Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

18 Tampar

Kakinya berjalan laju ke ruang tamu seusai sahaja menyalin pakaian. Dia tidak menoleh ke kanan mahupun ke kiri. Hajat di pagi hari cuma satu, untuk ke hospital bagi melawat mak teh yang masih menanggung sakit pembedahan usus semalam.

"Khai, sekejap. Papa ada benda nak cakap."

"Apa? Khai sibuklah hari ni. Cakaplah malam nanti ke..." Khairul menyisir rambut ke belakang dengan celahan jemari. Dia terus berjalan ke muka pintu utama lalu mengabaikan dato muhsin yang menantinya di atas sofa.

"Khairul Iddin, sini. Papa ada benda penting nak cakap." Dato Muhsin menghentikan langkah Khairul dengan satu nada tegas.

"Yelah..." Khairul terpaksa akur. Dia menghempaskan badan ke sofa dan menanti balasan ayahnya. Ekor mata sibuk mengerling waktu di jam tangan besi. Seharusnya, saat itu dia sudah berada di atas jalan raya menuju ke hospital.

"Khai dah dibuang kolej."

"Iya? Hm, apa-apa je lah. Serabut nak fikir." Khairul menghela nafas halus.

"Disebabkan kes seks bebas... Nama Khai kena buang dari senarai pelajar. Papa dah tahu segalanya," sambung Dato Muhsin.

"Papa percaya?" Wajahnya tidak beriak sedikit pun. Leka menilik tubuh sendiri, membaiki butang baju kemeja. Khairul. hampir lupa soal itu dek terlalu sibuk sejak akhir-akhir ni. Langsung tidak sempat tuk memikirkan bekas-bekas teman wanitanya.

"Lebih daripada percaya. Sekarang ni nak atau tak nak.... papa nak Khai kahwin dengan Asyilla," putus lelaki tua itu. Matanya memandang tajam ke arah anaknya. Keputusa muktamad telah dibuat. Jika 'A' yang disebut, maka 'A' jugalah hendaknya.

"Merepek." Khairul bingkas berdiri. Khuatir makin dilayan hal itu, dia akan terjerumus pula.

"Mama nak hantar rombongan meminang minggu depan." Datin Farina hadir ke ruangan itu, ditambah lagi kesesakan di pagi hari.

Khairul tercengang. Dipandang bondanya satu kali.

"Khai akan kahwin dalam masa terdekat.  Papa akan pastikan benda tu berlaku."

"Papa dan mama dah gila ke? Tolonglah jangan buat fikiran kolot. Khai tengah sibuk ni nak follow up kemaskini kesihatan mak teh." Pelipis yang tidak gatal digarunya. Tangan kanan menyeluk saku seluar jeans yang terpakai. Dia memeriksa pesanan ringkas daripada pekerja hospital. Makluman kesedaran mak teh menjongketkan vermilion jantannya. Terus kaki melangkah hendak ke pintu utama.

Dato Muhsin semakin bengang dengan sikap tidak endah Khairul. Turut berdiri, wajah bertukar merah padam. "Siapa kolot? Siapa gila? Berapa ramai perempuan dah kau tebuk?"

Baru sahaja hendak memegang pemegang pintu, bahuya ditolak daripada belakang. Khairul menoleh seraya berkata. "Papa takde kaitan dengan kehidupan peribadi Khai. Tolonglah jangan buat semak."

Dato Muhsin bertanya tidak puas hati. "Kenapa perangai kau macam ni?"

"Kenapa papa kisahkan Khai? Biarlah Khai nak buat apa sahaja," balas Khairul dengan berani. Dia bukan lagi anak kecil yang lemah seperti waktu dulu. Berdirinya tegak menghadap Dato Muhsin.

"Kalau kau tak nak kahwin dengan Asyilla, aku takkan bayar bil perubatan mak teh."

Bayaran puluhan ribu ringgit tak mampu ditanggung anak muda seperti Khairul ini.

"Ta-tapi... Ish," keluh Khairul. Kehilangan kata sesaat dua. "Apa kaitan mak teh dengan hal ni? Ya, memang Khai  berzina sana sini. Tapi jangan libatkan mak teh ya," pesan anak muda itu. Jari telunjuk menunding seakan memberi amaran pada sang ayah.

"Kau jangan nak buat berlagak dekat sini." Ditepis tangan Khairul. Lagak mengarah Khairul seakan memperlaku Dato Muhsin seperti hamba yang harus mematuhi akan arahannya. Lelaki tua itu hadir mendekati Khairul. "Jangan nak tunjuk kepala kau dekat sini. Segala yang kau pakai hari ni adalah hasil duit aku. Satu sen pun kau tak berhak dalam rumah ni... sama macam mak teh. Dia cuma orang gaji. Kau pula cuma anak aku yang menadah tangan untuk kikis harta aku."

Khairul mengangguk faham. Mahu saja diledakkan ketawa.

Perbuatan Dato Muhsin mencucuh api kemarahan Khairul Iddin. Minyak bertemu api, makin menjulang amarahnya. "Ya, memang. Ibu bapa aku yang ajar aku  rogol perempuan-perempuan lain. Kau patut sedar yang orang gaji tu lah ajar aku solat siang malam. Kalau tak... Aku tak pandai solat hari ni. Dia yang ajar aku untuk baca AlQuran. Kau? Kau tak ajar aku apa-apa... Kau cuma tahu mengarah je. Aku bukan pekerja kau yang kau boleh pijak. Nak kahwinkan aku dengan Asyilla? Ha, mana perempuan tu. Biar aku rasa dia-"

PANGGG

Terteleng wajah teruna itu ke kiri disaksikan sang ibu.

Membulat mata putih Dato Muhsin. Tamparan mautnya mengenai pipi Khairul setelah sekian lama. Ketegangan atmosfera mengimpitkan daya mengepam jantung Dato Muhsin. Orang tua itu terduduk di bahu sofa dan memegang dada kirinya.

Khairul mengesat bekas tamparan, seakan jijik dengan sentuhan telapak tangan si ayah. Tak siapa layak buat menghina mak teh sedemikian rupa. "Ambillah semua duit kau. Aku boleh hidup dengan mak teh dekat luar sana."

Dompet kulitnya dijatuhkan ke bawah bersama-sama kunci kereta. Khairul Iddin berlalu pergi, hatinya begitu sakit pada pagi itu. Dunia berpaling kejam, sedang dia mahu menghabiskan masa bersama-sama mak teh selagi takdir mengizinkan.

***

Sebuah senyuman yang menyenangkan segala keresahan jiwa. Kepala didaratkan bersebelahan tubuh mak teh. Tangan naik melingkar pada lengan wanita itu lalu matanya diturunkan.

"Mak teh sakit lagi?" soal Khairul lembut.

"Sakit... tapi tak sakit macam semalam." Desiran bisikan mak teh kedengaran. Suaranya berat, sakit di perut menghiris nadi yang ada. Namun, buat membelai Khairul, mak teh menguatkan diri pada petang itu.

"Mak teh, kenapa mak teh sayang Khai?" soal Khairul tiba-tiba. Mak teh tidak mengetahui kejadian pagi tadi, pembantu rumah itu tidak berhak mengetahui kutukan majikannya.

"Sebab Khai anak mak teh," jawab mak teh bersulamkan senyuman.

"Anak?" Khairul tersenyum kecil. "Kenapa perlu sayang anak?"

Sedangkan ibu bapa kandungnya asyik membuang diri itu. Khairul buntu akan suratan takdirnya. Yang bergelar ibu bapa membuang diri, yang dipanggil orang gaji itu pula beria menyanyangi bak nyawa sendiri.

"Khai... nyawa mak teh. Yang berikan mak teh erti kehidupan," bisik mak teh di sisi Khairul. Bantal telah ditinggikan semampu yang tidak menyakitkan bekas jahitan. Manja Khairul di sisi tak mahu berenggang.

"Nyawa..." ulang Khairul. "Mak teh pun nyawa Khai... Khai tak dapat hidup tanpa mak teh. Semua jahat dengan Khai... Mak teh je yang ada nak pujuk Khai."

Air mata anak itu menitis dalam senyuman sumbing. Dia ketawa halus lalu mengangkat kepalanya. Hidup kian sukar. Habis kejantanannya tergores di hadapan mak teh.

"Nanti... bila Khai dah ada anak... Khai akan faham kenapa mak teh sayangkan Khai." Setiap helaan nafas mak teh agak sukar.  "Dah.. Jangan menangis."

Sempat Khairul dipujuk mak teh yang tak mampu bergerak banyak. Pandangan lemah dipalingkan menghadap anak asuhannya.

"Lepas mak teh sembuh, kita tinggal sama-sama ya? Kita hidup jauh dari semua orang..." ujar Khairul mendatar.

Rajuknya bagaikan dapat ditebak mak teh. Usaha Khairul yang hendak menghapuskan air mata dibiarkan hingga selesai. "Khai gaduh dengan papa?"

Lelaki itu mengetatkan wajah sebelum  menekur hujung katil. Berapi hati tatkala perkataan 'papa' dilantunkan. Sekali dihina mak teh, Khairul tak akan lupakan sampai bila-bila. Dia masih tenang siang tadi hinggalah Dato Muhsin melampaui batas perasaan.

Lama Khairul menyepi.

"Khai cuma nak duduk dengan mak teh," bisik Khairul.

"Ada-ada saja..." Mak teh menarik senyuman nipis.

Tetaplah papan punggung di atas kerusi sambil menemani mak teh. Apabila azan maghrib berkumandang, Khairul terus beransur ke surau berdekatan. Jururawat dimintanya buat sentiasa memasang mata pada mak teh. Kesihatan mak teh masih tidak stabil.

Tiga rakaat solat didirikan. Soal pergaduhan siang tadi diketepikan. Khairul mengangkat tangan menadah doa seusai memberi salam kedua.

Apa yang dipinta hanyalah kesejahteraan mak teh. Dia hanya pandai berdoa atas satu nama.

"Ya Allah, engkau sembuhkanlah Hamidah binti Abdul Wahab. Berikannya kesembuhan dan usia yang panjang agar aku dapat berbakti kepadanya di usia tua. Pada setiap titisan susu yang diberikan kepadaku, Engkau ampunilah dosanya. Haramkan api neraka daripada menyambar tubuh insan yang ku anggap sebagai ibu. Ameen..."

Kaki berlari anak menuju ke bilik mak teh kembali. Sampai saja di kamar itu, dia terhenti. Nampaknya mak teh termenung di katil, tidak sedar akan keberadaannya. Kerdipan mata tua itu perlahan sahaja.

" Mak teh," sapa Khairul lembut. Punggung dilabuhkan ke atas kerusi. Senyuman tak lekang pada wajah.

"Lamanya Khai pergi," bisik mak teh.

"Khai solat... Khai doakan mak teh."

"Terima kasih." Memberatkan tubuh badan diminta tuk berehat. Dadanya beralun perlahan.

Khairul berasa tidak enak melihat mak teh bersengkang mata. Kekura tangan orang itu diraih lalu dibawa ke ulas bibir bawah. "Tidurlah," ujar Khairul. "Mak teh tak kuat lagi... Khai faham."

"Khai, Khai maafkan mak teh ya?" Sisa tenaganya digunakan buat terus menatap wajah Khairul. Semakin sayu bisikan suara.

Khairul menjatuhkan kepala sekali. "Khai sayang mak teh sampai bila-bila."
Diusap kekura tangan mak teh sepanjang masa berlalu hingga kelopak mata mak teh benar-benar tertutup.

Pada malam itu Khairul banyak termenung. Dadanya dihadiri suatu rasa membungkam jiwa. Dia melihat tangan mak teh yang bersulaman dengannya tuk menyedapkan hati. Biarpun tubuh mak teh ada di hadapan mata, entah mengapa hatinya semakin menjauh.

Disebabkan itu, Khairul merendahkan badan dan memeluk mak teh pada kawasan bahu. Wajah disembamkan pada baju ibu susuannya.

Nikmat mempunyai kedua-dua orang tua adalah satu anugerah terindah. Tika tak siapa mendoakan diri, dialah yang sentiasa menyebut nama ini.

***
votexkomen
***

Masalah :')

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro