Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 30

Kerongsang dipakai pada kedua belah bahunya. Sempat matanya mengerling sang suami yang sedang enak tidur di atas katil miliknya. Nicholas betul-betul buatnya naik angin. Sedar-sedar lelaki itu erat memeluk tubuhnya. Sesuka hati aje!

"Babygirl nak pergi mana?"suaranya agak serak dan lebih seksi. Comel perbuatan lelaki itu genyeh kedua anak matanya. Comel!

"Sibuk nak tahu sangat kenapa? Saya ada kaki, ikut sayalah nak pergi mana-mana pun. Saya tak ada mintak pertolongan awak kan? So...diam!"Tempelak Irdina sedikit kasar.

"Abang tanya aje kan?"

Suaranya masih lembut meski Irdina telah memarahinya banyak kali. Sabarnya lelaki bernama Nicholas, mana tak sabar kalau dia sendiri tahu bahawa inilah karma atas segala dosanya.

"Awak bila nak balik? Dah kebah demam kan? Pergilah balik sana!" halau Irdina kasar.

"Abang nak tinggal sini. Tempat seorang suami di sisi isteri. Abang kenalah jaga babygirl abang." Cukup tiga potong ayat itu menaikkan darahnya.

"Saya bukannya budak kecik sampai nak kena jaga setiap hari. Baik awak balik ajelah rumah awak sendiri. Tak ada guna awak tinggal dekat sini kalau nanti saya nak pindah rumah lain." tipu Irdina.

Riak mukanya sengaja diseriuskan agar penipuannya menjadi.

"Pindah?"

"Saya tak nak awak kacau hidup saya lagi. Saya nak hidup tanpa awak. Tak adalah saya sakit hati tengok muka awak setiap hari, bosan tau tengok muka awak. Tak ada faedah langsung!"

"Tak baik cakap macam tu babygirl...."

"Saya pergi dulu, jangan lupa kunci pintu lepas keluar dari rumah saya."

"Tapi babygirl..."

"Awak nak saya pindah betul-betul ke?"

"Abang nak babygirl terus stay dengan abang. Abang tak nak babygirl pindah mana-mana."

"Lepas saya balik dari jumpa klien awak masih ada dekat sini, saya takkan teragak-agak pindah rumah."

"Tapi babygirl, abang tak nak jauh dari babygirl. Abang tak boleh hidup tanpa babygirl, tolonglah faham perasaan abang babygirl. Please...." rayu Nicholas sayu.

"Bye."

"Please babygirl...."  Nicholas menggeleng. Lengan Irdina ditarik agar berdepan dengannya, namun tepisan yang diperoleh.

"Apa lagi yang awak nak? Saya nak keluar dari rumah dengan aman pun tak boleh. Jangan nak control hidup saya boleh tak? Rimaslah!"

"Abang tak control, abang cuma nak persetujuan dari sayang. Abang nak tinggal dalam rumah ni bersama kesayangan abang. Susah sangat ke nak bagi keizinanan tu? Sedangkan abang sebagai seorang suami tak perlukan keizinan. Abang boleh aje stay sini sampai bila-bila." Dengusan kasar keluar dari bibir Irdina. Menyampah aku orang tua ni!

"Awak nak sangat tinggal dekat sini kan?" Laju Nicholas mengangguk.

"Saya akan tambah rules dalam kertas kontrak kita berdua."

"Huh? Rules lagi?"

"Awak ingat tinggal dekat sini free ke? Semuanya berbayar, tapi kes awak kira special sebab awak tak perlu bayar guna duit. Cukup tenaga dan ikut semua cakap saya."

"Apa tambahan dalam rules tu?" ucap Nicholas berdebar.

"Jangan sesekali tanya saya nak pergi mana-mana. Nampak saya bersiap lawa-lawa, please...." Jari telunjuknya ditekap pada bibir.

"Diam!"

"Tapi abang perlu tahu, abang suami sayang dan abang ada hak untuk soalan tu. Babygirl tak boleh buat abang macam ni." rayu Nicholas kepiluan.

"Awak nak pilih atau awak nak saya pindah keluar dari rumah ni?" ugut Irdina tanpa merasa dosa.

"Babygirl..."

"Saya tak nak dengar rayuan dari awak. Saya nak jawapan jujur dari awak." Senyum jahat dikoyak.

"Awak kan bijak, takkan benda macam ni awak tak boleh nak pilih? Huh?" Nadanya mengejek sekali. 

Nicholas terkaku. Matanya berkaca menagih simpati Irdina. Sayang, raut wajah kosong dipamernya.

"Ab....abang...." Nicholas gigit bibir. Kenapa Irdina perlu seksa dia macam ni?

"Abang janji...."

Nafas ditarik sekali.

"Abang ikut semua rules babygirl. Abang janji takkan tanya apa-apa kalau babygirl nak keluar dari rumah. Okay? Puas hati?" Susah payah bait kata itu dituturkan.

"Lega saya dengar, bijak jugak awak ni kan?" Gelak halus kedengaran, palsu sekali.

Nicholas tunduk sedih. Lara hatinya makin bercambah dan kini hanyut hingga dirinya hidup dalam kesedihan. Bibirnya dikemam rapat menahan setiap rasa sebu yang kian memenuhi hati. Perubahan sang isteri memilukan hatinya. Mengapa sampai begini sekali perubahannya?

"Hati-hati bawak kereta, jangan lupa baca doa sebelum memandu." Sempat Nicholas memesan, namun...

"Saya tahu, tak payah tunjuk caring awak dekat saya. Menyampah!" Bongkak Irdina menjawab.

Irdina keluar dari bilik menuju ke garaj kereta. Masuk saja dalam kereta, terus kereta dipandu menuju ke destinasi yang sepatutnya. Dari jauh, Nicholas mengintai sang isteri. Nafas berat dihela, telefon dicapai lalu nombor William didailnya.

"Yo mate!"

"Boleh tak kau tengokkan isteri aku dari jauh? Aku risau jadi apa-apa dekat dia. Lagi satu, pastikan Dina selamat sampai rumah. Aku makin risau dengan perubahan sikap dia sekarang." Gelisah di hati diluahnya.

"Kau tak tanya Dina pergi mana?"

"Macam biasalah..." Dahinya diurut. Serabutnya fikir masalah mereka berdua. Nak berbaik pun payah, macam mana agaknya nak baiki semula hubungan mereka berdua?

"Kau tahu Dina takkan sesekali maafkan aku kan? Semalam aku cuba cium dia pun, tolakan yang aku dapat. Kau rasa hubungan aku dengan dia dapat baik semula ke?" William garu kepala tidak gatal.

"Aku tak tahu sangat bab perempuan ni. Tapi..."

"Tapi apa?"

"Tapi aku tahu, seorang perempuan boleh cair bila seorang lelaki masakkan sesuatu untuknya."

"Macam mana kau tahu?"

"Sebab tak ramai lelaki yang pandai masak, malah nak jumpa lelaki yang rajin masakkan untuk isteri sendiri pun susah."

Pudar raut wajah muram Nicholas. Semangatnya mencanak naik atas kerana idea bernas William, sepertinya ada peluang untuknya menangi hati Irdina.

"Aku nak masak apa?"

"Masaklah makanan yang Dina suka, takkan kau nak masak makanan yang aku suka pulak?" tempelak William.

"Betul jugak tu." Terangguk-angguk kepala Nicholas. Bersungguh.

"Kau boleh mula cari dalam google atau youtube cara masak semua makanan kegemaran Dina." Nicholas angguk.

"Thanks mate."

"No problem."

Tut.

Talian diputuskan, tanpa membuang masa dapurnya ditujuinya. Bunyi deringan telefon membantutkan perbuatan Nicholas. Panggilan diangkat.

"Yo!" sergah William.

"Asal?"

"Aku dah jumpa Dina."

Butang video call ditekan. Terbias raut wajah gembira Irdina bercakap dengan beberapa orang pemuda. Senyum automatik terkutik, gembira dapat tengok isteri dari jauh.

"Aku harap senyuman itu yang akan sentiasa menghiasi hidup aku tapi aku hanya bermimpi. Nasib hidup aku sangat menyedihkan. Lihatlah sekarang..."

"Kau jangan cakap macam tu, aku percaya Dina akan nampak jugak pengorbanan kau."

"Aku tak rasa macam tu...."

"Nico..."

"Aku tak layak bahagia, bahkan untuk bersama Dina pun tak akan layak. Siapa aje nak lelaki jahat macam aku ni Will?"

"Kau fikir negatif sangat ni, Dina suka kau. Ego perempuan tinggi, itu yang kau kena tahu. Perempuan macam Dina takkan mudah nak tunjuk perasaan sendiri. Kau dah lama kenal dia, pasti kau tahu cara nak pujuk dia."

"Aku cuba." pasrah nadanya. Betul-betul putus asa.

"Alah kau ni, pasrah sangat apasal? Relaxlah, aku percaya kau boleh punya. Kau tengok isteri kau," Video call dari jauh tidak begitu jelas, namun matanya masih dapat menangkap senyuman manis Irdina.

"Kau nak Dina dalam hidup kau kan?"

"Aku memang nak dari dulu lagi."

"Buktikanlah kalau macam tu." Bibirnya diherot ke kiri dan kanan.

"Doakan aku, aku tak yakin dengan diri aku sendiri sebenarnya."

"Aku doakan semua berjalan dengan lancar." Nicholas meraup muka. Amin!

"Kita bincang lepas aku siap masak. Bye!"

"Bye!"

Telefon disimpan dalam poket. Seraya itu, semua bahan dikeluarkan. Tanpa bazir masa, tangan itu lincah memotong segala bahan yang diperlukan. Sesekali lidah dibasahi dengan zikir, berharap makanan buatnya sedap. Semoga Irdina suka, amin!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro