Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 21

Nicholas keluar dari kereta menuju masuk ke dalam rumah. Anak mata meliar mencari sang isteri. Tiada batang tubuh yang dicari. Lantas, tangga didaki lalu biliknya menjadi sasaran.

"Babygirl..." panggil Nicholas teruja.

Namun, melihat sang isteri menyimpan baju masuk ke dalam bagasi membuatkannya Nicholas menerpa sang isteri. Tubuh Irdina dipeluk dari belakang.

"Babygirl nak pergi mana? Hmm? Nak pergi honeymoon dengan abang?" soal Nicholas manja.

Mukanya digesel di belakang tubuh sang isteri. Irdina menggeliat tidak suka.

"Kenapa ni babygirl?"

Tubuh itu dibawa mengadapnya. Pinggang ramping itu ditarik merapatinya. Mukanya dirapatkan dengan sang isteri. Namun,

"Apa ni?" Tubuh sasa Nicholas ditolak menjauh.

"W...wh...what's wrong babygirl?" Suara Nicholas kedengaran frust.

"Tak ada apa."

Irdina tarik nafas panjang lalu dihembus. Anak mata Nicholas dicari. Irdina mahukan jawapan dari bibir Nicholas sendiri. Apa-apapun yang terjadi, Irdina nak tahu kebenaran yang sebenar.

"Ada apa-apa yang awak nak bagitahu saya ke?" soal Irdina, suaranya ditahan daripada sebak.

"Bagitahu apa? Abang tak faham."

"Awak memang tak nak bagitahu saya hal sebenar?" Nicholas ketap kuat gigi. Adakah Irdina dah tahu hal sebenar?

"Darling cakap apa ni? Abang tak faham, kenapa panggil abang dengan gelaran saya-awak?"

"Baik awak jujur sebelum saya mengamuk, bagitahu apa yang awak sorokkan dari saya. Bagitahu sekarang!" jerkah Irdina kuat.

Nicholas pejam mata sesaat. Tangan halus sang isteri dipegang lalu dibawa ke bibir. Dicium penuh syahdu berharap perbuatannya itu dapat menyejukkan Irdina.

"Abang minta maaf darling....abang minta maaf...." pinta Nicholas bersungguh-sungguh.

"Kenapa awak minta maaf?"

Nicholas telan air liur kesat. Tergeliat lidah nak keluarkan kosa kata. Sedaya upaya otaknya menyusun ayat yang sesuai untuk diberikan pada sang isteri. Nicholas tak nak Irdina salah faham.

"Abang minta maaf, ab...ab...ab-abang bunuh opah dan atuk babygirl." Dari ekor mata Nicholas melirik sang isteri.

Tangan itu cuba diraih, namun direntap kasar. Ada air mata celah mata mendengar kebenaran dari sang suami.

Allah,

Maafkan aku, aku berdosa. Aku yang bersalah dalam hal ini. Aku yang mulakan pergaduhan ini. Aku ikutkan nafsu dendam yang perlu dilunaskan hingga aku melukai orang yang aku sayang.

"A...ab...ab...ab-abang tak sengaja sayang, abang..."

Buk! Buk! Buk!

"Awak manusia yang paling kejam dalam dunia ni, tahu tak? Mana hati dan perasaan awak sampai sanggup bunuh orang yang tak bersalah?! Hah?! Mana?! Apa salah opah dan atuk saya? Apa?!" Memetir suara Irdina memarahi sang suami.

Dosa pada suami tidak diambil peduli. Ini soal hidup dan mati opah dan atuk. Orang yang terpenting dalam hidupnya. Tergamak Nicholas lakukan Irdina sampai begini sekali.

"Abang tak sengaja sayang, sumpah. Abang tak ada niat langsung nak buat semua ni dekat opah dan atuk. Sumpah!" Irdina senyum sinis.

"Jangan bermain sumpah! Saya tak suka!" Irdina menyambung semula kerjanya yang tergendala tadi.

"Sayang, jangan pergi dari hidup abang. Abang sayangkan babygirl sejak dulu. Abang sanggup cari babygirl jauh ke kampung semata-mata nak jumpa babygirl. Tolong babygirl, jangan buat abang macam ni. Please...."

"Lepaslah! Lelaki macam awak tak patut dimaafkan. Lepas apa yang awak buat dekat saya, awak nak saya maafkan awak? Hah?!" Bening halus mengayut pada celah mata Nicholas.

"Babygirl...." Perlahan lutut itu direbahkan di atas lantai. Terketar-ketar tangan itu memegang kaki Irdina.

"Babygirl....tsk...tsk...tsk....tolong maafkan abang. Abang betul-betul tak sengaja...." Kaki kecil itu dipeluk erat bersama deraian air mata.

"Abang bunuh atuk dan opah bersebab...." Irdina gigit dalam pipi.

Allah...

Kuatkan aku, mengapa orang yang aku cinta mengkhianati aku? Sungguh aku tidak sangka suami yang aku sayang adalah pembunuh atuk dan opahku. Jadi selama ini....

Irdina jatuh cinta pada pembunuh?

Allah....

"Sebab apa? Sebab apa?" soal Irdina dengan suara bergetar hebat. Cecair halus menuruni kedua pipi dibiar tanpa diseka.

"Mak sau-"

"Awak nak tuduh siapa lagi huh? Mak saudara saya?"

Nicholas tunduk menekur tanah. Sedikitpun Irdina tidak menoleh. Mukanya tidak sedikitpun menatapnya meski untuk seketika.

"Ab-abang cuma-"

"Cuma apa huh? Berlaku jujur?"

Nicholas mengangguk. Berlinangan air mata jatuh. Sukarnya untuk dia mendapat maaf dari Irdina Ya Allah...

"Sudahlah awak, tak payah nak buat fitnah dekat mak saudara saya. Lepas ni kalau orang lain mati awak nak salahkan mak saudara saya jugak? Macam tu?"

"Abang cakap benda betul babygirl..."

"Lepas ni awak nak tuduh siapa pulak? Saya? Atau kawan awak atau jiran sebelah rumah?"

"Kenapa babygirl tak nak percaya cakap abang? Abang cakap benda betul darling....abang merayu....percayalah cakap abang. Abang tak tipu....tolonglah percayakan abang...." rintih Nicholas kepiluan.

"Saya tak nak dengar apa-apa lagi dari awak, dahlah. Saya nak keluar dari rumah ni. Saya tak nak tengok muka awak lagi!"

"No...please....no...."

Nicholas menggeleng. Tubuh sang isteri dipanjat. Tolonglah percayakan Nicholas. Tolonglah....

"Please babygirl....jangan tinggalkan abang....please....abang merayu jangan tinggalkan abang. Tolong babygirl....tolong...." rayu Nicholas tidak henti.

"Lepas!" Bagasi diturunkan.

"Saya nak awak ceraikan saya sekarang jugak! Apapun yang berlaku, ceraikan saya!" Nicholas menggeleng.

"Abang takkan sesekali lafazkan penceraian. Abang tak sanggup lepaskan Dina. Abang sayangkan Dina sepenuh hati abang. Dina nyawa abang, tak ada tolak ganti."

"Okay fine! Tak nak kan? Saya nak failkan kes penceraian kita dekat mahkamah. Saya akan pastikan kita berdua bercerai walau bagaimanapun. Awak nak atau tak nak itu belakang kira. Saya akan pastikan antara kita berdua tak ada apa-apa!"

"Babygirl...."

"Lepaskan saya, tak payah peluk! Tak payah nak pujuk saya stay dengan awak. Pembunuh macam awak tak layak dapat cinta daripada saya. Bahkan! Untuk dapat kemaafan dari saya jauh sekali!"

Dang!

"Sampai macam tu sekali babygirl tak maafkan abang? Kesalahan abang cuma salah faham. Abang bunuh atuk dan opah sebab-"

"Dahlah awak, tak payah jelaskan apa-apa lagi. Jelas lagi nyata semua ini berlaku sebab awak. Awak pembunuh yang tiada hati perut! Tahu membunuh tanpa siasat! Otak awak letak dekat mana? Huh? Kalau awak bijak, awak akan siasat sebelum membunuh! Fikirlah!"

Bibir dikemam rapat. Sekali lagi, kaki itu dipegangnya. Langkah Irdina jadi perlahan kerananya beban yang berat untuk diheret.

"Jangan tinggalkan abang....tolong maafkan abang....tsk...tsk...tsk..." Irdina seka kasar air matanya.

Sekali sepakan, kakinya dilepaskan Nicholas.

"Jangan cari saya, awak berani tunjuk muka depan mata saya. Saya takkan teragak-agak laporkan pada polis atas perbuatan kejam awak. Saya tak takut jatuhkan awak, Nicholas."

Usai habis kata, Irdina pergi membawa diri keluar dari rumah banglo itu. Kabur mata Nicholas dengan linangan air mata. Tubuhnya mengesot pada katil. Kedua lututnya dipeluk bersama esakan yang tidak henti. Bibir itu mengumam nama sang isteri.

"Maafkan Nico....maafkan Nico...tsk...tsk...tsk...." Nicholas serabutkan rambut.

"Semua salah Nico, Nico tak siasat dulu. Nico bunuh sesuka hati....hukum Nico babygirl....hukum Nico...." rintihan itu diiringi esakan dan sendu.

Tubuh dibaring di atas lantai. Tanpa bangunkan tubuh, Nicholas heret tubuh ke meja sisi katil. Gelang milik Irdina dicapai.

"Babygirl....kenapa tak nak dengar cakap Nico? Kenapa tinggalkan Nico? Hmm?" Untuk entah kali ke berapa bening halus itu mengalir lagi. Semuanya kerana wanita kesayangannya itu.

"Nico tak ada sesiapa selain babygirl. Nico sayang babygirl, Nico tak mampu hidup tanpa babygirl. Babygirl....tsk...tsk...tsk...." Sendu Nicholas kedengaran.

"Baliklah babygirl....Nico nak jumpa babygirl. Ni...nico nak peluk babygirl...." Gelang itu dicium lalu dibawa ke dalam dakapannya. Mata dipejam rapat, Nicholas tidur dalam menangis. Meratapi apa yang terjadi pada dirinya ketika ini.

"Babygirl..." panggil Nicholas.

Tangannya meraba-raba tempat disebelahnya. Menyedari ketiadaan sang isteri. Perlahan tangan itu disembunyikan. Bergetar tubuh itu menangis sekuat hati.

"Babygirl..."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro