55
"Gomawo Jeno sebab belanja aku sushi, bawa aku keluar and hantar aku balik,"
"Takde hal lah. Kita kan kawan baik,"
Haneul tersenyum.
"Okay. Kau pun, pergilah balik. Kesian Herin menunggu kau,"
"Oh ya, lupa pula aku janji nak lawat dia malam ni. Jangan lupa rehat Neul. Jangan stress-stress lagi," rambut Haneul diusapnya.
"Ya. Sampaikan ucapan get well soon aku pada Herin," Haneul mengangkat tangan ke arah Jeno yang sudah masuk ke dalam kereta keluarganya.
"Okay! Jumpa esok!" Jeno melambai sebelum kereta yang dipandu pemandunya itu pergi.
Haneul kemudian terus masuk ke dalam dan mengunci pagar. Masuk sahaja ke rumah, dilihatnya ibunya dan Younghoon sedang berada di ruang tamu.
"Haneul dah balik," dia menghampiri mereka.
Puan Kim yang duduk segera berdiri bila melihatnya.
"Haneul ada beli sushi. Nanti kita makan-,"
Puan Kim menepis plastik yang ditunjukkan anaknya itu.
"Om-omma. Wae?" soal Haneul terkejut.
"Wae? Kamu pergi mana Haneul? Hah? Pergi mana sampai baru balik macam ni? Omma call tak angkat. Text tak reply. Kamu pergi mana?" Puan Kim bercekak pinggang sambil memandangnya tajam.
"Phone Haneul habis bateri. Haneul dengan Jeno pergi mall-,"
"Mall? Kamu pergi mall?"
Haneul mengangguk.
Pang!!!
"Omma!" Younghoon segera memeluk tubuh Puan Kim bagi menjauhkannya dari Haneul.
"Omma wae?" Haneul yang terduduk di lantai itu menyoal sambil memegang pipinya.
"Kamu tahu kan Junkyu tak ke sekolah hari ni? Bubur yang Omma masak tu, sepatutnya kamu balik tengahari kamu panaskan untuk Junkyu. Disebabkan kamu, Junkyu makan bubur basi sampai dia sakit perut!"
"Tapi-,"
"Kamu nak melawan? Bangun Haneul, bangun!" Puan Kim menolak Younghoon dan menarik Haneul bangun.
"Tak cukup kamu buat dia lemas haritu, kali ni kamu nak biar dia keracunan makanan pula?" bahu Haneul digoncang kuat.
"Omma, jangan macam ni," Younghoon menarik ibunya.
"Ah wae?" Haneul ikut menjerit menyebabkan ibu dan abangnya terdiam.
"Wae Omma selalu salahkan Haneul? Semua yang Haneul buat semuanya salah kat mata Omma!"
"Kamu nak kata yang Omma yang salah pula sekarang?" Puan Kim memandang anaknya tajam.
"Ya! Memang salah Omma! Omma tak pernah ambil kisah tentang Haneul! Haneul pun anak Omma juga! Omma tak pernah tahu apa yang jadi pada Haneul. Sekali pun Omma tak pernah datang sekolah untuk ambil report card or waktu perjumpaan parents. Waktu kecoh tentang budak perempuan kena culik dekat kawasan sini dulu, kawan-kawan Haneul yang tinggal area sini semuanya parents diorang jemput dan hantar ke sekolah. Tapi Omma, Omma tak kisah pun. Haneul hampir kena culik pun Omma tak tahu. Apa yang Omma fikir, cuma Junkyu, Junkyu dan Junkyu je!"
"Haneul, Junkyu kan sak-,"
"Habis tu, kalau dia sakit, Haneul ni layak kena layan macam ni ke? Haneul tahu dia sakit, dia perlukan perhatian. Tapi, kenapa sampai abaikan Haneul sampai macam ni? Bubur tu, takkan dia tak boleh nak periksa sendiri dah basi ke belum? Kenapa nak salahkan Haneul?" mata Haneul sudah berair.
Puan Kim kaku di tempatnya.
"Lepas Appa takde, Haneul rasa macam Haneul sorang-sorang. Younghoon Oppa pun jarang balik. Omma asyik dengan Junkyu je. Haneul ni tak layak dapat perhatian orang ke?"
"Haneul ah," Puan Kim cuba memegang tangan Haneul.
Haneul menggelengkan kepalanya dan mengundur.
"Maybe kalau Haneul pun mati waktu kemalangan tu, Omma tak payah susah-susah jaga Haneul lagi. Junkyu pun takkan ada kembar tak berguna macam Haneul,"
"Haneul," Younghoon mencuba pula.
"Haneul memang tak penting pun dalam hidup semua orang,"
Dia terus kembali ke pintu dan berlari keluar.
"Haneul!" Puan Kim ingin mengejarnya namun Younghoon menghalang.
"Omma, biarkan dulu. Younghoon tahu dia perlukan masa untuk bersendirian dulu,"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro