48 Dari mula
"Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir."
QS Ar-Rum: 21
Wanita setengah abad itu berpeluk tubuh di atas katil. Sudah tiga hari Khairul Iddin ditempatkan di hospital kerana kesihatannya yang tidak menentu. Sekurang-kurangnya Datin Farina berasa lebih tenang jika anak kesayangannya berada di bawah pemantauan doktor. Buat masa sekarang, itulah yang terbaik.
"Awak tahu tak Khai ada anak?" Datin Farina membuka mulut setelah suaminya naik ke katil.
"Tahu," kata Dato Muhsin.
"Apa awak rasa kalau dia nak ambil anak haram tu duduk sekali dalam rumah kita? Tak ke malu kita nanti... Apa jiran-jiran kata?" Dua hari tiga malam Datin Farina memikirkan isu ini tidak henti. Setiap kali teringatkan Khairul, setiap itulah dia berasa sesak.
"Farina, biarlah Khai nak bertanggungjawab. Apa kesilapan yang dia buat pada hari ni disebabkan kekhilafan kita sendiri sebagai ibu bapa dia sewaktu dahulu. Pedulikan saja soal orang lain. Lebih baik kita fikirkan kebahagiaan anak kita." Dato Muhsin maklum tentang keadaan anak mereka yang asyik demam tidak kebah. Khairul diberikan pelepasan bercuti sehinggalah keadaan pulih seperti sedia kala.
"Awak tak malu?" Nampaknya Datin Farina masih tidak berpuas hati. Anak yang dibanggakan selama ini hendak dipertahankan.
"Saya dah cukup malu bila gagal didik Khairul jadi manusia. Sekarang ni dia sendiri nak bina keluarga. Jangan masuk campur. Kita lihat sahaja dan tolong jika perlu." Dato Muhsin berasa malas mahu panjangkan perbualan. Kain selimut ditarik menutup sebahagian badan. Berpura-ura hendak beradu sedang isterinya berwajah cemberut.
"Seronoklah budak perempuan tu dapat kahwin dengan orang kaya."
Lelaki itu pun menghelakan nafas kesal. Dipandang isterinya lama. "Kaya ke miskin semua sahaja. Apa yang awak banggakan sangat akan hilang suatu hari nanti. Di pengakhiran kehidupan kita semua nak yang baik-baik."
Setiap jiwa inginkan kebaikan dan kebahagiaan. Tiada yang memilih untuk hidup sengsara.
Makin sakit hati Datin Farina pada setiap jawapan sang suami. Dia mula membentak kecil di atas katil. "Awak patutnya menyebelahi saya tau. Bukannya nak salahkan saya sebab pertahankan maruah anak sendiri. Saya nak jaga aib Khai daripada dijaja orang lain. Kalau Khai kahwin dengan perempuan tu, mesti nanti tular berita tak baik."
"Kan saya kata... Pedulikan je lah orang lain. Kita hidup bukan untuk puaskan hati manusia, tapi kita hidup untuk Allah."
Nasihat Dato Muhsin tidak mampu mengubah pendirian Datin Farina. Bagaikan mencurah air ke daun keladi sahaja, wanita setengah abad itu masih berkeras kepala dan merasakan bahawa apa yang dilakukan ke atas Khairul Iddin semuanya betul belaka. "Susahlah cakap dengan awak ni."
"Jangan serabutkan Khairul. Anak kita tengah sakit di hospital. Apa doktor kata?" Dato Muhsin mengiring menghadap isterinya, mengubah topik perbualan. Usah dilayankan orang yang mengikut perasaan, kelak nanti makin menjadi-jadi.
"Doktor cuma kata Khai penat... Sebab tu dia tak larat. Siang tadi masa saya melawat, badannya panas. Nanti lepas masukkan air, insya Allah suhu dia akan kurang." Pada tahun ini, tidak dinafikan bahawa anak tunggal mereka kerap ke hospital. Datin Farina meleraikan silang tangan. Perlahan-lahan memboloskan diri ke dalam selimut juga.
Malam sudah lewat. Harapnya pada malam itu, Khairul dapat tidur dengan lena di hospital sana.
"Saya rasa Khai tak pernah cerita satu perkara pada awak," ujar Dato Muhsin.
"Apa?" Acuh tidak acuh Datin Farina menyambut. Pada wajahnya terpeta perasaan tidak puas hati.
Ada seperkara yang Khairul hanya ceritakan pada Dato Muhsin.
"Dia dah lama beritahu saya pasal satu benda ni... Sebenarnya, doktor dah lama sahkan Khai mandul. Sejak dia keluar daripada penjara, dia banyak kali pergi jumpa doktor sakit tuan." Jeda.
Kedua-dua ulas bibir Datin Farina terkatup. Dia yang hendak membidas jadi kaku.
Dato Muhsin pun tersenyum nipis melihat reaksi isterinya. "Jadi awak fahamkan kenapa Khai betul-betul nak bertanggungjawab? Mungkin itu sahaja zuriat yang dia akan ada."
Sayu kedengaran pada seorang ibu. Tak pernah sekali pun Khairul bercerita kepadanya. Barangkali kerana malu, maka Dato Muhsin dipilih sebagai tempat meluah rasa.
"Kenapa mandul..."
"Anak kita liar dulu... Saya bersyukur sangat bila dia nak berubah sekarang ni. Awak tak gembira tengok Khairul yang sekarang?"
Soalan cepumas yang timbul menyentakkan ego dalam diri wanitanya.
***
Hari demi hari berlalu. Tiada pun permintaan untuk bernikah biarpun kedua-dua orang tua telah berputus untuk mengikut rentaknya. Sejak keluar daripada hospital, Khairul lebih banyak menyendiri di bilik sendiri. Dia jarang keluar, untuk menghirup udara segar. Jarang juga menjejakkan kaki ke tanah.
Begitulah manusia. Ada masa dia jadi orang yang paling beria, bahkan sanggup meredah apa-apa. Seketika, diam pula.
Apa yang Haji Daud tetapkan benar belaka. Adil untuk diri Khairul dan Alya. Mungkin Khairul punya semangat berkobar-kobar tetapi perbuatannya masih tidak cukup untuk menggambarkan perubahan.
Kosong jiwa mencengkam rasa.
Solat lima waktu kekal lompong. Ada hari berlalu begitu sahaja tanpa berdiri di atas be tangan sejadah.
Khairul memegang dada sendiri. Asyik terbatuk walaupun sudah banyak ubat yang diambil. Tetap tidak melegakan batuk kering ini. Usah ditanya tentang kondisi diri, kerana semakin hari semakin berasa lemah biar tidak melakukan apa-apa perkara yang memenatkan.
Tirai bilik beralun menampar badan. Hanya berdiri dan mengamati senja petang hampir bertemu malam. Terhias warna keperangan, tidak terlihat sang mentari yang sudah menyorok.
Berhijrah itu suatu perkara yang sukar dan perit. Jalan nafsu kelihatan lebih mudah dan menyeronokkan kerana sungguh syurga dipagari perkara-perkara yang dibenci nafsu.
Biarpun doktor mengesahkan dia telah mandul, tidak serik juga hendak meransang syahwat. Bibir kering Khairul mengoyak senyuman nipis. Makin tidak terurus hidupnya. Malam bertamu, kerap diganggu makhluk halus. Siang berkunjung, maksiat dilakukan pula.
Apa susah hendak berubah?
Hari ini Khairul demam lagi. Dahinya panas membahang. Makan tengah hari pun hanya di bilik tidak bertemu papa dan mama. Semakin deras esakan di kala jiwa kian tenat. Tidak sangka hari ini dia merasakan bahawa membuat kemaksiatan itu juga memenatkan.
Setiap hari hendak melihat video lucah, mata pun penat juga. Khairul masih membela nafsu. Ada suatu malam dia terhanyut dalam godaan jin yang asyik mendatanginya. Itulah yang makin memenatkan batin. Dia jadi lemah dan sakit. Untuk beribadah pun sudah tidak tertarik. Hari berlalu sungguh pantas, tidak sedar juga bayinya berusia 30 hari.
Lelaki itu merangkak ke katil dalam kelam senja. Tangan meraba tilam hinggalah hujung jari menyentuh sekeping gadjet canggih. Di galeri terletaknya suatu wajah sang puteri dalam selimut merah jambu.
Ini selimut pemberian Khairul kepada Alya. Ternyata Alya menggunakan barang pemberiannya.
Mata Khairul menatap wajah bayinya lama, tidak berkelip. Perlahan-lahan senyuman nipis terkoyak lagi. "Apa nama awak, sayang?" bisiknya pada gambar itu.
Pastu si kecil ini sudah punya nama sepanjang dia memencilkan diri.
"Awak ada nama tak? Boleh papa panggil awak puteri? Sebab awak cantik sangat..." Linangan air mata tidak tertahan. Terkebil-kebil bibir menahan sebak. Dia mula kangan tuk bertemu sang puteri cilik yang punya iras wajahnya ini.
"Tuan puteri, tunggu papa datang ya? Nak bertemu tuan puteri ni payah... Papa kena tunaikan banyak syarat. Tapi papa berjanji dengan awak yang papa akan berusaha sedaya upaya. Papa sanggup kumpul sedulang jantung nyamuk sekali pun untuk puteri papa..." Dikucup skrin telefon penuh kasih. Walaupun tiada cinta tika merogol Alya, dia tidak dapat menidakkan kasihnya pada bayi ini. Melihat wajah puteri itu sahaja mampu membuatkan jiwa Khairul bergelodak derita akan keadaan diri sendiri yang menyedihkan.
Demam Khairul semakin membahang. Ditambah seksa rindu ini, dia mengambil selimut dan menyelubung tubuh bersandarkan bahu katil. Air mata berterusan mengalir.
Khairul sedar dirinya bodoh. Rasa pedih di kaca mata.
Hari sudah malam.
Nanti dia akan diganggu oleh makhluk asing itu lagi. Yang hampir menjadikan fikiran separa sedar dan realiti berkecamuk.
Mungkin ini balasan kerana telah melakukan banyak dosa. Ketika kebahagiaan itu sudah hampir disentuh, terus Allah menguji dia sebegini.
"Khai, nak makan malam tak?"
Sekelip mata kamar bersepah Khairul jadi terang benderang, lampu siling terbuka. Datin Farina terdiam melihat keadaan anak bujangnya. Senakal mana pun Khairul, dia masih menyanyangi pemuda itu. Datanglah wanita berkenaan menghampiri tubuh anaknya.
"Kita pergi hospital, nak?" pujuk Datin Farina lembut. Rambut Khairul diraup ke belakang. Sungguh panas suhu badan anaknya.
"Tak nak," Khairul menggeleng lemah. Muak hendak menghidu bau hospital.
Siapa sahaja tidak bosan andai dalam seminggu berkali-kali membuat pemeriksaan medikal demi kesihatan diri. Buat penat sahaja. Tetap doktor akan mengatakan bahawa Khairul penat dan perlu berehat.
Tubuh bersandar pada bahu Datin Farina. "Mama, mama ada kenalan mana-mana ustaz?"
"Nak buat apa?" hairan Datin Farina.
"Khai nak belajar agama... mulai hari esok..."
Membulatlah mata hitam sang ibu. Wajah anaknya diusap lembut. "Jangan buang tabiat macam ni... Mama risau... Khairul kenapa ni?"
"Khai nak jumpa anak Khai... Tapi Haji Daud takkan pernah izinkan melainkan kalau Khai belajar agama... Mama, tolong Khai ya kali ni?" pinta Khairul. Semakin lemah dengan kepanasan badan. Dia benar-benar mahu tunaikan syarat Haji Daud saat itu. Jiwa juga penat jika menurut nafsu sahaja.
"Orang tua tu dah melampau... Biar mama yang hantar peguam untuk tuntut anak Khai," ujar Datin Farina yang tidak sanggup melihat anaknya derita sebegini. Dipeluk sisi tubuh Khairul biarpun Khairul sudah besar panjang dan menghampiri usia 30 tahun.
"Jangan... Ini urusan hidup Khai, biar Khai yang uruskan... Mama jangan masuk campur..." larang Khairul segera. "Carikan Khai ustaz peribadi, bayarlah dia seberapa banyak pun asalkan ada yang nak ajar Khai setiap hari. Itu sahaja yang Khai nak..."
"Baik, sayang. Rehatlah... Dah makan ubat?" akur Datin Farina. Diikutkan sahaja permintaan mulia Khairul. Kesihatan anak itu lebih dikhuatiri.
"Dah. Lepas tu... Esok mama gerak Khai waktu subuh, ya? Khai nak solat dekat masjid..." sambung Khairul.
"Tak perlu mendadak macam ni... Buat yang mana mampu dahulu," bimbang wanita itu.
"Semakin Khai cepat tunaikan kesemua syarat, semakin cepat Khai boleh berjumpa dengan puteri Khai. Mama jangan risau... Khai buat benda baik kali ni." Senyuman Khairul menyapa pandangan Datin Farina.
Datin Farina tidak bercakap banyak. Tubuh panas Khairul itu dipeluk lama. Tidak sangka perkataan sebegini mampu terlantun keluar daripada bibir anak nakalnya. "Baik, nanti mama gerak... Tidur awal ya sayang?"
"Terima kasih, ma." Nafas ditarik dalam. Khairul menghapus sisa tangisan tadi dengan kekura tangan. Skrin telefon dihadapkan kepada ibunya, lalu dia kerkata, "comelkan puteri Khai?"
Datin Farina tersenyum nipis. Pelipis Khairul dikucup sekali. "Macam muka Khai masa bayi..."
Sekali pandang pun dapat dilihat bagaimana raut wajah sang puteri apabila dewasa kelak. Puteri ini teristimewa, matanya berbentuk almond. Tumbesarannya tak seperti anak normal lain.
***
votexkomen
***
Kalau perasan, bab ni ada dlm novel Fatihah. Bab yg mana Khai mula belajar agama.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro