Bab 39
Tok! Tok! Tok!
Ain menggeliat kecil, matanya berura-ura nak tutup balik namun...
Tok! Tok! Tok!
"Siapa pulak yang kacau aku ni? Aku dahlah penat, ingat senang ke nak angkat tubuh aku yang berat ni ke pintu?" bebel Ain geram.
Malas, Ain bawa diri ke pintu. Pintu dibuka,
"Assalamualaikum, kenapa datang rumah saya? Tak boleh tengok saya senang ke? Saya mengantuk tahu tak? Off day bermaksud saya perlu tidur seharian tanpa diganggu, faham?" luah Ain tanpa melihat figura yang tercegat di depan matanya.
"I am sorry to wake you at this ungodly hour...." William kerling jam tangan miliknya. Baru pukul dua belas tengah hari, tidak terlalu lewat rasanya untuk melawat ke rumah orang.
"But..."
"Kejap but!"
Bam!
Tak berkelip mata William tatap pintu yang telah ditutup itu. Dalam beberapa minit, kepala yang telah dilitupi dengan tudung menjalar keluar di sebalik pintu.
"Hey...umm...but apa tadi?" William sembunyi senyum.
"Sorry for waking you up. I had no idea you were sleeping at times most people are usually awake at."
"Can you just get straight to the point?" Ain buat muka. Geram aku!
"Hi, i am William."
Dahi Ain berlapis-lapis, macam pernah dengar nama ni. Telefon miliknya dibuka lalu mesej yang dihantar Irdina padanya dibaca.
William datang ambik kereta aku nanti, he speaks Malay as fluent as me -Irdina.
"Awak faham apa yang saya cakap?" William angguk.
"Kenapalah kau tak baca elok-elok mesej dari Dina..." marah Ain pada diri sendiri. Dahinya ditepuk beberapa kali. Memalukan!
"Aku pun faham maksud Off day...by the way...." William seriuskan muka. Dalam hati terkekeh ketawakan perempuan di depan matanya ini. Tahu pun malu, marah orang lagi?
"Saya tak bermaksud pun nak marah sebenarnya...." Kepala yang tidak gatal digaru.
"Habistu kenapa berlari sampai hempas pintu?"
"Nampak aurat sayalah...saya perlukan tudung nak tutup rambut saya."
"Kenapa kau pakai tudung?" soal William ingin tahu.
"For Islamic women who choose to wear the hijab it allows them to retain their modesty, morals and freedom of choice. They choose to cover because they believe it is liberating and allows them to avoid harassment." William mengangguk.
"Why some women wear a hijab and some don't?"
"Many people both muslim and non-muslim are against the wearing of the hijab and argue that the hijab causes issues with gender relations, works to silence and repress women both phsically and metaphorically, and have many other problems with the practice." William diam sejak tadi. Fokus mendengar apa yang perempuan itu katakan.
"Islam adalah sempurna dan mudah. Tapi tidak saya, saya bukan hamba yang sempurna. Kadang-kadang saya tak pakai tudung dan kadang-kadang saya pakai. Tapi....saya tak pernah lupa satu kata-kata dalam hadis iaitu...sebaik-baik manusia adalah, manusia yang sentiasa berubah setiap kali melakukan dosa." William terkejut.
"Hey, kenapa kau menangis?" William dah tak senang duduk. Nak sentuh tak boleh, haram.
"Awak yang buat saya menangis." Ain makin galak menangis, teresak-esak ingat kejadian tadi.
"What did i do? Seriously?" Belakang lehernya diusap. Serba salah.
"Awak dah nampak aurat saya. Tak baik...."
"I am sorry..."
"Bukan salah awak." William serabutkan rambutnya.
"Tadi kau cakap salah aku, sekarang kau cakap bukan salah aku. Apa masalah kau ni?"
"Tak ada apa-apa masalah, saya okay aje."
"Kalaulah seribu perempuan ada dalam dunia ni macam kau..." William ketawa sinis.
"Aku rasa semua lelaki fobia nak kahwin." Barulah tangisan Ain berhenti.
"Kan bagus macam ni, ini tidak menangis aje tahu kau ni."
"Saya rasa berdosa selepas awak nampak rambut saya. Itu aje." William tengok aje telatah Ain.
"Panggil saya Ain." Ain kenalkan diri tanpa disuruh.
"Panggil aku Will." William tunduk sikit tubuhnya gaya orang korea.
"Sorang aje ke datang sini?" Matanya melilau mencari.
"Yeah..."
"Wait a minute." Berlari anak Ain mengambil kunci kereta.
"Nah." Kunci diberi pada William.
"I've got to get going." Ain dah tak senang duduk.
"Wanna get some pizza?" ajak Ain tanpa malu.
"Pizza?" Langkah William terhenti.
"Its...on me." Sengih tak berapa lawa menghiasi bibirnya.
"To be honest, i'm not a fan of pizza..." Ain kemam bibir malu.
"Oh..." Kecewa suaranya.
Bukan kecewa sebab tak dapat makan dengan lelaki mat salleh. Tapi kerana perutnya yang telah meragam lapar. Dahlah abang pinjam kereta, dah tak ada kereta nak keluar cari makanan.
"Yeah but...." Raut wajah kecewa itu ditatap.
"kau boleh ajak aku makan benda lain kan?"
"Kita nak makan apa?" Teruja Ain menjawab.
"Restoran favourite aku."
"Kalau macam tu, jomlah." Ain berura-ura nak pakai kasut. Akan tetapi,
"It's...a great shirt, isn't it?" Sengih menyakat diukirnya.
"Oh..." Ain cepat-cepat masuk dalam rumah semula. Tapi kejap!
Pusing balik.
"Awak tunggu dalam kereta tau, saya nak bersiap sekejap. Lima minit je, tak lama." Laungan itu dibalas dengan anggukan.
"I don't know whether to laugh or be angry at her behaviour. What a complete dipstick!" Terkekeh William ketawakan Ain. Badannya dibawa menyandar pada kereta Irdina.
"Hye!"
Mata mereka bersatu untuk seketika, badan yang menyandar tadi kini bangun tegak berdiri. Langkah lelaki itu tanpa sedar makin merapat. Terpana Ain melihat senyuman lelaki mat salleh itu.
"Wow lei è molto bella ..." (Wow she is very beautiful)
Wajah lelaki itu makin merapat, bulat mata Ain.
"Sei una bellissima giovane donna..." (You are a beautiful young woman)
Hampir mereka berdua berciuman, nasib baik Ain cepat-cepat sedar lalu menolak tubuh sasa itu. Perutnya yang lapar kerana meragam sejak tadi jadi hilang. Diganti dengan perasaan takut pada lelaki itu.
"Pasal makanan tadi..." Langkahnya dibawa mengundur beberapa tapak ke belakang.
"Sa-sa...ya-"
"I am sorry, aku tak sengaja. Aku..." Bibirnya digigit. Langsung, rambutnya diserabutkan.
"Aku tak sedar apa yang aku buat tadi. I am really sorry...i-i i didn't mean to...."
Gulp!
Ain ketap gigi, serba salah mendengar rayuan lelaki itu. Juga, takut kelaparan dalam rumah. Sudahlah Ain sorang aje dalam rumah sewa ini, mahunya sakit gastriknya menyerang.
"Awak janji takkan lepas laku macam tadi kan?"
"I promise." Siap tangan lelaki itu diangkat gaya ikrar. Malah siap pakej, jari kelingking lelaki itu dihulur.
"Janji?" Ain meliarkan mata mencari sesuatu. Daun dipetik lalu dihulur.
"Janji." William ketawa. Bahunya diangkat.
"Si, janji." (Yes)
Mereka berdua berbalas senyuman. William dengan sikap gentleman bukakan pintu buat Ain.
"Thanks."
William mengangguk dengan senyuman manis. Ain dah cair banyak kali kerana lelaki mat salleh itu.
"Let's go!!!" teriak Ain teruja.
Sepanjang perjalanan, mereka berborak antara satu sama lain dan tanpa sedar ada cinta yang berbuah.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro