Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

57

"Jaemin,"

Haneul berhenti melangkah bila mereka kini sudah berdiri di hadapan sebuah rumah dua tingkat.

"Takpe. Jangan takut, aku dah bagitahu parents aku," tangan Haneul digenggam erat.

Haneul akur dan hanya mengikut langkah lelaki itu. Jaemin memasukkan kod di pintu rumahnya dan dengan sekelip mata ianya terbuka. Dan dia ditarik masuk.

"Na," seorang wanita lingkungan usia Puan Kim muncul.

"Omma," Jaemin mencium pipi wanita yang merupakan ibunya itu.

"Jadi ni kawan kamu tu?" Puan Na menghampiri Haneul.

"Annyeonghaseyo Aunty," Haneul menunduk hormat pada wanita itu.

"Cantik. Betul ke kawan je ni?" soal Puan Na sambil mengusap rambut Haneul.

"Kawan apa tangan tak lepas dari tadi," satu suara lain pula menyampuk dari arah tangga.

"Appa!"

Haneul yang baru perasan tangannya masih digenggam, segera menariknya.

"Nama apa?" soal Tuan Na.

"Haneul. Kim Haneul," ujarnya.

"Baju kamu basah. Teruk betul kamu ni Na. Bawa anak dara orang redah hujan," Tuan Na menggelengkan kepalanya.

"Na lupa bawa payung," Jaemin tersengih.

"Dah, kamu berdua pergi naik mandi. Nanti demam. Haneul jom, Aunty bawa kamu," tangan Haneul ditarik ke tingkat atas.

Sebuah bilik yang berada di hujung sebelah kiri dibuka pintunya. Lampu dibuka dan seluruh bilik menjadi terang. Haneul melihat bilik yang cantik dihias itu.

Puan Na kemudiannya ke almari yang berada di sudut bilik. Dia kemudian mengeluarkan sepasang pijama bewarna merah jambu dan tuala.

"Pergilah mandi. Nanti Aunty suruh Jaemin panggil kamu makan,"

"Arraseo. Gomawo sebab tumpangkan saya kat sini," Haneul menunduk hormat.

"Kamu kawan Jaemin. Apalah sangat setakat bagi tumpang bermalam," kepala Haneul diusap.

"Aunty keluar dulu ya,"

Puan Na menutup pintu bilik tersebut. Haneul kemudiannya menanggalkan beg sekolahnya dan diletakkan di tepi katil.

Dia kemudian berjalan mengelilingi bilik yang berlatarkan warna merah jambu itu. Sehingga dia berdiri di hadapan meja solek. Wajahnya diperhatikan.

"Buruknya kau bila lepas menangis Kim Haneul," dia menggelengkan kepalanya.

Tiba-tiba matanya tertumpu pada bibirnya sendiri di dalam pantulan cermin. Tangannya naik menyentuh bibir itu. Bibir yang telah disentuh oleh bibir milik Jaemin kira-kira sejam yang lalu.

Dan semestinya, ianya merupakan sentuhan kali pertama yang pernah dialaminya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro