25 Resort
"Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir."
QS Ar-Rum: 21
"Khai, Asyila kirim hadiah semalam. Tapi malam tadi Khai tidur awal. Jadi mama tak beri." Datin Farina kembali ke kamar tidur anak bujangnya dengan membawa satu kotak hadiah berwarna hitam bereben merah.
"Hadiah apa? Tak nak lah... Dia asyik bagi hadiah je. Ingat boleh beli hati Khai la tu," kata Khairul Iddin. Berkerut-kerut kening melihat objek di tangan mamanya. Bukan main lagi si Asyila ini dalam berusaha memenangi hati Khairul. Tak jemu pula tu.
Datin Farina tersenyum sahaja. Hadiah Asyila didaratkan ke atas Khairul bersebelahan bagasi yang tidak berzip. "Kalau boleh beli, berapa harga hati Khai tu?"
"Mahal. Hanya perempuan yang istimewa je boleh beli hati Khai... Yang akan buat Khai kejar dia walaupun ditolak berkali-kali." Dilayankan sahaja soalan berkenaan. Subuh-subuh lagi Khairul sudah segak berbaju kasual. Semerbak bau minyak wangi maskulin memenuhi atmosfera bilik.
"Siapa orangnya?"
Selamba Khairul menjawab, "Perempuan macam tu... Tak wujud."
Tidak ada lagi yang membuatkan hati lelaki ini resah dalam kemarau cinta. Wujudkah sang bidadari untuk syaitan seperti Khairul?
Asyila bukanlah kejarannya. Fatihah pula hanya alat permainan untuk melepaskan bosan seperti bekas-bekas teman wanitanya sebelum ini.
"Tak rasa nak bercinta. Khai cuma nak kerja sekarang ni." Beberapa lipatan baju di dalam bagasi diperkemaskan dengan satu zip penutup yang memisahkan antara ruang kiri dan kanan. Khairul berfikir sejenak, tiada apa lagi barang yang hendak dibawa. Percutian tiga hari dua malam akan menjadi seronok bila mana Fatihah akan menjadi penghiburnya.
Datin Farina sedar Khairul berhak memilih masa depan sendiri. Jika kerja keutamaannya, itu akan menggembirakan Dato Muhsin.
"Khai nak bertolak dulu. Nanti kalau dah sampai, Khai mesej mama ya?" Satu beg kerja dan satu bagasi disusun pada bingkai pintu bilik. Dia beralih mendapatkan Datin Farina buat bersalaman. Kekura tangan ibunya dikucup tanda hormat.
Lama juga untuk Khairul menerima Datin Farina sebagai ibunya kembali. Namun, hati beku Khairul mencair setiap kali kasih dicurahkan tanpa dipinta.
"Hati-hati bawa kereta," pesan wanita setengah abad itu. Tertancap mata pada kekura tangan Khairul, terbitlah satu tanda tanya. "Kenapa dengan tangan kanan Khai?"
Sebelah kening Khairul terjongket. Penumbuk kanannya diangkat dan dibelek. Tersemat calar balar dan luka kemerah-merahan akibat menumbuk cermin kereta petang kelmarin. "Luka sikit... Tapi tak sakit pun."
"Khai bergaduh ke?"
"Bukan." Geleng Khairul. Malas hendak panjangkan. "Okaylah, nak gerak ni. Kirim salam dekat papa."
Bagasi dijinjing menuruni satu per satu anak tangga hinggalah tiba ke laman utama rumah. Di situ dia mula mengheret bagasi di atas permukaan rata lantai.
"Dah siap? I on the way nak datang ambil you," kata Khairul dicorong telefon.
***
Cameron Highland Resort
Cerah mata Fatihah disajikan sebuah resort lima bintang di hadapan mata. Liur ditelan kesat. Rasa takjub dan teruja silih berganti. Betapa diri itu terasa kerdil dan asyik berjalan membelakangi Khairul Iddin. Mustahil Khairul hanya menjawat jawatan biasa sedang penampilan dan lagaknya seperti orang berpangkat besar.
Umpama tikus mondok di situ. Fatihah melilaukan mata melihat dekorasi seni bina Tudor yang mempengaruhi reka bentuk bangunan resort ini. Tidak dinafikan bahawa terdapak banyak kesan peninggalan empayar british di sekitar kawasan.
Tersenyum lebar mengamati kemewahan setiap sudut resort lima bintang yang bakal diinapinya selama tiga hari dua malam. Terasa bagaikan puteri raja pula.
Khairul Iddin membiarkan Fatihah terpacak di ruangan menunggu bersama-sama bagasinya. Usai mengambil kunci di kaunter resepsi, barulah Fatihah didapatkan kembali.
"Jom." Satu kad ditunjukkan pada Fatihah. Tidak sabar mahu memasuki bilik dan melepaskan lelah seharian pemanduan. Bagasinya ditarik seiring dengan langkahan mereka.
"Kita duduk bilik asing?" soal gadis 17 tahun itu polos. Terkelip-kelip memandang Khairul dalam selendang merahnya.
"Bilik dekat sini mahal la. Satu pun dah cukup. Tak lama pun kita nak bermalam." Tiba di hadapan lift, punat anak panah yang menunjukkan ke atas ditekan jari telunjuk Khairul. "Kenapa?" soal Khairul pada Fatihah.
"Takdelah... Kalau bilik asing lagi elok." Fatihah dihimpit rasa serba salah. Tak beradab hendak meminta lebih sedangkan lelaki ini membayar segala kos penginapan.
"Takut saya buat apa-apa? Hm?" Khairul melangkah setapak mendekati Fatihah.
Lambat pula pintu lift hendak terbuka. Gadis itu berasa segan dipandang begitu. Dia menekur lantai dan menggenggam erat tali beg baju. "Ta-tak. Kalau mahal, tak apalah satu bilik pun."
Tangan Khairul tiba-tiba sahaja memegang tangannya di bawah. Fatihah melangutkan pandangan.
"Biar saya bawakan beg baju awak. Nah, awak bawakan beg kerja saya. Beg ni ringan je. Ada laptop... Kertas-kertas sikit..." Tali beg jinjing Fatihah bertukar tangan. Logik sahaja Fatihah tak punya beg yang sesuai kerana gadis ini tidak pernah bercuti ke mana-mana.
Pipi putih Fatihah berona merah bak tomato. Bunyi dentingan disusuli bukaan pintu lift menarik pasangan itu ke dalam. Mereka menuju ke tingkat lima di mana sebuah kamar mewah telah ditempah.
Sengaja Khairul menolak bantuan pekerja resort yang ingin membawa beg pakaian mereka di awal kaunter resepsi. Ini membuka ruang buat dia menabur budi pada Fatihah secara halus. Kelak, setelah banyak budi terpasang, Fatihah sendiri akan menyerahkan diri dan sanggup menidurinya.
Sama jugalah dengan peristiwa bonus semalam. Tak rugi Khairul memerhatikan Fatihah dari jauh. Kehadiran Ikram membuat onar dimanfaatkan sebaik mungkin.
"Berapa harga bilik untuk satu malam?" Fatihah menyoal. Dia menggalas beg kerja Khairul dengan bahu kecilnya.
"RM600. Kita dapat deluxe bedroom."
"Dua malam... RM1200..." Rahang Fatihah hampir jatuh. Mahal sungguh!
"Kita manfaatkan elok-elok untuk dua malam ni... Mahal tau bayaran bilik," bilang Khairul. Senyumannya tak lekang ditayangkan.
"Seronoknya dapat tidur resort."
"Ya, tidur. Tidur dengan saya," sambung Khairul secara tidak langsung. Perlahan-lahan menjadikan Fatihah tidak asing dengan gurauan sebegitu.
"Saya tak nak tidur dengan awak." Gadis kecil di sebelahnya mencebik. Bibir delima merah dipandang Khairul pula.
Fatihah menganggap Khairul sekadar bergurau. Sedang nafsu lelaki itu bakal dilepaskan pada malam ini. Tidak mengapa, Khairul suka bermain dengan mangsanya terlebih dahulu. Dia dapat bersabar dan berlagak biasa.
"Lepas ni nak buat apa?"
Khairul Iddin melangkah keluar lift. Nombor bilik pada kad kunci dilihat sekali.
55
Langkahnya diikuti Fatihah. Bagaikan sudah melekat seperti belangkas. "Saya ada meeting petang nanti. Jadi tengah hari ni ingat nak rehat je dalam bilik. Kalau awak lapar masa saya takde, turun je pergi ruang makan. Semua buffet percuma."
"Bagus juga kan saya sebilik dengan awak. Saya takut duduk sorang-sorang." Fatihah cuba berfikiran terbuka. Apakah dia lupa Khairul itu seorang lelaki asing?
"Oh, tak takut duduk dengan saya?"
"Tak, saya rasa selamat bila duduk dengan awak."
"Saya ingat lepas habis meeting nak ajak awak pergi The Jim Thompson Tea House dekat bawah. Minum-minum petang... '
Klik!
Kad kunci diletakkan pada tempat berdekatan pintu utama. Maka menyalalah segala lampu di kamar mewah berkenaan.
Mata Fatihah tidak berkelip.
Tingkap bilik yang luas membenarkan cahaya matahari melimpah masuk ke bilik sambil memperlihatkan kecantikan perabot kayu tersusun rapi.
Lantai kamar dilitupi kayu timber coklat berkilat.
"Cantik, kan?" tegur Khairul.
Lamunan Fatihah tersentak. Dia tersenyum manis. Semuanya serba putih bertemakan atmosfera Inggeris. Perlahan-lahan meniti ke arah balkoni besi.
Bilahan kaca tingkap menayangkan pemandangan panoramik kawasan sekeliling yang hijau serta luas. Hidung kecil Fatihah menghirup udara nyaman yang hanya boleh dinikmati di kawasan gunung. Sungguh ini sebuah percutian yang tidak akan dapat dilupakan.
Khairul berlabuh kepenatan di atas sebuah katil kanopi antik. Kelopak mawar merah yang teratur di atas katil dikuis dengan jemari, memikirkan cara mahu membawa Fatihah ke dalam dakapannya pada malam ini.
***
"Awak okay?"
Khairul menggeleng perlahan.
"Tak lapar?"
Respons yang sama diberikan. Fatihah sedikit hairan. Pada jam 9 malam, Khairul tidak berganjak daripada pembaringan.
Gadis bertudung itu menghampiri katil kayu berkenaan. Sedikit menunduk buat memeriksa keadaan Khairul.
"Kenapa muka awak merah?" soal Fatihah khuatir.
"Saya salah makan petang tadi. Tapi jangan risau, saya dah ambil ubat. Cuma nak rehat," bilang Khairul. Mulut menjadi pengganti tempat pernafasan. Dadanya berasa sempit. Dihembus nafas perlahan dalam kesejukan malam. Suhu Cameron Highland akan jatuh di sekitar 10 ke 15 celcius apabila matahari terbenam.
"Nak saya tolong apa-apa?" Tipulah jika gadis itu tidak risaukan Khairul yang sihat elok sebelum ini. Utuh berdiri, tidak tahu hendak berbuat apa.
"Tolong picitkan kepala saya," pinta Khairul.
Akurlah Fatihah lalu berlabuh di birai katil. Pelipis lelaki berkenaan ditekan lembut. Bibir Khairul kini lebih merah bak delima. Alahan pada kekacang akan membuatkan lelaki itu lemah untuk beberapa ketika.
"Saya minta maaf sebab tak larat nak bawa awak pergi restoran luar..." kata Khairul.
Fatihah menggeleng dan tersenyum kecil. "Saya dah kenyang makan masa minum petang tadi."
"Boleh saya tanya?" Atmosfera perbualan bertukar. Masing-masing melantunkan suara perlahan. Dengan jarak sedekat ini, yakin setiap perbualan bisa didengari.
"Tanyalah."
"Siapa lelaki petang semalam?" Khairul melihat Fatihah. Biji matanya merenung ke atas.
Gadis tingkatan lima itu terdiam, mengenangkan kekasaran Ikram tempoh hari. "Dia bekas teman lelaki saya."
"Dia hampir rogol awak dalam kereta."
"Ya." Lagilah perasaan berbaur menghimpit Fatihah. Pandangan matanya menekur cadar katil. Putih dan mendamaikan.
"Tapi jangan risau, saya boleh jaga awak. Setakat lelaki macam dia, jentik pun dah menangis." Gurauan Khairul yang tersulam keprihatinan memujuk Fatihah.
"Saya tak pelik kalau dia nak rogol saya sebab selama ni pun memang dia..." Nada gadis itu mengendur. Terkelip-kelip menahan tangisan di tubir.
"Jangan cakap macam tu." Khairul bingkas bersandar pada kepala katil. Jemari Fatihah digenggam longgar. Tolaklah ajakan hendak tidur berdua, pasti nanti segalanya akan bertukar.
Syaitan kan terus membisikkan ayat nista. Menggoda Adam dan Hawa yang berduaan.
Nafas Fatihah bergantian hangat. "Taklah... Dia dah buat macam-macam dekat saya... Kawan-kawan dia pun..."
Khairul mengusap pipi gadis berkenaan dengan ibu jarinya. "Jangan menangis."
Mutiara jernih jatuh berlinangan di hadapan, sempat diseka. Segala omelan Fatihah terus dinafikan Khairul. Dipujuk dan terus ditenangkan.
"Biar dorang buat macam-macam dekat awak. Tapi saya takkan... Saya takkan sakiti awak."
Kata-kata itu bagaikan terpahat dalam ingatan Fatihah, mengatakan yang Khairul ialah pelindungnya.
"Saya ada." Pandai Khairul mengatur bait bicara. Manis tutur kata itulah bak racun paling merbahaya. Sekali termakan, lama menderita.
Pada mulanya Fatihah memeluk Khairul seperti biasa. Lama kelamaan, tangan lelaki itu menjalar melampaui batas perjanjian. Sudah selesa bersama Khairul, tidak hairanlah gadis 17 tahun ini sanggup menyerahkan diri. Termakan janji manis serta budi, detik yang dinantikan lelaki itu telah pun tiba.
"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." (QS. Al-Isra: 32).
Mereka terlayar dalam keinginan masing-masing. Namun, ini hanyalah permulaan.
Permulaan kepada sebuah perjanjian berpanjangan yang tak mampu dipatahkan Fatihah. Episod bersama Ikram mungkin baginya sudah perit dan tak mampu dibayar segala wang pemberian serta budi. Detik kehadiran Khairul pula merumitkan lagi, budi dan wang ditabur. Mustahil Fatihah akan berjaya menangani syaitan bertopengkan manusia seperti Khairul Iddin.
Di kala dua jiwa ini menikmati kemaksiatan, pasangan jodoh mereka yang telah termaktub di Luh Mahfuz sedang mendoakan satu doa. Agar dikurniakan pasangan dan zuriat yang soleh.
Pembuka hati Fatihah itu Mahfuz.
Penawar lara Khairul pula ialah Alya dan Fatimah Azzahra.
***
votexkomen
***
double update hari ni sebagai tanda maaf lambat update! Apa jadi lepas ni agak2?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro