Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 38

Irdina terkekeh ketawa, kelakar bila ingat apa yang berlaku tadi. Gara-gara nak sambut hari jadi Ain, Irdina menunggu di depan pintu bersama kek di tangan. Tak sangka kawan baiknya itu menepis, lalu kek itu selamat jatuh di atas lantai.

"Tak dapat aku nak makan kek harini...." Keluh Ain sedih.

Dikerling Irdina yang sedang fokus memandu di sebelah. Sekarang, mereka berdua mencari kedai kek. Semata-mata nak beli kek untuknya.

"Ala, aku boleh beli kek lain untuk kau. Macam tak biasa, aku bukannya mengira sangat dengan kawan baik aku."

"Aku tahulah kau jenis tak mengira, tapi kek buatan kau dengan kek buatan kedai tak sama. Kedua-duanya guna resepi berbeza..."

"Kau jangan buat suara sedih macam ni, aku pulak yang serba salah. Esok-esok aku boleh buatkan kek untuk kau, kau jangan risau eh?" pujuk Irdina lembut.

Usai sampai, kereta miliknya diparking.

"Jom keluar," ajak Ain teruja.

"Jap."

Giginya diketap kuat melihat sang suami mesra berbicara dengan seorang perempuan di dalam sebuah restoran.

"Kau tengok siapa?"

"Cuba kau tengok dua pasangan merpati sejoli dalam restoran tu." Tanpa beralih anak mata, Irdina menyoal. Nadanya tertahan dari hambur marah. Ada cemburu terpalit dari nada itu.

"Burung merpati mana kau ni? Sejak bila kedai kek ada burung merpati?"

"Kau ni...." Stereng dicengkam geram.

"Perempuan seksi dengan seorang lelaki pakai baju berkot dalam sebuah restoran sebelah kedai kek kegemaran kau tu." Malas jari itu tuding pada restoran mewah itu.

"Sama padan. Cantik, seksi dan handsome." Merah menyala muka Irdina menahan marah.

"Apa sama padan?" Palsu sekali gelak tawa dari Irdina.

"Asal? Salah ke apa yang aku cakap? Betullah, nampak sepadan dua pasangan suami isteri tu." Ain senyum simpul.

"Mana kau tahu mereka berdua dah kahwin?" Marah sekali nadanya.

"Wei, Relaxlah. Asal kau nak naik angin ni? Nak cakap kau kenal lelaki tu mustahil, sejak bila kau kenal lelaki berada macam tu? Setahu aku, kau kenal abang Wan aku aje."

"Mana ada aku naik angin, aku tanya aje kan?" Deheman kecil dibunyikan.

Termalu sendiri kerana perbuatan luar jangkauannya. Kenapa aku nak marah pulakkan?

Mana ada aku marah, aku cuma tak nak Nicholas dilabel dayus kerana curang. Itu aje.

"Aku harap, aku dapat suami macam lelaki tu. Pasti pandai hargai isteri kan?" Ain dah mula nak berangan.

"Macam mana kau tahu?"

Sinar api cemburu makin berapi melihat perempuan seksi itu memegang tangan Nicholas.

"Cuba kau tengok cara pandangan dia dekat perempuan tu, siap pegang tangan and cium lagi. Siap gelak ketawa macam pasangan bahagia." Tanduk Irdina serasa mahu keluar saat Nicholas mengusap kepala perempuan lain.

"Kita keluar jom." ajak Irdina tak sabar.

"Eh? Nak pergi mana?" Menggeleng Ain.

Meluru laju Irdina berlari menuju masuk ke dalam restoran mewah itu. Muka usah kata, merah bagai buah tomato masak ranum. Merah menyala.

"Dina!" suara lantang Ain menarik perhatian manusia yang ada dalam restoran mewah itu.

"Babygirl?"

Terkejut beruk Nicholas, matanya melirik Nisha sesaat sebelum matanya berpindah fokus pada sang isteri yang kini berada di depan mata.

"Babygirl buat apa dekat sini?" Bangun, kerusi di sebelahnya ditarik untuk Irdina.

"Tak payah nak berlakon baik! Ini kerja awak selama ni huh? Jadi seorang lelaki playboy? Berapa banyak lagi perempuan yang awak nak dalam hidup awak? Tak cukup lagi ke saya sebagai isteri awak?" Tak berkelip mata Ain pandang Irdina. Isteri?

"Darling salah faham, cuba dengar penjelasan abang. Ini tak, selalu buat andaian sendiri. Mana keadilan untuk abang?" soal Nicholas tidak puas hati.

"Nak jelaskan apa lagi? Dah cukup jelas apa yang awak buat selama ni adalah curang bersama perempuan lain. Awak sedar tak yang awak dah berpunya? Sedar tak?!" Jerkah Irdina kuat.

"Abang kenapa ni?" soal Nisha lembut.

Lengan Nicholas cuba dipegang, laju Irdina menarik Nicholas agar berdiri di sebelahnya.

"Hey perempuan tak sedar diri, kau sedar tak lelaki yang kau pegang adalah suami aku? Maruah kau letak dekat mana? Kaki? Huh? Murah betul maruah kau sampai sanggup goda suami orang. Tak ada lelaki lain ke kau nak ambik? Dah pupus semua kumbang yang ada? Huh?" sinis sekali nada suara Irdina.

Dah tak kesah pandangan orang lain padanya. Yang penting, semua rasa geram dan marahnya perlu dihambur. Makin menggelegak marahnya apabila perempuan murahan itu ukir senyum sinis padanya.

"Abang, apa maksud perempuan ni? Siapa ni?"

"Siapa abang kau? Siapa izinkan kau panggil suami aku abang? Siapa? Huh?!" Tak sempat nak serang, Nicholas memeluk tubuhnya. Meronta kuat Irdina dalam pelukan sang suami bersama deraian air mata.

"Lepaskan Dina! Lepaskan Dina! Biar Dina ajar perempuan tak guna ni, perempuan tak guna!" lantang suara Irdina bergema dalam restoran itu.

"Sabar babygirl, jangan ikutkan perasaan sangat. Tak baiklah, ramai mata-mata tengok perangai teruk isteri abang ni. Kalau betul marah, jangan sampai marah-marah macam ni. Bertenang, kita bincang elok-elok. Okay?"

"Nak bincang apa? Perempuan tu cuba rampas awak dari saya dan awak nak saya bertenang macam tak ada apa-apa berlaku? Huh? Macam tu?"

Sekuat tenaga Irdina menolak tubuh sasa sang suami. Berharap agar dirinya terlepas lalu amarahnya dapat dilampiaskan dengan melukakan Nisha.

"Sabar sayang..." Nicholas beri isyarat mata pada Nisha.

Memahami, Nisha mengangguk. Tak tunggu lama, tubuh sang isteri dicempung keluar dari restoran mewah itu. Bebelan marah dan kata kesat Irdina dilempar pada Nisha tidak diambil peduli.

"Lepaskan saya, saya tak habis cakap lagi. Perempuan macam dia perlu diajar, kalau tak makin menjadi-menjadi." Tanpa pedulikan Irdina, tubuh kecil itu dimasukkan ke dalam kereta miliknya.

"Saya nak balik macam mana?" soal Ain.

Sejak tadi dia menjadi pemerhati yang tidak berbayar, banyak tanda tanya dalam benak fikirannya. Semestinya dia perlu korek dari Irdina.

"Jap." Beg tangan milik Irdina dicapai lalu kunci kereta Irdina diambil.

"Nah."

"Guna kereta Dina?"

"Kami berdua ada hal yang nak dibincangkan, gunalah dulu. Esok saya mintak anak buah saya ambil." Ain mengangguk, matanya mengerling Irdina.

"Kau ada hutang dengan aku."

Irdina melirik pemergian Ain. Keluhan berat dilepaskan, satu hal pulak nak cerita hal rumah tangganya. Lidahnya bergerak mengalun zikir dalam hati, menenangkan gelora hati yang kian resah bercelaru.

Ya,

Tak ramai yang tahu hal perkahwinannya dengan Nicholas. Hal ini berlaku kerana kemahuannya, Irdina yang mahukan perkahwinan secara rahsia. Baginya itu lebih baik, tak adalah orang tahu kejadian tangkap basah itu.

"Kenapa babygirl marah sangat hari ini?"

Suasana tenang seketika menjentik keberanian Nicholas untuk bercakap bersama sang isteri. Muram aje muka Irdina, pastinya kes tadi kan?

"Awak tanya soalan apa ni? Awak jangan buat tak tahu, kenapa awak pilih untuk curang sedangkan awak dah ada saya sebagai seorang isteri?" Suara Irdina sedikit tenang berbanding tadi. Marahnya surut setelah lidahnya dibasah dengan zikir Allah.

"Abang tak curang, tak ada dalam kamus hidup abang untuk berlaku curang. Kesetiaan abang untuk seorang perempuan aje, My honor is loyalty, remember?"

Kenangan dulu menjengah kembali,

"Macam mana kalau satu hari nanti Nico tinggalkan Dina?" Irdina mengumam sedih.

"Nico takkan tinggalkan cinta hati Nico. Nico dah tulis nama Irdina dalam hati, tak ada orang lain boleh masuk kecuali Dina." Mini love dibentuk untuk Irdina.

"My honor is loyalty, remember?" Senyuman itu melebar bahagia.

"Yeah..."

Beberapa titik air mata Irdina menitis.

"Don't cry babygirl...." Pujuk Nicholas. Ibu jari menyeka air mata sang isteri.

"Saya benci awak, Nico."

Irdina menurunkan seat miliknya. Matanya dipejam, dalam diam hatinya menangis. Kenangan dia bersama Nicholas waktu kecil kian bermain dalam fikiran semenjak mereka berdua menjadi suami isteri. Kuatnya jodoh mereka berdua.

"I am sorry babygirl... please don't hate me. I know, i hurt you. I know i gave you no explanation but i have my reasons."

Nicholas ketap bibir. Percayakah Irdina pada kebenaran yang akan dikatakannya?

"That's it, i don't care."

"Darling..."

"Stop talking."

"Let me explain-"

"Stop talking!" Jerkah Irdina kuat.

Mengalah, Nicholas diam. Memberi ruang untuk Irdina menenangkan diri terlebih dahulu.

"That's enough...."

Badannya dipusing membelakangi sang suami. Matanya dipejam rapat bersama deraian air mata tidak putus-putus. Mengapa memilih untuk curang? Mengapa tidak berterus-terang mahu melepaskannya?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro