56
Jaemin melihat skrin telefon bimbitnya. Kemudian dia mendongak memandang langit. Tiada bintang dia atas sana menandakan yang malam itu mungkin akan hujan.
Dia kembali melangkah melepasi perhentian bas itu untuk ke destinasinya.
"Haneul? Dia dah berhenti. Semalam hari terakhir dia kat sini. Dia lupa bagitahu kamu kut. Ya lah, kamu pun dah lama tak datang sini,"
Kata-kata pekerja kafe tempat Haneul bekerja tadilah yang membuatkan dia kini sedang berjalan untuk ke seberang sana. Kedai serbaneka yang gelap kerana ditutup untuk proses pengubahsuaian itu tidak menghalangnya dari terus ke sana.
Saat kakinya berhenti betul-betul di hadapan kedai itu, dia mendengar satu suara. Suara esakan seseorang. Seseorang yang sedang duduk dengan wajah yang disembamkan ke lututnya.
"Kim Haneul," nama itu meniti di bibirnya bila melihat rantai kunci yang tergantung pada beg sekolah orang itu.
"Jaemin?"
Haneul mengangkat wajahnya dan air matanya masih tidak berhenti mengalir.
"Gwaenchanha? Apa yang jadi?" soalnya sambil menghampiri gadis itu.
"Kau tengah bercakap dengan aku? Selepas sebulan, aku boleh dengar suara kau?" Haneul ketawa di dalam tangisannya.
"Yaa-,"
"Jaemin ah, aku rasa nak mati sekarang. Semua orang benci aku. Omma, omma dengan Younghoon Oppa-," bicara Haneul nampak jelas tidak teratur.
"Bangun Haneul," Jaemin menarik gadis itu agar bangun.
"Junkyu. Dia asyik sakit sebab aku. Aku ni kembar yang tak guna sangat. Aku tak boleh diharap untuk jaga dia. Kat sekolah pun, aku budak jahat. Semua orang benci aku,"
"Haneul, stop,"
Jaemin risau melihat keadaan gadis itu. Haneul nampak sangat tidak okay di matanya. Macam orang mabuk pun ada.
"Kau-kau pun dah benci aku," air mata Haneul mengalir makin laju.
"Kau janji nak teman aku, nak jadi kawan aku. Tapi, kau pun jauhkan diri dari aku. Aku tak tahu kenapa aku yang kena lalui semua ni? Kenapa?"
"Haneul. Dah, stop. Kau penat ni. Sebab tu kau fikir bukan-bukan. Takde siapa yang benci kau," Jaemin memegang kedua bahu Haneul.
"Jom, aku hantar kau balik,"
Haneul menggeleng.
"Aku tak nak balik. Aku tak sanggup nak-,"
"Hari nak hujan Haneul. Nanti kau-,"
"Pergi. Pergi Jaemin ah," ujar Haneul perlahan dalam esakannya.
"Haneul, janganlah macam ni. Aku temankan-,"
"Aku suka kau Jaemin. Aku tahu ni bukan masa yang sesuai. Tapi aku kena bagitahu kau. Supaya kau boleh berhenti layan aku macam ni. Berhenti pura-pura yang kau ambil berat tentang aku sedangkan kau takde perasaan pada aku. Pergi, Jaemin,"
"Hujan,"
Jaemin terus menarik Haneul ke kawasan kaki lima kedai untuk berteduh.
"Pergi Jaemin ah," Haneul bersuara lagi sambil menunduk.
Tangannya yang masih dipegang Jaemin ditarik perlahan. Tetapi hujung jarinya tiba-tiba digenggam erat lelaki itu.
"Haneul,"
Diam.
"Kim Haneul,"
Jaemin merapatkan kedudukan mereka. Dia memusingkan badan Haneul agar menghadapnya.
"Jaemin please. Jangan buat aku makin susah nak lupakan kau," Haneul akhirnya mengangkat wajahnya.
Pandangan mata basahnya bertemu dengan sepasang mata milik Jaemin. Tangannya digenggam erat oleh Jaemin sebelum lelaki itu menarik sisi wajahnya dan menyatukan bibir mereka.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro