Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 32

"Assalamualaikum..." 

Masuk saja dalam rumah, semerbak bau haruman makanan yang dimasak oleh seseorang. Terbit senyum kecil dari bibir itu. Terharu melihat kesungguhan sang suami masak kan untuknya. Teringat kejadian dulu, pudar senyuman itu diganti dengan raut wajah garang.

"Dah balik babygirl?

Tanpa disuruh, beg milik sang isteri diambilnya lalu dibawa naik ke atas. Tak berkedip mata Irdina melihat sang suami. Comel sekali dengan apron berlari naik tingkat atas. Lamunannya berterusan sehingga tidak sedar kemunculan sang suami di depan mata.

"Hey babygirl," Pipi Irdina ditepuk lembut.

"Huh?"

"Mengelamun apa sampai abang berdiri depan mata tak sedar? Huh? Abang terlalu handsome?" Alisnya diangkat, senyum menggoda dikutik.

"Mengada!" Matanya dijeling menyampah.

"Darling tak cakap pun abang boleh agak." Tawa halus dilepasnya.

"Tak adanya saya nak puji awak handsome sedangkan awak bukannya good looking sangat. Setakat muka macam awak, dekat pasar malam boleh jumpa." ejek Irdina.

Senyum kelat terukir di bibir. Gurauannya salah atau dia tidak sepatutnya bergurau?

Salahkah Nicholas tagih attention dari isteri sendiri? Mahu pujian yang mampu buatnya rasa disayangi walaupun untuk sehari.

"Babygirl nak makan? Abang dah masak sup ayam kegemaran babygirl. Siap pakej telur dada abang sediakan, banyak jugak abang masak. Semuanya khas untuk babygirl abang."

"Tak perlu susah-susah, saya nak keluar jugak nanti."

"Keluar?"

Jatuh bahunya, mata melirik pada ruang dapur. Bagaimana dengan masakkannya?

"Ta...ta-tapi abang dah masak untuk babygirl..." Nadanya sedih menagih simpati Irdina. Penat-penat dia masak, Irdina tak nak rasa walaupun sedikit?

Allah...

"Siapa yang bagi keizinan awak untuk guna dapur saya? Siapa yang suruh awak masak sedangkan saya tak cakap apa-apa? Salah awak, tak payah nak bersedih sangat. Perlu ke awak jadi rajin macam ni nak dapatkan hati saya balik?"

"Abang masak untuk babygirl, abang cuba jadi suami yang terbaik untuk babygirl. Abang dah ikut semua rules yang babygirl tulis. Semua kerja rumah siap abang lakukan,. Babygirl tak nampak lagi ke usaha abang untuk pulihkan hubungan kita?"

Irdina peluk tubuh. Mukanya ketat sekali semacam menyimpan amarah memuncak buat sang suami. Matanya meliar pandang sekeliling, benarlah. Semua barang telah disusun kemas. Lantai jugak kelihatan bersih, tak nampak kotor pun.

"Baguslah, rimas jugak saya tengok rumah saya macam tong sampah." Nicholas diam. Ada baiknya mengalah aje.  Nicholas tak nak mulakan pergaduhan.

"Kenapa awak pandang saya macam tu? Awak nak tuduh saya sepahkan rumah saya sendiri? Huh?"

"Abang tengok isteri abang yang cantik aje, tak salah kan?" Berbahang merah muka Irdina. Marah bercampur dengan malu, gara-gara usikan sang suami.

"Saya nak naik atas, bersiap apa yang patut."

"Babygirl nak pergi mana? Boleh abang ikut?" Kaki setia mengekor langkah sang isteri sampai tingkat atas.

"Awak dah lupa rules antara kita berdua? Awak tak ada langsung hak untuk tanya saya nak pergi mana dan keluar dengan siapa. Awak sepatutnya sedar diri yang kita berdua hidup dalam kontrak aje. Bila-bila masa saya boleh tuntut cerai dengan awak." Sombong ayat Irdina.

Dah lupa agaknya dirinya telah menderhakai suami sendiri. Bisa  katakan sebegitu tanpa perasaan.

"Rules atau tidak, abang sebagai suami ada hak untuk tahu ke mana babygirl pergi dan siapa yang akan keluar dengan babygirl.  Tak ada istilah menyibuk sebagai seorang suami, babygirl."

Dengusan keluar dari bibir. Tak lama, senyum jahat diukirnya. Baju disalin di depan Nicholas, mendadak lelaki itu pusing ke belakang.

"Kenapa tak tengok aje? Free kan?" Tempalak Irdina.

Raut wajahnya mengejek, seakan-akan sengaja menjentik kemarahan sang suami. Tapi lain pula yang dia peroleh,

"Free, tak bermaksud abang perlu ambik kesempatan ke atas isteri abang sendiri. Hormat dan sayang abang lebih besar nilainya berbanding nafsu."

Terdiam seribu bahasa Irdina. Tenang aje jawapan Nicholas dan itu benar-benar menyentap hatinya. Hebatnya Nicholas berkata-kaya sampai dia sendiri tak mampu nak lawan balik.

"Tak payah pura-pura baik, nak tunjuk dekat siapa?"

Bam!

Nicholas urut dadanya, terkejut pintu dihempas kuat sang isteri. Salahkah apa yang dituturnya tadi?

Sedangkan itulah kebenaran yang dirasainya. Sayang dan hormat tak pernah hilang buat perempuan itu meski perbuatannya sering kali menyakitkan hatinya.

'Salah ke apa yang abang buat selama ni? Salah ke abang ambik berat hal isteri abang sendiri?' desis Nicholas lirih.

Kepalanya menunduk dengan raut wajah sedih. Sedikitpun Irdina tidak hargai pengorbanannya. Teruk sangat agaknya Nicholas ini.

"Saya makan dekat sini malam ni." terbang lamunan Nicholas diganti anak mata terkebil-kebil pandang sang isteri di depan mata.

"Bukan tadi babygirl cakap nak keluar? Bukan makan terus dekat sana?" soal Nicholas separa teruja.

"Awak tak nak saya makan dekat sini cakap ajelah, tak perlu nak tanya itu ini. Saya tak kesah pun tak makan dekat sini, berlambak makanan dekat luar sana ada untuk saya." Irdina bersiap lengkap memakai tudung shawl putih bersama gaun cekak pinggang berwarna putih.

"Abang nak babygirl makan bersama abang dekat sini."

Senyum manis terukir lebar di bibir. Namun, saat matanya berpusat pada gaun yang tersarung di tubuh sang isteri. Perasaan kurang senang menjengah.

"Babygirl nak keluar dengan siapa? Kenapa lawa sangat pakai baju ni? Tukarlah pakai yang lain, jangan pakai gaun macam hantu kak limah. Tak lawa!" suruh Nicholas siap pakej ejek gaun yang dipakai Irdina.

"Apa masalah awak ni? Hantu Kak Limah apa macam ni? Kira okaylah menutup aurat, apa lagi yang kurang?"

Irdina menilik pemakaiannya melalui pantulan cermin. Tak ada nampak leher atau apa-apa bahagian kulit. Jadi apa?

"Babygirl nampak macam bidadari...." Nicholas malu-malu tengok Irdina.

"Macam mana kalau-kalau ada orang lelaki yang cuba rapat dengan babygirl?" sambung Nicholas cemburu.

Memikirkan itu, laju tangan itu menanggalkan semua keronsang pada tudung Irdina.

"Hey! Apa yang awak cuba buat ni?" Cuba ditepis, laju tangan besar itu memukul tangan Irdina.

"Tukar baju sekarang sebelum abang yang tukarkan buat babygirl!"

"Apa masalah awak ni?!"

"Dengar cakap abang sebelum abang sendiri yang tukarkan pakaian babygirl." Pinggang dicekak geram.

"Tapi...."

"Takde tapi-tapi, buat sekarang!" tegas Nicholas.

"Ish! Yelah-yelah, tak perlulah nak marah-marah saya macam ni. Cakap elok-elok boleh kan?"

"Cakap elok-elok bukannya nak dengar cakap abang. Tak ada guna, sia-sia aje." Tubuhnya dipeluk, anak matanya melirik pada sang isteri.

Bam!

Bunyi hempasan pintu bilik air buat kali kedua. Nicholas senyum aje. Lega sikit bila Irdina dah tukar baju. Bukan apa, baju yang dipakainya terlalu menyerlah. Malah baju cekak pinggang itu menampakkan body shape. Tak naklah ada mata-mata yang cuba tengok tubuh isterinya. Tubuh Irdina hanya untuk tatapnya saja. Orang lain tak boleh!

"Dah siap." Baju yang dipakainya tadi dilempar ke katil.

"Kan elok pakai jubah kosong biasa macam ni, tak ada nampak lawa sangat." Gigi diketap geram. Sesuka hati aje cakap aku tak lawa, habistu macam mana boleh jatuh cinta kalau tak lawa?

"Saya pakai jubah putih kosong macam ni atas sebab terpaksa. Awak yang nak sangat saya pakai baju orang mati macam ni tau!"

"Eloklah pakai baju orang nak mati, barulah kita sebagai manusia ingat bahawa kita akan mati. Iya tak sayang?" Senyum pada hujung bibir itu terjungkit naik membentuk sinis.

"Sudahlah! Cakap dengan awak sampai bila-bila tak habis, saya nak keluar jumpa klien jap. Bye!"

"Abang hantar." pelawa Nicholas ikhlas.

"Saya tak suruh hantar kan? Jadi jangan nak buat rajin hantar saya sedangkan saya pandai pandu kereta." Ekor mata menghantar pemergian sang isteri. Keluhan berat dilepaskan, sukar sekali nak tolong isteri sendiri. Haih....

"Balik makan dengan abang tau nanti!"

Laungan itu tidak disahut dari orang bawah. Sudahnya Nicholas tepuk dada memujuk hati bahawa semuanya akan baik-baik saja. Harapnya begitulah, haih...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro