Bab 11
Irdina pandang cincin yang ada dijari. Keluhan berat dilepaskan. Tak sangka mereka kini telah bergelar suami isteri dan semestinya Irdina tidak akan sesekali mengaku lelaki itu suaminya. Cincin dipegang dan ditarik keluar perlahan-lahan.
"Siapa bagi kebenaran kau untuk buang cincin yang aku bagi?" Bercekak pinggang. Lelaki itu masuk dengan baju melayu yang masih melekat pada tubuh.
"Kenapa? Tak boleh ke kalau saya buang cincin yang tak ada nilai ni?"
"Tak ada nilai? Huh? Aku beli dalam lima ratus ribu kau cakap tak ada nilai?"
"Untuk apa cincin kalau saya sendiri tak terima perkahwinan ini?" bentak Irdina tidak puas hati.
"Terima atau tidak, kau telah menjadi isteri aku sekarang." Nicholas menanggalkan songkok di kepala. Sesekali dikerling sang isteri yang kini lemah duduk di birai katil.
"Saya masih mempunyai seorang lelaki yang saya cintai." akui Irdina dan tanpa sedar menaikkan amarah Nicholas.
"Kau sedar tak yang kau adalah isteri sebenar aku?"
"Saya tak mintak nak jadi isteri awak." ucap Irdina lemah.
"Aku tak mintak kau bercakap tentang lelaki tak guna itu."
"Bukan awak ke lelaki tak guna?" sinis Irdina membalas.
"Jangan jadi isteri derhaka Irdina, ingat sikit syurga kau di bawah telapak kaki aku. Kalau aku tak redha dengan perbuatan kau, tak bau syurga kau nanti!"
Bam!
Terpejam rapat mata Irdina saat pintu dihempas kuat lelaki itu. Irdina ketap kuat gigi dengan esakan kecil. Bukan niat untuk menderhaka, cuma hatinya tidak mahu terima yang Nicholas adalah suaminya. Ini tidak adil baginya, Irdina mahukan rumah tangga yang mampu buatnya bahagia. Bukan cara perkahwinan terpaksa begini.
"Dah nangis, aku minta maaf..." Tersentak Irdina saat tubuhnya berada dalam pelukan Nicholas.
"Saya tak nak awak jadi suami saya..."rengek Irdina sedih.
"Aku dah jadi suami kau, kau perlulah terima. Tak boleh menangis macam ni..." pujuk Nicholas lembut.
"Tapi...." Muka Irdina merah menyala saat bibir lelaki itu melekat padanya.
"Jangan sebut nama lelaki lain, atau aku akan buat benda yang tidak sepatutnya pada kau. Okay?" Nicholas ketawa sinis.
Cerlungan mata tajam dari Irdina tidak diambil peduli. Didekatkan mukanya dengan Irdina. Spontan, tangan kecil itu menolak dirinya. Senyum sinis dilorekkan.
"Awak tak boleh cium saya sesuka hati awak."
"Eh? Mazhab mana cakap tak boleh? Bukan suami isteri boleh ke? Buat lebih daripada tu pun boleh. Nak cuba?" Galak lelaki itu menyakat Irdina. Makin merahlah muka cantik itu.
"Tak payahlah nak mengada, awak kena ingat yang kita kahwin sebab rancangan awak. Bukan kerana kerelaan saya!" Irdina bangun dari duduknya.
Tudung yang masih tersarung di atas kepala ditanggalkan. Lega terasa apabila rambutnya kini bebas. Rambut disikat dengan jari sambil kedua matanya dipejam rapat. Decitan keluar dari bibir Irdina.
"Apa pegang-pegang ni?" Irdina menepis kasar tangan sang suami yang tidak sudah bermain dengan rambutnya.
"Pegang je pun."
"Rimaslah, nak apa pegang-pegang ni?"
Sekali rentap, tubuh Irdina kini berada rapat dengan Nicholas. Mukanya seinci sehingga deruan nafas lelaki itu mengena kedua pipinya. Irdina buat muka. Asyik nak romantik aje si Nicholas. Tak tahu ke Irdina nak solat zohor sekarang?
"Dina..."
"Sayang...." Irdina beri senyum manis.
Sengaja, tangan dibawa bermain di belakang tubuh lelaki itu. Menggoda Nicholas dalam diam. Jarinya menari dengan raut wajah menggoda. Siap pakej bibir digigit.
"Dina...." seru Nicholas lembut.
Nicholas seperti berada dalam dunianya sendiri. Senyum manis terukir di bibir sehingga Irdina terpana dengan ketampanan lelaki itu. Melihat Nicholas sudah larut dengan mimpi indah. Terus ditepuk beberapa kali pipi lelaki itu.
"Saya tak solat zohor lagi, tak payah nak romantik sangat. Dah, lepaskan tubuh saya." halau Irdina kasar.
"Kau sengaja kan?" Nicholas angkat kedua keningnya.
"Mana ada." bantah Irdina keras.
"Dina...." Irdina buat mata ke atas.
Tangan Nicholas melilit pada pinggangnya. Kedua pipinya dicium lama sebelum perlahan lelaki itu melepaskannya.
"Aku tunggu kau dekat sini." Nicholas senyum penuh makna. Tubuh dibaring di atas katil.
"Period ke?"
"Lelaki mana ada period."
"Kalau tak period solatlah, takkan nak tunggu Allah tarik nyawa dulu baru nak solat." Sedas Irdina memberi ceramah.
"Aku..."
"Aku apa? Tak reti solat?" Irdina kerling Nicholas.
Nicholas diam. Tak ada jawapan yang mampu diberikan. Apa yang dikatakan Irdina adalah benar. Dah lama solat Nicholas tinggalkan dan itu sebabnya dia tak reti untuk menunaikan solat.
"Awak..." Nicholas tersentak saat tangannya dipegang Irdina.
"Jujur, saya tak rasa semua dalam dunia ni jahat." Nicholas pandang Irdina tidak lepas.
"Biarpun manusia tak solat, saya tak salahkan dia jahat. Saya takkan cakap dia adalah orang jahat. Bagi saya, orang jahat adalah bila dia tahu dia mampu belajar solat tapi dia tidak mahu untuk melakukan." lembut Irdina menasihati lelaki itu.
"Solat bukan nak tunjuk kita adalah seorang yang baik. Kadang, solat itu dapat merubah awak menjadi seorang yang lebih baik. Sekurang-kurangnya awak mencuba." Irdina mengusap lembut tangan besar itu.
"Kadang, orang jahat ni...dia tak nak pun jadi jahat. Tapi atas sebab tertentu menyebabkan dia berubah. Mungkin sebab keadaan sekeliling buatnya menjadi sebegitu."
"Maksud kau?"
"Maksud saya, boleh jadi orang sekeliling katakan dia adalah seorang yang jahat dan itu menyebabkan dia terus berubah menjadi jahat. Boleh jadi jugak, teladan dari orang terdekat buatnya jadi berubah sebegitu." Irdina tepuk beberapa kali tangan Nicholas.
"Saya nak solat ni, saya masuk tandas dulu." Nicholas mengangguk.
"Boleh bagi saya telefon awak kejap?" pinta Irdina. Tangan disua.
"Nah." Irdina lincah bermain dengan keyboard sebelum telefon itu diberikan semula pada Nicholas.
"Ini aplikasi yang awak boleh tengok untuk belajar solat. Youtube pun awak boleh tengok sebagai rujukan."
Nicholas tengok aplikasi itu tanpa berniat untuk membuat apa-apa. Hatinya berdesir dengan getaran yang luar biasa. Terasa sesuatu yang dia tak pernah alami dan kini ia membelenggu sehingga ke setiap saraf anggota badannya.
"Ibadah solat awak boleh buat secara perlahan-lahan. Yang penting adalah awak istiqamah. Berubah demi diri awak bukan untuk saya." Irdina hulur senyum manis.
Bayang Irdina hilang masuk kamar mandi menjadi santapan sebelum anak mata fokus pada aplikasi yang Irdina tunjukkan. Tiba-tiba ayat yang Irdina katakan tempoh hari berlegar dalam fikirannya.
Manusia tak semuanya jahat. Mereka mempunyai sebab tersendiri berubah sebegitu. Kadang, orang jahat lebih baik daripada orang lain. Orang jahat tak semestinya pengakhirannya teruk. Sampai masa, Allah akan hadirkan hidayah lalu bukakan hatinya untuk berubah menjadi lebih baik. Dalam hidup, jangan hiraukan apa yang manusia katakan. Mereka cuma tahu luah apa yang mereka nampak berbanding apa yang kita rasa. Okay?
Nicholas ketap kuat giginya. Muka terasa hangat bagai mahu menangis. Telefonnya ditinggalkan, perlahan tubuhnya dibaring di atas katil. Mengharap apabila mata dipejam akan dapat menghilangkan rasa luar biasa yang hadir ini.
For next bab?
🔑Kuncinya adalah
40⭐ Votes for open next chapter🔓
Terima kasih utk yg sudi vote. Sy bgi love bnyk ii dkt korang. Tak dapatlah nak menyepi kali ini. Haih...
Jgn lupa ⭐
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro