Bab 20
Ting! Tong!
"Kejap!"
Tudung sarung dicapai, senyum melebar dilakar untuk sang suami. Pasti Nicholas yang balik kan?
Buka saja pintu, senyumannya mati. Bukannya suaminya pulang, malah Puan Juita dan Juwita sedang berdiri di depan pintu.
"Mak Long, Ju?"
Muka kegembiraan bertemu Irdina ditayang, sengaja tubuh kecil itu dipeluk erat bagai tidak mahu lepas.
"Mak Long rindukan Dina..." ucap Mak Long sayu.
"Sejak bila Mak Long reti rindu Dina ni?" soal Irdina lalu meleraikan pelukan antara mereka berdua.
Puan Juita ketap kuat giginya. Merah membahang mukanya kerana malu. Diejek sebegitu rupa menaikkan amarahnya lantas teringat ini adalah sebuah rancangan, Puan Juita pamer senyum manis.
"Salah ke Mak Long rindukan Dina?"
"Tak salah Mak Long, yang salahnya Mak Long jadi orang baik. Selama ni kan Mak Long selalu jadi jahat macam mak tiri bawang merah," sedas lontaran maha pedas itu diberi.
Bukannya tidak bersyukur dengan perubahan positif Mak Long. Tapi Irdina tidak bodoh untuk mengecam taktik perempuan berumur itu padanya. Ada yang tidak beres ini.
"Boleh kami masuk?" Juwita yang diam sejak tadi kini bersuara. Menyejukkan keadaan yang nampak panas kerana kata-kata pedas Irdina.
"Erk...." Irdina teragak-agak.
Biarpun begitu, anggukan tetap diberi. Puan Juita dan Juwita hampir nak melompat. Senang betul kerja, terus dapat masuk tanpa apa-apa keraguan.
"Dina buat air kejap, Mak Long dan Ju duduklah dulu."
"Susahkan aje, kami singgah sekejap aje." Manis betul mulut Mak Long. Setiap katanya begitu santun sekali. Pijak semut pun tak mati. Uish!
"Tak apa, Dina memang niat nak buatkan air untuk Mak Long dan Ju." Tanpa menunggu lama, Irdina masuk ke ruang dapur.
"Kaya betullah Nicholas mak, kereta lima buah ada dekat depan. Tak kira motor kuasa tinggi lagi, hebatlah. Dapat kahwin tak habis duit ni mak," Juwita tersengih suka. Best pulak berangan kahwin dengan Nicholas.
"Ini salah satu sebab kenapa aku nak kau kahwin dengan Nicholas. Lelaki yang kau gilakan tu kaya raya, duit tak pernah habis. Berputih mata aje aku tengok Nicholas bagi duit dekat Dina. Aku tak reti pulak nak bagi," rungut Puan Juita tidak puas hati.
"Mak bukannya mak kandung Dina. Mak ayah Dina dah tak ada, siapa lagi yang dapat dia bagi selain Dina, isterinya?"
"Ewah, aku yang menjaga Dina dari kecil. Tak ada pulak nak berkira apa bagai, amboi. Kacang melupa kulit nampak!" bidas Puan Juita.
"Dina tak pernah berubah, tak pernah takut berlawan mulut dengan mak."
"Huh! Budak tu bukannya tahu adab, pakat keluar aje apa yang ada dalam kepala. Aku tak tahulah apa yang special sangat sampai si Nicholas suka dekat dia. Jika tidak mengenangkan ini adalah rancangan, aku dah tarik rambut Dina. Sakit hati aku! Memerli aje kerjanya,"
"Tapi Mak-"
"Maaf lambat, Dina cari makanan untuk bagi Mak Long dan Ju makan tapi nampak gayanya tak ada. Dina lupa nak beli barang keperluan, Dina dah mesej suami Dina yang Mak Long dan Ju datang sini. Bolehlah beli makanan sikit untuk tetamu."
Puan Juita sengih palsu diikuti anak perempuannya itu. Deheman kecil dibunyikan, telefon pintar miliknya dikeluarkan dari beg.
"Mak Long datang sini bersebab Dina, ada hal mustahak yang perlu Dina tahu." Mereka berdua mempamerkan raut wajah sedih.
"Aku takut nak bagitahu kau, pasti kau kecewa dapat tahu hal ini dari kami berdua. Padahal, suami kau yang patut bagitahu ini semua." Juwita pura-pura menangis. Memantapkan lakonan.
"Kenapa ni Mak Long? Ju? Dina tak faham, apa yang korang nak bagitahu? Masalah besar sangat ke? Apa kaitan suami Dina dalam hal ini?."
"Ini soal hidup dan mati seseorang." perlahan perangkap dicipta. Sikit lagi.
"Apa yang Mak Long cakap ni? Dina tak faham," Hidung terasa gatal digaru. Gelisah tidak menentu rasa melihat wajah muram dua beranak itu.
"Janji dengan Mak Long, jangan sedih-sedih lepas Mak Long ceritakan segala-galanya."
"Dina janji,"
Nafas ditarik panjang, bagai menenangkan diri sedangkan tika itu, hatinya bersorak gembira untuk meluahkan hal sebenar.
"Atuk dan opah dah meninggal dunia."
Dang!
Keras kejung tubuh kecil itu, kaku. Celah mata perlahan mengeluarkan air mata. Berkaca mata itu kerana menangis. Bibir digigit kuat. Tubuh itu menggeletar hebat, andai tika ini dia sedang berdiri. Pastinya tubuh telah jatuh ke tanah. Allah, peritnya...
"Mak Long gurau aje kan? Mak Long tak maksudkan apa-apa kan? Dina tahu, Mak Long pasti sengaja ni...." Ketawa palsu keluar dari bibir. Air mata makin merembes keluar tanpa dapat ditahan.
"Maafkan Mak Long, tapi apa yang Mak Long sampaikan ini adalah perkara sebenar. Kebenaran yang Dina mesti terima." Mukanya ditekup, teresak-esak menangis tanpa henti. Bibir juga tidak henti menyebut nama opah dan atuknya. Terlalu rindu....
"Siapa pembunuh sebenar? Mak Long tahu tak siapa? Orang dalam video tu ke?"
"Dia...." Puan Juita pandang Juwita sekali.
Juwita tunduk menekur tanah. Menunjukkan dia terlalu sedih, Irdina tidak menyabar ingin tahu hal sebenar. Siapa pembunuh itu?
"Dia adalah suami Dina."
Dang!
Allah....
Beratnya dugaanMu ini, dekatnya pembunuh itu dengannya. Jadi selama ini, dia diperbodohkan oleh Nicholas dengan pernikahan ini. Bagaimana dengan hubungan mereka beberapa hari lalu? Adakah Dina akan mengandung?
"No...." gumam suara itu perlahan bersalut sayu.
Perut kempis dipegang, air mata jatuh untuk entah kali ke berapa. Irdina tidak mahu ada nyawa lain dalam perut ini. Irdina tak nak anak dari seorang pembunuh.
"Dina...."
Mata mereka berdua bersambung antara satu sama lain.
"Dina sanggup tinggal bersama pembunuh atuk dan opah?" Gelengan laju diberi. Tentunya tidak!
"Dina nak tinggalkan Tuan Nicholas?"
Kelu lidah Irdina, tak sudah fikirannya fikir akan hubungan mereka. Bagaimana kalau Irdina mengandung?
"Di....di-dina tak tahu, macam mana kalau hubungan kami membuahkan hasil?"
Terkejut beruk Puan Juita dan Juwita mendengar khabar kurang menyenangkan itu.
"Kamu berdua pernah 'tu' "
"Selalu..." Irdina gigit bibir kuat. Makin risau atas segala kemungkinan yang akan berlaku.
Puan Juita dan Juwita pandang antara satu sama lain. Habis hancur lebur rancangannya. Mereka tidak akan sesekali biarkan Irdina mengandung.
"Kalau Dina mengandung, Dina nak gugurkan kandungan? Atau nak terus jaga kandungan tu?"
"Kandungan Dina tak berdosa Mak Long, Dina bencinya pada suami bukan pada anak."
"Dina nak anak dari seorang pembunuh?" Puan Juita makin mengapi-apikan Irdina.
"Ayah mungkin seorang pembunuh, tapi bukan anaknya. Tak semestinya ayah pembunuh, Dina mesti buang anak sendiri. Tak mungkin Dina akan lakukan itu semua." Irdina tarik nafas rakus. Menenangkan diri yang kian dihimpit berbagai rasa.
"Tapi Dina-"
"Baliklah Mak Long, Ju. Dina nak rehat, terima kasih untuk berita ini."
Juwita menggempal kuat penumbuk, katanya dicantas tanpa sempat dijelaskan apa-apa. Bayang Irdina naik tingkat atas dilihat tajam.
"Jom balik!" ajak Puan Juita gembira.
"Macam tu je?"
Mereka keluar dari banglo mewah itu. Tak henti bibir Puan Juita dari melakar sebuah senyuman manis. Lega rancangannya berjalan lancar.
"Habistu kau nak aku buat apa? Menangis macam si Dina tak guna tu?" Decitan keluar dari bibir.
"Memang tidaklah!"
"Kenapa mak happy sedangkan Dina ada peluang untuk mengandung?"
Langkah dihayun menuju ke kereta milik Juwita. Mereka berdua memboloskan diri masuk ke dalam kereta.
"Takkanlah kau tak faham lagi, kalau betul Dina mengandung pun. Kita boleh gugurkan kandungan dia bila-bila masa. Sekarang, kita boleh enjoy puas-puas sebab lepas ni mereka berdua akan berpisah!" gembira sekali Puan Juita mengeluarkan kata.
"Kita enjoy malam ni nak tak mak?" ajak Juwita.
"Club?"
Mereka berdua ketawa terbahak-bahak. Eloklah, kedua-duanya hati hitam. Tidak sedar agaknya nyawa mereka boleh ditarik bila-bila masa saja. Manusia tidak akan berubah melainkan dirinya terdetik untuk suatu perubahan.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro