Bab 13
Muka Irdina cemberut sekali. Tangannya tak lepas dalam genggaman Nicholas. Sesuka hati membawanya keluar masuk Mall atas sebab alasan mahu belikan barang pada seseorang. Semestinya untuk manusia yang istimewa. Irdina malas nak fikir banyak hal. Diamkan aje, Nicholas ada teman istimewa pun takkan dia peduli. Irdina bukannya isteri suka rela tau!
"Nak pergi mana ni? Penatlah asyik jalan aje dari tadi. Pergi makanlah, perut saya dah meragam sejak tadi. Nak saya pengsan dekat sini ke?" bebel Irdina geram.
"Kau lapar?" Tanpa serba salah lelaki itu mengeluarkan soalan itu.
"Tak, saya tengah kenyang lagi ni. Nak pergi mana-mana lagi ke?"
"Kita pergi..." Irdina dah rasa nak pengsan. Sangkaannya gurauan Irdina difahami lelaki itu. Alih-alih Nicholas sertai gurauannya itu. Kurang asam!
"Mana?" lemah suara Irdina. Nak mati....habislah...tolong semua doakan Irdina agar mati dalam keredhaan Allah. Eh? Ke situ pulak aku, aduh!
"Asal tepuk dahi?"
"Ada nyamuk kut."
"Sejak bila dalam mall ada nyamuk?" Dahi Nicholas dah berkerut seribu.
"Urm...nyamuk sembunyi dekat bawah ketiak saya."
Makin beribu kerutan pada dahi Nicholas. Karutan yang dikatakan Irdina sungguh tidak masuk dek akal. Jentikan pada dahi diberi, lantas tangan itu ditarik agar masuk ke dalam sebuah kedai makan berdekatan.
"Nak makan apa?"
"Saya tak nak makan,"
Biarpun pertanyaan ditolak, Nicholas tetap tarikkan kerusi untuk sang isteri manakala kerusi yang telah siap berada di depan ditarik merapat dengan Irdina.
"Kenapa tak duduk depan saya aje?"
"Aku tak suka jauh dari kau, tak sweet katakan." Nicholas sengih menampakkan seluruh giginya yang putih bersih.
"Nak makan apa?" Reaksi Irdina kosong aje. Macam tak semangat keluar dengannya.
"Tak nak." tolak Irdina lembut.
Nicholas angkat kedua bahu. Senyuman diberikan pada pelayan itu sebelum Nicholas memesan makanan untuk mereka berdua. Irdina buat muka cemberut, Nicholas tak faham bahasa agaknya. Sudah dikatakan tidak mahu, dipaksa jigak. Manusia betul!
"Kenapa awak suka memaksa?"
"Kalau aku cakap sebab sayang?" Anak mata Nicholas ditatap, sayang dan cinta tidak ditemui. Malah anak mata itu menonjol rasa kosong.
"Jangan nak tipu saya, saya tak suka ditipu dan dipermainkan."
Dalam beberapa minit, pesanan mereka telahpun tiba. Nasi ayam menjadi pilihan Nicholas dan Irdina hanya melihat tanpa berniat untuk makan.
"Makan," Nicholas berura-ura nak suap Irdina.
"Saya tak naklah, boleh tak jangan paksa saya? Saya dah cakap dari awal yang saya memang tak nak makan. Awak aje yang degil. Huh!" marah Irdina sambil cekak pinggang. Siap pakej muka geramnya.
" Aku cakap makan, makan ajelah! Nak mati ke?" suara Nicholas sedikit menaik. Mungkin tak tahan nak marah pada sang isteri.
" Kalau mati awak menangis tak?"
" Makan aku cakap!" suara jerkahan Nicholas menarik perhatian semua pelanggan. Mata-mata telah pandang mereka tidak berkelip.
"Awak memang suka malukan saya kan?" Irdina ketap kuat giginya.
Nicholas memberi isyarat mata. Menyuruh agar Irdina makan walaupun untuk sesuap. Irdina mendengus geram, disebabkan tak nak dimalukan lagi, terpaksa Irdina terima suapan daripada Nicholas.
"Kalau kau dengar cakap, aku takkan jerkah kau dekat sini." Nicholas buat muka selamba.
Mata-mata yang menjadi pemerhati sejak kini telah fokus pada makanan masing-masing. Tidak lagi mengambil peduli pada pasangan berdua ini. Irdina menarik nafas lega.
"Awak tak ada niat nak jumpa opah dengan atuk saya ke?"
Tak dan nasi masuk dalam mulut, soalan cepumas telah diberikan oleh sang isteri. Nicholas mempunyai niat untuk melawat Opah dan Atuk Irdina. Tapi, Nicholas takut kehilangan Irdina, bagaimana kalau selepas bertemu mereka dan terus Irdina mahu tinggal di sana, lalu bagaimana dengannya? Ditinggalkan sendiri?
"Awak dengar tak saya tanya ni? Jangan buat muka sedih, saya bukannya nak tinggalkan awak. Saya nak jumpa opah dan atuk saya aje. Salah ke?"
"Salah."
"Kenapa salah?" suara Irdina berbaur tidak puas hati.
"Kau tak boleh keluar tanpa kebenaran aku." Nasi dikaut dan dimasukkan ke dalam mulutnya.
"Saya dah minta kebenaran awak kan?" Irdina cekak pinggang geram.
"Aku tak izinkan."
"Apa masalah awak sebenarnya? Awak tak nak jumpa atuk dengan opah atas sebab apa? Sebab awak tak suka mereka?"
"Kau cakap mengarut apa ni? Jumpa pun tak, macam mana boleh cakap tak suka? Kalau aku tak suka, aku dah suruh anak buah aku langgar opah dan atuk kau."
Irdina ketap kuat giginya. Pedas sekali kata yang dilontarkan lelaki itu. Tak berlapik sungguh, entah perlu Irdina menyesal atau tidak untuk perkahwinan ini. Menyakitkan!
"Awak tak menyakitkan hati memang tak sah kan? Awak jangan sampai saya mintak benda yang tidak sepatutnya."
"Kau nak mintak apa? Cerai?" sinis Nicholas menyoal.
"Aku yang pegang lafaz cerai, selagi aku tak lafazkan, aku dengan kau takkan bercerai."
"Saya akan tuntut di mahkamah." Tanpa gentar Irdina keluarkan penyataan itu.
Prang!
Pecah berderai pinggan milik Nicholas. Sisa nasi yang ada di bawah lantai ditatap sayu. Marahnya Nicholas sampai begitu sekali?
Beberapa not wang diselit pada bawah pinggan sebelum tangan mulus itu ditarik kasar mengikut langkahnya ke tempat parking kereta. Jeritan dari Irdina dihiraukan sama persis dengan pandangan manusia yang ada di sini. Tak lekang mata mereka pandang muka tegang Nicholas.
"Lepaslah! Salah ke apa yang saya mintak? Benda simple, lagipun saya tak nak terima perkahwinan ini. Awak yang paksa saya. Awak dah lupa?!"
Tubuh Irdina ditolak kasar pada kereta mewahnya. Kedua tangan Irdina disekat pada keretanya. Tajam anak mata itu melekat anak mata ketakutan milik Irdina.
"Semalam kau cakap, kau terima perkahwinan ini dan sekarang kau nak menyesal? Kau nak mintak cerai kerana menyesal? Begitu?"
"Saya terima perkahwinan ini, tapi saya tak terima perbuatan awak! Awak tak bagi saya jumpa atuk dan opah saya. Jika keizinan itu awak beri, tanpa segan silu saya takkan pinta penceraian ini. Awak yang mulakan semua ini! Bukan saya!"
Mereka sama-sama menjerit. Nasib baik tak ada orang di tempat parking kereta. Orang lain boleh katakan hal buruk pada mereka atas sebab perbalahan mereka berdua.
"Aku tak boleh bagi kau keizinan yang kau nak." Tangan Nicholas makin mengendur. Rungkai tangan mulus itu dari kurungannya.
"Jom kita balik," lemah suara Nicholas, tak ada marah seperti mula-mula tadi.
"Boleh tak awak jelaskan hal yang sebenar?" Irdina menarik kuat tangan Nicholas lalu tubuh besar itu ditolak bersandar pada kereta. Memerangkap terus tubuh sasa itu.
"Nak jelaskan apa lagi?" Tangan Nicholas gatal menari pada pinggang Irdina.
"Jelaskan sebab awak tak nak bagi saya balik rumah opah dan atuk saya."
"Betul nak balik sana darling?" Nicholas angkat kedua kening, senyum menyenget.
Dah berkerut habis dahi Irdina kerana perubahan drastik dari sang suami. Nicholas dekatkan mukanya dengan muka Irdina. Berbisik betul-betul di tepi telinga perempuan itu.
"Bagi aku seratus anak dalam satu bulan, kalau kau boleh bagi. Aku akan balik rumah atuk dan opah setiap hari."
Merah menyala muka Irdina. Tak sempat nak pukul, lelaki itu telah masuk ke dalam kereta. Terbahak-bahak gelakkan Irdina. Pandangan maut diberikan, namun gelak macho dari lelaki itu tidak pernah habis. Malah makin sengaja kuatkan suara. Kurang asam! Pervert!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro