Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Epilog

Diam malam diselimuti kegelapan.

Alya melihat ke kanan. Ada terbaringnya sang suami yang kepenatan. Penat kerja, meletakkan Khairul Iddin ke alam tidur sekelip mata tanpa bercakap banyak.

Gadis itu menapak ke lantai bilik. Rasa kantuk tidak jua menjenguk. Dia buntu hendak berbuat apa pada jam 10 malam ini. Bukankah masih terlalu awal buat tidur?

Mungkin hanya dia yang tidak penat. Mengharapkan sang suami akan berjaga malam dan bersembang dengannya, sayang sekali Khairul memilih untuk tidur. Tiba di tirai bilik, meja berhampiran dipandang lensa mata. Ada sebuah telefon pintar telangkup menarik perhatian Alya.

Ini telefon pintar Khairul.

Alya tahu kekunci. Selama bernikah tidak pernah sekali pun dia meneroka telefon lelaki itu.

Alang-alang Khairul sedang beradu, ada baiknya dia membuka telefon lelaki itu. Diam membisu, memasukkan beberapa digit kata kunci. Sesaat kemudian, skrin menjadi terang. Alya tersenyum sendirian.

Aplikasi WhatsApp pantas ditekan.

Senyuman itu.

Tidak bertahan lama.

Kendur perlahan-lahan.

Sampaikan mata menjadi kaca-kaca.

Dia terhenti pada satu perbualan. Di bawah nama seorang perempuan.

"Siapa?" Itu soalan pertama yang terbit di bibir ibu kepada Fatimah Azzahra itu.

Mengapa ada perkataan 'sayang' di dalam perbualan perempuan berkenaan. Malah segala balasan Khairul di situ tampak begitu akrab.

Tidak sanggup melihat lebih lagi. Ayat terakhir merobek hati rapuhnya.

Sayang, jom lunch sama-sama.

Tap... Tap... Tap...

Cantik you hari ni. Hantar la gambar selfie lagi.

Terkebil-kebil mengesat air mata yang tidak henti membanjiri wajah dalam kegelapan malam.

Kenapa Khairul buat begini? Kenapa...

Bukankah hanya dia yang disayangi?

Begitu sakit hati mencengkam.

Tangisan jadi teresak. Dia melangkah lemah, menyusun atur ke kamar mandi. Pintu ditolak, sebelum perlahan-lahan tubuh merebah ke lantai. Gadis itu berbaring lalu memeluk lutut erat ke dada.

Dia tidak pernah berasa sesakit ini.

Orang yang sangat dipercayai rupanya bersayang-sayang dengan perempuan lain. Begitu lebat tangis.

Perasaan berkecamuk tidak tertanggung. Esakan kecil berganti kuat. Bergetar dadanya, dan jua seluruh tubuh badan.

Fantasi apa yang Khairul ciptakan untuknya? Kata-kata janji manis yang pernah dilafazkan terulang menampar gegendang telinga.

Separuh jiwanya dirobek saat itu.

"Alya," bisik Khairul di muka pintu bilik mandi.

"kenapa ni?" Lelaki itu melutut di sebelah isterinya. Mata ditenyeh perlahan. Tangisan Alya telah menjagakan dia.

Malah gelengan sahaja yang membalas. Entah bagaimana mulut mahu menutur jika hatinya telah retak seribu. Betapa wajah Alya dilumuri tangis hingga memerah kedua-dua pipi.

Khairul sedikit terkejut. "Kenapa ni, sayang? Sakit ke? Abang bawa pergi klinik nak?" Dia mengesat tubir mata Alya penuh kasih tandanya merisaukan keadaan isteri yang berbaring di atas lantai jubin.

Alya menolak lengan Khairul menjauh. Mata menekur ke bawah. Titisan jernih mengalir tiada tanda henti. Empangan hati yang begitu mencintai Khairul retak. Entah apa salahnya sebagai seorang isteri. "Ap- Apa... Yang abang cuba sorok dari saya?"

"Kenapa ni?" Riak wajah lelaki itu berubah. Khairul tidak mengerti. Dipandang sahaja kemelut tangis isterinya. Walaupun tangan mahu memujuk, Alya berkeras agar dia kekal tidak menyentuh. Alya tidak pernah bersifat sebegini. Matanya tidak lagi memandang Khairul seperti selalu.

"Siapa... Tsk..." Alya tidak mampu menghabiskan perkataan. Hanya tangisan kedengaran makin kuat. Kepala mendongak ke langit bagi mencari nafas.

Allah...

Segala kekuatannya hilang. Apakah ini mimpi?

"Ada apa ni Alya?" soal Khairul Iddin. Nada lelaki itu bertukar juga.

"Jujur dengan sa- saya... abang ada perempuan lain? Kalau ada... Saya nak pergi dari sini..."

"Sudah dah menangis? Nak dengar jawapan abang?" Khairul Iddin. Serak suara, tanpa gentar mahu memberi tahu jawapan.

"Apa..." Berdegup kencang jantung mengepam darah ke seluruh anggota tubuh.

"Jawapannya, YA. Abang ada perempuan lain." Jeda. "Abang boleh hantar awak balik rumah ayah malam ni juga."

Jawapan keramat itu. Mencengkam sanubari seorang gadis muda.

Raungan Alya kedengaran. Tangisnya menjadi-jadi. Dia tidak mampu menelan kepahitan ini.

Hanya lampu tidur menerangi sipi wajah pasangan itu. Kedua-duanya memandang ke arah bertentangan. Alya yang menekur bersama tangisan, Khairul yang mengalihkan wajah ke arah lain. Walaupun gelap, wajah lelaki itu terpeta sebuah perasaan. Mendengar raungan isterinya, dan dialah penyebab kepada itu.

"Betul ke abang ada perempuan lain? Siapa?!" Alya mengangkat wajah sugul.

"Kita naik duduk atas katil," pelawa Khairul. Keadaan Alya begitu menyedihkan hatinya. Lama mana mahu duduk di dalam bilik air ini. Malam jua makin larut.

"Tak nak!" tempik gadis itu.

"Alya, kita kena bincang."

"Abang tak sayang saya.... Tsk.." Diulang-ulang bait ayat. Anak mata melilau ke sekeliling. Dia tidak berada selamat. Dia serik. Bibir terkebil-kebil menghirup udara dek hidung telah diselaputi mukus.

***
bersambung.
***

epilog bersambung.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro