Bab 44
Ting!
Saya keluar sekejap, nak beli makanan. Jangan lupa terus balik, saya nak cakap sesuatu dekat awak -Irdina
Rambut diraup ke belakang, tangannya mengigil hebat mendail nombor Mamanya.
"Nico dah sampai ke? Mama cari tak nampak batang hidung pun."
Raut wajah Datin Rohani teruja sekali. Baju pakaian yang dibawa untuk sang anak telah siap sedia. Dah tak sabar nak balik haji bersama Nicholas. Nicholas berdehem kecil. Hidungnya dah keluar cecair putih bersama linangan air mata.
"Sorry ma, Nico tak boleh balik jumpa mama dengan papa....Nico..." Air matanya diseka.
"Nico ada kerja lain, tak boleh nak balik Singapura..." adu Nicholas sebak.
Sudah lima tahun Nicholas tidak pulang ke Singapura semata-mata mencari sang kekasih. Kerana perempuan itu, Nicholas memilih untuk stay di sini.
"Nico jangan risau, mama faham keadaan Nico dekat sana. Lain kali Nico boleh jumpa mama dengan papa, tak perlu Nico risaukan kami berdua. Okay?"
Bagasi yang dipegangnya terlepas. Terujanya hilang, sayu bagasi itu ditatapnya. Manik-manik halus usah dikata, turun lebat. Make up yang dipakainya hilang begitu saja.
"Tapi ma...."
"Kejap." Button mute ditekan.
"Pak Mat, bawaklah masuk beg ni. Saya dah tak perlukannya."
"Tapi kenapa Datin?"
"Ini beg lebihan untuk saya bawak tapi..." Senyum pedih terkutik di bibir.
"Takpelah, bawak aje masuk." Beberapa titis air mata yang menitis diseka.
"Baik Datin." Button mute ditekan usai dirinya kembali tenang.
"Mama merajuk ke?" Serba salah suaranya menuturkan kata.
"Mama faham, Nico masih tak jumpa Dina kan?" Saliva ditelan payah sekali.
'Ma, Nico dah jumpa Dina....kami dah kahwin cuma mama dan papa aje yang tak tahu. Nico rahsiakan semua ni sebab Nico tak nak mama kecewa bila dapat tahu perkahwinan kami.' monolog Nicholas dalam hati.
"Nico minta maaf ma." sayu bait kata itu dituturkan.
"Tak perlu minta maaf, mama faham Nico nak sangat jumpa Irdina. Kebahagiaan Nico adalah kebahagiaan kami. Jujur, mama nak jumpa Nico hari ini...." Bagasi yang dibawa Pak Mat dikerling sekali. Tak sanggup.
"Kalau boleh petang sebelum mama berangkat ke mekah."
'Sebab mama dah siap semua untuk Nico pergi Mekah dengan kami.' monolognya dalam hati.
"Nico minta maaf..."
"Mama nak sangat jumpa Nico, berat hati mama pergi mekah tanpa bertemu dengan Nico. Tapi...." sambung Datin Rohani.
"Serba salah Nico kalau macam ni ma, Nico nak balik Singapura. Tapi Nico tak boleh....."
Entah kenapa, sebak bertandang di dada. Terasa mahu menangis, mungkin kerana perasaan rindu yang menggunung.
Allah,
Nicholas rindukan keluarganya, tapi pilihan apa yang Nico ada?
"Nico tak boleh tinggalkan kerja sekejap demi mama dan papa?" Nicholas meraup kasar mukanya.
Inilah padah bila perkahwinan anatara Nicholas dan Irdina disembunyikan. Alasan tak ada langsung, malah bibirnya terkatup rapat untuk menjawab. Takut, kebenaran yang dikeluarkan mengecewakan mama dan papanya.
"Nico minta maaf sekali lagi ma, Nico betul-betul tak boleh balik Singapura." Rantai berjenama Louis Vuitton yang baru dibeli untuk sang mama dicium sayang. Membayangkan itu adalah mamanya, memberi ciuman dari jauh.
"Walaupun mama teringin nak jumpa anak lelaki mama tapi...." Nafas ditarik dalam sedalamnya.
"Mama tetap faham Nicholas...." Payah sekali ayat itu disambungnya. Suaranya juga berubah serak menandakan hati tuanya tidak bertahan. Mahu menangis kerana rindu pada sang anak. Anak mata menatap sang suami yang nampak semangat masukkan bagasi milik mereka dalam boot kereta.
"Nico janji lepas semua kerja selesai, Nico balik Singapura." Bersungguh Nicholas memujuk.
"Mama tak tahu sama ada sempat atau tidak Nico jumpa mama dan papa lepasni,"
"Apa maksud mama?"
"Takde apa-apa...." Gelak palsu kedengaran dalam talian.
"Mama janji, lepas balik mekah mama belikan snack kegemaran Nico. Jangan lupa tunggu mama depan pintu. Okay?"
"Nico takkan sesekali lupakan mama."
"Mama dah lewat nak berangkat ke sana, ada apa-apa berita tentang Dina, bagitahu mama."
"Mama..." adu Nicholas manja. Tak nak off panggilan boleh tak?
"Nico tak boleh salahkan diri sendiri dalam hal ni, siapkan dulu apa yang patut. Lepas dah selesai semua, barulah jumpa mama dan papa dekat sini. Okay?"
Nicholas mengangguk lemah. Bening halus yang jatuh beberapa titis diseka kasar.
"Nico rindukan mama dan papa....tu je." Luah Nicholas tulus.
Sejuk hati sang ibu mendengar luahan rindu itu. Semua ibu dalam dunia ini mahu mendengar kalimah itu disebut oleh anaknya sendiri. Andai hati yang marah membara dapat kalimah rindu itu, pastinya dah tak jadi nak marah.
"Kami berdua pun rindukan kamu, Nico." sampuk Datuk Rashid.
Datin Rohani ketawa kecil, selamba badak telefon pintar miliknya dirampas sang suami lalu dibuat loudspeaker. Hubungan antara Nicholas dan keluarga begitu rapat, kerana itulah Nicholas rasa serba salah sangat. Bahkan, selepas balik kerja mereka berborak terlebih dahulu di ruang tamu. Boleh dikatakan masa Nicholas banyak diluangkan bersama keluarga daripada kawan-kawannya sendiri.
"Abang, Nico tak balik." adu Datin Rohani. Sempat didengari Nicholas. Tak terkata lelaki itu, pasti mama dan papa sedih kan? Aduh!
"Papa faham." Datuk Rashid senyum sikit.
"Anak papa mana boleh nangis, tak gentleman lah. Apa pulak kata Dina kalau nampak sisi lemah Nico? Mama dan papa pergi mekah sekejap aje, bukannya terus menghilang tak balik rumah."
Ada rasa sesuatu asing bertandang saat ayat itu diucapkan. Sepertinya akan berlaku hal buruk saja nanti. Benarkah?
"Nico risau hal tak sepatutnya terjadi pada mama dan papa. Itu aje, dalam fikiran Nico macam-macam dah hal negatif terbayang."
"Allah bersama mama dan papa, ajal dan maut sudah ditentukan. Bila-bila masa Allah boleh tarik nyawa semua manusia di atas muka bumi ni."
Zip terus bibir Nicholas dari bercakap.Tak mampu nak berlawan bab agama mengenangkan Nicholas bukannya tahu serba serbi hal agama islam.
"Nico takut kehilangan orang yang Nico sayang." Pasangan suami isteri terdiam dalam talian.
"Nico pernah merasai kehilangan....." Bibir digigit.
"Dan Nico tak nak hal itu berlaku."
Datin Rohani menangis dalam talian. Tersentap tiba-tiba saat Nicholas ucapkan kata-kata itu.
"Nico minta maaf mama, Nico tak ada niat nak buat mama menangis. Jangan menangis, Nico tak suka." pujuk Nicholas lembut.
"Nico tak ada salah apa-apa, malah terlalu sempurna." Seiring air mata jatuh diikuti bibir itu mengeluarkan kata.
"Rugi kalau ada perempuan yang tak reti hargai anak mama, Nico handsome, siap pakej pandai dalam berniaga. Soft spoken paling penting."
"Kenapa puji Nico? Ada apa-apa ke? Atau nak Nico belikan makanan untuk mama dan papa?" gurau Nicholas.
"Kami berdua dah masuk kereta, dan sekarang kami menuju ke lapangan terbang."
"Dah sampai lapangan terbang bagitahu Nico."
"Okay, assalamualaikum."
"Waalaikummusalam."
Tut.
Tutup saja talian, Nicholas bergerak masuk ke dalam kereta.
Ting!
Datang alamat ni, saya ada kejutan untuk awak. -My babygirl
Berlapis kerutan pada dahi Nicholas mendapat mesej dari Irdina. Meski pelik, diteruskan jugak perjalanannya mengikut location yang diberi. Siap pakej nombor pintu hotel diberinya.
Dalam beberapa jam, Nicholas sampai ke destinasi yang ditujui. Nicholas keluar dari kereta masuk ke dalam hotel mewah itu. Mencari nombor pintu yang telah diberikan oleh sang isteri.
"183...." sebut Nicholas penuh debaran.
Tidak ditolak, malah tubuhnya biar berdiri tegak. Air liur ditelan payah, dengan bismillah pintu dibuka.
"Allah...."
Helaan nafas seakan tertimbun lumpur. Tak mampu bernafas melihat apa yang terhidang di depan mata. Ingin saja Nicholas lantangkan suara, namun tak mampu. Lantas, kakinya dihayun maju ke depan. Langkahnya berat sekali, hampir jatuh. Cepat Nicholas sedarkan dirinya agar bangun. Sedar bahawa sang isteri sedang enak tidur bersama lelaki lain.
"Dina..." Dengan tangan terketar-ketar tubuh itu ditepuknya.
"Di-Dina....ba-bangun..." lirih suaranya.
Allah,
Aku tak kuat, bantulah aku untuk menerima kenyataan bahawa isteriku sudah tidak mencintaiku.
"Awak?"
Melihat wajah baru bangun tidur yang kebingungan itu makin menyakitkan hatinya. Dinding menjadi tatapan, tangannya saja yang menarik duvet itu dari tubuh Irdina.
"Apa yang Dina buat ni? Huh?"
"Ap-apa?" Terbuntang mata Irdina melihat pakaiannya sudah di bawah lantai malah lelaki yang tidur bersamanya jugak hilang entah kemana."
"Siapa lelaki tadi?"
Merah mata Nicholas. Suaranya tiada, lelaki yang tidur bersama Irdina juga dibiar pergi. Nicholas sudah putus asa, tawar hati untuk melindungi juga mencintai. Lelah saat cinta dan sayang yang diminta tidak diperoleh. Malah, maafnya juga tetap dipandang remeh aje.
"Ini yang Dina nak cakapkan dekat abang?"
"Abang, apa yang terjadi tadi Dina sendiri tak tahu. Dina keluar nak beli makanan, tiba-tiba ada orang culik Dina." Cerita Irdina bersungguh. Pendek, padat dan ringkas.
Nicholas anggukan saja. Nafas ditarik sedalam-dalamnya. Semakin dalam nafas ditarik, makin lebat bening halus keluar dari celah mata.
"Ab-abang... faham...." Ada beberapa bait yang terdengar sengau saat didendangkan.
Baitnya yang terlalu dipaksa. Dipaksa untuk mencipta sebuah kata.
Allah,
Luluh hati Nicholas, hatinya hancur berkeping-keping. Matanya berkaca melihat apa yang terhidang di depan mata. Irdina tidur bersama lelaki lain. Inikah maksud kejutan yang dikatakan Irdina?
'Ya Allah, berat sangat ke dosa aku sampai begini sekali balasan yang Dina bagi dekat aku?' monolog Nicholas sayu.
"Ini balasan untuk abang lepas abang cuba baiki semuanya? Huh?"
"Ini bukan seperti apa yang abang fikirkan." Nicholas menggeleng.
"Dina..." Dengan tangan mengigil rambut sang isteri dibelai.
"Maafkan abang, abang tak mampu jadi suami yang terbaik untuk Dina...." Teresak-esak Nicholas menangis.
"Maafkan abang....ab-abang...." Nicholas menggeleng. Bibirnya digigit tahan sebak di dada.
"Maafkan abang, abang tak reti jaga isteri abang..."
"Tak abang..." Tangan Nicholas digenggam.
"Abang tak salah, Dina salah. Maafkan Dina...tolong maafkan setiap dosa Dina, abang." Dua pasangan itu sama-sama menangis. Bergema tangisan dalam bilik mewah itu.
"Tolong bagitahu abang...." Gigi diketap.
"Apa lagi yang tak cukup?" Sengau suara itu dialun.
"Abang..." Irdina menggeleng.
"Abang dah bagi kasih sayang dan cinta sepenuhnya untuk Dina, apa lagi yang tak cukup Dina? Apa?" Nicholas berura-ura nak bangun. Lantas, tangan besar itu ditarik agar terus duduk.
"Dengar dulu apa yang Dina nak cakap abang." Sama, mata lelaki itu tetap pada dinding. Bukan padanya.
"Apa lagi yang Dina nak explain dekat abang? Semuanya dah terbukti depan mata, Dina sayangkan orang lain berbanding abang." Setia sebelah tangan memegang duvet agar tidak terlondeh jatuh.
"Dengar dulu apa yang Dina nak cakap!" Dengan sekuat tenaga, tangan besar itu direntap agar berpaling mengadapnya.
Tergamam, terkaku.
Berlinangan air mata Nicholas menatap matanya. Boleh nampak kekecewaan dari sinar anak mata itu.
"Apa lagi yang Dina nak?" suara lemah ditutunkan.
Tangannya cuba direntap, namun Dina mengetatkan pegangan. Tak nak lepas tangan Nicholas walaupun sekejap. Mengalah, akhirnya Nicholas biarkan saja.
"Abang, dengar dulu apa yang Dina nak jelaskan." Nicholas ketawa sedih.
"Dengar penjelasan Dina?" Menitik air mata pada tangan Irdina. Serba salah kian menebal, buntu Irdina cari jalan untuk pujuk sang suami.
"Selama ni, Dina ada dengar penjelasan dari abang? Ada?"
"Abang..."
"Dina tak ada bagi peluang dekat abang untuk jelaskan semua yang terjadi. Malah, Dina tak ada langsung fikir perasaan abang. Abang buat semua benda untuk Dina tapi ada Dina hargai? Ada?" Sontak ketawa dihamburnya diiringi air mata yang tak sudah mengalir.
"Abang tak tahu apa lagi yang boleh buat Dina happy. Mungkin, kematian abang boleh buat Dina puas hati. Kan?"
"Tak, Dina perlukan abang. Dina tak nak abang mati." Nicholas diam tanpa kata. Matanya beralih pada dinding. Direnung sampai air jernih turun berkali-kali.
"Ini...." Tiket yang dibelinya dikeluarkan.
Beberapa titik air mata jatuh pada dua tiket itu. Bibirnya digigit, sebaik mungkin ditahan dirinya dari menangis. Namun, apakan daya....hatinya kekal menangis. Tidak bisa sekuat seperti mulanya.
"Tiket ni....tsk...tsk....tsk..." Air mata diseka dengan belakang tangan.
"Tiket yang abang tempah untuk kejutan isteri kesayangan abang sempena ulangtahun perkahwinan kita..." Senyum manis terukir. Irdina sempat baca isi tiket itu,
Royal Floria Putrajaya
Mulutnya ditekup, sampai begini sekali layanan istimewa yang Nicholas berikan padanya.
"Tapi..." Nicholas mengoyak dua tiket itu.
"Kenapa abang koyakkan tiket kita?" soal Irdina sedih.
"Hubungan kita dah tak bermakna."
"Apa maksud abang?"
"Apa makna hubungan kita berdua diteruskan kalau Dina sendiri tak maafkan abang? Malah, belum abang dapat kemaafan dari Dina....abang dah dapat berita kecurangan isteri sendiri. Paling sakit...." Nicholas tepuk beberapa kali dada. Pujuk hati supaya tidak menangis lagi.
"Abang sanggup tinggalkan mama dan papa demi Dina." Nicholas hidupkan telefon pintar miliknya. Gambar kedua mama dan papanya ditatap sayu.
"Abang dah lama tak balik Singapura semuanya kerana perempuan bernama Irdina." Irdina tergamam.
"Semuanya sia-sia....useless...." Telefon pintar berdering buat Nicholas laju angkat saat nama sang mama terpapar.
Prang!
Pecah berderai telefon pintar milik Nicholas. Air mata yang hilang kini membanjiri kembali seraut wajah tampan itu. Teresak-esak Nicholas menangis.
"Mama...." seru Nicholas sayu.
"Kenapa ni abang?"
Nicholas menggeleng. Kedua kakinya ditarik ke dada lalu dipeluk erat. Disembam mukanya pada kedua lututnya.
"Nico baru nak jumpa mama tapi kenapa...tsk...tsk...tsk..."
Irdina memeluk tubuh sang suami. Ditepuk beberapa kali belakang tubuh Nicholas.
"Mama tinggalkan Nico...tsk...tsk...mama...." panggil Nicholas lirih.
"Sabar abang..." Nicholas menolak tubuh Irdina menjauh.
"Abang! Abang! Abang!"
Tak sempat Irdina kejar, Nicholas telah menjauh. Bayang Nicholas ditatap, air mata diseka kasar.
"Maafkan Dina, Dina akan tebus segala kesalahan yang telah Dina lakukan dulu. Dina janji...."
Untuk sesiapa yang berminat nak beli buku His Secret Side boleh beli dekat Shopee tau! Hehe♥️🙈
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro