Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 3

Nicholas masuk ke dalam rumah bersama Irdina. Mata dibawa ke atas. Perempuan itu tak habis-habis bercakap dengan konconya. Kalau bukan pasal dia tak apa, ini tak semua tentangnya ditanya.

" Fiq!"

" Ye tuan?"

Memahami, Syafiq tunduk hormat dan terus keluar dari rumah istana besar itu. Irdina tak ada perasaan teruja melihat rumah sebesar istana ini. Baginya, rumah miliknya tetap menjadi nombor satu. Syurganya.

" Kau ikut aku!" Nicholas tarik tangan Irdina mengikut langkahnya.

" Nak pergi mana?"

" Layan aku."

Masuk saja dalam bilik, terus tubuh Irdina dilempar di atas katil. Senyum sinis terukir di bibir. Butang baju kemejanya ditanggalkan. Muka Irdina tak ada nampak takut. Malah elok bangun melihat setiap kecantikan bilik itu.

" Bilik awak?"

" Huh?" Nicholas tak jadi nak tanggal baju.

Muka Irdina teruja sekali. Siap perempuan itu memeluk bantal peluk miliknya. Rancangannya tidak menjadi. Sengaja nak takut-takutkan Irdina. Malang, perempuan itu tak ada takut dengannya.

" Bantal aku! Jangan peluk!"

" Awak teruskanlah apa yang awak nak buat tadi. Saya mengantuk. Nak tidur!" Bantal peluk milik Nicholas dicium beberapa kali.

" Gila budak ni..." gumam Nicholas tertekan.

" Baik kau bangun sebelum aku rogol kau."

" Baik awak keluar sebelum saya rogol awak." Irdina ulang kembali apa yang Nicholas katakan.

" Kau ni..."

Irdina buat muka. Tubuh diangkat bangun. Berdiri betul-betul di depan lelaki itu. Matanya kuyu. Nak tidur. Tapi kerana lelaki itu menyebabkan tidurnya terganggu.

" Rogollah. Nak rogol sangat kan?" Irdina genyeh kedua matanya. Tak ada perasaan betul setiap bicaranya.

Nicholas ketap kuat giginya. Tangan Irdina dicengkam dan sekelip mata tubuh itu ditolak pada dinding. Sangkaannya perempuan itu akan takut dan merayu padanya. Sangkaannya meleset, perempuan itu siap menolaknya dengan mulut ditekup. Mengantuk.

" Saya mengantuklah. Esoklah nak saya layan pun."

" Kenapa kau tak takut aku?" soal Nicholas.

Menolak tubuh itu rapat dengan dinding. Deruan nafas lelaki itu dekat dengannya. Mata mereka bersatu untuk seketika. Pancaran indah dari manik mata buat jantungnya berdegup laju. Setiap kerdipan dan lirikan itu buatnya jatuh dalam lautan dalam dengan rasa kian aneh.

" Saya lapar." beritahu Irdina.

Drastik, Nicholas menjauh. Air liur diteguk rakus. Payah sekali untuknya bernafas. Untuk pertama kalinya bertemu dengan perempuan seberani Irdina.

" Jangan dekat!" marah Nicholas.

Irdina senyum senget. Makin merapat, buat tubuh sasa itu betul-betul sandar di dinding.

" Kau nak buat apa ni? Hah?!"

" Awak nak rogol saya?" Irdina angkat kedua keningnya.

Nicholas gigit dalam pipi. Sakit hati dengan muka sombong Irdina. Sinar mata itu gembira sekali. Senang dapat tengok dia sengsara begini agaknya.

" Sebelum awak rogol saya, saya akan rogol awak dulu. Faham?!" ugut Irdina keras.

" Kau ugut aku?"

" Bukan. Saya tengah bagitahu awak. Esok-esok mana tahu saya rela buat benda tu."

" Kau jangan berani sentuh aku!"

" Saya dah sentuh." Bahu berlapik baju itu disentuh.

Nicholas menepis kasar tangan Irdina. Dengusan geram keluar dari bibir. Gelak sinis dari perempuan itu buatnya panas hati.

" Saya lapar."

" Aku nak tidur. Blah!" Nicholas baringkan tubuh di atas katil.

Muka ditutup dengan bantal. Menghilangkan semua rasa dan bayangan muka cantik Irdina dari fikirannya. Semua ini gila.

" Awak, saya lapar..." bisik Irdina rapat di telinganya.

" Argh!!!"

Kerana takut, tubuhnya tergolek jatuh di bawah lantai. Berkerut hebat dahinya. Sakit tubuh kerana pendaratan tidak sempurna. Ketat nafas mahu hambur marah. Muka polos Irdina ditatap geram.

" Kau!"

Tak sempat bangun, Irdina buat muncung mulut. Mahu ciuman darinya. Tak jadi, Nicholas duduk semula di atas lantai. Muka diraup kasar. Benarkah apa yang dia lakukan? Mengambil Irdina sebagai perempuan simpanannya?

" Awak okay?" soal Irdina prihatin.

Tidak mengesot, Nicholas biarkan saja Irdina duduk di sebelahnya. Nafas ditarik panjang dan dihembus lembut.

" Kau lapar?"

" Lapar..." rengek Irdina sambil usap perutnya.

Nicholas bangun masuk ke ruang dapur diikuti Irdina dari belakang. Cekap, lelaki itu memasak makanan buatnya. Irdina menjadi pemerhati sejak tadi.

" Awak, kenapa awak selamatkan saya?"

" Aku tak suka perempuan ditindas dan dipukul sesuka hati." ucap Nicholas beku.

" Awak seorang mafia?"

" Tak." sepatah jawapan lelaki itu memberi isyarat tidak mahu berkata lebih.

" Habistu awak pegang pistol dan konco-konco awak ramai. Takkanlah bukan seorang mafia." provok Nicholas.

" For safety's sake."

Irdina mengangguk. Bunyi nada dering telefon pintar buatnya laju angkat talian.

" Assalamualaikum Dina."

" Waalaikummusalam pah."

" Dina balik tak malam ni?" soal Opah kerisauan.

" Tak balik rasanya. Macam biasa..." Irdina mengerling sekilas si Nicholas.

Elok menghidangkan semua masakan panas padanya. Anak mata mereka bersatu. Senyuman diberi. Terima kasih melalui senyuman. Cepat-cepat lelaki itu memutuskan pandangan.

" Dina jaga diri dan jaga maruah. Ingat pesanan opah. Okay?"

" Baik pah. Dina akan selalu ingat."

Terhenti perbuatan Nicholas. Sebaris nama itu sungguh menjentik hatinya dengan sesuatu rasa yang tidak menyenangkan. Rindu. Rindu pada perempuan kesayangannya itu.

" Kenapa termenung? Awak okay?"

Suara Irdina membawa lari lamunan Nicholas. Keluhan berat dilepaskan. Mereka sama-sama duduk satu meja. Dengan bacaan bismillah, Irdina makan masakan lelaki itu.

" Saya suka awak masak."

Uhuk!

Nicholas yang sedang enak makan tersedak teruk. Air masak dicapai dan diteguk rakus. Leher diusap lembut. Melegakan rasa perit dan sakit pada kerongkong.

" Sabar awak, jangan tersedak. Saya puji aje. Bukannya saya cakap nak jadikan awak bakal suami saya."

Boleh pulak si Irdina tenang menyuap nasi masuk ke dalam mulut. Tak ada serba salah atas perbuatannya.

" Kau nak aku jadi bakal suami kau?" sinis Nicholas bertanya.

" Why not?" Irdina angkat dua bahu dengan senyum senget.

Nicholas buat muka. Ketenangan Irdina kadang-kadang mencabarnya. Setiap tingkah Irdina dilihat. Cara makan dan berbicara dengannya amatlah sama dengan perempuan yang dicari. Kenapa Nicholas rasa Irdina ini adalah Dina?

" Kenapa tenung saya? Dah fikir panjang nak jadikan saya isteri ke?"

" Tak nak aku." tepis Nicholas laju.

" Yeke tak nak? Awak yakin?" Irdina kecilkan matanya.

" Yakin sangat." Nicholas senyum senget.

" Kenapa saya tak nampak awak tak yakin?"

" Maksud kau?"

Jantung Nicholas terhenti. Berdebar dengan kerlingan manja dari Irdina. Kenapa dia rasa Irdina sengaja nak menggodanya? Tsk!

" Kalau awak yakin, awak takkan tergoda dengan saya..."

" Bi-bila ma-masa aku tergoda? Memandai aje." nafi Nicholas terselit gagap.

" Atas sana. Ketika saya cakap..." Irdina bangun sedikit tubuhnya. Dekatkan diri dengan Nicholas.

" Saya akan rogol awak."

Nicholas telan air liur kasar. Ditolak kerusi ke belakang. Boleh jadi gila kalau dia bersama Irdina. Irdina ketawa sinis. Duduknya dikemaskan. Isyarat mata diberi agar Nicholas sambung makan.

" Makan. Jangan sampai saya makan awak." Nicholas mengempal kuat penumbuk. Raut wajah tenang itu ditatap tajam sebelum dia menyambung makan. Kurang asam! Siapa yang beli siapa sekarang?

For next bab?

🔑Kuncinya adalah

20⭐  Votes for open next chapter🔓

Terima kasih utk yg sudi vote. Sy bgi love bnyk ii dkt korang.  Tak dapatlah nak menyepi kali ini. Haih...

Jgn lupa

Demi korang sy update. Enjoy!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro