Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 42

Jam dikerling, masih awal lagi. Mungkin sempat untuknya belikan rantai dan cincin. Cincin untuk sang isteri manakala rantai untuk mama. Mama dah lama nak hadiah rantai Jordan darinya.

"What are we doing here?" soal William aneh.

Sejak bila kawan baiknya ini pakai emas? Atau....

"You know me well...."

"For your wife? Huh?" William buat muka.

Tak setuju langsung kalau Nicholas nak belikan emas untuk isterinya itu. Perempuan macam Irdina tak layak langsung dapat apa-apa hadiah dari Nicholas. I swear!

"Hi. Can I help you with anything?" Masuk saja dalam kedai emas itu, terus dia disapa.

"Yeah. Can I look at this ring?" Nicholas tuding jari pada cincin yang terlihat cantik ukirannya.

"Sure. Let me get it out for you."

"Berapa size cincin isteri kau?" soal William berbisik.

"Six...i guess..." Pekerja itu bagai memahami bahasa mereka, lalu cincin bersaiz enam itu diberikan pada Nicholas.

"Here you go." Jari kelingkingnya dimasukkan cincin. Rasanya dah okay sangat ni, ukiran pun dah lawa.

"Would you have any necklace that would go well with this?"

"Actually, we have a few to choose from. They are over here."

Rambang jugak mata Nicholas nak pilih. Manakan tidak, semuanya lawa-lawa coraknya. Rantai berjenama Louis Vuitton menjadi pilihannya.

"There's no price tag on this necklace." beritahu Nicholas.

"Oh. I'm sorry. I'll check the price for you. It is... $42,000.00." Rantai itu diambil dari tangan Nicholas.

"Wow! That's pricey...." Nicholas mengangguk bagai burung belatuk.

"This necklace is a little short. Do you have one that is longer?"

Pekerja itu mengangguk lalu berikan rantai berukiran sama pada Nicholas

"This one is much better."

"Let me think about it."

"Sure, take your time."

Telefon pintar miliknya dikeluarkan lalu nombor sang mama didailnya.

"Assalamualaikum anak mama..."

"Waalaikummusalam, mama..."

"Kenapa call?" Sambil memasak, Datin Rohani bercakap dengan Nicholas.

"Mama pakai tudung ke sekarang?" Nicholas garu kepala tak gatal.

"Kenapa pulak nak pakai tudung dalam rumah? Anak bertuah ni... ada-ada aje dia ni...." Menggeleng kepala sang mama.

"Nico nak tunjuk something dekat mama. Pakailah tudung kejap demi Nico, please..." Pekerja yang menjadi pemerhati sejak tadi sabar menanti. Pakej senyum manis dihulur.

"Jap." Kedengaran bunyi bising dalam talian.

"Dah."

"Nico tukar kepada video call tau mama." Tak banyak soal, Datin Rohani ikut aje.

"Mama nampak tak apa yang Nico pegang?"

Muka berkerut Datin Rohani bertukar gembira. Melompat riang tak terkata betapa terujanya dapat tengok rantai kegemarannya itu.

"Untuk mama ke?" Nicholas angguk.

"Nico...." Datin Rohani hampir menangis. Tak terkata, impiannya untuk dapatkan rantai itu akhirnya tercapai.

"Mama, kenapa nangis ni? Okay tak? Nico ada buat salah apa-apa ke? Hmm? Nico minta maaf, okay? Tak mau nangis macam ni, tak cantik mama Nico...." pujuk Nicholas lembut.

"Mama terharu...ma-ma...ma..." Teresak-esak Datin Rohani menangis.

"Kalau terharu janganlah nangis, ketawalah bila terharu."

William ketawa disebelah.

Pak!

Bahu kawan baiknya itu dipukul geram. Ada ke terharu ketawa, gila ke?

"Nico selalu tak serius, ada je gurauan hambar. Sengaja nak bagi mama gelak kan? Pandai anak lelaki mama ni..."

"Nico sejak dari lahir memang dah pandai, mama aje yang tak tahu." Datin Rohani menggeleng.

"Nico dah makan ke? Macam mana dekat sana? Okay? Busy sangat ke dengan kerja?"

"Tak adalah busy sangat, Nico baru siap makan dengan si Will." William angkat tangan.

"Mama ingatkan Nico pergi sana sorang aje."

"Tak adalah, Nico lebih suka pergi dengan Will. Tak ada Will susah jugak, tak pandai nak pilih benda macam ni."

"Eleh kau, aku pun bukannya pandai sangat." selit William.

"Yelah tu kau."

"Korang berdua selalu gaduh-gaduh, nak mama kahwinkan ke?"

"Kami bukan gay." laju William menjawab.

"Sudahlah layan korang, mama dah nak letak. Banyak benda nak buat, assalamualaikum."

"Waalaikummusalam."

Tut.

"Kau bercakap sejam baru habis, tak kesian dekat pekerja belakang kau tu? Dari tadi tunggu jawapan daripada kau. Kau tahu tak?"

"Sorrylah, aku memang macam tu. Bila dah selesa bercakap, terus tak sedar bila nak habis." Nicholas senyum kekok. Serba salah pulak dekat si pekerja itu.

"Can i get a necklace made with my mommy's names on it?"

"Are you going to-?"

"Yeah, of course." Pekerja itu beri senyum semanis gula. Gembira, rantai dan cincin itu dibungkus siap lalu diberikan pada Nicholas.

"Thank you for all the help."

"No problem at all." Nicholas tunduk sedikit tubuhnya. Langkah dihayun keluar dari kedai emas itu.

"Laju betul kau, tak sempat pekerja tu tanya penuh kau nak beli atau tak. Kau dah jawab nak."

"Aku teruja sangat nak bagi mama dan isteri aku dua benda alah ni."

"Ada ke patut emas cantik macam ni kau cakap benda alah?"

"Aku tak kenal sangatlah bab emas-emas ini semua. Benda jugak kan? So, takpelah kalau aku nak panggil benda alah atau seangkat dengannya. Kan?"

"Kau selalu nak menang aje bercakap dengan aku." Rengus William geram.

"Mestilah, aku tak suka kalah dengan kau. Setakat kau, apalah sangat."

"Sudahlah kau, malas aku layan kau."

"Tak nak layan sudah, tak kesah aku." William buat tak dengar, menyakitkan hati terusan berbalah mulut dengan Willia..

"Lepas ni kau nak pergi mana pulak?" Usai sampai ke parking kereta, mereka sama-sama masuk dalam kereta.

"Aku rasa nak balik, aku penatlah. Banyak keje aku buat dalam office tadi. Aku tak makan lagi, malas. Tak ada mood langsung nak sentuh apa-apa makanan."

"Kau tak ada mood atau kau rindu isteri kau?" Tak jadi nak hidup enjin lepas William cakap macam tu.

"Salah ke aku rindu isteri aku sendiri?" Muka gembira Nicholas telah berubah muram.

"Aku tak cakap salah..." William tengok aje Nicholas. Cincin yang baru dibelinya tadi ditenung aje, agaknya ada sesuatu dalam fikiran Nicholas.

"Apa yang kau fikir Nico?"

"Aku fikir....apa yang akan terjadi andai hubungan aku dan Dina terusan macam ni? Perlukah kami berdua bercerai atau....bagaimana?" soal Nicholas buntu.

"Aku tak tahu apa keputusan yang terbaik tapi....aku tahu, keputusan yang terbaik adalah apabila kedua-dua pihak berbincang antara satu sama lain."

"Maksud kau?"

"Tanya Dina, betul ke dia nak kau lepaskan dia? Aku percaya, Dina masih sayangkan kau."

"Macam mana kau boleh tahu?"

"Kau kenal isteri kau sendiri kan? Mustahil kau tak nampak." Nicholas diam untuk sedetik. Nafas ditarik panjang sebelum enjin kereta dihidupkan.

"Selepas balik dari Jordan, aku akan bincang dengan Dina. Aku janji," William tepuk sekali bahu Nicholas.

"Aku percayakan kau." Kereta mewah itu kini keluar dari kawasan itu. Sepanjang perjalanan, fikiran lelaki itu serabut tentang hubungannya dengan Irdina. Semoga semuanya baik-baik saja, amin....

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro