69 (End)
Three Years Later, Canada
Jaemin memerhatikan Haneul yang rancak berbual bersama rakan serumahnya itu. Gadis itu sudah fasih berbahasa Inggeris sejak dua tahun yang lalu.
"Tch, gatal punya Mark Lee. Suka betul kau kan bila Haneul datang sini," dia mencebik sebelum ke dapur.
Disebabkan kolejnya jauh dari tempat tinggal ibu dan bapanya di sini, dia terpaksa menyewa. Dari empat orang, kini hanya tinggal dua orang sahaja di rumah itu. Dan Haneul, rumah datuknya hanya tiga puluh minit dari rumah yang disewa dia.
Mark Lee. Lelaki berketurunan Korea yang sudah lama menetap di Kanada. Juga merupakan seniornya dan Haneul di kolej. Lelaki itu sudah pun mesra sejak hari pertama dia mengenali Haneul lagi.
"Haneul pun satu, nak datang dah sampai bawah baru nak bagitahu. Cuba kalau aku ni takde kat rumah, mesti dia berduaan je dengan si Mark tu," bebelnya lagi.
Tangannya sibuk membancuh minuman panas. Buat hilang mengantuk membuat assignment.
Bunyi pintu utama di tutup menyedarkannya yang Mark sudahpun keluar dari rumah. Dan selepas itu, dia mendengar bunyi orang berjalan sebelum tubuhnya dipeluk dari belakang.
"Jaemin," suara ceria Haneul kedengaran.
"Apa Jaemin-Jaemin? Mark Hyung dah pergi baru awak nak cari saya kan?" soal Jaemin kesal.
"Eh? Awak tengah merajuk ke ni?" Haneul menarik tangan Jaemin agar memusingkan badan dan memandangnya.
"Oppa suka Justin Bieber? Hmm, Haneul pun suka dia," Jaemin mengajuk kembali apa yang Haneul bualkan dengan Mark tadi.
"Hish, tak baik," bahu Jaemin ditampar.
"Kenapa tak ikut je Mark Hyung keluar?"
Jaemin mencapai mug berisi kopi tadi lalu mula berjalan ke biliknya. Haneul mengikut dari belakang.
"Jaemin, stoplah. Saya datang sini nak jumpa awak tau. Nak temankan awak buat assignment. Janganlah merajuk," Haneul mencebikkan bibirnya.
"Tch, habis tu kenapa tak masuk je bilik saya macam selalu. Nak juga berbual dengan Mark Hyung tu," Jaemin duduk di meja belajarnya.
"Okay fine, sorry. Saya yang salah. Janganlah merajuk Na Jaemin sayang," pipi Jaemin disentuh.
"Saya nak buat assignment. Pergi duduk kat katil sana. Atau pergi je lah balik. Saya tak tahu pukul berapa nak siap semua ni. Nanti awak bosan pula," kata Jaemin sambil mula menatap komputer ribanya.
"Tch, kena halau," Haneul meninggalkan meja lelaki itu.
"Saya baru ingat nak bermalam kat sini sebab orang kat rumah saya semuanya takde. Nampak gayanya, saya kena tinggal kat rumah sorang-sorang lah malam ni,"
Jaemin yang sedang menaip itu berhenti. Dia berpaling ke belakang dan-
Dumm!!!
"Haish," dia terus bangun dan berlari keluar.
"Haneul,"
Pintu utama apartmentnya itu sudahpun ditutup. Dia dengan laju berlari keluar. Dan dilihatnya Haneul sedang berdiri di hadapan elevator.
"Sayang!"
"Apa sayang-sayang? Tadi halau saya kan. Pergilah buat assignment awak tu. Pergi sana, shuh shuh,"
"Mianhei. Janganlah balik. Kan takde orang kat rumah. Bermalam kat sini, okay?" tangan Haneul diraih.
"Tak nak. Orang tu kan tak nak layan saya. Biarlah saya duduk rumah sorang-sorang. Nanti-ummphh,"
Haneul terkejut bila bibirnya dicium Jaemin.
"Jaemin!" bahu Jaemin ditampar menyebabkan lelaki itu melepaskannya.
"Awak gila ke? Kita kat luar rumah ni," ujar Haneul geram.
"Siapa suruh awak banyak cakap? Sekarang ni pilih, nak ikut saya masuk rumah atau nak saya cium awak kat sini?" skal Jaemin.
"Fine! Jom," dia menarik tangan Jaemin ke apartmentnya kembali.
Masuk sahaja ke bilik Jaemin, Haneul menanggalkan jaket di tubuhnya. Beg tangannya juga di sangkut di belakang pintu sebelum tubuhnya direbahkan di atas katil milik kekasihnya itu.
Jaemin pula, dia mengunci pintu. Tshirt ditubuhnya ditanggalkan dan dia terus berbaring di sebelah Haneul.
"Yaa, yaa, yaa! Pergi buat assignment awaklah," Haneul menolak Jaemin yang memeluk pinggangnya itu.
"Tak nak. Awak dah goda saya, lepas tu suruh saya buat assignment pula. Takde rasa bertanggungjawab langsung," ujarnya.
"Hello, bila masanya saya goda awak. Suka hati je kan cakap macam tu," pinggang Jaemin dicubit.
"Ni, awak baring ni. Tengah goda saya lah tu," wajahnya disembamkan di perut Haneul.
Haneul menahan senyumnya. Jujur, dia suka bila Jaemin bermanja begitu.
"Haneul ah, awak tak rasa ke kita dah sepatutnya satu langkah ke depan?" soal Jaemin sambil mengangkat sedikit kepalanya.
"Maksud awak? Awak dah pernah sentuh saya. Awak nak ke depan mana lagi?" rambut Jaemin dimainnya.
"Kita bertunang nak?"
Haneul terkedu.
"Bertunang?"
Jaemin mengangguk.
"Saya takut kalau nanti awak jatuh cinta-"
"Tengok! Awak masih lagi tak percayakan saya. Kan saya dah cakap, saya sayang awak sorang je. Saya takkan jatuh cinta pada orang lain.Susah sangat ke nak percaya?" soal Haneul sambil menolak Jaemin dan bangun dari pembaringannya.
"Tak. Haish, suka tau tak dengar sampai habis,"
Bahu Haneul dipegangnya.
"Saya takut kalau awak jatuh cinta dengan saya lebih dalam. Nanti kalau awak dah sayang saya sangat,sangat, sangat. Tak dapatlah kita rasa indahnya bercinta lepas kahwin tu. Orang cakap seronok," Jaemin tersengih.
"Hish, awak suka kan kenakan saya macam tu!" bahu Jaemin ditampar.
Jaemin ketawa suka.
"So, nak tak bertunang dengan saya?"
Haneul menggeleng.
"Kalau kahwin terus tak boleh ke?" soalnya.
"Wow, nakal," hidung Haneul dicuit.
"Jaemin, nak peluk boleh?" soal Haneul.
Lelaki itu terus membuka lengannya dan Haneul dengan pantas masuk ke pelukannya.
"Gomawo sebab terima dan percayakan saya," ujarnya.
Jaemin menolak sedikit kepala Haneul dari badannya agar dia dapat melihat wajah kesayangannya itu.
"Saranghae Na Haneul,"
"Na Haneul? I like it. Nado saranghae my Na Jaemin,"
Jaemin menarik wajah Haneul dan menyatukan bibir mereka. Di dalam hati masing-masing, keduanya berharap agar hubungan tersebut akan kekal selama-lamanya.
The End
Thank you kepada semua yang baca fic ni. First time buat fic panjang macam ni. Rasa nak give up tu ada, tapi sebab ramai orang comment terus buang perasaan tu.
Thank you sebab selalu comment and vote. And sorry sebab ada yang tak reply comment. Bukan apa, kadang-kadang tu tak tahu nak reply apa. Tapi saya baca je comment korang. Ramai betul eh maki Jina😅InshaAllah kita jumpa di next fic. Hehehe, thanks again readers saya.
See you later✨
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro