68
"Tak nak cakap apa-apa?"
Jaemin memandang Haneul di sebelahnya. Selepas membawa Haneul ke klinik, dia tidak terus menghantar gadis itu pulang. Sebaliknya, mereka ke sebuah lereng bukit.
Menikmati pemandangan malam kota Seoul dengan duduk di atas bahagian hadapan kereta Jaemin. Ya, Jaemin sudahpun mendapat lesen memandunya seminggu selepas mereka lulus dari sekolah.
"Banyak. Rasa macam banyak benda aku nak cakap. Tapi, aku tak tahu nak mulakan dari mana," ujar Haneul.
"Samalah,"
"Banyak sangat yang aku nak cakap pada kau. Salah satunya, aku rindu kan kau," sambung Jaemin lagi.
Haneul menoleh ke arah lelaki itu. Dan Jaemin berbuat yang sama menyebabkan pandangan mereka bersatu.
"Bogosipeo, Haneul ah.Walaupun setiap hari aku tengok kau. Dua bulan ni terlalu menyakitkan sebab aku tak boleh nak bercakap dengan kau macam selalu,"
Haneul mengetap bibirnya.
"Nado, neomu bogosipeo," balasnya perlahan.
Jaemin tersenyum sebelum dia mencapai tangan milik Haneul.
"Mianhei. Sebab tak percayakan kau. Sebab tak cuba ambil tahu apa sebenarnya yang terjadi. Jeongmal mianhei,"
Akhirnya, perkataan maaf keluar juga dari mulutnya.
Haneul menggeleng perlahan.
"Aku dah lama maafkan kau. Lagipun, aku tahu kau jadi macam tu sebab Sungkyung kan?"
Jaemin terkedu.
"Macam mana kau tahu tentang Sungkyung?"
"Aku jumpa Omma kau. Dia ceritakan semuanya. Apa yang jadi pada Sungkyung. Mesti susahkan untuk kau lalui semua tu?" genggaman tangan Jaemin dibalasnya.
"Ya. Susah sangat. Kalau lah malam tu aku tak pentingkan diri dan jawab call dia mesti semua tu takkan jadi. Aku menyesal sampai aku benci perempuan. Termasuk classmate aku walaupun diorang tak buat apa-apa. Sampailah aku masuk sekolah tinggi dan jumpa Jina tahun ni. Aku tengok semua orang suka buli dia. Aku teringatkan Sungkyung dan rasa aku perlu lindungi dia. Sampai aku lukakan kau," Jaemin memandang Haneul.
Haneul hanya tersenyum. Tangannya menyeka air mata Jaemin yang hampir mengalir itu.
"Jangan cakap tentang tu lagi. Kita sama-sama buat silap. Aku, kau, Jina pun sama. Kita dah tamat sekolah, kita patut lupakan semuanya dan mulakan hidup baru,"
Jaemin mengangguk. Oh Jina, gadis itu berhenti sekolah dan mengambil keputusan untuk mengambil ujian kemasukan universiti pada tahun berikutnya. Dan dia terus menghilangkan diri begitu sahaja.
"Haneul ah, perasaan kau haritu still valid ke?" soal Jaemin dengan memegang tangan Haneul yang masih berada di pipinya.
Haneul mengangguk perlahan. Dan Jaemin segera menarik wajah itu lalu menyatukan bibir mereka. Haneul membalas ciuman Jaemin dan memeluk erat leher lelaki itu.
"Jaemin,"
"Nae?"
"Aku sayang kau," ujar Haneul.
Jaemin tersenyum.
"Aku pun. Aku sayangkan kau Kim Haneul,"
"Kau tahu kan aku akan ke Kanada minggu depan. Paling sekejap pun empat tahun aku akan dekat sana. Kau-kau akan tunggu aku?" soal Haneul.
Dulu tanpa berfikir panjang dia bersetuju bila ibunya mengajak mereka pindah ke sana. Ya lah, waktu itu dia dan Jaemin dalam fasa tidak baik. Tapi sekarang, kedua mereka sudah meluahkan perasaan masing-masing. Mustahil dia boleh pergi begitu sahaja.
"Haneul ah, empat tahun tu lama. Dan mianhei, i'm not good at waiting,"
Automatik air mata Haneul menitis. Ya, dia tahu tidak semua orang boleh menunggu dan bertahan dalam hubungan jarak jauh. Ada yang baru sebulan berjauhan pun sudah putus, inikan pula dia meminta Jaemin menunggunya selama empat tahun.
"Arraseo. Aku faham. Tak semua orang sanggup berhubungan jarak jauh," tangan Jaemin yang dari tadi bertaut dengan tangannya dilepaskan.
"Kita patut balik," dia turun dari situ.
Pusing sahaja memebelakangi Jaemin, air matanya makin laju mengalir. Dengan kaki yang masih sakit dan ditambah lagi bila dia langsung tidak mendengar suara lelaki itu yang cuba memujuknya.
"Haneul ah," tubuhnya dipeluk dari belakang.
"Aku tak habis cakap lagi," kata Jaemin.
Lelaki itu memusingkan tubuhnya agar mereka saling berhadapan antara satu sama lain.
"Yaa, janganlah menangis," air mata Haneul terus diusapnya.
"Dengar sini," tangannya memegang kedua pipi Haneul.
"Aku tak nak tunggu kau. Sebab empat tahun tu memang tempoh yang panjang bagi aku. Dua bulan pun aku tersiksa. Inikan pula empat tahun,"
"So, instead of tunggu kau, aku pilih untuk temankan kau. Aku nak bersama dengan kau sepanjang empat tahun ni," sambungnya lagi.
"Huh?" Haneul menayangkan wajah kelirunya.
"Takdir memang sayangkan kita kut. Appa aku dapat offer untuk uruskan brach company dia yang baru buka kat Kanada. Walaupun aku tak sure tempat yang sama dengan family kau atau tak, but still, kita boleh ke kolej yang sama,"
"Be-betul ke?" soal Haneul tidak percaya.
"Buat apa nak tipu?" pipi Haneul dicubit manja.
Haneul akhirnya mampu tersenyum.
"Jahat kan? Saje je buat aku sedih tadi," pinggang Jaemin dicubitnya.
"Saje nak tengok kau sedih. Tak sangka, sayang betul eh dekat aku," usiknya.
"Gila tak sayang boyfriend sendiri,"
"Eh? Apa tadi? Boyfriend? So, kita dah official lah ni?" pinggang Haneul dipeluk.
"Tak nak ke jadi boyfriend aku?"
"Gila tak nak. Mestilah nak," bibir Haneul dicium sekilas.
"Jaemin, Younghoon Oppa balik lambat malam ni. Nak tak-,"
"Haneul ah, kita muda lagi lah. Takkan lah kau sanggup nak serahkan-"
"Kau fikir apa hah?" pinggang Jaemin dicubitnya.
"Oh, bukan kau tengah try nak ajak aku ehem ehem ke?"
"Eei gatal. Aku nak ajak kau pergi makan lah. Lapar tahu tak?" bahu Jaemin ditampar.
"Hish, cakaplah nak makan. Jom, harini aku akan bawa kau ke mana je kau nak pergi. Nak makan apa, cakap je. Okay?"
"Okay sayang!" Haneul terus berlari masuk ke kereta.
"Sayang? Auchh," Jaemin tersenyum gembira.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro