Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 6

Aku keluar dari kamar mandi dengan perasaan gembira. Berpuas hati dapat mandi dalam masa yang lama. Rambut panjang dikeringkan dengan tuala. Bathrobe separas paha elok tersarung pada tubuh. Mulut terkumat-kamit menyanyi. Telefon miliknya dicapai. Terbuntang mataku melihat panggilan daripada Opah. Banyak kali panggilan itu dibuat. Ini pertama kali Opah menelefonnya berkali-kali. Kenapa dengan Opah?

Aku mendail nombor Opah. Dalam beberapa minit, talian diangkat dengan tangisan sayu dari belah sana. Aku gigit bibir dengan rasa resah kian belenggu diri.

"Kenapa menangis opah? Opah okay? Kenapa ni?" soal Irdina bertalu-talu. Benar-benar risau!

"Ada orang serang rumah kita tadi."

"Apa?!" kuat suara Irdina kerana terkejut.

"Kenapa dia serang opah? Apa yang dia nak?" soal Irdina dengan tangan digenggam kuat.

"Dia nak jumpa Dina. Opah dah cakap Dina tidur rumah kawan tapi dia tak nak percaya. Dia hampir tembak opah dan atuk sebab marah."

"Ya Allah...kenapa sampai nak marah macam tu sekali?" Irdina mengurut kepala kerisauan.

"Dia cakap opah dan atuk menipu. Sengaja tak nak bagitahu kedudukan sebenar Dina dan menganggap kami berdua menculik kamu, Dina." Irdina meraup kasar mukanya.

"Kenapa tak call Dina tadi?"

"Dah call tapi Dina tak angkat." Irdina tepuk kuat dahinya. Mandi terlalu lama sehingga dia hampir membahayakan nyawa orang tersayang.

"Sorry, Dina mandi tadi. Kalau Dina tahu semua ini akan terjadi, baik Dina call aje Opah dari awal" Irdina sengih serba salah dengan garuan pelipis yang tidak gatal. Opah menggeleng. Faham Irdina yang suka mandi tiga jam sehari.

"Benda dah jadi Dina, opah dan atuk tak boleh nak buat apa. Kami akan terus berdoa agar lelaki itu tak akan datang sini lagi." ucap Opah sedih.

Biarpun Irdina tak nampak muka Opah sekarang, tapi dapat diagak Opah sedang menahan rasa sedih. Siapa saja tak sedih? Nyawa hampir melayang kerananya. Entah apa yang lelaki itu mahukan dari Irdina. Haih...

"Dina akan balik secepat mungkin. Maafkan Dina, opah."

"Ikut kamulah, Dina." Opah kedengaran pasrah dan ketika itu talian terus dimatikan.

Irdina hembus nafas berat. Mata dipejam rapat dengan bibirnya tak henti beristighfar. Hangat tangan seseorang berada pada pinggangnya auromatik matanya dicelik mengejut. Decitan keluar dari bibir. Muka Nicholas dekat seinci dengannya. Irdina bukan seperti heroin lain yang akan takut dengan si hero. Sama sekali tidak. Siap pakej tubuh itu ditolak tanpa sempat mukanya dicium.

"Saya tengah marah, tak payah nak gatal sangat ganggu saya." kata Irdina dengan muka memerah.

"Kenapa pakai seksi depan aku?" Menyedari akan itu, laju anak mata Irdina pandang diri sendiri.

Aku bergegas mencapai gebar lalu bungkuskan seluruh anggota tubuhku.

"Awak masuk bilik saya kenapa? Suka sangat mengintai perempuan, tak elok tau! Kalau tersalah nampak benda lain awak nak bertanggungjawab?" soal Irdina garang.

"Sesedap rasa kau cakap bilik ini milik kau, ini adalah bilik aku. Kau yang mengada tidur dalam bilik ni. Bukan salah aku kalau aku masuk."

Irdina buat muka. Susah payah, tubuhnya diangkat turun lalu tanpa malu pakaian milik Nicholas dicari dan diambil.

"Eh kau nak bawak pergi mana baju aku tu?"

"Saya takde baju. Pinjamlah, lagipun saya akan ganti balik. Seringgit aje pun."

"Baju aku seribu untuk sehelai."

Bam!

Pintu tandas dihempas kuat. Melampiaskan geram melalui pintu. Semuanya kerana lelaki itu. Asallah boleh balik awal sangat hari ini? Ish!

"Seribu bersamaan seringgit." laung Irdina tanpa perasaan.

Nicholas menggeleng. Selamba betul Irdina mengambil tuala mandi dan pakaiannya. Nasib baik tuala itu belum digunakan lagi, kalau tidak. Entah bagaimana otaknya fikir Irdina kongsi tuala bersamanya.

Siap sarung pakaian pada tubuh, Irdina keluar dari tandas. Spontan anak mata Nicholas pandang Irdina. Dahinya ditepuk melihat perempuan itu memakai baju besarnya dengan tuala melilit pada tubuh. Tidak cukup itu, bathrobe sebagai penutup kepala. Gila ini budak, selamba betul!

"Kau ingat aku ni suami kau ke?" Pertanyaan itu mendapat sambutan kerutan dahi dari Irdina.

"Suami? Saya mana ada suami segatal awak. Tak malu pegang saya." Mencerlung tajam mata Nicholas dengan tuduhan Irdina. Eh? Bukan betul ke?

"Aku pegang sebab kau seksi. Kalau tak seksi, tak nak aku pegang."

"Habistu kalau saya selalu pakai seksi awak nak pegang saya ke?"

"Kau nak aku pegang kau?" soal Nicholas tidak percaya.

"Takdelah, tanya je. Tak naklah kena pegang. Kalau saya mengandung sebab dipegang awak bukannya nak bertanggungjawab." Irdina mengambil tudung sarungnya.

Buk!

"Nah, aku belikan kau blouse labuh untuk kau."

Irdina angkat beg kertas itu. Tanda ucapan terima kasih. Sengihan panjang meniti di bibir. Bersyukur dapat pakai baju baru. Tak adalah badannya melekit dengan peluh baju miliknya yang entah berapa hari tak basuh.

"Kau belajar dekat mana pegang orang perempuan terus mengandung?" Nicholas angkat kening dengan punggung berlabuh di atas katil.

"Kakak saya mengandung sebab suami pegang tangan dia."

Nicholas garu pelipis yang terasa gatal. Baru tahu berpegang tangan terus mengandung. Bahaya jugak kaum hawa ni kan? Kalau seribu lelaki pegang tangan, seribu kali mengandung? Dahsyat!

"Kalau aku bertanggungjawab kau nak cakap apa?" Nicholas angkat kedua kening dengan muka sombong.

"Kalau bertanggungjawab pun belum tentu saya nak kahwin dengan awak. Dasar ini anak! Gatal!" Irdina menjeling dengan senyum sinis.

"Kau!"

"Shhh... saya perlukan ketenangan." Nicholas menggenggam kuat tangannya. Menahan marah yang terbuku di hati. Anak mata setia melihat semua perbuatan Irdina. Dahi berkerut seribu.

"Kau kemas semua baju untuk apa?"

"Saya nak balik hari ini." Mendadak Nicholas bangun.

"Siapa benarkan kau balik?" Cekak pinggang. Lelaki itu memanah tajam Irdina.

"Awak bukan suami saya untuk saya dapatkan kebenaran sebelum keluar." bidasku sinis.

"Suami atau tidak aku tak benarkan kau keluar." Nicholas berdiri di depan pintu. Halang keras aku dari pulang. Aku buat muka biasa. Selesai kemas apa yang patut, aku bawa diri ke balkoni.

"Bye, kalau saya patah kaki awak bertanggungjawab bagi insurans sepuluh ribu. Sekian." Dahi Nicholas berkerut.

Melihat Irdina siap lempar beg dari bawah buat jantungnya berhenti berdetak. Bergegas berlari mendapatkan Irdina kini telah memanjat turun ke balkoni.

"Kau buat apa ni?!" jerkah Nicholas geram.

"Sabarlah, nak test kaki saya patah ke tak." Gigi diketap kuat. Penuh geram, tubuh itu diangkat naik semula. Jeritan dari Irdina tidak diambil peduli. Geramnya menariknya melakukan sedemikian rupa. Dicempung tubuh itu masuk ke dalam bilik. Pintu balkoni ditutup dan dikunci ketat.

"Kau ni selalu buat aku geram. Jangan sampai aku makan kau, lepas aku makan. Aku takkan lepaskan kau. Biar kau tinggal aje dekat sini. Sakit hati aku!" bebel Nicholas.

Tubuh kecil itu dihempas kasar di atas katil. Tanpa memberi ruang, kedua tangan itu dicengkam kuat dengan tubuhnya menindih Irdina. Rakus aku mengambil nafas. Rontaan tidak berhasil dirungkaikan. Malah makin kuat cengkaman pada kedua tangannya.

"Sakitlah! Saya dah cakap jangan pegang. Kalau saya mengandung macam mana?"

"Aku nak kau mengandung anak aku. Puas hati?" Aku ketawa kecil. Naik geram Nicholas dengan muka tenang Irdina. Bisa lagi ketawa sebegini sedangkan tubuh mereka berdua terlalu rapat ketika ini.

"Saya nak balik, lepaskan saya boleh tak? Penatlah asyik cakap pasal mengandung aje. Awaklah pulak mengandung, saya nak tengok awak meneram macam mana. Pasti gaya awak berjalan pun macam penguin kan?" Seenaknya Irdina mengata. Muka lelaki itu sudah berubah merah menyala. Cengkaman pada kedua tangan itu kian erat sehingga menghasilkan warna.

"Auch! Sakitlah! Lepas! Lepas!" ronta Irdina kasar.

"Kau dengar sini, aku takkan teragak-agak untuk jadikan kau hamba nafsu aku kalau kau keluar dari rumah aku. Kau jangan anggap aku bergurau sebab aku akan pastikan apa yang aku katakan menjadi sebuah janji." Irdina terdiam membisu tanpa kata.

"T...tapi macam mana saya nak jumpa opah dan atuk saya?" Sebak mengocak sukma.

"Aku tak benarkan kau jumpa sesiapa. Kau akan terus tinggal di sini sampai bila-bila."

"Apa masalah awak ni?" suara Irdina naik seokta.

Nicholas buat tak endah dengan bicaraku. Aku ketap rapat gigi sehingga menghasilkan bunyi. Tangan lelaki itu direntap kasar.

"Awak tak ada hak nak control hidup saya."

"Aku beli kau," ujar lelaki itu tanpa berpaling muka padaku.

"Aku berhak buat apa saja dekat kau dan aku boleh puaskan nafsu menggunakan tubuh kau." bibir itu menyinis.

Pang!

Pijar pipi terasa apabila tapak tangan kecil itu singgah pada pipinya. Kecil namun berbisa. Serentak, kepala berpaling dengan nafas turun naik.

"Saya bukan hamba nafsu awak, saya mangsa dijual bukannya rela untuk serahkan tubuh saya pada mereka semua. Saya masih ada maruah! Awak tak layak untuk katakan saya adalah hamba nafsu awak!" lantang suara Irdina memarahi lelaki itu.

"Bagi aku, kau adalah perempuan murah. Ingat pesan aku, jangan keluar dari sini. Kalau tak, aku akan pastikan semua yang aku katakan tadi dikotakan tanpa segan silu."

Bam!

Kuat pintu itu dihempas. Spontan, bahunya terangkat kerana terkejut. Tangan digenggam kuat. Walau apapun yang terjadi, Irdina akan cuba melarikan diri. Lelaki tak guna! Ingat Irdina murah sangat ke? Kau tak kenal lagi aku siapa, lepas aku dapat keluar dari sini. Aku akan pastikan kau dipenjara hidup-hidup!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro