53
Haneul mengendahkan pandangan sinis yang diterimanya saat dia masuk ke dalam koperasi sekolah itu. Dia tahu walupun sudah hampir sebulan perkara itu terjadi, masih ramai pelajar yang membencinya.
Disebabkan Herin demam dan tidak ke sekolah, dia tidak ke kafeteria hari itu. Sebabnya sudah tentulah kerana dia tidak mahu berasa janggal kerana Jaemin selalu makan bersama mereka.
Dia kemudian ke peti sejuk dan mengambil sekotak susu pisang. Saat dia ingin menutup pintu peti tersebut, ada satu tangan merampas susu yang baru diambilnya.
"Untuk aku je lah,"
Haneul menoleh. Kelihatan Kim Sunwoo, pelajar kelas belakang sedang memegang kotak susu miliknya itu.
"Yaa, kau kenapa?" Eric memandang Sunwoo pelik.
"Saje. Kau, ambil yang lain," arahnya pada Haneul.
"Korang tengok-tengok tau, takut dia curi pula air sorok dalam poket," ujar Sunwoo sambil memandang pelajar yang turut berada di situ.
Haneul tersentak dan mulai berasa seperti dirinya terlalu hina di mata pelajar lain.
"Kau buat dia nak menangis," Eric menepuk bahu Sunwoo.
"Oh ya? Ingatkan pencuri takde perasaan. Baru aku ambil susu, belum aku curi apa-apa barang dia," ejek Sunwoo.
Haneul masih diam. Rasa laparnya tadi terus hilang. Dia ingin keluar dari situ.
"Lah, dah tak jadi nak beli," suara Sunwoo kedengaran lagi.
"Ke nak balik kelas dah? Sekarang kan waktu rehat, kelas kosong. Nak pergi curi diari orang lagi ke?"
"Yaa, kau-," Haneul sudah hilang sabar dan memandang Sunwoo tajam.
"Apa?" Sunwoo membalas pandangannya.
"Tch, kau ingat kau kawan dengan budak-budak acah pelajar contoh tu aku takut? Nak-nak lagi si Jaemin tu. Perasan bagus," kata Sunwoo tepat di depan wajahnya.
"Woi, dah lah tu," Eric cuba menarik Sunwoo.
"Kau ni muka je cantik. Tapi perangai buruk. Sama macam kawan-kawan kau tu!" kata Sunwoo lagi.
"Kau cakap apa?"
Semua orang memandang ke arah pelajar yang baru masuk itu termasuk Sunwoo dan Haneul.
"Ni lagi sorang. Ahli kumpulan perasan bagus," kata Sunwoo sinis.
"Kau kenapa? Panas hati dengan kitorang?" soal Jeno.
"Tch, sebab koranglah cikgu-cikgu kat sekolah ni asyik kutuk budak kelas aku," kata Sunwoo.
"Nak buat macam mana. Kau memang teruk. Datang sekolah, buli orang. Bukan nak belajar," balas Jeno juga dalam nada penuh sinis.
"Aku membuli budak yang layak kena buli. At least aku tak mencuri macam kawan kau ni," kepala Haneul ditolak dengan jarinya.
"Yaa, kau memang tak guna!" Jeno mencekak kolar uniform Sunwoo.
"Jeno, jangan," Haneul menahannya.
"Kalau aku nampak kau kacau atau cakap buruk pasal Haneul lagi, siap kau! Korang pun sama!" dia memberi amaran kepada pelajar yang berada di situ.
"Jom Haneul," tangan Haneul ditarik keluar dari situ.
Sorry kawan-kawan deobi saya. Hehe terpaksa ambil Sunwoo dengan Eric jadi budak nakal😅
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro