Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 17

Irdina cekak pinggang geram, semua baju yang ada di dalam wardrobe closet hilang entah ke mana. Macam tahu-tahu saja hari ini Irdina mahu larikan diri dari rumah.

"Cari apa babygirl?" Nicholas menerpa rapat lalu memeluk sang isteri dari belakang.

"Babygirl okay? Asal nampak macam nak marah ni? Hmm?" soal Nicholas pura-pura tak tahu.

"Mana pakaian saya? Kenapa tak ada langsung, tinggal yang kecik-kecil aje. Takkan saya nak pakai benda alah semua tu aje dekat rumah opah?" adu Irdina geram.

"Kenapa tak minta kebenaran daripada abang nak balik? Hmm?" lembut lelaki itu menyoal, sekali pakej dengan ciuman pada kedua belah pipi untuk Irdina.

"Saya minta izin pun, awak takkan bagi..." Irdina buat muka.

"Babygirl tahu berdosa keluar rumah tanpa kebenaran abang kan?" Keluhan berat Irdina lepaskan, memanglah tahu. Tapi...

"Come baby..." Nicholas pusing tubuh Irdina mengadapnya.

"Nak balik rumah opah?"

"Nak..." Pinggang Irdina dirangkul erat, merapatkan jarak antara mereka berdua.

"Boleh, tapi dengan satu syarat." Berkerut hebat dahi Irdina. Syarat?

"Syarat apa?"

Mata Nicholas kelihatan berkaca, umpama ada sesuatu buruk yang berlaku selepas ini. Muka gembira itu juga nampak sayu. Tak betul-betul gembira pun. Kenapa ni?

"Mengandungkan anak abang, boleh?"

Terdiam seribu bahasa Irdina atas permintaan itu. Tak berkelip mata itu menatap anak mata coklat milik sang suami. Untuk pertama kalinya, tangan Nicholas dirungkaikan dari pinggangnya. Digenggam erat bagai tidak mahu lepas.

"Kenapa ni? Awak okay tak? Saya nampak awak sedih aje kebelakangani ni, bagitahulah saya kalau ada masalah....saya ada untuk awak. Apa guna saya sebagai isteri kan?" lembut pujukan itu.

Genggam kuat Nicholas mengatakan bahawa lelaki itu benar-benar bukan dalam keadaan baik. Luluh hati Nicholas dengan pujukan itu. Satu hari jika Irdina betul-betul mengandung anaknya, adakah Irdina akan terima?

"Awak...."

Irdina tergamam didakap sang suami. Bergetar tubuh Nicholas, namun bunyi esakan tidak kedengaran. Pelukan itu saja makin ketat, melemaskan tapi tidak jugak ditolak. Nicholas perlukannya, biarlah lelaki itu mahu buat apa saja. Irdina terima.

"Awak, kenapa ni? Jangan sedih macam ni...." Tangan kecil itu menepuk beberapa kali belakang badan Nicholas.

"Jangan tinggalkan abang, maafkan abang. Abang tak nak semua ini berlaku, abang terlalu sayangkan darling. Tak ada yang lain. Maafkan abang ya?" Anggukan saja diberi biarpun satu haram pun Irdina tak faham apa yang dikatakan sang suami.

"Awak tak ada buat salah apa-apa dekat saya, janganlah minta maaf....hari raya lambat lagi, sekurang-kurangnya lepas awak minta maaf....bagilah duit raya, sedap jugak saya nak beli apa-apa. Untung minta maaf dapat duit raya." Nicholas ketawa kecil.

Air mata dikesat kasar sebelum muka sang isteri dicium bertalu-talu. Sayang pada Irdina yang telah  sekian lama bertakhta dalam hatinya.

"Darling kacaulah, emosi sedih abang rosak macam tu je sebab darling." Untuk sekali lagi Nicholas ketawa.

"Saya cakap benda betul pun merosakkan emosi awak? Parah ni...."Nicholas senyum kecil.

"Darling ceriakan hidup abang, abang tak pernah merasai kehidupan bahagia macam ni."

"Selama ni awak hidup tak bahagia ke?" Nicholas ketap kuat giginya.

Menyabarkan hati yang diselubungi sakit hati dan geram pada sang isteri. Hidung kecil itu dipicit geram sehingga bunyi aduhan keluar dari bibir comel itu.

"Sakitlah! Apa main tarik-tarik hidung orang ni?"

"Bila agaknya isteri abang nak serius? Asyik buat lawak hambar aje, tak seronoklah abang nak beromantik kalau macam ni," adu Nicholas sedih.

"Saya selalu serius, awak aje yang tak nampak." Nicholas kembangkan hidung. Dengar boleh, percaya jangan.

"Saya janji, saya akan jadi lebih serius mula dari sekarang." Matanya dikecilkan, boleh percaya ke?

"Betul, saya janji." Tangan diangkat serupa berikrar. Janji bersungguh-sungguh.

"Darling memang tak kenal ke Nico?" lembut suara itu menuntun.

Anak mata coklat itu menikam lembut mata sang isteri. Suasana hening seketika, mata berkaca itu tidak lepas menatap Irdina.

"Nico?" ulang Irdina polos.

"Ni-nico." Anggukan lemah diberi.

Ya,

Nicholas, lelaki yang pernah menjadi kekasih hati Irdina ketika kecil. Berjanji untuk mencintai sampai mati sehingga ke syurga Allah. Gelang yang ada di poket saku diberikan pada Irdina. Tangannya bergetar tidak menentu.

Allah....

"Ini..."

Bulat mata Irdina, tanpa salam gelang tangan itu dirampas lalu dipakai pada tangannya. Bahagia sekali raut wajah cantik itu.

"Awak dapat dari mana ni? Saya dah lama cari tau, saya sayang sangat-sangat gelang ni. Saya dah anggap macam nyawa saya."

Nicholas gigit kuat bibirnya, beberapa titis air mata keluar jua. Ditahan banyak kali dan Nicholas tumbang, kalah dengan emosi dan setiap rasa membelenggu diri.

"Nyawa darling?"

"Setiap hari saya pakai, saya tak pernah buang sebab saya tahu...saya seorang yang cuai, tak boleh letak dekat mana-mana. Dalam beberapa minit saya akan lupa..." Irdina ketawa kecil.

"Saya tak nak lupakan gelang ni, susah hati saya andai gelang istimewa ini hilang untuk kali kedua."

Allah....

Hampir kakinya tumbang mahu rebah ke bawah, lemahnya mendengar setiap kata indah dari Irdina. Bagaimana kalau Irdina tahu hal sebenar? Bagaimana kalau...

Allah,

Tak dapat Nicholas bayangkan itu semua.

"Mengandungkan anak abang..." pinta Nicholas sayu.

Umpama lelaki terdesak mahukan anak. Naik hairan Irdina akan tingkah Nicholas, permintaan lelaki itu terlalu pelik. Mana pernah Nicholas mahu bersamanya, malah mereka selalu bergaduh dan pada hari ini... pecah rekod di mana mereka tiba-tiba berbaik macam tiada apa-apa berlaku.

"Kenapa awak nak sangat saya mengandung anak awak?"

'Anak akan menjadi pengikat hubungan kita berdua, lepas darling mengandung....kita berdua seratus peratus takkan bercerai. Atas sebab abang dah bagi nafkah zahir dan batin pada darling.' monolog Nicholas.

Rancangan yang tersimpan rapi untuk kebaikan kedua belah pihak. Benarkah keduanya? Bukankah hanya menangkan Nicholas? Ah! Aku tak kesah, Irdina milik aku, hanya aku!

"Susah sangat ke permintaan abang, darling?"

Bibir dikemam beberapa kali, mata dipejam sesaat. Riak wajah sedih sang suami berjaya menarik perhatiannya dan itu menyakitkan hati. Takut kalau jawapan sendiri adalah positif, Irdina tak sedia lagi!

"Darling..."

"Umm....sa...sa-saya..." Irdina serba salah, tidak mahu lukakan hati sang suami. Tapi apa jalan yang dia ada? Aduh!

"Darling tak nak bagi anak dekat abang? Dapat gelaran mom and dad sama-sama?"

"Nak ta-"

Bulat mata Irdina ditolak begitu saja di atas katil. Melantun tubuhnya kerana perbuatan kasar lelaki itu. Tubuhnya ditindih lembut, senyum semanis madu Nicholas berikan.

"Sekarang nak buat apa?"

"Darling..."

"Umm?" suara Irdina takut menyahut.

Nicholas ketawa kecil, ciuman pada pipi diberikan terlebih dahulu. Irdina pejamkan mata, menerima segala perbuatan sang suami. Mereka berdua merelakan, tak ada paksaan kerana ketika itu keduanya telah mencintai antara satu sama lain.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro