Bab 37
"Kenapa kau terlalu baik Nico?" William menghirup air cappuccino miliknya sambil anak mata menjamah raut wajah tampan yang muram itu.
"Salah ke aku jadi manusia yang baik?"
"Tak salah, tapi kau dah tahu Dina tak sukakan kau. Kau tinggalkan ajelah dia, bukan niat kau bunuh opah dan atuk kau. Ikutkan, Dina boleh aje maafkan kau. Semua ni bukan salah kau, salah mak saudara dia. Dia aje yang tak sedar."
"Aku sayang dia, Will."
"Aku tahu, tapi sayang kau buat aku jadi tertekan. Kau ingat aku suka ke tengok kawan aku terluka macam ni? Kau nampak happy depan aku tapi belakang? Kau terluka sebab isteri kau sendiri. Aku tak suka Nicholas versi baru ni, aku nak Nicholas yang dulu." Anak mata mereka bertembung, sinar mata berkaca itu ditatap. Mengapa memilih untuk teruskan jika hati masing-masing tidak tentu arah?
"Aku yang mulakan semua ni, kau lupa?"
"Tapi Nico...."
"Aku tak boleh buat apa-apa selain mintak kemaafan dari dia. Maaf Dina terlalu mahal sampai aku sendiri sanggup gadai apa saja yang aku ada untuk dia. Seperti sekarang, aku gadaikan diri aku untuknya. Tak kesahlah layanan Dina macam mana, yang penting aku dapat kemaafan itu."
"Tak kesah layanan Dina macam mana? Apa maksud kau?"
Salivanya ditelan payah, Nicholas benar-benar tak pandai bab berbohong. Beginilah jadinya, yang sepatutnya dirahsiakan kini kian terbongkar.
"Dina layan kau macam mana? Bagitahu aku sekarang, biar aku ajar isteri kau."
"Tak ada apa-apalah, kau nak marah sangat ni kenapa?"
"Kau nak aku ketawa macam orang gila bila kau dapat layanan teruk dari isteri kau? Macam tu? Huh?"
William menggeleng. Meski dia bukannya beragama islam. Namun, sedikit sebanyak William tahu tentang islam.
"According to the Quran, an Islamic wife's role is to be her husband's equal partner, supporter, and helper in life and in their spiritual journey together."
"Aku tahu..." Nicholas hembus nafas berat.
"You don't deserve to be treated that way...."
"Aku okay aje sekarang, kau tak nampak?" suaranya serak menahan setiap rasa yang bercelaru.
"Ini bukan masalah kau nampak okay atau tak okay. Masalahnya, kau tak layak dapat layanan macam ni. Kau tak sengaja, kau faham tak? Tak sengaja dengan sengaja sesuatu yang berbeza. Tak sama!"
"Hati manusia tak sama..." Anak mata dialih pandang jalan raya disebalik pintu kaca.
"Kalau hati manusia semuanya sama, fikiran Dina juga akan sama seperti aku. Memaafkan dan meredhai apa yang terjadi. Namun sebaliknya, tak ada kemaafan. Yang aku terima adalah hukuman, hukuman yang aku sendiri tak tahu sampai bila akan berakhir."
"Nico, kau boleh cari perempuan lain yang lebih baik daripada Dina. Kau tak perlu menagih cinta dari perempuan yang tak nakkan kau. Kau dah buat semuanya untuk Dina. Kau upah aku jaga Dina dari jauh, kau mintak orang atasan luluskan design Dina yang telah ditolak. Kau sambut kepulangannya dengan masakan kau. Kau buat semuanya untuk dia. Tapi apa yang dia nampak?"
"Cukuplah Will,"
"Kenapa kau nak bela sangat Dina?! Apa yang kebaikan yang ada pada Dina sampai kau tak nak tinggalkan dia?!" Kuat suara itu menjerkah.
"Aku sayang Dina."
"Sayang tak bermaksud kau perlu jadi gila bayang macam ni! Sedarlah Nico, sampai bila kau nak hambakan diri kau untuk dia? Siapa nak kasihankan kau kalau bukan diri kau sendiri? Huh?!" Bibirnya diketap bersama gelengan kepala.
"Aku bukan hamba Dina, aku cuma..."
"Kau cuma apa? Cuma suami atas kertas?" Lancang sekali lidah itu mengeluarkan kata. Tak sedar katanya itu sudah melebihi batas.
"Aku cuma belajar menjadi yang sempurna meski aku bukan Nabi Muhammad...." Kendur bahu William.
"Aku mencontohi Nabi Muhammad dalam perkahwinan aku dan Dina."
Kalah, William hembus nafas berat. Bukan tak nak pertahankan kebenaran, tapi untuk apa? Nicholas sendiri tidak mahu mendengar ulasnya, apatah lagi untuk menerima kebenaran sebenar?
"Siapa tahu, dengan kesabaran aku... lambat-laun Dina akan kembali semula pada aku?" Nicholas melarikan anak matanya.
Berkaca mata memikirkan itu, tahu jawapannya tak sama dengan apa yang dia rasa. Percayanya pada Allah bergunung, percaya semuanya akan baik-baik saja nanti.
"Macam mana kalau kesabaran kau selama ni sia-sia?" Liurnya ditelan kelat.
Bergetar tangan itu mencapai air miliknya. Di hirup sedikit demi sedikit bersama rasa yang tidak menentu. Berharap air yang diminumnya dapat sejukkan hatinya walaupun sedikit.
"Aku percaya takdir yang tertulis dalam hidup aku, andai dia adalah milik aku... dia tetap akan jadi milik aku." Terkatup bibir William untuk meneruskan bicaranya. Sampai macam tu sekali fikiran positifnya?
"Kadang-kadang kau tak perlu terlalu positif, takut-takut sebaliknya yang terjadi dan kau yang terluka."
"Aku yakin, kepercayaan aku kepada Allah takkan sia-sia. Aku percaya, satu hari nanti....Dina akan datang pada aku. Memujuk dan merayu mahukan aku dalam hidupnya. Ini bukan masanya lagi, aku kena sabar menunggu." Penuh yakin Nicholas berkata.
"Aku harap apa yang kau cakapkan jadi kenyataan, aku tak nak kau terluka untuk kali kedua."
"Aku faham perasaan kau, Will." Nicholas senyum bahagia.
"Kaulah sahabat dunia akhirat aku, selalu ada di sisi aku ketika aku susah mahupun senang."
"Aku anggap kau macam abang kandung aku." Mereka berbalas senyuman.
"Sebelum aku lupa...." Alisnya diangkat.
"Apa?" William mengeluarkan telefon pintar miliknya.
"Kau dah settlekan semua?" Angguk, gambar yang telah ditangkap ditunjuk semua. Kata Nicholas,
"Betul ke apa yang kau buat ni?"
"Kenapa kau tanya aku macam tu?" Bahagia sekali raut wajah Nicholas.
Rancangannya untuk menempah tempat di Royal Floria Putrajaya akhirnya berjalan lancar. Kejutan untuk isteri kesayangannya sempena ulangtahun perkahwinan mereka esok.
"Kau tak ingat apa yang terjadi minggu lepas?"
"Apa yang terjadi?" soal Nicholas keliru.
"Kau pura-pura tak ingat ke? Kau tak makan sampai gastrik teruk semata-mata tunggu isteri kau balik. Tup-tup kau dapat berita Dina dah makan, macam mana kalau rancangan kau sama seperti apa yang terjadi minggu lepas?" Kerisauan nada suara itu.
Mana tak risau?
Sahabat baiknya dah lakukan sebaik mungkin untuk Irdina, sayang. Tak ada langsung Irdina hargai. Kejam!
"Aku akan pastikan perkara yang sama terjadi untuk kali kedua. Percayalah cakap aku, lagipun...tempat yang aku tempah ni favourite Irdina. Takkan tempat favourite tak nak kan?"
"Suka hati kaulah Nico, aku cakap apa-apapun tetap jawapan kau positif aje. Bukan nak dengar apa yang aku cakap, ikut kepala kau aje." William menggeleng. Boleh pulak Nicholas sengih macam kerang busuk sedangkan dia sedang serius.
"Aku bukannya positif, aku cakap benda betul. Dina takkan tolak atas alasan tempat tu adalah kegemarannya."
"Kalau kau cakap macam tu..." Kedua bahunya diangkat.
"Baiklah aku percaya."
"Baguslah." Kelegaan terpapar dari raut wajah handsome itu. Namun tak lama,
"Tapi kalau aku dapat tahu berita kau terluka untuk kali kedua, aku janji, aku takkan sesekali bagi peluang untuk Dina dekat dengan kau lagi."
Gulp!
Muka serius William ditatap gerun. Tatkala William tutur kata tegas begitu, akan ditunaikan tanpa segan silu. Itulah janji yang tak akan William lupa.
"Kau buat aku takut."
"Takut atau tak, aku akan pastikan semua perbuatan Dina berbayar semula. Maybe lagi teruk dari perbuatan dia pada kau." Nicholas menggeleng.
"Sayang betul kau dekat aku eh?"
"Of course."
"Gay kan?" Alis William diangkat beberapa kali.
"Banyaklah kau punya gay."
Tawa bahagia dihambur mereka berdua. Perbualan mereka berterusan, senyuman tidak lekang dari bibir Nicholas dan itu melegakan hati William.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro