i d l a n | 1
" Hurts so good "
. . . .
PUNCHING bag itu terus-terusan menerima tumbukan hempedu dari gumpalan tangannya. Wajahnya bengis membayangkan tragedi silam yang masih membelengu diri. Asbab kerasukan pada kemarahan, anggota menjadi mangsa.
Langsung tidak tercuit sakit biarpun darah sudah hampir resap ke setiap kait benang putih ditangannya. Gloves yang seharusnya dipakai namun diganti dengan sehelai kain putih putih untuk dililit pada tangan.
Tumbukan semakin menggila. Lompatan kecil. Regangan otot dibahu kiri dan kanan. Matanya tajam menyinga. Peluh keringat lembab membasahi sport bra hitam yang dikenakan pada badan. Tangan dan minda tangkas melepaskan tindakan.
"Mama nak buat apa? Kenapa terkejar-kejar kemas pakaian ni mama?"
"Mama! Jawab Isya dulu ma.."
"Mama!"
"Adik," Mikael menegur. Lengan Daniel Fiesya dipegang bersama gelengan menandakan diam dan akurkan sahaja.
"Mika, tolong kemaskan barang-barang Isya. Kita kene cepat keluar dari sini! Lekas!" tangan anak perempuannya ditarik untuk dibawa keluar terlebih dahulu. Namun dengan kuat, Isya menahan diri dari bergerak. Hatinya meronta ingin tahu. Bahkan dia sangat bingung akan situasi yang sedang berlaku dirumahnya ini.
Pulang sahaja dari membantu Idlan, dia langsung berkejar ke rumah. Dan ketika dirumah, mama dan Mikael pula sedang terkejar-kejar mengemas pakaian.
"Boleh tak sesiapa terangkan dekat Isya apa yang dah jadi!"
"Isya tak faham! Isya tak faham!"
"Ini rumah kita tapi kenapa kita pula yang perlu keluar?"
"Mama...mana babah?" si gadis sudah melepaskan tangisan. Wajah ibunya ditatap bersama linangan air mata.
"Mika, babah mana?"
Mikael terdiam. Bahkan dia juga tidak tahu harus membalas apa kepada adik kembarnya.
"Mika!"
"Isya, pergi ikut abang Mika keluar dari sini. Babah tak akan apa-apa. Dan mama, mama akan tunggu babah. Isya ikut abang. Jangan degil...faham tak apa mama kata ni Isy...BUM!"
Darah memercik tepat keseluruh wajah gadis belasan tahun itu. Dia tergamam. Jatuhnya tubuh wanita yang digelar mama menyedarkan dia.
Snipper.
"Ma..."
"Isya ikut aku!" Mikael sudah menarik lengan Daniel Fiesya untuk mengikutinya. Dipaksa juga adiknya yang mula meronta.
"Tak! Nanti...nanti Mika! Mama...mama kita!" tubuh mama ingin digapai namun tak kesampaian dek Mikael yang memeluknya erat. Air mata jatuh berjuraian. Raungan dia yang terkilan kerana tidak berkesempatan memeluk tubuh mamanya makin menggalak kuat.
"Abang tahu....abang tahu..."
"I'm sorry." ubun-ubun adiknya dikucup sambil menatap jasad mama yang tidak bernyawa lagi.
"Daniel."
Serangan Daniel terhenti. Semua bayang dendam dan marah hilang sekelip mata. Raut wajah si kembar menyapa pandangan mata.
Hati yang tadi menggelegak panas sejuk dibilaskan senyuman manis lelaki itu.
Mikael tertawa lucu. Di mata dia, Daniel Fiesya tetap seorang puteri hati keluarga ini. Manisnya tak dapat disangkal biarpun luarannya seperti jantan.
Daniel manapak beberapa langkah kebelakang. Barangkali menjauhi gelanggang panasnya sebentar tadi. Matanya dialihkan daripada melihat seguni punching bag yang masih berbekas lubuk tumbukannya disitu.
Buku limanya ditilik. Darah. Luka lagi...
Namun tak seluka hatinya. Kehidupan terlalu dibebankan dengan penderitaan hati. Kenyataan yang harus ditelan agak keterlaluan. Dan kini, sudah berganti alih pula dengan semangat dendam yang berkobar-kobar. Dia pasti, akan membunuh manusia yang membunuh mama.
"Sakit?" Mikael menyoal sebaik melihat air muka Daniel yang tegang tak berperasaan itu. Adik kembarnya ini, sejak kehilangan mama dan babah. Dia lupa diri. Lupa menjaga anggota tubuh sendiri. Lupa apa erti penakut dan menjadi lemah. Sampaikan Mikael sendiri pun...terdiam melihat tingkah sang puteri yang dahulunya lemah lembut, sopan, punya senyuman hangat yang mendamaikan...
Isya.
Mati.
Daniel menggeleng bagi menjawab pertanyaan si kembar. Sebingkas senyuman diukir. Mikael di atas kerusi roda itu dihampiri.
Tiada sesiapa lagi selain Mikael disisinya. Hanya si kembar menjadi peneman untuk meneruskan kehidupan. Kalau hilang Mikael, hilang juga tujuan hidupnya.
Dan sejujurnya, Daniel sudah mengerti bahawa dunia ini penuh dengan kekejaman yang nyata dan bukannya ilusi. Senjata peragut nyawa bukan sebuah candaan. Andai terlanjur menghunusnya, maka nyawa tak akan berbalik kembali.
"Weh, aku lapar."
Gelak tawa mereka terhambur. Habis rambutnya diramas teruk oleh si abang. Kalau boleh, mahu sahaja dia tendang punggung Daniel sehingga tembus tiga lapisan dinding. Tapi apakan daya...nikmat kaki sudah ditarik.
"Urm, ada. Aku rebus kentang je untuk kita makan harini." rahang Daniel jatuh mendengarnya. Biar betul Mikael ini?
"Kau jangan main-main!" bahu Mikael ditumbuk. Mengerang lelaki itu kesakitan. Boleh tahan power adiknya ini.
"Aku tak kira. Kau duduk sekalipun, kau kene masak. Aku lapar ni Mika. Jangan sampai kau...yang aku makan."
"Kau nak makan aku? Sorry, aku ready-kan badan untuk dijamah Cik Anna sahaja. Bukan kau, well you're not allowed!"
Nak terlantun biji matanya mendengar gurauan si kembar.
"Kau kata apa tadi?" saja dia menyoal kembali. Badan sudah geli geliman. Ada nafsu juga orang berkerusi roda ni ya...
"Maksud aku, daging kau. Tahu? Bukannya ... ergh menyampahlah kau ni!"
"Nak gantikan badan kau dalam punch bag aku tu ke? Lagi sedap ni buat tumbuk. Kan?"
Mikael meneguk kesat liurnya. Terketar-ketar mata hendak pandang wajah Daniel yang serupa singa kelaparan.
"Nampak sangat kau tak sayang aku kan? Yelah, siapa je lah aku ni. Harap aje muka handsome. Tapi berkerusi roda. Memang hidup akan dianiaya ajelah. Sampai mati nanti pun, tak merasa bahagia."
"Pergh..."
"Kau punya nak tagih simpati dari aku tu kan. Wah-wah, kemain lagi.."
"Upgrade lagi. Kau siap puji diri sendiri. Dasar angkat bakul sendiri perangai," cemuh Daniel lagi. Tak gitu juga mimik muka mengejek ditayangkan.
"Daniel,"
"Apa?"
"Karma is real tau." pesan Mikael. Daniel menjeling. Karma apa aje lah tu...
Botol hitam itu di ambil dari tangan abangnya. Daniel berlalu duduk lalu meneguk rakus minuman kosong itu hingga separuh.
Ruas dahi gadis itu berkerut sambil menjauhkan muncung botol dari bibir. Ada riak geli yang melekat pada wajahnya. Lalu ketawa kecil Mikael tercetus mengisi ruang sunyi bilik ini.
"Kau letak apa dalam air ni?" seolah-olah dapat membaca kedengkian si abang.
Mikael bantai gelak. Langsung rasa puas bertakhta di radang hati kerana berjaya menjalankan gurauan kasarnya.
Yang pasti, Daniel tak mampu menelan makanan hingga ke malam nanti. Hahahaha!
"Kau letak apa! Baik kau mengaku!" hati Daniel mula tak sedap. Lantas dia berdiri ingin menghampiri abangnya. Namun, rasa memulas di perut membantutkan niatnya. Lutut Daniel jatuh menyembah lantai. Kulit dibahagian abdomen perut yang nipis ditekan. Sakit itu memulas disitu.
"Err, just a little bit vitamin yang boleh mencuci perut. Aku ingat nak kosongkan perut kau. Alang-alang tu, six packs kau misti terjaga rapi. Berkat aku juga tau."
"Eee, Mika!" lantang suaranya menjerit. Sakit itu semakin mencengkam diri. Berpeluh-peluh badan sehingga terpaksa bergelut dengan nafas sendiri.
Sakit tak mampu dibendung lagi. Daniel mengelupur mencari tandas yang berhampiran. Rasa geramnya terhadap Mikael tidak dipedulikan dulu. Yang penting, hajat dilepaskan.
"Macam nak mati aku tahu tak!" jeritnya bergema dari dalam bilik air. Ketawa Mikael pecah lagi. Puas dapat mengenakan adik kembarnya.
"Nak aku bawakan baju ke? Sejuk kau kat dalam tu nanti. Aku anggarkan...sampai malam agaknya kau bertapa atas tu!"
"Siap kau nanti Mika!"
Mikael ketawa senang. Saja menghukum Daniel kerana tidak pulang sebelum jam 12 pagi malam tadi. Tak penting Daniel tahu menjaga diri atau tak. Daniel perempuan dan gadis itu pasti punya kelemahan dalam beberapa perkara. Mikael sering khuatir akan kembarnya itu.
Tak mudah untuk mengembalikan seorang Isya yang dahulu. Gadis yang lemah dan lembut. Pemanja sepanjang masa. Pengadu yang tegar. Dan seorang yang punya senyuman mencairkan hati. Dimanapun mereka berada hari itu, dialah lelaki yang akan melindungi Daniel Fiesya. Dia sanggup bergadai apa pun asalkan, adik kembarnya tidak di apa-apakan.
Namun, akibat sebuah tragedi hitam yang menimpa mereka sekeluarga telah membunuh sifat seorang puteri dalam diri Daniel Fiesya. Nama Isya itu lesap dalam sehari.
Menjadi lemah itu memenatkan!
Gara-gara itu juga, mereka kehilangan mama. Nyawa mama tergadai. Manakala babah masih tiada khabar berita. Tanda tanya keberadaan babah pun mereka tak tahu biarpun masa sudah berlalu selama hampir 4 tahun. Manakala dirinya pula kelumpuhan saraf di kaki.
Tetapi Mikael percaya. Daniel Fiesya, tetap Isya di mata dia. Adik dia masih sama.
Yang masih mengharapkan kasih sayang yang selayaknya.
n o t e :
Nah lah! N bgi lagi satu before hiatus balik.
Love, N
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro