Bab 16
"Awak bangun..."
Irdina menepuk beberapa kali bahu sang suami. Mata itu mengedip beberapa kali, naik risau andai Nicholas terus begini. Tidur belakang pintu? Tak pernah dibuat orang.
"Dina..." Mata kuyu itu menatap sayu Irdina.
Tanpa isyarat, tubuh Irdina didakap erat. Tangisannya sayu tanpa suara. Menangis kerana dia adalah pesalah yang sebenar. Semua ini takkan terjadi andai dia tidak terlalu ikut amarahnya.
"Awak menangis?" soal Irdina aneh.
"Tak...Nico tak nangis...tak..." Nico menggeleng, bibirnya digigit perlahan.
Allah,
Maafkan aku, aku berdosa atas segala dosa aku padanya. Aku takut dan resah jika ini adalah penyebab hubungan aku dengannya renggang satu hari nanti. Aku tak sanggup, sungguh aku tidak mahu.
"Awak okay tak ni?" Irdina berura-ura nak lerai pelukan.
Keluhan berat dilepaskan, sia-sia Irdina cuba lerai sedangkan lelaki itu begitu ketat memeluk dirinya. Tak nak lepaskan Irdina walaupun sekejap.
"Nico nak Dina....jangan tinggalkan Dina, jangan...." Nicholas merintih kepiluan.
"Saya bukan Dina awak, janganlah panggil saya Dina." rungutnya.
Sebak kian membelenggu diri, teringat pada mula hati terasa aneh saat perempuan itu mengaku hal sebenar. Kalaulah Nicholas terlebih dahulu siasat semua ini, pasti takkan terjadi hal sebegini kan?
"Dina masih hidup, tak ada istilah mati dan sampai bila-bila aku akan anggap dia masih hidup. Firasat aku mengatakan dia ada dekat dengan aku."
"Sayalah tu." gumam Irdina perlahan.
"Mengarutlah kau ni." Nicholas menggeleng. Menafikan hati yang separuh menerima apa yang Irdina katakan.
"Kau akan sentiasa menjadi Dina aku....aku takkan lepaskan kau walaupun kau akan bencikan aku. Aku takkan sesekali berputus asa untuk mendapatkan hati kau. Kau hak aku, milik aku yang mutlak. Okay?" bagitahu Nicholas tanpa melepaskan tubuh kecil itu.
"Benci? Atas sebab apa saya perlu benci awak? Tak ada faedah untuk saya benci awak." Irdina menggeleng dan akhirnya dia membiarkan saja tubuhnya dalam pelukkan Nicholas.
"Kau akan tahu hal sebenar dan ketika itu...aku akan rebah lemah tidak mampu bangun hanya untuk sekejap." gumam Nicholas perlahan.
"Awak cakap apa ni? Saya tak dengar, cuba kuatkan sikit suara awak." Irdina mendengus geram, sengaja nak mempermainkannya atau apa? Kenapa perlu cakap perlahan?
"Nico nak minta maaf...." pinta Nicholas penuh kejujuran.
Egonya yang dijunjung selama ini diturunkan demi perempuan itu. Semuanya kerana cinta dan sayang yang ada untuk Irdina. Hanya perempuan itu saja.
"Awak dah nak mati ke?"
Nicholas kecilkan mata, tak sah kalau dalam sehari Irdina tak buat hal. Ada saja perkara yang menyakitkan hati.
"Nak minta maaf tunggu mati dulu ke?"
"Biasanya macam tulah,"
Tuk!
Sedas ketukan dari tangan besar itu mendarat pada kepala Irdina.
"Sakitlah..." adu Irdina lalu kepalanya diusap. Gaya sakit sangat tu.
"Tahu pun sakit, Nico tak bergurau tau. Nico bagitahu hal sebenar, Nico memang nak minta maaf dekat Dina." Irdina buat muka.
Mengadanya si Nicholas ini, siap peluk tubuh sendiri dengan muka sengaja dicomelkan. Sejak bila Nicholas berubah jadi pelik macam ni? Aku mengandung ke?
"Aik...." Irdina tepuk beberapa kali perutnya.
Tak ada pulak nampak macam belon terjun. Tak besar pun, jauh sekali nak nampak mengandung.
"Sakit perut?" soal Nicholas prihatin.
"Saya mengandung ke?" Terbuntang mata Nicholas. Sejak bila mereka berdua buat benda 'tu'?
"Kenapa darling cakap darling mengandung?"
"Perangai awak pelik, opah saya cakap, kalau lelaki buat perangai lain daripada yang lain...isteri sedang mengandung." Irdina mengusap perutnya yang berlapik. Mengandung ke? Anak lelaki ke perempuan ni?
"Sejak bila kita berdua pernah buat benda 'tu'?" soal Nicholas pada diri sendiri.
Garu kepala jadinya, tak ada pulak mereka berdua buat apa-apa. Setakat peluk cium itu adalah, kalau yang atas katil tu memang tak ada.
"Awak tak ingat yang awak sentuh tangan saya, peluk saya dan cium saya?"
"Uish, ingatlah! Kenangan terindah bersama kau dekat sini."
"Jadi, itu adalah sebabnya saya mengandung." polos sekali suara itu menyuarakan jawapannya.
Pak!
Tepuk dahi sang suami atas jawapan paling bernas sang isteri. Asallah isterinya ini terlalu pandai sangat? Nicholas pun tak terfikir sampai begitu sekali.
"Darling...." Nicholas pejam mata rapat, geramnya tidak dapat dibendung lagi.
"Nico jadi macam ni sebab...."
Tersentak Irdina saat tubuhnya dipeluk dan tepi kepalanya dicium bertalu-talu.
"Nico rindu dekat darling....rindu sangat-sangat...." rengek Nicholas manja.
"Darling tak rindu Nico ke? Hmm?" Nicholas mengedip mata beberapa kali, buat-buat comel.
"Awak ni dah kenapa? Asal gedik sangat ni?" Irdina telan air liur payah, melihat Nicholas versi ini benar-benar menakutkannya.
"Tak suka ke?" Nicholas lipat bibir sedih.
"Awak pernah dengar tak satu pepatah?"
"Pepatah apa?"
"Bagai seluar terputus tali pinggang? Pernah?" Muka Nicholas tiba-tiba memerah.
"Kenapa muka awak merah?"
"Darling cakap apa ni? Malulah...." Nicholas langgar bahu sang isteri perlahan. Malu-malu mukanya ketika itu.
Irdina garu kepala yang terasa gatal. Bagi pepatah pun malu? Tak bagi peribahasa lagi.
"Saya bagi pepatah, itu pun nak malu? Awak fikir apa sebenarnya?" tukas Irdina bingung.
"Kalau seorang lelaki tanggalkan tali pinggang nampak apa?"
"Nampak pinggang."
"Asal pinggang pulak?"
"Sebab nama dia tali pinggang."
Berlawan katalah dua orang suami isteri itu. Nicholas menggeleng dengan tawaan sinis. Tak dapat jangka jawapan daripada Irdina. Sungguh menggelikan hatinya.
"Itu bukannya pepatah yang betul, yang betulnya bagai layang-layang terputus tali. Apalah darling ni..." Untuk sekian kalinya Nicholas menggeleng. Menghiburkan sungguh!
"Opah cakap, kalau tali pinggang tercabut....seluar lelaki melondeh aje tak ada sampai nampak benda yang tidak sepatutnya." Nicholas senyum nipis, bibir diketap rapat.
"Awak jangan fikir bukan-bukan ya? Saya tak nak tambahkan dosa awak."
Auch!
Deep sekali,
Sampai dalam hati masuk setiap yang dikatakan Irdina padanya. Makin merahlah muka Nicholas, deheman kecil dibunyikan.
"Nico tak fikir apa-apapun...." nafi Nicholas.
"Tapi kenapa muka awak merah? Pasti awak ada fikir bukan-bukan kan? Cepat mengaku!" Irdina kecilkan mata, jarinya menuding pada Nicholas.
"Mana ada, memandai aje darling ni. Tak naklah fikir bukan-bukan, macam darling cakap..." Senyum sinis terkutik di bibir.
"Tak baik..."
Nadanya kedengaran seperti mengejek saja. Ketawa kecil terbit dari bibir Irdina, biarpun diejek. Sungguh dia tidak kesah, kerana Irdina orangnya selamba. Untuk sakit hati...
Meh,
Takkan punya, ini Irdinalah. Tengok kakilah!
"Boleh tak saya nak tanya sesuatu?" lembut suara itu menyoal.
Irdina pandang sekeliling, hampir terhambur tawa kerana tempat mereka yang begitu strategi. Masih berada di belakang pintu bilik, mungkin tidur terus dekat sini.
"Kenapa gelak?"
"Awak tak nampak kita berdua berada dekat mana?"
Dua pasangan suami isteri itu ketawa terbahak-bahak. Gelengan tidak lepas dari kepala mereka berdua. Menyedari kesilapan diri.
"Nak tanya Nico apa tadi?"
"Kenapa awak tiba-tiba berubah?"
Senyum pada bibir itu perlahan-lahan pudar, diganti dengan raut wajah sedih yang tiada ganti. Teringat semua dosa yang pernah dilakukannya. Terkaku tubuh bersama lidah kelu tanpa kata. Setiap kata yang mahu dilontar hilang.
"Awak....okay?"
"N...Ni-ni...co-co okay...." Lemah, kaki itu diangkat. Hampir jatuh, Nicholas stabilkan tubuh. Tangan dilekap pada dinding.
"Awak kenapa ni?"
Tangan lelaki itu diangkat, memberi isyarat agar Irdina tidak menganggunya.
"Nico mengantuk, Nico nak tidur." beritahu Nicholas. Anak mata menekur tanah, tidak berani pandang Irdina.
Nicholas perlahan merapati katil miliknya lalu merebahkan tubuhnya di atas katil. Mata dipejam rapat, tidak semena di celah mata lelaki itu keluar air jernih. Air mata penyesalan, Nicholas diam tika tilam di sebelahnya terasa dihenyak.
"Good night...maafkan saya, mungkin soalan saya salah." Irdina bawa tubuh membelakangi Nicholas.
Terhinggut bahu Irdina, tangan sang suami memeluk erat tubuhnya. Dapat Irdina rasai belakang tubuhnya basah. Hujan ke? Sejak bila atap bocor? Aik?
For next bab?
🔑Kuncinya adalah
40⭐ Votes for open next chapter🔓
Terima kasih utk yg sudi vote. Sy bgi love bnyk ii dkt korang. Tak dapatlah nak menyepi kali ini. Haih...
Jgn lupa ⭐
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro