Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

29 Tawaran

"Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir."

QS Ar-Rum: 21

Buku lima tergenggam erat. Urat di pelipis menegang. Haji Daud terkilan mendengar khabaran kandungan satu-satunya anak gadis di dalam rumah itu. Dia memandang Alya tidak percaya.

Dua hari berlalu, memberi kekuatan buat Alya sendiri bercakap secara terus terang pada Haji Daud dan bondanya. Hajah Norma telah tahu terlebih dahulu sebelum lelaki tua ini. Yang akan mengamuk teruk pastilah ayah kepada Alya.

"Mana jantan tu?" soal Haji Daud keras. Penumbuk tadi dihentak pada tangan kerusi jati ruang tamu rumah. Wajah Khairul Iddin terlayar penuh kebencian dalam ruang fikiran. Ikutkan hati, nyawa lelaki durjana itu mahu dijadikan sebagai pengganti. Betapa insan bernama Khairul jijik untuk mereka sekeluarga.

"Ayah, tak payah cari dia," kata Alya tenang. Di sebalik kain nipis baju kelawarnya terselindung bawaan perut yang sedikit membukit. Kandungan itu baru berusia empat bulan. Alya memandang ayahnya sayu.

"Ayah nak cari dia juga... Dia dah buat anak ayah..." Nada Haji Daud jelas kedengaran sedang menahan geram yang teramat. Kedudukan dua beranak ini sebelah menyebelah, setiap bait kata kebencian dapat ditangkap hati yang menadah.

Gadis bunting sulung berkenaan menjatuhkan pandangan. "Alya tak nak jumpa perogol tu. Biarlah kita teruskan hidup tanpa kacau orang lain. Dah ni bahagian Alya, Alya terima..."

"Kalaulah dia ada depan mata..." Haji Daud kekal dengan bengangnya.

"Tak payah, ayah. Dia bukan siapa-siapa pada kita..." pujuk Alya pula. Lengan ayahnya diusap perlahan.

"Kalau aku dapat dia..."

Hajah Norma mendiamkan diri di tepi. Tidak mencelah sedikit pun tika api kemarahan suami dicucuh minyak panas. Sudah anak sendiri dirogol orang gila, boleh pula termengandung anak si perogol itu.

Alya menggeleng perlahan. Biasan matanya menandakan dia tidak pun mahu membungakan kebencian kepada Khairul. "Cukup Alya ada ayah dengan ibu di sisi... Alya tak nak minta lebih..."

"Tapi Alya mengandung..." kesal Haji Daud. Terasa diri itu tak berguna sebagai seorang bapa.

"Ya, Alya mengandung. Ini ujian untuk Alya... Ayah kan selalu pesan, setiap manusia ada ujian masing-masing. Alya ingat pesanan ayah," kata Alya penuh yakin. Secalit senyuman dihadiahkan pada Haji Daud dan Hajah Norma. Dia mahu meneruskan hari esok dengan bahagia biarpun terpaksa membawa anak istimewa itu.

Ada sebuah tarikan hadir, menarik tubuh Alya jatuh ke dalam dakapan. Haji Daud bertindak memeluk si bunga yang tak disunting siapa-siapa namun telah dihirup madunya. Dia mengusap kepala Alya, kelopak mata jatuh terpejam. "Kenapa Alya kuat macam ni?" bisiknya.

"Kenalah kuat... Alya kan anak ayah..." balas Alya. Terkadang berdamai dengan diri sendiri itu perlu. Semua akan berlaku indah pada waktuNya, bagi mereka yang menerima dan kembali kepada Allah di kala perih kehidupan mendatangi.

"Baik, ayah takkan cari jantan tu... Tapi..." Pelukan itu dileraikan Haji Daud sendiri. Mata coklat pekat anak gadisnya dipandang lama. "Alya jangan putus harapan dengan Allah..."

"Tak." Tersenyum gadis berambut separa bahu itu dalam tangis halus. Dia kembali memeluk tubuh ayahnya, menyelesakan diri. Empat bulan telah hamil, tanpa suami. Barangkali hidupnya akan kekal tanpa kehadiran mana-mana lelaki lagi.

Serik.

"Alya duduk je rumah, biar kami jaga Alya," ujar Haji Daud. Khuatirnya dia andai berita ini sampai ke pengetahuan penduduk kampung. Kelak, nama Alya habis dijaja. Tidak ada seorang ayah yang sanggup nama anak gadisnya dijadikan bahan bualan mulut-mulut busuk.

"Baik, ayah."

***

Berkat pujukan isteri, Dato Muhsin memberikan sedikit ruang untuk Khairul membuat usaha perubahan. Hanya satu. Andai usaha ini disia-siakan, mereka tidak akan berfikir panjang buat menyisihkan Khairul Iddin daripada keluarga.

Lelaki lewat 20-an itu merendamkan kaki ke dalam kolam renang sejak tadi. Sebaik sahaja selesai berenang, dia berehat di tebing. Pantulan biasan cahaya bulan menghiasi permukaan air. Di kala malam menyapa, kemaksiatan siang hari akan terlintas kembali. Masih sukar hendak berhenti pada ketagihan pornografi, begitu jua dengan onani. Diibaratkan andai sehari tidak memuaskan nafsu, seluruh tubuh Khairul akan jadi tidak kena.

"Nak kerja?"

Kepala menoleh ke belakang. Khairul sedikit mendongak buat melihat Dato Muhsin yang mengunjung ke sekitar halaman kolam renang kediaman mereka. Dingin hubungan anak beranak mahu dileraikan biar hati masih mengutuk perbuatan jahat Khairul Iddin.

"Nak kerja ke tak nak?" soal Dato Muhsin sekali lagi.

"Ya," langsung Khairul mengangguk laju. Naik kematu punggung asyik duduk di rumah sahaja. Dia tidak betah berehat lama-lama.

"Boleh. Jadi cleaner."

"Jangan main-main, pa." Khairul tersenyum sumbing. Dia menggeleng kecil, terhibur tika itu. Ditarik kedua-dua betis kakinya naik ke darat lalu dilunjurkan.

"Papa tak main-main. Kalau Khai nak jawatan Khai balik, jadi cleaner dulu," bilang Dato Muhsin. Sedikit pun tiada nada gurauan.

Senyumannya mati. Tak pernah terfikir hendak membuat kerja kotor seperti mencuci tandas. Khairul bermalasan ketika bangkit berdiri. Masih tidak mengerti apakah yang Dato Muhsin mahukan daripadanya. "Papa nak Khai kena kutuk dengan pekerja syarikat sendiri ke?"

"Papa tak suruh Khai jadi cleaner dekat syarikat kita. Jadilah cleaner dekat mana-mana."

Hujung kening yang tidak gatal digaru Khairul Iddin. Dia melangkah ke sebuah meja kecil berdekatan buat mengambil satu tuala kering. Dilap wajahnya sebelum kembali ke tengah perbualan ayah dan anak. "Kenapa?"

"Supaya Khai tahu rasa berada di bawah. Lama sangat duduk di atas selama ni. "

"Tak kelakar, papa." Lawak sungguh perkara itu. Tangan kanan meraup rambut ke belakang.

Wajah beku Dato Muhsin tidak beriak. Anak tunggalnya dipandang biasa. Hati tua itu pun jika boleh tak mahu bermusuhan dengan darah daging sendiri. Namun apakan daya jika Khairul asyik mengikut kepala dan memudaratkan diri. Dato Muhsin sentiasa berduka setiap kali mengenangkan kegagalannya dalam mendidik pewaris tunggal. "Fikir-fikirkanlah tawaran papa. Khai boleh sahaja pilih untuk duduk dekat rumah tanpa apa-apa gaji atau tanpa duit poket daripada mama dan papa. Belajarlah hidup sendiri."

Tidaklah susah mana. Hanya mencuci pekerjaan yang harus dilakukan. Khairul berfikir sejenak. Tuala putih membaluti bahu. "Berapa lama papa nak Khai jadi cleaner?"

"Pergilah cari kerja kosong dahulu, kemudian baru sambung berbincang dengan papa." Itu kata akhir Dato Muhsin yang lalu meninggalkan anak lelakinya kembali sendirian di tepi kolam renang. Hadirnya lelaki tua itu semata untuk memberikan Khairul sebuah tawaran. Angin dingin tidak surut lagi.

"Cleaner?" getus hati Khairul. Seperti tiada pekerjaan lain pula yang pantas baginya. Dia berpeluk tubuh. Bentangan kolam renang dimenungkan.

"Kenapa Khai tak mahu ke sekolah?" Kali ini Mak Teh menyoal baik-baik. Takut ada lagi yang berkecil hati setelah disamakan dengan lembu.

"Sebab Khai nak tolong Mak Teh buat kerja rumah..." Keikhlasan Khairul itu membuatkan Mak Teh tersenyum kecil. Rambut Khai diusapnya, terharu mendengar ayat sedemikian. Hati Khairul terlalu suci dan hanya mahukan kebaikan.

"Ini tugas Mak Teh. Tugas Khairul kena ke sekolah. Tugas papa dan mama ke tempat kerja..." terang Mak Teh pula. Dia melihat potongan kek yang tersisa, telah habis kesemuanya dinikmati hantu coklat ini.

Kepala melangut ke langit.

"Apa tugas Khai sekarang ni mak teh?"

***


Bukannya iman tidak menolak tatkala nafsu memaksa diri melakukan perkara mungkar. Cuma hati menunduk patuh pada nafsu hingga mengoyakkan iman senipis kulit bawang.

Senyuman terlekuk di luar kesedaran.

Sayup azan maghrib berkumandang. Tersentaklah dia daripada terus melayari laman sesawang pornografi di skrin komputer riba. Matanya berkedip, melihat suasana luar.

Seharian berlalu tanpa melakukan apa-apa. Sekadar makan dan minum, kemudian apabila bosan dibuka pula web lucah untuk dilepaskan nafsu.

Ternyata matahari terbenam. Sebuah hari baharu dipersiakan sekali lagi.

Tangan kanan Khairul pantas mengatur gadget di meja kerjanya. Dia termenung buat ke sekian kali. Dagu ditongkatnya sambil telinga mendengar bait azan Maghrib dengan teliti. Tak ubah langsung suruhan menunaikan solat, berkumandang di langit tinggi. Yang berubah itu hanyalah diri Khairul. Semakin hari semakin tenat dalam lautan maksiat ciptaan sendiri.

Kakinya melangkah dengan sendiri ke bilik air. Terlintas niat hendak menunaikan solat. Namun tangannya terhenti daripada memulas kepala paip.

"Aku dalam keadaan berhadas," kata hati Khairul. Badan yang membengkok itu pun menegak. Dilihat wajah sendiri pada pantulan satah cermin bilik air.

"Allah tak kan terima syaitan macam kau. Tak payah lah solat, Khairul." Lelaki itu pun membuat keputusan bagi meninggalkan bilik air. Benarlah dia berhadas besar kerana baru sahaja membawa diri ke kemuncak syahwat.

Ketika syahwat dipenuhi, kepuasan memang tidak terhingga. Sekarang dia termenung sendiri. Tiada nikmat di dunia bersifat kekal abadi, yang ada pun lagi memudaratkan diri.

Keadaan alat sulitnya yang terkena jangkitan kuman masih dalam rawatan doktor. Sehingga kini kualiti mani sendiri merosot.

"Esok nak buat apa, Khairul Iddin?" soalnya kepada diri sendiri. Lengan dilipatkan ke belakang lalu dia berbaring di atas katil dengan berseluar pendek. Sungguh puas hidup setiap hari tanpa arah tuju. Yang dituju hanyalah nafsu. Memang seronok sekali, sayang ia keseronokan yang sementara. Yang membuatkan Khairul termenung di kala malam menjelma. Berkira-kira hendak melelapkan mata dalam keadaan berhadas besar atau tidak.

"Kerja," jawab Khairul lima minit selepas  menyepi.

Lemah sahaja tangan mencapai telefon pintar di tepi meja sisi. Dia kembali terlentang dengan kedua-dua tangan memegang telefon. Lincah ibu jari menaip beberapa perkataan di laman carian. Sekejap sahaja sudah terbentang senarai kerja kosong di sekitar.

"Cleaner sekolah.."

Lelaki itu bingkas duduk bersandar ke bahu katil pula. Lima minit sahaja dia mampu fokus mencari jawatan kosong. Setelah itu telefon dicampakkan ke tepi secara tiba-tiba.

Dia mula memeluk lutut rapat ke dada. Menenangkan diri yang asyik ketagih mahukan seks. Fikiran tak mampu berfungsi baik. Secebis rasa kasihan pada diri bertegas melarang bergaul dengan mana-mana perempuan lagi. Beronani sahaja bukanlah kepuasan sebenar Khairul. Dia perlukan perempuan sebenar yang akan melayannya.

Namun, mengenangkan keadaan kemaluannya yang pedih dan sakit, terpaksalah hasrat kotor itu dimatikan. Silap hari bulan, khuatir zakarnya akan dipotong pula akibat terlalu teruk dijangkiti kuman. Itulah yang Khairul cuba elakkan. Jauh di sudut hati masih mahukan zuriat darah daging sendiri. Biarpun diri sehina-hina ini.

Tidaklah lelaki itu mengetahui bahawa dia punya zuriat bersama-sama gadis yang telah dinodai beberapa bulan dahulu. Suatu sinar baharu dalam hidup yang akan dilindungi walaupun bayarannya darah dan air mata.

Puterinya sedang membesar di alam rahim.

***
votexkomen
***

Bila Khai nak jumpa baby :/

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro