diraup kasar.
"Kenapa Encik?" soal Atuk pada Will.
"Tak ada apa-apa." Will senyum sedikit.
Atuk dan Opah saling berpandangan sesama sendiri. Seperti ada yang tidak kena saja dengan lelaki yang baru dia kenal ini.
"Kita perlu teruskan ke abang?" soal Opah pada sang suami.
"Tak baik buruk sangka pada manusia. Kita fikirkan baik-baik saja. Allah ada boleh selamatkan kita. Jangan risau, okay?" pujuk Atuk lembut.
Mereka meneruskan perjalanan. Will yang paling senyap dalam kereta. Naik aneh mereka dengan perwatakan lelaki itu. Muka pun nampak muram seperti tak ada tenaga untuk membuat apa-apa. Ada masalah ke?
"Encik okay? Kenapa nampak muram saja? Sakit ke? Tadi okay bercakap dengan kami. Sekarang seperti orang asing pula. Jangan senyap saja, saya rasa pelik." ucap Opah dengan senyum manis.
Will hembus nafas berat. Anggukan diberi biarpun dalam hati telah disapa dengan rasa serba salah yang kian membelenggu diri.
"Kenapa Encik tiba-tiba datang ke rumah kami dan mengajak kami berjalan-jalan? Siapa yang arahkan Encik? Dan bagaimana Encik tahu location rumah kami?"
"S...sa-saya kawan Dina." tipu Will susah payah.
"Kami tak tahu pulak Dina mempunyai kawan mat salleh baik macam kamu." Opah tersengih. Dalam diam merancang agar Irdina kahwin dengan lelaki tampan ini.
"Kamu tak berkenan dekat Dina?"
Uhuk! Uhuk!
Will tepuk beberapa kali dadanya. Merah menyala mukanya kerana malu. Tak dapat bayang kalau dia berkahwin dengan Irdina. Diparang terus agaknya dengan tuan besarnya itu. Nicholas mana boleh orang lain rampas hak miliknya.
"Saya tak boleh berkenan dekat dia, mak cik."
"Kamu agama Kristian?" Will mengangguk.
"Patutlah..."gumam Opah perlahan.
'Bukan sebab itu saja mak cik, tuan besar saya tak bagi saya kahwin dengan Irdina. Sayang sangat nak dikatakan?' monolog Will dalam hati.
"Kamu pun... kenapa cakap macam tu? Dina dah ada calon yang sesuai. Tak perlu awak nak cadangkan kawan-kawannya sebagai menantu. Tahu dek Dina, naik angin nanti." bebel Atuk dengan gelengan kepala.
"Saya cuma nak yang terbaik untuk Dina."
"Saya tahu, tapi jangan sampai jual cucu awak..."
"Saya tak jual, saya cuma mengajak ke arah kebaikan. Dina sepatutnya dah kahwin. Umur pun dah masuk dua puluh."
"Pak cik, mak cik sabar. Tak perlu gaduh-gaduh hal kecil aje ni." Will menegah pergaduhan.
Atuk dan Opah tersengih menampakkan gigi. Atuk memicit hidung sang isteri.
"Malulah! Jangan buat macam tu." Opah mengumam perlahan dengan muka menahan malu.
"Gurau," balas Atuk.
"Pak cik, mak cik..." panggil Will perlahan.
"Kenapa encik?"
"Saya nak minta maaf atas setiap dosa saya pada kamu berdua. Saya terpaksa melakukan semua ini. Saya tak bermaksud pun nak buat semua ini. Hati saya terlalu berat tapi saya tak mampu...ia adalah sebuah arahan."
"Maksud Encik?" soal mereka berdua aneh.
Will memandu laju menuju ke sebuah jurang. Tubuhnya terjun keluar dari kereta. Mata Will memerah dengan mata berkaca mahu menangis. Air mata jantannya keluar tanpa dapat ditahan. Niat pasangan berdua itu baik sekali untuk menunaikan solat untuk Allah tapi dia telah menghancurkannya.
Dengan tangan mengigil hebat, telefon pintarnya diambil dari poket lalu nombor Nicholas didail. Talian bersambung, terus amarahnya dihambur.
"Puas hati kau sekarang? Puas?!" soal Will dengan rasa marah yang membara.
"Kau ni dah kenapa?"
Will ketawa sinis. Dicengkam kuat telefon yang dipegangnya. Mata dipejam rapat.
"Kau tanya aku kenapa?! Kau arahkan aku bunuh orang yang tidak sepatutnya aku bunuh. Kau tahu tak?!" Turun naik nafas Will.
"Hey, rileklah. Aku arahkan benda yang senang aje kan?" Nicholas ketawa sinis.
"Mulai dari detik ini...kita putus kawan."
Tut.
Berkerut dahi Nicholas. Sampai macam tu sekali? Ikut suka kaulah!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro