i d l a n | 3
"Never hide your bad side to make someone stay."
KAKINYA sedikit pincang melawan arus. Gundah gulana dihati tak mampu dikawal tenang. Hati berkali-kali pedih ditusuk sembilu hingga menyerikan kesakitan yang lebih jauh mendalam.
Mata dipilin tak henti. Loya. Mual. Idlan bersandar pada dinding mahkamah. Kepalanya didongak ke atas. Tidak. Dia tak bisa masuk ke dalam selagi hati tidak tenteram. Dia tak sanggup dipersalahkan dengan cara yang paling menghina nama baik dirinya. Juga, bonda.
"Naqiel Adim disahkan meninggal dunia..."
Padahal bukan salahnya. Anak tuan direktur itu bukan dia yang bunuh.
Sebaik itu. Dirinya langsung diheret ke balai polis. Menjadi mangsa soal siasat tentang kes kejadian yang berlaku. Kes yang berat. Kes kematian. Pembunuhan remaja. Dan sudah tentu, dia dipersalahkan lebih. Tuduhan itu tertumpah pada jalannya. Dia tak bisa apa selain mengetap bibir rapat.
Idlan. Ah...namanya. Bagaikan nama sang malaikat maut pula. 17 tahun, sudah menerima kes kematian. Juvana. Terselamatkah dia? Matikah dia? Namun, siapa berani membunuhnya? Bahkan pihak hukum dan polis juga berfikir dua tiga kali untuk menjatuhkan sebuah hukuman kepadanya.
Akhir-akhir ini. Idlan bagai dilepaskan keluar dari sangkar buasnya. Bagaikan seekor singa memasuki kampung. Kampung yang dipenuhi masyarakat yang damai dan mesra. Bertoleransi. Tapi masih ada juga yang berperangai seperti sampah di kampung itu. Dan sampah itu seharusnya tidak mengganggu ketenteraman seekor singa. Perut yang tidak lapar boleh berubah lapar.
21 Februari. Dia berjaya melepaskan diri daripada cengkaman Ibyans setelah lama bermandian darah di dalam situ. Dan ini juga berkat Uncle Adam dan bonda yang bersikeras mempertahankan dirinya dari terus menjadi orang latihan Ibyans. Alasan datuk tidak boleh pakai. "Raja harus bertarung sama.." "Sejak lahir, takdir budak ini memang harus dimandikan darah Ibyans." Cih, tekad Idlan untuk keluar dari situ berjaya. Namun, sifatnya tak mampu diubah. Iblis tetap iblis. Kalau dah membunuh itu perkara biasa, apa dia boleh jamin kesejahteraan orang lain di dunia luar ini?
Boleh.
Jika dia tidak diganggu.
Sudah diperingatkan. Jangan ganggu dia. Jangan usik dia. Apatah lagi, mulut si arwah yang sibuk menjaja hal-hal yang dibenci Idlan. Sibuk menguruskan hidupan orang lain yang tiada kene mengena dengannya. Semata ingin menjadi yang ditakuti, menjadi samseng dan dihormati orang lain...Naqiel Adim melakukan hal sebegitu. Tetapi kali ini, langkahnya silap.
"Ferhad Idlan...keluarga kau...sebenarnya ada profil yang kotor kan?"
"Cih lagipun, bukannya kau orang sini. Kenapa tak menyorok dekat negara lain je? Malaysia? Huh...sah-sah penuh dengan undang-undang jenayah!"
"Kau malu dengan perempuan? Asal eh? Bila ada awek datang kau buat tak layan. Jual mahal? Hadu...tak faham aku dengan setan macam kau ni. Silap-silap kau la pelayan paling masyuk untuk puaskan dia orang. Macam mana? Eh sharelah! Best? Mak kau pun...cubalah didik kau elok-elok sikit,"
Mendidih hati Idlan mendengarnya. Ada apa yang menarik sangat tentang dirinya hingga dibuat bualan ramai. Tidak buat hal salah. Berdiam diri salah. Tak menganggu orang pun salah juga ke? Mereka tak tahu, betapa payahnya dia hingga terluka dan tercalar koyak satu badan. Penuh lebam dan parut. Bergantung pada orang kawalan. Berpegang pada kata-kata seorang gadis yang pernah menyelamtkan dirinya agar terus hidup. Semuanya gara-gara untuk keluar daripada Ibyan's.
Maka dihari tragedi itu, Idlan tidak melayan. Tidak berbalik tubuh mahupun mengangkat wajahnya untuk berbalas pandangan Naqiel Adim. Kerana dia tahu, jikalau diikutkan sangat rasa marahnya, lelaki bernama Naqiel Adim itu tidak akan selamat.
Dia anggota terbaik Ibyan's. Paling ditakuti dan digeruni biarpun tidak memegang posisi tertinggi. Namun hal itu sudah menjadikan dia yang terutama di sana. Kekejaman. Manakan tidak, melihat kekejaman itu sejak berusia 8 tahun. Setakat nak kelar leher Naqiel Adim yang banyak bunyi dan menyerabutkan hidupnya ini...
Tidaklah serugi mana.
Bibir yang datar menyinggung senyum sinis. Idlan kembali menyambung langkah. Namun tangkas, bahunya ditahan seseorang.
Naqiel Adim. Kau tak serik.
"Aku tersinggung. Bila kau tolak hadiah pemberian aku. Hadiah paling bermakna di dunia."
Naqiel Adim menjongket kening. Barangkali masih tidak memahami apa yang dikatakan Idlan. Baginya, apa yang sedang Idlan ucapkan itu kelakar belaka.
"Tapi kau tolak," anak mata hitam Idlan naik membalas renungan Naqiel Adim. Pertama kalinya dia membalas pandangan. Tajam. Pesona seorang yang punya latar belakang menakutkan.
Naqiel Adim terdiam. Tergerak halkum menerima liur yang dipaksa telan. Tidak disangka, Idlan adalah sesuatu yang betul-betul harus dihindari. Namun jika dia melarikan diri sekarang, runtuhlah egonya. Buruklah imej dia sebagai badboy sekolah ini.
Kalah dengan pelajar baru? Huh...macam bodoh aje bunyinya. Lebih-lebih lagi lelaki yang punya aura tarikan seperti Ferhad Idlan ini! Entah daripada mana wujud. Tahu-tahu datang merosakkan nama dan taraf dia disekolah ini. Dalam segala hal, dia dikalahkan oleh Ferhad Idlan. Sungguh mendatangkan rasa tidak berpuas hati dan dendam terhadap Idlan. Tidak pernah kalah, tetapi sejak datangnya Idlan, maruah dia jatuh. Ego juga dipertikaikan oleh buah mulut pelajar-pelajar lain.
"Tak berminat nak tahu hadiah apa?"
Idlan menyinis lagi. Makin cemberut wajah Naqiel Adim. Makin menambahkan rasa teruja dalam diri Idlan. Paling pantang dia bila bonda dijadikan bahan sebutan. Apatah lagi, lelaki itu sudah salah mencari masalah. Silapnya, berjumpa dengan manusia berfikiran psycho sepertinya.
Tali leher di kolar kemeja putih dilonggarkan lalu ditarik kebawah. Butang baju paling rapat dengan lehernya dibuka kancing. Rimas.
"Nyawa."
"Hadiah paling bermakna itu nyawa. Tapi kau baru je tolak." terdengar Idlan ketawa halus. Seolah mengejek dan pada masa yang sama. Mengancam.
"Apa kau merepek ni!" Naqiel Adim berubah rupa. Cemas. Berpeluh wajahnya melihat remaja 17 tahun yang terlihat mengerikan itu. Kakinya terundur kebelakang.
"Merepek? Iya?" kepala disengetkan. Senyum psycho. Idlan terus memprovok suasana Naqiel Adim. Kakinya tetap mengejar langkah undur seorang Naqiel. Lagi kau berundur, lagi dia suka.
"Disebabkan kau tolak. Jadi kau tahu lah kan apa seterusnya?"
Mati. Itu yang dimahukan Idlan. Sendiri cari fasal. Beranilah tanggung akibatnya.
Namun,
"Jangan bertindak agresif Idlan. Jangan terburu-buru. Matikan jiwa marah yang tak pernah henti itu. Idlan...jangan melukai sesiapa. Apa pun yang terjadi, bonda tak ingin terima laporan jenayah dengan nama Idlan. Idlan, putera bonda. Bagaimana pun cara Idlan membesar...tapi orang lain tak sama caranya dengan Idlan. Mereka tidak didedahkan dengan perkara hitam seperti yang Idlan lalui."
"Bonda harap tangan Idlan bersih dari darah."
"Boleh?"
Idlan terpejam. Dikemam hasrat yang meronta-ronta ingin dilepaskan. Anak mata dialihkan ke arah lain. Kekuatan dan nafsu yang memburu-buru ingin membunuh lelaki bermulut lancang itu mati serta merta. Kata-kata bonda. Apa yang dimahukan wanita itu dituruti. Tak sanggup dia ingin menghampakan kepercayaan bonda.
Idlan merengus kasar. Bergerak rahang kerana terpaksa menelan semula apa yang sudah terlanjur. Ya, dia monster yang wujud dalam manusia. Iblis yang mendahagakan darah. Kematian dipandang biasa dan tidak memberi kesan kepadanya.
Langsung.
Anak-anak kecil. Terlahir bersama senyuman yang suci, manis dan polos. Dinoda pula dengan aksi kekejaman. Dipaksa bertarung. Keluarga sendiri yang mendidik dia sebegitu.
"Kau nak lari? Selepas kau dah berbongkak diri dan tiba-tiba kau nak blah macam itu je? Mana harga kau?"
"Kenapa? Ouh...jam loceng dah berbunyi ya? Yes, pelajar genius macam kau ni mistilah terkejar-kejar nak tuntut ilmu kan?"
"Berambus. Jangan cari fasal dengan orang yang salah." ujar Idlan seraya menanggalkan terus tali lehernya. Dia sungguh terseksa menahan diri. Tahan dari bertindak liar dan bodoh. Tahan dari melakukan kes jenayah.
"Aku tak habis lagi dengan kau lah bodoh!" bahu Idlan ditarik sebelum tangan dihayung ke muka Idlan. Namun tindakannya sempat dielak lalu menerima perkara yang sama daripada Idlan.
"Menyebalkan." rungut Idlan.
Tangan dikepal bersama urat-urat yang menimbul. Naqiel Adim dijadikan lawan tarungan hari itu.
"Idlan!"
t i m e : 9 y e a r s , 2 0 2 1
l o c a t i o n : I b y a n ' s c e n t e r
DAS tembakan bergilir-gilir dilepaskan . Setiap mata peluru gamit berdenting menghasilkan bunyi tembakan dan gantian peluru perak. Tak lekang juga geseran ngilu bilah pedang dan senjata tajam lain yang turut beraksi.
The Ibyan's.
Sebuah organisasi dunia gelap. Namun, demi menyembunyikan identiti sebenar Ibyan's. Agensi ini diperkenalkan sebagai pusat utama pelatihan badan pengawal peribadi bertaraf tinggi. Ramai bodyguard berkualiti dilahirkan. Dan kelayakan untuk mengambil bodyguard Ibyan's juga tinggi. Barangkali harganya mahal mencecah jutawan.
Maka, aktiviti penyeludupan dan kekejaman mereka terselindung dibalik objektif utama. Siapa si pewaris yang bakal memegang Ibyan's juga disorokkan dari mata dunia. Jejaknya dirahsiakan. Tak ada yang perlu tahu buat masa ini. Pastinya, lelaki itu paling berbahaya.
Bahaya yang menguntungkan.
"Tuan." sebaris ragam para pengawal peribadi menunduk hormat padanya. Menyambut kedatangan lelaki terhormat dan menggerunkan.
Tuan Ferhad Idlan.
Tuan muda dari kerabat Ibyan's ini dikenali sebagai seorang yang pendiam, tidak berperasaan, namun memiliki gaya tersendiri dalam hal kehidupannya. Namun untuk sisi lainnya, dia yang terlalu berbahaya.
Kejam.
Menakutkan.
Kedatangan lelaki bergelar Tuan itu harus dilayan baik. Lagi pula itu merupakan cucu kepada Le of the Ibyan's. Pemegang saham terbesar H&A group. Seorang chief executive officer di J.Dem. Sebuah syarikat perkapalan yang terkemuka di dunia. Malah sudah berlabuh nama di serata negara secara meluas.
"Tuan muda dah tiba." beritahu lelaki berseragam hitam melalui corong earpiece yang terpasang ditelinga.
Pintu tempat penumpang dibuka. Seorang lelaki lengkap mengenakan jas biru beserta kaca mata hitam keluar dari perut kenderaan mewah.
Derap kakinya ditunggu oleh seseorang. Lelaki paruh abad itu menghembus nafas kerana telah lama menantikan pertemuan ini. Kedatangan cucunya paling sukar untuk didapatkan. Banyak alasan dan kekangan lain yang menjadikan mereka jarang bersua.
"I feel like we haven't met in a long time,"
"Betul...tuan...Ferhad...Idlan?" ipad diletakkan ke atas meja cangkir kopi. Wajahnya diiring menghadap Idlan.
Lelaki ini. Tetap sama jurangnya. Beku dan dingin. Tidak berperasaan. Dan bertambah kejam setelah kematian bonda. Manantu perempuannya itu...sungguh memberi impak yang besar terhadap cucu kesayangannya itu.
Langkah Idlan terhenti. Dia berdiri tepat di sisi sosok datuknya sejarak 2 meter. Mengapa dia ke sini? Padahal hatinya sebegitu benci untuk berkunjung ke sini.
"Le Syerif." tegurnya. Idlan berdeham setelah panggilan itu diucapkan.
Le Syerif. 'Le' yang bererti ketua yang menakhluki Ibyan's. Manakala Syerif merupakan nama lelaki tua itu. Seorang king dunia kegelapan yang masih berhias kacak tak mengenal usia. Apa pun, dia sememangnya tampan. Warisan air muka barat yang tak lentur dari wajah. Hanya saja Ferhad Idlan yang lebih kepada asia.
"How was your day?" lelaki itu pamirkan senyuman. Dia tahu. Dia tahu Idlan tak ingin memandangnya. Apatah lagi berlama disini.
"Aku tahu, dalam beberapa perkara...engkau tertekan. Benci dengan udara ini. Huh, aku pun dahulu, mendalami perkara yang sama seperti kau. Tapi Idlan, this is our life. Black and priority."
"Dan alasan aku tidak melepaskan gelaran Le sehingga sekarang...kerana tiada sesiapa yang sesuai. Kalau tersalah pilih, Ibyan's musnah. Ibyan's juga, akan melukai dunia luar. Mereka yang tidak bersalah. Kerana ketua-ketuanya, tamak dan tidak tahu kunci untuk mengawal keserakahan jiwa kejam sendiri."
Datuk Le Syerif bangkit daripada kerusi. Tapak langkahnya dibawa merapati susuk tinggi dan tegap cucunya. Wajah kacak itu tetap datar dan lokek dengan baris senyuman.
"I can't control you. Because you can't be controlled. Where is the king...who can be instructed to follow." pundak bahu Idlan ditepuk beberapa kali. Membuatkan anak mata hitam Idlan tertuju pada wajah yang makin dimamah usia.
"Apa sebenarnya datuk mahukan?" soal tuan muda itu secara langsung. Kakinya dibawa melepasi tubuh Le Syerif. Kedua belah lengan bersangkut pada penghadang batu putih balkoni.
Seputung rokok ditarik keluar. Mancis dinyalakan lalu diacu pada bucu rokok. Asap berkepul dihembus ke udara. Matanya disajikan dengan pemandangan tarungan darah. Dari situ dia sudah kelihatan bagai seorang ketua. Sosok bertatu itu diam mengamati suasana yang sudah lama ditinggalkan dari menjadi habit fenomena harian.
Dahulu juga dia pernah seperti itu. Menjadi penghuni. Petarung. Penyelamat. Juga killer yang ditakuti. Dilatih bermati-matian disini. Tiada pintu keluar. Kalau ingin hidup, bertahanlah sendiri. Jerit sakit. Keringat yang tak pernah putus. Lalu menyaksikan kematian rakan sendiri dihadapan mata.
Siapa sangka...dia yang terlihat baik-baik ini juga sudah berkorban perasaan simpati, kecewa, kasihan dan tangisan hingga tiada lagi cebisan kasih yang tersisa dihatinya.
Tuan Idlan. Dirinya dibesarkan dalam linkungan kemewahan yang tak terhitung banyaknya. Dan dalam masa yang sama, dia hidup bersama dunia yang kejam. Pembunuhan merata-rata. Sifat kecil hati dan takut hilang sehingga melahirkan sifat yang digelar durjana.
Dia pernah hilang kawalan. Dia pernah menjadi yang terlalu bahaya. Dia pernah menjadi lelaki yang tiada belas kasihan pada sesiapa. Dan pernah menganggap aksi bunuh sebagai hobi.
Namun, Idlan kembali mengawalnya. Dia punya kepentingan dan destinasi tertentu. Malah sifat buruk itu sentiasa dikawal sebaik mungkin.
Kerana risau. Hati bonda akan terluka lebih jauh. Bonda tak pernah mati. Bonda tak pernah pergi. Wanita itu sentiasa ada bersama dengannya hingga kini. Dihati dan memori.
"Jika tak ada kepentingan untuk aku...awal-awal aku akan tolak." rokok disedut lagi. Dibiarkan asap kelabu itu mengaburi pandangannya.
Tapi bagaimana ya...dia seolah-olah diikat untuk tidak lari dari nama Ibyan's.
Berapa ramai ketua...berakhir dengan kematian? Berapa ramai orang tersayang yang akan dikorbankan nanti?
Belum apa-apa bonda sudah menjadi korban deminya. Kelak, siapa pula?
"Aku nak kau pegang Ibyan's."
Keluhan terbit dari lubuk hati Ferhad Idlan. Inilah yang dikatakan haven't met in a long time. Bagaimana pun cara dia mengelak. Akhirnya terkandas juga.
"Wife. Children. Happiness. Freedom. Assure me to have all this." langsung syarat dikeluarkan. Ferhad Idlan menerbalikkan tubuh tegapnya menghadap lelaki yang sudah dimamah usia itu.
Walaupun dia tahu, isteri paling mustahil untuk dimiliki. Bukan tidak laku atau tiada yang tertarik dengannya namun sayang, mereka menggunakan kemewahan yang diberi kepada lelaki lain. Lelaki yang tidak berguna pula itu. Sungguh dibenci Idlan. Dimatanya, perempuan seperti itu bodoh dan buta.
Nama sahaja tunang. Tapi menjadikan dia pusat lubuk harta? Bank bergerak. Kau fikir kau siapa perempuan?
Tunang?
Sedarlah. Kau sekadar tunang di atas kertas. Tapi tidak pada hati aku. Jadi, berhenti bermimpi.
Selang dua bulan. Wanita itu dikatakan hilang lalu ditemui mati. Tak perlu disoal-soal siapa. Wanita yang dipinang oleh Le Syerif itu mati dibunuh kerana gila dipermainkan oleh Idlan sendiri. Terseksa dalam sangkar iblis.
"Datuk, you're the only one who knows how dangerous it is to invite an Idlan back to this world of cruelty." bola mata bergetar mengenangkan sebegitu banyak perbuatan jahat yang dilakukan. Lemah sahaja bibir meluahkan isi hati.
Hati yang lembut itu cepat-cepat diusir pergi. Nafas dilepaskan seraya mengangkat wajah dinginnya semula. Mencerlung tajam Idlan memandang lelaki paruh abad itu. Hatinya kembali dikeraskan.
"Choose someone else. Sebab aku tak akan kurniakan waris Ibyan's seterusnya." Idlan berura-ura ingin beredar. Liur diteguk seraya membuka langkah untuk pergi.
"Cosi?" (Jadi?)
"Vuoi aspettare che la donna venga da sola?" (Kau nak tunggu perempuan tu datang sendiri?)
"Fare domanda per il giovane signor Idlan?" (Dan perempuan tu melamar tuan muda Idlan?)
"Are you making fun Idlan?" Le Syerif tidak berhenti tertawa. Baginya, kekerasan hati Idlan ini adakalanya lucu. Lelaki itu lelaki. Bagaimana kejam pun cucunya itu masih seorang lelaki. Dan lelaki memerlukan seorang perempuan yang tepat sebagai penguat dibelakangnya. Sebagai simbol kelakiannya. Sebagai manusia yang melahirkan genetik darinya.
Kejam bagaimana pun, Idlan harus berkahwin. Hal ini sudah termaktub sebagai prinsip seorang ketua di sini. Harus memiliki isteri. Dan anak lelaki.
"I'm not interested in Ibyan's silly laws." ucapnya lalu langkah disegerakan untuk pergi.
"Idlan," Le Syerif kembali memanggilnya.
Idlan berhenti menapak. Telinganya dipasangkan secara peka terhadap apa yang bakal didengarkan.
"Kepercayaan aku hanya pada Adam. Dia pengawal peribadi yang paling aku percaya. Juga, rakan baik aku. Kami hadap musuh bersama-sama. Ibyan's ini masih aman, semuanya atas usaha keras dia juga." terdengar Le Syerif mengeluh. Seolah mengesali tentang sesuatu.
"Aku tak akan percaya orang yang Adam tidak percaya. Tapi di mata Adam, kau satu-satunya yang dia percaya. Banyak tundingan buruk tapi kau paling dia suka. Keselamatan kau, dia sangat teliti memegang amanah untuk melindungi kau."
"Sampai akhirnya dia mati. Tapi tak mengapa, kematian dia bukan punca aku putus harapan. Dia orang kepercayaan paling setia pada aku. Dan harapan kami, supaya kau bersedia memegang Ibyan's sepenuhnya."
Jejak langkah Idlan dihantar melalui mata. Le Syerif tersenyum tenang. Tiada guris risau lagi. Dia pasti Idlan tidak mendengar dengan saja-saja. Lelaki itu bukan type yang suka bermain dan foya. Lelaki itu punya kebijaksanaan mengatur strategi. Manakan tidak empayer J.Dem kekal mampan melaung dunia.
Dan dia juga tahu, otak sang pemuda itu ligat merencanakan sesuatu. Idlan pasti sedang menyembunyikan sesuatu darinya.
Secangkir coffee serbuk bijian arabica itu dicicip masuk ke ronggan tekak. Lega dan mempesonakan rasanya. Penuh kekayaan dan cinta. Sebegitu juga perasaannya. Tak lama lagi, dia bakal berehat dengan aman. Mengisi masa tua dengan penuh bermakna. Tidak perlu bekerja berat sebagai Le di dalam Ibyan's. Jika empayer ini diturunkan kepada Idlan, dia yakin akan keamanannya. Tak perlu merisaukan apa-apa lagi.
"You will come."
Pintu bahagian penumpang dibuka lalu dikatupkan rapat setelah figura Tuan Idlan masuk ke dalam. Wajah itu kekal beku memikirkan pelbagai perkara. Tawaran Le Syerif boleh tahan lumayannya. Tidak pernah dipinta, namun sudah datang bergolek di depan mata. Siap terhidang. Dia juga bakal digeruni dengan lebih lagi. Ada pun musuh yang membawa dendam. Tapi haruslah yang setaraf kedudukannya jika hendak berlawan.
Namun, itu bukan dirinya. Dia sebagai salah satu diantara tuan muda Ibyan's tak tamak inginkan kuasa. Cukuplah apa yang dimiliki kini. Sememangnya dari kecil jiwa sudah dididik dengan keganasan, tapi hatinya menentang. Kekejaman itu tetap ada bersamanya tapi sukar untuk dijadikan sahabat hidup kerana itu bakal memusnahkan hal yang tidak bersalah.
Kadang akalnya terfikir. Bila dia mampu tersenyum ikhlas, bahagia, senang dan tenang? Senyuman yang bukan membuatkan sesiapa berasa takut dengannya.
"Kita akan kemana tuan?" soal Lucas, pengawal peribadi Idlan. Juga, manusia paling rapat dengannya. Lucas juga tak luruh dari paras rupa yang memikat hati. Hanya saja memilih untuk setia disisi Idlan setelah nyawanya diselamatkan oleh lelaki itu. Seorang yang handal dalam pertarungan dan punya naluri yang peka dan teliti. Pendiriannya menarik minat Idlan.
"Agam." balasnya. Pandangan dibuang ke luar tingkap.
Arahan diterima. Lucas mengangguk sembari menukar gear kereta. Destinasi yang dipinta sedang dituju.
n o t e :
Tahuu, u guys tunggu part Daniel aright? Okay sabar dear, lepas ni Daniel muncul. Muncul dalam hidup Peyad ke tu? Aaaa kita tunggu!
Allah, entah apalah yang aku merepek kt atas tu :3
T E A S E R
next part : i d l a n | 4
"Kau casanova ke? Tak bukan apa. Kalau kau sejenis casanova...boleh tolong aku tak?"
"What do you mean..."
"I mean, bantu aku tarik perhatian perempuan untuk beli resipi terbaharu kafe ni! Ha cepat, sini!"
"Eh nanti! Aku bukan orang yang macam kau sang..."
"Diam ajelah! Patuh je apa aku suruh. Kau siapa? Mafia? Anak sultan? Kisah pula aku. Kerja kau mudah je. Tabur ayat manis semanis madu dekat dia orang. Jangan lupa senyum sekali,"
"Senyum?"
"Macam tadi. Masa kau minta tolong aku tumpangkan kau. Bukan main lebar kau tersenyum..."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro