59
Haneul menarik nafas dan melepaskannya perlahan. Tangannya menolak juga pintu kediamannya itu. Masuk sahaja, rumahnya sunyi seperti biasa.
Baru sahaja dia ingin melangkah untuk ke tangga, Puan Kim muncul dari dapur dengan dulang berisi makanan. Sudah pastinya buat Junkyu yang tidak sihat di atas.
"Haneul," Puan Kim memanggilnya.
Dulang tadi diletakkan di almari tepi tangga sebelum dia menghampiri anak perempuan tunggalnya itu.
"Nak breakfast tak? Omma ada masakkan nasi goreng kegemaran Haneul," soal Puan Kim sambil menyentuh lengannya.
"Haneul dah makan tadi," balas Haneul pendek.
Jujur, dia masih lagi berjauh hati dengan ibunya.
"Haneul naik dulu," dia meminta diri.
"Junkyu," langkah kakinya terhenti.
"Doktor kata masa Junkyu mungkin tak lama. Jantung dia dah makin lemah. Mungkin dia takkan bertahan lama," suara sayu Puan Kim kedengaran lagi.
"Omma," Haneul segera berpaling dan mendapatkan ibunya.
"Omma tipu kan?" soalnya.
Puan Kim menggeleng.
"Omma baru dapat tahu dari doktor semalam. Lepas tu, bila Omma balik tengok pula Junkyu sakit perut sebab bubur tu. Omma tak dapat kawal perasaan dan salahkan kamu. Omma minta maaf ya sayang. Baru Omma sedar yang Omma dah lukakan hati kamu," Puan Kim menyentuh pipi Haneul.
"Aniya Omma. Haneul yang kena minta maaf sebab tinggikan suara pada Omma. Haneul ada masalah sikit kat sekolah, sampai terbawa ke rumah. Mianhei Omma," tubuh Puan Kim dipeluk erat.
Puan Kim mengusap belakang tubuh anak perempuannya itu.
"Omma sayang semua anak-anak Omma,"
"Haneul pun sayang Omma,"
Haneul meleraikan pelukan mereka dan menyeka air matanya.
"Tentang Junkyu tu, takde cara lain ke Omma? Takkan kita nak biarkan je? Haneul tak nak berpisah dengan Junkyu,"
Puan Kim mengusap kepala anaknya itu.
"Satu je cara. Kena buat pembedahan dan rawatan susulan dengan doktor pakar. Tapi-,"
"Tapi apa Omma? Bukan masalah duit kan? Duit mendiang Appa haritu masih banyak kan? Haneul dengan Younghoon Oppa pun ada simpanan dari kami kecil. Haneul boleh keluarkan dan bagi pada Omma,"
Puan Kim menggeleng.
"Bukan masalah duit sayang. Masalahnya doktor pakar untuk penyakit Junkyu tu takde kat sini,"
"Habis tu, macam mana?" soal Haneul.
"Pihak hospital tengah cuba carikan doktor yang terbaik untuk Junkyu. Haraboji pun akan tolong. Kamu jangan risau sangat,"
Haneul akhirnya mengangguk lega.
"Makanan untuk Junkyu?" dia menunjuk ke arah dulang tadi.
Puan Kim mengangguk.
"Boleh Haneul yang hantarkan?"
"Boleh, pergilah. Omma nak kemas dapur sekejap," bahu Haneul diusapnya.
Haneul mencapai dulang tersebut dan naik ke bilik Junkyu. Sementara Puan Kim, dia kembali ke dapur.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro