Bab 28
Dahinya berkerut seribu. Hembus nafas panas seseorang terasa dekat dengannya. Ditepis tapi makin terasa bahangnya. Kipas angin apa yang panas semacam ni?
"Darling, bangun...dah pagi ni. Tak nak makan breakfast dengan abang ke? Abang dah siapkan breakfast untuk darling."
"Mengantuk lagilah, awak pergilah makan sorang. Saya nak sambung tidur lagi." Duvet diangkat lalu tubuhnya dibungkus.
"Darling, kesian dekat abang tau. Abang dah masak penat-penat untuk darling. Takkan tak nak makan?" Nadanya sedih sekali.
"Siapa yang suruh awak masak? Ada saya suruh ke?" Irdina bangun dari tidurnya. Dijeling tajam Nicholas yang tersengih sejak tadi. Entah apa yang kelakar pun dia tak tahu, sengih macam kerang busuk!
"Abang tak nak babygirl lapar, itu sebabnya abang masak. Lagipun, abang tak selalu masak. Kerja aje memanjang, mana ada masa untuk babygirl."
"Ada saya cakap yang saya nak attention awak ke?" Kedua keningnya diangkat sinis.
"Ada saya cakap yang saya nak masa awak? Tak ada kan? Tak payahlah nak bazir masa masak untuk saya. Tak ada faedah!"
"Siapa cakap tak ada faedah? Hmm? Abang tak ada bunyi apa-apa, babygirl aje yang selalu tak nak terima setiap perbuatan abang untuk babygirl. Abang dah treat babygirl macam princess tau, apa lagi yang tak cukup? Hmm?"
"Diamlah! Sibuk je!" Irdina bangun, rambut panjangnya diikat satu.
"Lipat duvet dan jangan lupa susun bantal, pastikan bilik saya kemas. Saya nak masuk bilik air kejap." Nicholas menggeleng.
Semacam kasar cara Irdina bercakap dengannya. Tapi itu bukan objektifnya, baginya cukuplah Irdina sudah buka mulut bercakap. Sengsara hidupnya andai terusan Irdina mogok tidak bercakap.
"Mengelamun apa? Mengelamun nak kahwin lagi satu ke?" Tisu dicapai lalu mukanya dilap. Segar terasa selepas cuci muka, tak adalah rasa melekit sangat.
"Sampai bila-bila abang takkan kahwin dua. Hati, cinta dan kasih sayang abang hanya untuk babygirl sorang aje."
"Okay, whatever."
Irdina melangkah keluar dari bilik menuju ke dapur. Sempat matanya melirik pada Nicholas, senyuman lelaki itu kelat sekali. Terasa agaknya, biarlah. Aku tak kesah!
"Awak masak apa ni?" Kerusi ditarik lalu punggungnya dilabuh.
"Masak nasi goreng campak-campak aje." Sebelah Irdina didudukinya.
"Campak apa? Racun? Nak matikan saya?"
"Buat apa abang racuni cinta hati abang? Baik abang racun diri sendiri, barulah orang sebelah abang menyesal bila abang dah tak ada."
"Kenapa tak buat? Takut? Huh?" sinis bibir itu menyungging.
"Bukan takut, abang terfikir...kalau abang mati, siapa yang akan jaga sayang?"
"Saya dah besar, tahulah saya nak jaga diri. Tak perlu nak fikir sangat hal saya. Awak nak mati, mati aje. Saya tak kesah." Tanpa disuruh, sang suami cedukkan nasi untuknya. Nicholas buat-buat pekak. Tak nak ambil peduli apa yang Irdina katakan.
'Karma is real, kau terimalah apa yang Dina buat dekat kau. Ini semua salah kau, kau kena ingat tu.' monolog Nicholas pada diri sendiri.
"Nak sikit ke atau banyak?"
"Ada saya suruh awak letak nasi untuk saya ke?" Gigi diketap geram.
"Okay."
Mengalah,
Nicholas biarkan saja Irdina ceduk sendiri nasi. Nasi yang dimakannya berpasir, tak ada selera kerana layanan kasar Irdina. Namun, dipujuk hati agar makan supaya nanti perutnya tidak berkeroncong lapar. Paling teruk, gastriknya akan menyerang.
"Nak makan buat cara nak makan, tak nak makan tinggalkan aje. Menyampah saya tengok cara awak makan."
"Abang bukan anak patung takde perasaan sayang." Nicholas ingatkan sang isteri.
"Habistu selama ni awak ingat saya anggap awak tak ada perasaan ke?"
"Boleh tak sayang cakap elok-elok dekat abang? Ini tak, asyik cakap kasar macam abang ni kawan sayang. Elok sangat ke macam tu?" Irdina hempas kasar sudu.
"Better awak diam, saya tak ada suami pembunuh. Cerminlah diri awak dulu sebelum nak cakap yang awak adalah suami saya."
"Baik kita makan daripada gaduh, abang tak suka." Nicholas capai sudu baru untuk Irdina.
"Awak yang mulakan pergaduhan ni, bukannya saya." Tubuhnya dipeluk, mogok tidak mahu makan.
"Abang minta maaf."
Meski bukan salahnya, Nicholas tetap minta maaf. Senyum kecil terkutik di bibir Irdina. Puas hati, sudu pemberian dari Nicholas dicapai lalu nasi goreng dimakannya.
"Sedap nasi goreng abang buat?"
"Bolehlah, tak ada sedap sangat. Okaylah daripada tak ada."
Dikerling reaksi Nicholas. Seperti biasa, senyum manis itu pastinya akan pudar. Sedih agaknya jawapan Irdina gitu-gitu aje.
"Next time abang janji, abang cuba masak makanan lebih sedap daripada nasi goreng ni."
"Pandai ke masak? Setakat nasi goreng macam ni...." Nasi goreng dikais bersama mimik muka geli.
"Saya pun boleh masak, tak sedap mana pun berbanding masakan saya."
Nafasnya dihembus berat. Perlukah perbandingan sebegini sedangkan dia sedaya upaya masakkan sesuatu untuk Irdina semata-mata mahukan kepujian dari perempuan itu. Malang, ejekan yang diperolehnya.
"Susah ke nak hargai apa yang abang buat dekat sayang? Abang tak mintak banyak pun, cukup sayang cakap terima kasih. Itu pun dah buat abang happy."
"Terima kasih, puas hati?" Menggeleng Nicholas.
"Tak cakap pun tak apa, buat apa ucap terima kasih tanpa maksudkannya." Nicholas telan nasi yang terasa berpasir. Mood nak makan hilang kerana pergaduhan mereka berdua.
"Saya dah cakap terima kasih kan? Awak nak naik angin kenapa? Bukan awak ke yang tak hargai 'terima kasih' dari seseorang?" tempelak Irdina tanpa dosa.
"Apa yang dah jadi dekat isteri abang ni? Kenapa teruk sangat perangai sampai suami sendiri tak pandai nak hormat?" Bulat mata Irdina.
"Awak yang ajar saya untuk tak hormat dekat lelaki macam awak. Saya jadi macam ni sebab awak, bukannya sebab orang lain. Awak kena ingat benda tu!"
"Abang dah minta maaf kan? Abang dah menyesal dengan setiap perbuatan yang telah abang lakukan. Apa lagi tak cukup? Cuba bagitahu abang, apa lagi tak cukup? Biar abang baiki semuanya, biar abang tanggung sampai sayang puas!"
"Sanggup ke awak tanggung sedangkan dosa awak sekarang pun dah tak tertanggung." Megah sekali Irdina berkata, lupa agaknya bahawa dia tidak layak menghakimi.
"Bagitahu aje, abang sanggup lakukan apa yang sayang nak." Lidah dibawa naik atas lelangit. Menarik jugak tawaran ini. Bolehlah Irdina rehat kalau begini.
"Okay, kejap." Tubuh Irdina naik ke tingkat atas dipandang dari belakang.
Dalam beberapa minit, Irdina turun bersama sehelai kertas. Duduknya dilabuh pada tempat asal.
"Nah," Kertas itu disambut.
"Baca kuat-kuat, saya nak dengar." Tubuhnya disandar bersama tangan disilang.
"Okay..." Setiap ayat dibaca dengan kerutan pada dahi.
"Makes me happy?" Irdina mengangguk.
"Pertama, pastikan Dina rehat tanpa buat kerja rumah."
"Ada masalah?"
"Abang buat semua kerja rumah?" ujar Nicholas tidak percaya.
"Boleh ke tidak?"
"Bukan tak boleh sayang, bukan lagi elok kalau kita berdua buat kerja sama-sama. Boleh luang masa, rapatkan hubungan kita berdua."
"Saya tanya boleh atau tidak, saya tak tanya hal rapatkan hubungan kita berdua." Nicholas genggam kuat kertas ditangannya.
Allah,
Sabarkanlah Nicholas.
"Boleh."
"Next," Mukanya diraup kasar. Perlukah semua ini?
"Kedua, tak boleh bagi alasan semua arahan dari Dina."
"Alasan?" ulang Nicholas aneh.
"Kalau saya nak awak buat kerja berat atau kerja yang tidak sepatutnya awak tak boleh menolak. Faham?"
"Kenapa semua peraturan sayang semacam aje? Sayang sengaja nak seksa abang kan?"
"Terserah awak nak fikir apa-apa, saya tak kesah."
"Tapi abang kesah."
"Siapa yang setuju nak lakukan apa saja untuk saya?" Senyumnya sinis sekali.
"Tapi-" Kerusinya ditolak ke belakang.
"Basuh semua pinggan, saya nak buat kerja dekat atas. Oh ya, jangan lupa bawak air hot chocolate untuk saya. Okay?"
Kertas digenggam kuat, digumpal menjadi bentuk bola lalu kertas itu dilempar kasar pada dinding.
"Okay, ini yang sayang nak kan? Fine!"
Rambutnya diserabutkan, terkumat-kamit bibir itu mengalunkan zikir sebagai penguat. Irdina benar-benar sudah berubah.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro