63
"Kau okay Jaemin? Macam tak senang duduk je dari tadi,"
Herin menegur Jaemin. Hari itu mereka mengulang kaji di meja tepi padang. Ingin mengubah angin bak kata Haechan. Dan Haneul tiada bersama mereka hari itu kerana dia ada urusan keluarga.
"Aku-aku ada sesuatu nak tanya korang," Jaemin akhirnya bersuara.
Renjun yang sedang sibuk menulis meletak pennya. Begitu juga dengan yang lain.
"Serius sangat bunyinya. Kenapa?" soal Haechan.
"Haneul. Korang tahu apa sebenarnya yang jadi antara dia dengan Jina?"
"Tch, kau baru sedar sesuatu ke?" soal Herin.
"Yaa, apa maksud kau?" mereka semua memandang Herin.
"Jina. Perempuan tu memang tak guna. Psycho," kutuk Herin.
"Seo Herin, jaga sikit bahasa tu," Jeno menegur.
"Korang tahu tak, Junkyu jatuh malam tu sebab dia? Dia nak tolak Haneul, tapi sebab dia kata dia tahu yang Junkyu sakit, dan dia nak Haneul dipersalahkan,"
"Yaa, Seo Herin. Kau janganlah reka cerita sampai macam tu sekali,"
"Kau gila ke Haechan? Ingat aku ada masa nak reka cerita ke?" soal Herin geram.
"Betul ke Herin semua ni? Kenapa Haneul tak cerita pun?" soal Renjun.
"Kenapa? Korang tak ingat waktu video tu tersebar. Semua orang pulaukan dia, termasuk kita sekali kena. Haneul tak nak susahkan kita. Dia cuma harapkan kita untuk percaya dekat dia je. Tapi-," Herin tidak menghabiskan ayatnya.
Dia memandang Jaemin tajam.
"Kau! Kau tahu tak Haneul suka kau? Tapi kau lah manusia yang jauhkan diri dari dia! Kau langsung tak nak dengar penjelasan dia. Kau percaya sangat Jina tu. Dia tu dah lah fake, acah innocent, attention seeker, psycho-,"
"Yaa, dah-dah. Berhenti dulu," Jeno menenangkan Herin.
"Tapi, kau ada bukti ke Herin?" soal Jaemin.
"Yaa, kau-,"
"Korang,"
Herin tidak jadi ingin memarahi Jaemin lagi. Mereka berlima memandang Yeji yang tiba-tiba muncul di situ.
"Eh Yeji annyeong," Haechan tersenyum lebar.
Yang lain hanya memerhati.
"Sorry sebab tiba-tiba menyibuk waktu korang tengah macam ni. Tapi, aku ada sesuatu nak tunjuk. Rasanya semua orang patut tahu," Yeji mengeluarkan telefon bimbitnya.
Dia membuka satu video lalu diletakkan di tengah-tengah meja mereka.
"Kembar awak okay? Dia hampir mati kan malam tu?"
"Kau-,"
"Saya nak tolak awak sebenarnya. Sebab awak buat Jaemin nampak cemburu bila Renjun layan awak macam puteri malam tu. Tapi, saya macam pernah terdengar cerita yang kembar awak tu ada masalah jantung. Saya tolak dia perlahan je. Dan dia memang lembik. Terus jatuh bila saya terlanggar bahu dia,"
"Oh Jina!"
"Wae? Saya dengar awak kena tampar dengan Omma awak malam tu. Mesti sakit kan? Kesiannya,"
"Kenapa? Kenapa kau buat Junkyu macam tu?"
"Sebab awak! Sebab dia kembar awak! Saya nak awak rasa tersiksa! Tapi sayangnya dia hidup lagi. Mungkin kalau Jaemin tak selamatkan dia, dia dah-,"
"Tak guna!" Jeno menghentikan video tersebut.
"Yeji, macam mana kau boleh ada video ni?" soal Renjun.
"Ah, aku bertugas bersihkan kelas dengan Haneul waktu tu. Waktu aku nak pergi buang sampah, aku nampak diorang. Jadi aku ikut dan curi-curi rakam. Aku nak tunjuk pada korang lebih awal, tapi phone aku tiba-tiba rosak. Ni pun kira memang nasib baik sebab aku boleh recover video ni semula," terang Yeji.
"Boleh hantar video tu pada aku?" soal Jaemin.
Yeji mengangguk dan mula menghantar video itu pada Jaemin.
"Aku nak cari Jina," Jaemin bangun dan mengemas barangnya.
"Kau nak buat apa?" soal Haechan.
Jaemin tidak menjawab sebaliknya dia terus meninggalkan mereka.
"Yaa! Chan, Jeno dia tengah marah tu. Kita kena ikut dia," kata Renjun.
"Pergilah ikut dia," arah Herin.
Mereka bertiga kemudian bangun dan terus mengejar Jaemin.
Dah sedia nak tengok kehancuran Oh Jina???
😏😏😏
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro