
Bab 15
"Siapa yang call dengan awak tadi? Kenapa saya dengar macam serius aje. Ada apa-apa yang berlaku ke?" soal Irdina bertalu-talu.
Duduk dilabuhkan di atas sofa bersebelahan sang suami. Riak muka Nicholas serabut sekali, bagai memikirkan hal negara saja.
"Saya tanya awak ni, janganlah diam. Diam tak dapat bagi saya jawapan yang sepatutnya. Saya nak jawapan dari awak."
"Nak jawapan apa?" Nicholas urut kepala. Pening kepala memikirkan kata dari Wiliam. Apa maksud Wiliam?
"Nak jawapan atas perbualan awak dengan lelaki tadi."
"Aku borak kosong aje." nafi Nicholas.
"Awak buat apa?" Irdina kecil mata. Tahu-tahu saja Nicholas buat perkara tidak sepatutnya.
"Aku bunuh orang." akui Nicholas tanpa malu.
"Bunuh orang?" Berkerut hebat dahi Irdina.
"Hidup balik ke?"
Tok!
"Auch....sakitlah!" Irdina usap lembut dahi licinnya. Sakit dipukul lelaki itu.
"Kalau namanya bunuh, takkan hidup balik? Otak kau letak dekat mana?"
"Awak rasa otak saya letak dekat mana?" Nicholas senyum geram. Telinga Irdina tarik sampai aduhan keluar dari bibir.
"Sakit?" Irdina buat muka sedih.
"Sakit...." adu Irdina manja.
Nicholas menjeling tajam Irdina. Biarpun begitu, tangannya mencari telinga yang ditarik tadi lalu diusap lembut.
"Sayang jugak awak dekat saya eh?" Kedua keningnya diangkat.
Riak muka lelaki tampan itu dibekukan walau dalam hati dah tumbuh taman indah untuk perempuan itu. Senyum yang hampir ternaik ditahan sebaik mungkin.
"Tak payah nak perasaan sangat, aku nak jadi seorang lelaki yang bertanggungjawab aje. Lepas aku buat, takkan aku nak biar macam tu saja kan?" nafi Nicholas.
Payah sungguh bibir itu untuk mengaku sayang. Entah apa yang ada dalam fikiran Nicholas sehingga nak mengaku pun susah.
"Sayang tak nak mengaku." omel Irdina geram.
"Siapa sayang kau?"
"Tak sayang? Tapi rancang ditangkap basah? Jealous? Huh?" sinis Irdina berkata.
Memerah muka Nicholas kerana malu. Mana tak malu jika yang dikatakan Irdina adalah benar sama sekali. Tak ada salah dah, hatinya saja tidak mahu mengaku.
"Erk...."
"Apa erk-erk? Betul kan? Kan? Kan?" Giginya diketap kuat.
"Jangan sampai aku cium kau, baik kau diam."
"Ciumlah..." cabar Irdina. Bibirnya dimuncungkan gaya itik mintak penampar.
"Pervert!"
Terkekeh Nicholas ketawa melihat muka cemberut milik sang isteri. Pantang sekali dirinya dicabar, pasti akan dilakukan tanpa fikir banyak kali. Nak sangat kan?
"Kita berdua dah kahwin, mana ada perkataan pervert untuk Nico." Gelaknya dihambur lagi. Kelakar!
"Saya gurau aje, tak adalah nak sangat dicium." Irdina pegang bibir, matanya berkaca mahu menangis.
"Saya mesti jamak bibir saya." beritahu Irdina.
"Jamak?"
"Kesucian bibir saya dah hilang, saya kenalah jamak." Nicholas hampir ketawa. Jamak?
"Jamak Takdim atau Jamak Ta'khir?"
Irdina kerut dahi, tidak memahami apa yang disampaikan sang suami.
"Darling, mana ada jamak. Samaklah,"
"Samak?"
"Samak iaitu menyucikan kulit haiwan selain anjing dan babi dengan syarat-syarat tertentu." Jelas Nicholas panjang lebar.
"Boleh tahan awak ni, tahu jugak pasal islam."
"Of course tahu, mak ayah aku mualaf. Aku aje islam dalam kad pengenalan." akui Nicholas.
"Malas? Apa tu?"
"Jauhnya selekoh engkau, mualaf! Bukan malas!" ucap Nicholas geram.
"Saya dengar awak sebut malas, sebutlah syahdu sikit 'f' tu." Irdina menggeleng.
Menyalahkan orang lain sedangkan salah diri sendiri. Untung betul jadi Irdina, selalu betul.
"Sebutlah macam ni, mualaff...." Keluar habis air liur saat menyebut huruf belakang. Tak terkata Nicholas. Otak geliga betul isterinya ini.
"Ikut kaulah." pasrah Nicholas. Berura-ura nak naik tangga tingkat atas.
"Jomlah ikut saya balik rumah opah, saya boleh ajak awak tunggang kambing sebelah rumah."
"Tak sempat naik, orang sebelah bebel dulu." gumam Nicholas perlahan.
"Setakat bebel apa sangat, saya selalu dibebel dengan mak saudara saya. Dia cakap saya menyusahkan, kenapalah kau hidup. Kenapalah lelaki kaya suka dekat kau, bukan pada Juwita? kenapa itulah, inilah....bosan saya tau!" luah Irdina gaya bosannya.
Berlapis-lapis dahi Nicholas mendengar bebelan dari Irdina. Tapi ada satu ayat yang menarik perhatian Nicholas. Juwita? Mak saudara?
"Apa maksud kau?" Nicholas melabuhkan punggung di sebelah Irdina.
"Maksud saya? Apa maksud saya?" Irdina menyoal sekali lagi.
"Kau cakap orang kaya nak dekat kau dan mak saudara kau? Juwita?"
"Betullah, mak saudara saya cakap....ada seorang lelaki kaya mencari saya di rumah dan lepas daripada kejadian itu, saya dihalau dan dijual di dalam kelab malam."
Bahunya mengendur, perlahan tubuh menurun menyandar pada sofa. Terdiam tanpa sepatah kata
Berusaha mencari sebuah sebuah kebenaran. Bibir bergetar mahu menyusun kata.
"Kau tinggal di sebuah kampung desa?" Irdina mengangguk.
"Kau pernah pakai gelang tangan emas berukiran 'mine'?" Berlipat kali ganda dahi Irdina.
"Pernah,"
"Mana gelang tu?" Suaranya bergetar tika mengeluarkan bicara.
Mengigil hebat tangan Nicholas pada saku seluarnya. Gelang tangan milik Irdina tidak kuat untuknya tunjukkan pada Irdina.
"Saya tak tahu, dah hilang lepas saya keluar dari kelab malam. Saya dah cuba cari dalam rumah awak, tapi tak ada jugak..." Irdina mengeluh kecewa.
'Takkan jumpa, sebab aku yang mengambilnya. Gelang tangan itu bersama aku.' monolog Nicholas pada diri sendiri.
Sakit,
Itu yang Nicholas rasa apabila kenyataan itu telah diluah. Petunjuk yang Allah berikannya kini satu-persatu dikeluarkan. Matapun berkaca tak tertahan untuk mengalirkan air mata.
"Awak menangis?" Nicholas menggeleng.
Dengan kelemahan, Nicholas berjalan bawa langkah mendaki tangga untuk berehat di tingkat atas. Sukar untuknya percaya semua ini. Takdir Allah, tidak ada yang dapat katakan 'tidak' kerana kuasainya lebih hebat dari segalanya. Bodohnya Nicholas, orang yang dicari ada di depan mata dan dia buta untuk menilai.
"Awak, kenapa ni? Kenapa tiba-tiba awak nampak tak bermaya? Awak okay?" Prihatin Irdina menyoal.
Irdina berdiri betul-betul di depan sang suami. Menghalang Nicholas dari melangkah lebih. Risau melihat setiap derapan kaki lelaki itu. Lemah dan tidak bermaya.
"Ni...Ni-nico nak rehat, lepas ni kita bercakap. Okay? Nico penat sikit, jangan risau....Nico naik dulu." Nicholas mengusap lembut kepala Irdina. Tanpa malu, pipi Irdina dicium lama. Sayang sekali pada perempuan ini.
Tergamam, tak dapat nak luah kata kerana perbuatan Nicholas. Seratus-peratus lelaki itu berubah saat Irdina menceritakan tentang mak saudara dan Juwita. Apa yang terjadi sebenarnya?
"Awak betul-betul okay? Nak saya tolong buatkan air atau apa-apa?"
Tombol pintu dipegang, perlahan tubuh dipusing mengadap sang isteri yang ada di tangga.
"Nico okay."
Usai habis kata, Nicholas masuk dalam bilik lalu mengunci rapat. Tika itu, lelaki itu menangis melurut jatuh tubuh itu pada belakang pintu. Meratapi setiap dosa dan kesalahan yang telah dia lakukan. Bagaimana jika Irdina tahu hal sebenar? Bencikah Irdina padanya?
"Dina..."
Nama itu diseru dengan perasaan bercampur baur. Sebak, sedih, kecewa dan segalanya. Segala perasaan itu membelenggu dirinya. Semua ini salah Nicholas! Andai siasat terlebih dahulu, semua ini takkan terjadi!
"Maafkan Nico, Dina..." Pipi lelaki itu penuh dengan air mata penyesalan.
Gelang tangan yang sentiasa dibawa ke mana saja dikeluarkan. Dicium bertalu-talu gelang tangan itu. Meluahkan sayang dan rasa penyesalan ynag tidak terhingga.
"Babygirl....Nico sorry....sorry babygirl...sorry..." pinta Nicholas tidak lekang dengan deraian air mata.
For next bab?
🔑Kuncinya adalah
40⭐ Votes for open next chapter🔓
Terima kasih utk yg sudi vote. Sy bgi love bnyk ii dkt korang. Tak dapatlah nak menyepi kali ini. Haih...
Jgn lupa ⭐
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro