Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 5

"Tuan, kami dah jumpa tempat tinggal nenek dan datuk arwah Dina." Nicholas mengangguk. Fail ditutup dan disimpan di atas rak.

Nicholas mencapai kot miliknya lalu disangkut pada lengan. Langkah dihayun keluar dari syarikat miliknya. Pintu dibuka oleh anak buahnya. Nicholas memboloskan diri masuk ke dalam kereta. Anggukan diberi, barulah kereta bergerak menelusuri jalan raya.

Bunyi nada dering telefon buat Nicholas laju angkat talian. Takut kalau Irdina yang menelefon. Mungkin sedang mencarinya. Eh? Dah pandai rindu ke Nicholas?

'Mana ada aku rindu!' nafi keras hati Nicholas.

Nama Puan Juita tertera pada skrin telefon pintarnya. Keluhan berat dilepaskan.

"Assalamualaikum encik Nicholas."

"Waalaikummusalam."

Nicholas garu pelipis yang tidak gatal. Tak suka wanita tua ini menganggunya. Mendesak betul Nicholas balik ke kampung. Macam Nicholas yang beria nak kahwin dengan Juwita sedangkan Nicholas takkan buat semua ini andai surat itu tidak ditulis oleh Dina.

"Encik Nicholas nak balik kampung bila? Juwita dah tunggu lama. Dah excited nak jumpa bakal suami." usik Puan Juita.

"Saya ada kerja yang belum diselesaikan. Ada projek besar menyebabkan saya perlu turun padang. Saya tak boleh nak lari macam tu saja." ucap Nicholas acuh tak acuh.

"Lepas dah selesai semua, encik Nicholas akan datang ke mari?" soal Puan Juita teruja.

"Iya, kalau tak ada kerja lain yang lebih mustahak kemungkin akan jenguk kampung sana." Nak tak nak saja Nicholas mengeluarkan kata. Kalau balik sana, pasti teringatkan Dina dan itu buat separuh dari nyawanya hilang.

"Kalau macam tu baguslah." Puan Juita hulur senyum gembira pada Juwita. Juwita senyum nampak gigi. Teruja!

"Nanti nak datang sini bagitahulah dulu. Boleh Juwita buatkan makanan untuk kamu. Maklumlah Juwita ni dah sedia nak jadi isteri kamu. Pasti nak ikat perut kamu dulu kan?" Puan Juita ketawa kecil.

"Mak cik, saya belum membuat persetujuan lagi. Saya tak pasti adakah patut saya setuju dengan surat yang Dina tulis atau tidak. Firasat hati saya mengatakan Dina masih hidup dan kemungkinan besar saya dapat jumpa dia." Nicholas mengambil gelang tangan dalam poket seluarnya. Senyum manis terkutik di bibir. Dina...

"Saya jumpa gelang tangan Dina..." beritahu Nicholas tanpa segan silu.

Puan Juita telan air liur kasar. Mengigil tangan mendengar kebenaran itu. Kalau betul Nicholas dah jumpa, besar kemungkinan lelaki itu akan jumpa Irdina kan?

"Kamu dah jumpa Dina? Dina ada bersama kamu?" soal Puan Juita dengan debaran menggila. Dikerling Juwita. Muka itu nampak gelisah sekali dengan berita ini. Pasti sedih andai rancangan kahwin dengan Nicholas tak jadi.

"Belum. Saya jumpa gelang tangan Dina dalam kelab malam."

Helaan nafas lega keluar dari bibir. Nasib baik tak dan jumpa. Kalau jumpa besar kemungkinan Nicholas akan bertemu dengan Irdina dan Puan Juita takkan biarkan itu berlaku. Akan dia lakukan segala-galanya untuk Hilangkan Irdina dari pandangan Nicholas.

"Mak cik minta maaf..."ucap Puan Juita tiba-tiba.

"Kenapa nak minta maaf?" soal Nicholas aneh.

"Sebab mak cik tipu tentang surat Dina. Surat Dina telah ditulis oleh nenek Dina. Atuk dan nenak Dina menyembunyikan Dina tanpa pengetahuan mak cik. Dia tak nak Dina jumpa dengan Nicholas. Mungkin sekarang... dia nak bunuh Dina atau-"

Tut.

Mati terus talian kerana perasaan marahnya. Turun naik dada mahu marahkan nenek dan atuk Irdina. Beraninya mereka menculik Irdina. Muka diraup kasar. Gelang tangan milik Irdina dicium sayang.

"Dina...kau ada dekat mana sekarang? Kenapa bila aku tanya semua perempuan dalam kelab malam, mereka cakap itu bukan kepunyaan mereka." Dicium sekali lagi gelang tangan itu. Umpama lampias rindu pada tuan empunya badan. Rindunya!

"Aku akan dapatkan kau sebelum nenek dan atuk kau cuba bunuh kau. Okay?" ucap Nicholas dengan senyum sinis meniti dibibir.

"Dah sampai tuan." Nicholas mengangguk.

Turun saja dari kereta, terus lelaki itu merapati rumah sekecil reban ayam.

Tok! Tok! Tok!

Nafas ditarik panjang.

"Assalamualaikum..."

"Waalaikummusalam." Opah buka pintu.

Terjengul tubuh badan sasa seorang lelaki sedang berdiri di hadapannya. Berpakaian kemas seperti orang berada yang digayakan kaca mata hitam pada rambut pacaknya. Anak buahnya jugak ramai berada di belakang lelaki itu.

"Encik siapa?"

"Di mana Dina?" soal Nicholas tanpa membalas soalan dari Opah. Tangan digenggam kuat mengenangkan apa yang dikatakan Puan Juita tadi.

"Dina tak ada. Katanya tidur di rumah kawan baiknya." celah Atuk yang baru keluar dari ruang dapur. Terdengaran perbualan tadi menyebabkannya keluar terus.

"Kawan baik?" ucap Nicholas sinis.

"Bukan kamu berdua yang sembunyikannya dari aku? Menculik bawa ke sini?" soal Nicholas geram.

"Tak, Dina dah lama tidur bersama kawan baiknya. Tak bermaksud pun kami untuk sembunyi Dina pada sesiapa." jelas Opah takut-takut.

Nicholas pamer wajah sinis. Anggukan diberi pada semua anak buahnya. Opah dan Atuk diikat oleh mereka. Rontaan dari mereka tidak diambil peduli. Pistol diacu pada dua orang tua itu.

"Cakap sekarang, mana Dina!" jerkah Nicholas kuat.

"Kami dah cakap tadi, Dina sedang menginap di rumah kawan baiknya. Kenapa susah sangat untuk kamu percaya? Kami takkan menipu hal sebegini."

"Kalau macam tu, call Dina sekarang." Opah mengangguk. Telefon Nokia pemberian dari Irdina dicapai lalu didail nombor Irdina.

Dalam beberapa minit, talian tidak diangkat. Irdina sedang membuat kerja di luar rumah dan mustahil untuk deringan didengari dengan jaraknya jauh dari luar rumah.

"Tak angkat?" ucap Nicholas kian sinis.

"Dina mungkin sedang sibuk."

"Kau tipu aku!" jerkah Nicholas tepat di depan muka Opah.

"T...ta-tak...tak tipu." ucap Opah takut-takut.

Rumah mereka yang jauh dari manusia menyukarkan Opah dan Atuk meminta tolong. Menangis mereka dengan serangan tiba-tiba dari Nicholas.

"Kau cakap sekarang dekat aku. Mana Dina? Mana?!" jerkah Nicholas kuat.

"Dina tak ada dekat sini. Jangan buat kami macam ni...kami merayu. Dina betul-betul menginap di rumah kawan baiknya. Tolong percayakan kami...tolong..."rintih Atuk dengan deraian air mata.

Takut melihat muka bengis dari lelaki tampan itu. Tak kenal apa-apa dan secara tiba-tiba mencari Irdina. Takut pulak mereka dengan segala kemungkinan yang akan terjadi. Adakah Irdina dalam keadaan baik sekarang? Sungguh mereka khuatir.

"Aku takkan percayakan manusia yang jahat macam kamu berdua!"

Bang!

Bang!

Hampir Opah dan Atuk ditembak kerana lelaki itu. Nasib baik Dylan sempat menegah. Tidak membiarkan lelaki itu melakukan hal yang buruk pada dua orang tua itu.

"Sabar, kau ingat dengan buat macam ni akan baikkan semula keadaan? Kau dah gila ke nak bunuh orang tua? Tak baiklah!"

"Habistu kau nak aku buat apa? Dina tak ada. Aku nak Dina, kau faham tak? Mereka yang tak nak mengaku telah menculik Dina. Aku perlu ajar mereka!" Dylan mengeluh kuat.

"Korang, tolong aku." Anak buah Nicholas mengangguk.

Anak buah Nicholas kini mengheret Nicholas keluar dari rumah itu manakala Dylan merungkaikan tali pada tangan dan kaki kedua orang tua itu sebelum Dylan melarikan diri masuk ke dalam kereta.

For next bab?

🔑Kuncinya adalah

30⭐  Votes for open next chapter🔓

Terima kasih utk yg sudi vote. Sy bgi love bnyk ii dkt korang.  Tak dapatlah nak menyepi kali ini. Haih...

Jgn lupa

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro