Bab 2
Nicolas minum air Coca Cola sambil anak matanya menebar ke sekeliling. Kata John, di sini dapat menghilangkan semua tertekannya. Tapi lain pula yang Nicolas rasa. Semuanya nampak membosankan. Air arak sejak tadi John jadi batu api suruh minum. Nicolas menolak lembut. Tak nak ambil risiko mabuk. Mahu anak orang dirogolnya nanti.
" Macam mana dekat sini? Okay?" soal John sambil mengusap rambut perempuan yang ada di atas ribanya.
" Tak suka. Terlalu semak dengan perempuan. Bosan." jujur Nicolas tanpa selindung.
John ketawa kecil. Rambut Sofia diciumnya. Nicolas menggeleng. Dipaling muka ke arah lain. Maksiat di depan mata. Malas nak tengok. Suara jeritan seseorang buat dahinya berkerut rapat. Kenapa tu?
" Jangan! Saya tak nak. Saya dijual di sini. Bukannya dengan kerelaan untuk layan kamu semua. Lepaskan saya. Tolong! Tolong!!!" jerit Irdina kuat.
Tubuhnya ditolak masuk ke dalam sebuah bilik. Tanpa sedar gelang tangannya jatuh. Teresak-esak menangis. Ini semua rancangan Puan Juita. Mak saudaranya itu menjualnya. Seseorang telah mencarinya dan terus bawanya ke sini.
" Kau pakai baju ni sekarang! Lepas ni kau ditugaskan untuk melayani seorang datuk. Pastikan kau siap sedia. Faham?!" jerkah seorang lelaki gemuk kuat.
" Saya tak nak! Ini bukan tempat saya. Faham tak?! Kenapa awak nak paksa saya pakai baju seksi ini semua. Ini bukan tugas saya!" lantang Irdina menjawab.
" Kau!"
Tak semena tangannya ditahan. Raut wajah tampan yang ada di depannya di tatap gerun. Jatuh tangan ke bawah. Tak jadi nak pukul si Irdina.
" She's under my protect." suara beku itu memberi pelindungan pada Irdina.
Tajam anak mata itu memanah si pemukul. Nicolas tak suka akan itu. Pantang melihat perempuan dipukul. Hujung baju Irdina ditarik dan dibawa ke belakangnya.
" Kau nak bawak dia pergi mana? Kau sini! Sini!" panggil lelaki itu kasar.
Sekali sepakan, terus jatuh lelaki itu tersembam elok di bawah lantai. Tak dan orang lain menyelamat, Nicolas memberi kata ugutan. Buatkan mereka takut untuk mara ke depan.
" Kalau korang rasa nak mati, cubalah." Mendatar suara lelaki itu. Tak ada takut sedikitpun.
Bang!
" Well done, you're one step closer to death." Nicolas menepuk tangan dengan senyuman sinis.
Seorang lelaki yang telah selamat ditembak itu dikerling sekilas. Isyarat mata diberi pada anak buahnya. Cheque book yang disua disambut. Setiap tingkah lelaki tampan itu ditatap penuh minat. Irdina bersyukur kalau lelaki itu selamatkannya. Semua penghuni di dalam kelab malam menatap takut pada Nicolas.
" Nah. Ini cheque aku. Tulis berapa kau nak. Kira settle dekat sini terus." Lelaki yang disepak tadi terketar-ketar menyambut.
Nicolas memberi isyarat pada anak buahnya supaya bawa Irdina terlebih dahulu. Merek mengangguk. Akur, Irdina ikut tanpa banyak songeh. Senyuman manis diberikan pada lelaki itu sebagai ucapan terima kasih.
" Kau jangan berani kacau perempuan tu lagi. Kalau aku dapat berita kau buat sesuatu buruk dekat dia...nahas kau aku kerjakan!"
" Ba-baik." jawab lelaki itu tergagap-gagap.
Seutas gelang tangan yang ada di bawah lantai ditatap dengan kerutan di dahi. Macam kenal. Gelang itu diambil. Air liur ditelan payah. Matanya meliar pandang ke sekeliling. Mencari tuan empunya gelang tangan ini.
" Kau tahu gelang ini milik siapa?" soal Nicolas dengan nafas lelah. Hilang nafas mendapat berita gembira ini. Dina masih hidup? Benarkah?
" Aku tak tahu."
Nicolas mendecit tidak suka. Gelang tangan itu dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Langkah dihayun keluar dari kelab malam menuju masuk ke dalam kereta mewah miliknya. Tubuhnya dibawa sandar kerusi.
" Dina..." gumam Nicolas perlahan.
Bagai dalam sebuah drama, raut wajah seseorang betul-betul ada di depan mukanya. Tersenyum dengan muka berseri indah. Nicolas terpegun. Detakan debaran kuat berbunyi. Riang mengatakan hatinya telah merasakan sesuatu aneh.
" Hai. Saya Irdina." Irdina melambai tangan pada si penyelamat.
" Hmm..." balas Nicolas malas.
Deheman kecil dibunyikan. Menenangkan hati yang kian disapa sesuatu. Dikerling sekilas perempuan itu. Bertudung dan begitu cantik dengan blouse labuh digayakan pula dengan seluar track biasa.
" Awak, terima kasih sebab sudi tolong saya. Saya tak tahu kenapa...mak saudara saya tak sukakan saya. Tiba-tiba saya dijual. Datang saja Kuala Lumpur, terus marah-marah. Cakap saya perempuan tak guna apa semua. Saya tak fahamlah. Apa salah saya?" Cerita Irdina panjang lebar.
Nicolas mendengar tanpa membalas. Earphone dicapai dan dipakai pada kedua telinga. Decitan keluar dari bibir apabila perempuan itu selamba badak menanggalkan earphone dan terus masukkan ke dalam poket seluarnya.
" Bagi balik earphone aku." Tangan ditadah. Meminta secara baik.
" Cuba awak dengar saya nak cerita. Saya nak bagitahu awak rahsia terbesar saya ni." Irdina bercakap tanpa rasa takut pada si Nicolas.
Keluhan berat lelaki itu lepaskan. Selamba tubuh itu ditarik sehingga terpeluk dirinya.
" Baik kau bagi, jangan sampai aku raba kau di sini." ugut Nicolas keras.
Irdina mendecit.
" Kalau macam tu, saya nak raba awak. Boleh?" Irdina membalas biasa.
Drastik, tubuh itu ditolak sehingga terhantuk kepala mengena elok cermin tingkap kereta. Irdina menggosok lembut kepalanya. Sakit kerana perbuatan lelaki itu. Ingat kepala Irdina batu ke apa?
" Awak ni dah kenapa? Bila awak nak raba saya boleh pulak. Bila saya nak raba awak, awak tak bagi. Susahlah macam ni." rungut Irdina geram.
Memerah muka Nicolas. Pemandunya buat biasa biarpun dalam hati dah rasa takut pada si Irdina. Jarang ada perempuan yang mengaku nak raba lelaki. Menakutkan betul.
" Kau nak aku hantar balik ke kau dekat kelab malam tu? Tak serik?"
" Alah, setakat kelab malam. Saya dah biasa pergi pasar malam."
" Aku tak cakap pasar malam. Aku cakap kelab malam."
" At least belakang dia ada perkataan 'malam' okay!" lawan Irdina selamba.
Nicolas buat muka. Tubuh disandar dengan keluhan berat. Tak tahu nak cakap menyesal ataupun tidak atas pembayaran perempuan ini. Mulutnya tak boleh bawak bincang. Melawan aje kerjanya. Kalau tak bercakap, bukan dialah. See...
" Awak, kenapa diam. Cuba bercakap. Saya bosan ni." rungut Irdina.
" Cakaplah dengan orang lain." Nicolas menjeling tajam si Irdina.
" Awak, saya nak tanya. Boleh tak?" Anak mata Irdina berpindah pada anak buah Nicolas.
" Erk...nak tanya apa?" Takut-takut anak buah Nicolas bercakap dengan Irdina.
" Tuan awak dah berpunya ke belum?" soal Irdina tiba-tiba.
" Kau-"
" Awak diam. Tadi tak nak bercakap. Penyibuk aje." Irdina menjeling tajam si Nicolas.
Ewah-ewah!
Berasap kepalanya mahu marahkan perempuan ini. Seenaknya mengarahkannya supaya diam. Mahu saja didiamkan bibir itu. Geram!
" Tu-tuan...tu-tuan single bak kata tuan, single lebih baik."
Mencerlung tajam mata Nicolas mendengarnya. Tak dan bangun, Irdina melarang. Berdiri di tengah-tengah. Terpaksa kecilkan tubuh nak halang si Nicolas.
" Single is better. So awak diam. Jangan nak memandai marah-marah. Saya tengah bercakap dengan orang lain. Bukan dengan awak. Awak tak dibenarkan bercakap. Shh..." Irdina berura-ura nak lekap jari telunjuk pada bibir Nicolas.
Nicolas menepis kasar. Berombak dada mahu marahkan si Irdina. Duduknya dilabuh semula. Dikerling tajam si mulut becok itu. Keluhan berat dilepaskan. Boleh pening kalau setiap hari macam ni. Kalau Nicolas bunyi sikit pasti si Irdina menegah. Tidak memberinya peluang bercakap. Kurang asam!
For next bab?
🔑Kuncinya adalah
20⭐ Votes for open next chapter🔓
Terima kasih utk yg sudi vote. Sy bgi love bnyk ii dkt korang. Tak dapatlah nak menyepi kali ini. Haih...
Jgn lupa ⭐
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro