Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 7

Nicholas mengeluh kuat dengan rasa tidak menentu. Rambutnya diserabutkan, sementara anak matanya melekat pada air kolam yang jernih di depan mata. Jujur hatinya merasa serba salah atas sebab memperlakukan Irdina sebegitu rupa. Namun, egonya lebih tinggi dari segalanya. Rasa serba salah ditepis kasar. Haih...

"Dina... kau pergi mana? Kenapa atuk dan opah kau nak bunuh kau? Apa salah kau sebenarnya?" soal Nicholas pada diri sendiri.

Irdina yang baru muncul kini mengambil tempat di sebelah Nicholas. Bagai tak ada apa-apa yang berlaku antara mereka berdua tadi.

"Awak okay?" ujar Irdina.

Nicholas diam tanpa mengeluarkan kata. Membiarkan saja Irdina bercakap, kerana tika ini hanya telinga saja fokus mendengar. Perasaan lain kian membelenggu diri. Entah apa perasaan itu kerana dia sendiri tidak tahu akan apa yang dirasa.

"Boleh awak berlaku jujur dengan saya?" Irdina bermain air dengan kedua kakinya.

"Kenapa awak tak nak lepaskan saya? Kalau betul sebab wang...saya boleh jamin dapat bayar selepas saya pulang."

"Pembayaran tak akan aku terima." tegas lelaki itu dengan muka tegang. Baru tadi raut wajah itu nampak tenang dan sekarang berubah macam tu saja?

"Boleh tak bagitahu saya sebab awak susah nak lepaskan saya? Saya perlu tahu semua ini."

"Kau takkan faham." ucap Nicholas perlahan.

"Fahamkan saya."

Nicholas tatap anak mata Irdina. Terkejut, itu yang Irdina rasa apabila anak mata itu berkaca dengan muka memerah seperti mahu menangis.

"Awak okay?"

"Kau siapa Irdina?" soal Nicholas dengan perasaan yang bercampur baur.

"Saya manusialah takkan hantu pulak!" provok Irdina geram.

Nicholas ketap kuat giginya. Main-main!

"Boleh tak awak jujur dengan saya? Saya tak faham langsung soalan KBAT dari awak." Irdina garu pelipis tidak gatal.

"Kenapa setiap kali aku tengok kau, aku akan nampak Dina?" Nicholas cengkam kuat tangan Irdina.

"Lepaslah!" ronta Irdina keras.

"Kenapa?! Kenapa aku nampak kau adalah Dina? Bagitahu aku sekarang!" jerkah Nicholas kuat.

"Masalahnya saya adalah Dina!"

Nicholas terpempan. Tak berkelip menatap Irdina. Ada sesuatu aneh menyapa bagai mahu mengiyakan apa yang dikatakan Irdina. Namun, ditepis kasar. Kalau Irdina adalah Dina, pasti ada gelang tangan yang diberinya.

"Betullah, nama saya Irdina dan saya adalah Dina." jelas Irdina lagi dan tanpa sedar itu adalah kebenaran sebenar.

Nicholas menarik nafas rakus dengan meraup kasar mukanya. Hilang nafas dengan semua ini. Jelas, anak mata dan semua sikap Irdina menggambarkan perempuan yang pernah bertakhta dalam hatinya.

"Aku rindukan dia."

"Dina?" Nicholas mengangguk.

"Bila aku bersama kau, aku dapat rasa separuh nyawa aku hidup balik."

"Auch! Awak nak cakap awak tak mampu hidup tanpa saya? So sweet..." Irdina kedip mata beberapa kali.

"Aku cakap yang aku tak boleh hidup tanpa Dina, bukannya dengan kau!" bidas Nicholas.

"Alah, sama aje. Nama saya pun nak dekat sama dengan si Dina. Entah-entah saya adalah Dina yang awak cari."

Nicholas buat muka. Perasaan betullah Irdina sorang ni. Naik pelik jadinya. Bukan apa, tadi baru saja mereka bertikam lidah dengan Irdina dan semudah itu mereka berbaik? Irdina ada perasaan atau tak?

"Kenapa tengok saya macam tu?" tegur Irdina dengan muka berkerut seribu.

"Tadi kita gaduh kan?"

"Kenapa? Nak gaduh balik ke? Nak gaduh pasal apa?" Nicholas tepuk dahi. Ada ke patut tanya macam tu? Seriuslah Irdina?

"Kenapa kau tak marahkan aku, aku cakap kau perempuan murah tau tadi."

"Alah, awak cakap macam tu sebab marah dekat saya. Kalau awak tak marah, memang tidaklah awak nak maki and mengata saya macam tu. Saya tahu awak baik." puji Irdina ikhlas.

"Kau anggap aku baik?" Nicholas ketawa kecil. Namun tak lama, hilang tawanya disebabkan jawapan tulus dari Irdina.

"Kalau awak jahat, awak dah lama buat benda bukan-bukan dekat saya dan sejujurnya saya tak nampak awak nak buat benda buruk itu bersama saya."

"Kenapa terlalu yakin?" Senyum Nicholas sinis sekali.

"Sebab awak anggap saya Dina." Hilang senyumnya itu diganti dengan pandangan redup pada Irdina.

"Saya tahu awak rindukan Dina. Terseksa merindui orang yang telah tiada." Irdina beremosi.

Pak!

Kan dah kena pukul dekat dahi. Padan muka!

"Kenapa pukul dahi saya? Saya cakap benda betul aje." adu Irdina dengan muka tersebik sedih.

"Dina masih hidup, tak ada istilah mati dan sampai bila-bila aku akan anggap dia masih hidup. Firasat aku mengatakan dia ada dekat dengan aku."

"Sayalah tu." gumam Irdina perlahan.

"Mengarutlah kau ni." Nicholas menggeleng. Menafikan hati yang separuh menerima apa yang Irdina katakan.

"Kau tak rasa aku jahat ke?"

"Tak ada nampak jahat pun, handsome aje. Kalau orang lain nampak pasti takkan percaya awak adalah penjahat yang menculik saya."

"Paras rupa elok terus anggap baik eh?"

"Kalau bagi orang lain mungkin saya boleh katakan iya. Tapi kalau saya..." Irdina menggeleng.

"No. No. No." Irdina goyang jari telunjuk ke kanan dan kiri.

"Bagi saya, paras rupa ni tak menjanjikan apa-apa. Kadang-kadang manusia yang nampak cantik dan handsome ni adalah yang tak baik sebenarnya." Nicholas jeling tajam Irdina. Nak cakap orang macam dia tak baiklah ni?

"Awak ni, itu pun nak salah faham. Rilek, dengar dulu penjelasan saya." Nicholas menyilang tangan pada dada.

"Cakaplah."

"Cuba awak beli buah dekat pasar dan semestinya awak akan pilih yang lawa-lawa. Bila awak beli tu, awak takkan nampak isi melainkan kalau tuan empunya jual tolong bukakkan isi. Betul tak?" Nicholas angguk.

"Macam tu jugak dengan manusia, biarpun nampak paras rupa dia menarik dan sedap mata memandang tapi itu semua tak menjanjikan apa-apa. Tapi kalau kita sebagai manusia tengok melalui ini..." Irdina tepuk beberapa kali dadanya.

"Hati yang balik milik manusia yang baik akhlaknya."

"Akhlak aku baik?" aju Nicholas separa teruja.

"Bolehlah, kalau bab marah aje saya tak suka."

"Aku pergi kelab malam tau." uji Nicholas dengan lirikan penuh makna.

"Kalau awak tak minum atau buat benda buruk dengan perempuan, awak adalah lelaki yang baik." Tanpa sedar Nicholas senyum kecil. Entahlah, bila kena puji dengan Irdina rasa macam sesuatu sangat.

"Semua manusia dalam dunia ini baik awak."

"Peragut dan semua yang buat kerja jahat tu pun kau anggap dia baik?" Irdina mengangguk tanpa segan silu.

"Awak mesti ingat satu saja dalam dunia ni, kadang... manusia memilih jalan yang salah bersebab dan mungkin juga pengaruh dari manusia di sekitarnya." Irdina angkat kepala pandang dada langit.

"Jangan judge manusia kerana mereka sama seperti kita. Cuma kurangnya adalah...setiap dugaan yang diperoleh. Sama ada kita akan terus salahkan takdir atau menerima dengan hati terbuka." jelas Irdina lagi.

"Saya sayang awak, Dina." Irdina tergamam. Redup anak mata Nicholas menatapnya. Senyum pada bibir itu juga manis sekali. Gila! Aku bukan Dinalah!

For next bab?

🔑Kuncinya adalah

30⭐  Votes for open next chapter🔓

Terima kasih utk yg sudi vote. Sy bgi love bnyk ii dkt korang.  Tak dapatlah nak menyepi kali ini. Haih...

Jgn lupa

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro