Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 43

Bunyi nada dering telefon miliknya mengganggu lenanya yang panjang. Mendadak, panggilan itu diangkat bersama senyuman tersungging di bibir.

"Yo!" 

Keterujaannya mendadak hilang, skrin telefon dipandang sayu. Bukan Ain yang dimahunya, panggilan dari Nicholas yang menjadi keutamaannya.

"Yo, assalamualaikum." Ain tersenyum malu. Lupa nak bagi salam kerana perasaan teruja.

"Waalaikummusalam,"

"Kenapa call?"

Tubuh disandar pada kepala katil. Matanya mengerling sebelah, tilam kosong tanpa tuan itu disentuh. Rindu pada Nicholas tapi hatinya menafikan, biasalah ego kan?

"Macam mana hubungan kau dengan Nicholas? Kau dah maafkan dia? Kau dah betulkan hubungan antara kau dan dia?  Bagitahu aku cepat!" Penuh keterujaan Ain menyoal.

"Aku..." Serba salah pulak nak cakap hal semalam.

"Kau kenapa?"

Ain dah tak sabar, andai jawapan Irdina tidak. Mengamuk betul Ain hari ini, bukan apa, Nicholas lelaki sempurna dan disia-siakan begitu saja? Takde otak ke? 

"Aku still tak bagi kata maaf dekat Nicholas."

"Ha?! Kau biar betul?! Kau jangan nak tipu aku boleh tak?" Nafas dihembus berat.

"Aku tak tipu kau, aku cakap benda betul kau tahu tak? Aku tak sempat nak bagitau yang aku dah maafkan dia."

"Kau cakap apa tadi? Tak sempat? Kau tengah bergurau ke Dina?" Suara Ain mendadak naik.

"Aku tak bergurau, aku teringat apa yang Mak Long dan Juwita cakap dekat aku. Maaf yang aku nak ungkap pun jadi tersekat sebab kata-kata mereka."

"Jadi sekarang kau nak cakap yang kau lebih percaya dekat Mak Long dan Juwita daripada suami kau sendiri? Macam tu? Huh?!" Ain cekak pinggang geram. Andai Irdina ada depan mata, memang dah aku cekik-cekik sampai pengsan.

"Aku tak tahu Ain...." Irdina capai bantal lalu tekup mukanya. Buntu!

"Kau dah buat kesilapan besar Dina, kau tak kenal Mak Long kau macam mana. Kau tak nampak lagi ke kebenaran depan mata? Tak nampak?"

"Apa maksud kau?" Bantal dialih dari muka.

"Kau ada cerita dekat aku yang Mak Long kau jual kau dekat kelab malam kan?"

"Ada, jadi?" Dahinya ditepuk.

"Kau ada otak atau otak kau dah jatuh dan kau lupa nak ambik balik? Huh?" Rambut panjangnya diserabutkan. Naik gila kalau Ain terus begini.

"Kau ni kenapa nak marah sangat?"

"Marahlah, cuba kau siasat balik apa yang terjadi. Ini tak! Percaya bulat-bulat dekat Mak Long kau, kau ingat Mak Long dengan Juwita baik sangat ke? Kalau baik takdenya Mak Long jual kau dekat kelab malam sana."

"Tapi-"

"Kau tak fikir ke ini semua rancangan dia? Dari mula sampai sekarang? Kau dah nampak kan Mak Long cuba rosakkan hubungan kau dan Nicholas semata-mata nak jadikan Juwita sebagai isteri Nicholas. Rancangan Mak Long adalah hancurkan rumah tangga kau dan Nicholas supaya nanti Juwita boleh menjadi pengganti kau. Faham?!"

"Macam mana kau tahu semua ni?"

"Nampak muka pun aku dah tahu Mak Long kau jahat macam syaitan." sedas bibir itu mengungkapkan kata pedas itu.

"Tak baiklah kau cakap macam tu."

"Tak baik atau baik, aku tak kesah. Mak Long kau tu tak layak dipanggil manusia, hidup Mak Long kau penuh dengan wang ringgit aje. Tak kesah hal hidup kau, kau tahu tak?"

"Kau cakap apa ni? Mak Long lawat aku haritu selepas perkahwinan aku dan Nicholas. Tu pun kau cakap jahat?"

"Ada Mak Long burukkan Nicholas tak?"

"Ada."

"Kau tak tanya banyak ke hal kematian opah dan atuk kau tu? Entah-entah Mak Long kau rancang semua ni, bukan boleh kira sangat orang tua tu. Aku kenal kau dah lama, semua hal keluarga kau, aku tahu. Termasuk muslihat Mak Long dekat kau." Andaian Ain betul-betul tepat dengan apa yang terjadi.

"Kau cakap apa ni Ain?"

"Aku cakap benda betul, aku tak main-main. Aku merayu dekat kau, tolonglah fikir baik-baik. Tolong ingat balik apa yang terjadi dulu. Mak Long halau kau, atuk dan opah kau dari rumah. Kau masih nak cakap dia baik? Huh?" Ucapan Ain berubah lembut. Tak ada lagi marah seperti tadi, betul-betul merayu.

"Aku..."

"Mak Long kau ada rancangan jahat lain untuk kau, Dina. Baik kau hati-hati, banyak benda boleh jadi. Aku tak nak tuduh benda bukan-bukan, tapi apa yang aku boleh buat? Semua kebenaran dah ada depan mata. Kau aje yang butakan diri kau."

Terimbas kembali perbualannya bersama Nicholas. Air liur ditelan payah,

"Babygirl boleh siasat siapa dalang disebalik semua yang terjadi. Demi Allah, abang tak ada niat langsung nak buat benda terkutuk macam tu. Abang buat semua ini demi babygirl, tak ada sebab lain."

Perlahan-lahan air mata Irdina mengalir. Mengerti setiap yang terjadi dalam hidupnya. Benarlah apa yang Nicholas luah padanya selama ini, Irdina saja yang menepis.

Allah,

Berdosanya Irdina, maafkan aku, Ya Allah...

"Abang cari babygirl dekat kampung, time tu abang jumpa Mak Long, tak sangka untuk dapatkan abang, Mak Long tulis surat palsu kematian babygirl bersama surat wasiat supaya abang kahwin dengan Juwita." tambah Nicholas lagi.

"Ya Allah, maafkan aku. Aku banyak dosa dengan suami aku sendiri, semua ini berpunca dariku. Maafkan aku, berikanlah aku peluang untuk baiki semua ini Ya Allah...." pinta Irdina sayu.

"Sejak abang dapat tahu babygirl meninggal, hidup abang dah tak macam dulu. Hidup abang hancur, kegembiraan abang nak jumpa babygirl hilang diganti kesedihan yang tiada kesudahan."

Berderai air mata jernih itu menuruni pipi, kesedihan tak henti melanda diri atas kerana dosanya pada Nicholas. Lehernya diurut, rasa mencucuk lain macam. Bulat matanya, mendadak kamar mandi dimasukinya lalu....

Bluerk! Bluerk! Bluerk!

Semua makanan dihamburnya, puas hati Irdina muntahkan semua makanan yang dimakan semalam. Ain yang masih dalam talian dah gelisah semacam, tak habis-habis nama Irdina dipanggilnya.

"Wei, sorrylah bebelan marah aku buat kau muntah. Aku saja je marah kau, tak tahu pulak kau boleh muntah begini sekali."

"Kau mengarut apa ni?"

Lehernya diurut, masih geli tekak. Tak sampai berapa minit, Irdina muntah sekali lagi. Ain mundar-mandir dalam bilik. Tak senang duduk kalau terus-terus begini.

"Aku okay."

Kakinya terasa lemah, tangannya berpaut pada dinding sambil berjalan menuju ke katil miliknya. Irdina baring tubuh di atas katil bersama telefon dilekap pada telinga.

"Kau tak nak pergi klinik ke? Atau hospital mana-mana? Aku risau, aku tak nak jadi apa-apa dekat kau. Kau kawan baik dunia akhirat aku. Kesakitan kau akan aku rasai jugak." Irdina senyum bersama ketawa kecil.

"Aku okay, mungkin salah makan semalam. Aku perlukan rehat aje, lepas rehat aku akan okay macam biasa. Kau jangan risau tau."

"Yelah, kau rehatlah. Tapi janji dekat aku, nak pergi mana-mana call aje aku. Aku tak nak kau pergi sorang-sorang, bahaya. Faham?"

"Ye, aku faham. Aku call kau lain kali pulak, bye."

"Bye."

Tut.

Matanya dikatup, nak rehatkan anggota badannya. Terasa hilang segala tenaganya selepas muntah tadi. Nak cakap salah makan, tak ada pulak Irdina makan makanan basi. Mungkin makan lewat, mana tahu kan?

"Rasa nak makan tomyamlah pulak...." Perutnya diusap.

Laju, tangan itu mencapai telefon miliknya yang berbunyi nyaring. Irdina tersenyum senang saat nama Nicholas tertera di skrin telefon.

"Assalamualaikum babygirl, abang balik harini." Melompat kecil Irdina diatas katil. Teruja!

"Waalaikummusalam, balik ajelah. Itu pun nak kena inform dekat saya ke?" Suara dibuat-buat diingin. Nak test sebelum bagi kata maaf.

"Abang balik harini tapi abang tak balik rumah kita, abang balik rumah papa dan mama. Dah lama abang tak jumpa mereka, lagipun papa dan mama nak pergi umrah. Eloklah abang jumpa mereka sekejap."

"Saya tak penting ke?" Mendadak naik suara itu. Perasaan gembira tadi hilang diganti perasaan amarah membuak-buak.

"Semuanya penting bagi abang. Bukankah dalam hidup kita perlu utamakan mak ayah? Abang nak jumpa mereka sebelum berangkat ke sana. Abang tak selalu ada free time nak jumpa mereka. Jadi...masa yang ada, eloklah abang gunakan aje." Dengusan kasar keluar dari bibir Irdina.

"Esok-esok awak boleh jumpa kan? Bukannya mama dan papa awak dah nak mati sampai awak utamakan mereka berbanding saya."

"Irdina Aisyah!" kuat suara itu menjerkah dari talian.

"What?!" Tanpa serba salah itu balasan yang diberinya.

"Babygirl jangan cabar kesabaran abang, abang tak suka babygirl cakap macam ni. Siapa yang ajar babygirl jadi kurang ajar macam ni? Siapa? Huh?"

"Awak nak kemaafan dari saya kan? Awak balik sekarang! Balik! Datang jumpa saya, saya nak bagi kemaafan yang awak nak dari saya!"

Tut.

Talian dimatikan tanpa sempat Nicholas habiskan kata, Irdina hembus nafas kasar. Amarahnya membara bagai gunung berapi nak meletop aje, kerana rindu mulutnya juga tidak terjaga. Itulah padah, terlajar perahu boleh diundur, terlajar kata buruk padahnya.

"Lapar..." adu Irdina, lalu perutnya diusap berkali-kali.

Tudung sarung miliknya dipakai, lalu kunci kereta dicapai. Irdina memboloskan diri masuk ke dalam kereta. Usai itu, mesej dihantar buat sang suami.

Saya keluar sekejap, nak beli makanan. Jangan lupa terus balik, saya nak cakap sesuatu dekat awak -Irdina

Seraya mesej dihantar, barulah Irdina pandu kereta keluar dari pekarangan rumah. Gembira hati dapat melampiaskan rindu pada Nicholas, seminggu bukan dalam masa yang singkat. Hari ketiadaan Nicholas benar-benar buatnya gila.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro