52
"Jaemin, terima kasih sebab temankan saya," Jina tersenyum lebar sambil memeluk erat buku di dadanya.
"Sama-sama. Aku balik dulu," ujar Jaemin tanpa sebarang riak di wajahnya.
"Sekejap," Jina menahan lengan Jaemin.
"Awak ingat apa-apa tak bila ada kat bust stop ni?" soal Jina.
Jaemin mengerutkan dahinya sambil memandang sekeliling perhentian bas di bandar itu.
"Takde. Kenapa? Ada apa-apa yang jadi ke kat sini?" soalnya hairan.
Senyuman di bibir Jina sedikit memudar.
"Takde apa lah. Tu, bas dah sampai,"
Jaemin mengangguk dan terus meminta diri. Masuk sahaja ke dalam bas, dia mengimbas kad dan terus ke tempat duduk yang paling belakang.
Telefon bimbitnya dikeluarkan. Ruangan perbualan bersama rakan-rakannya dibuka. Walaupun dia jarang berbunyi di sana, dia tetap akan membaca pesanan-pesanan mereka.
📚📚Study Group📚📚
Seo Herin
Lee Jeno
Hey, kenapa post kat sini?
Lee Haechan
Wah, ni betul-betul tak hormat
orang single ni😤
Seo Herin
Ooops, mianhei.
Saya sengaja🤪
Lee Haechan
@HuangRenjun aku datang rumah
kau sekarang. Jom, kita pergi makan
ais krim.
Huang Renjun
Mianhei Chan. Aku dah kat luar.
Lee Jeno
Poor uri Haechanie~~~
Lee Haechan
Ughh.
@KimHaneul keluar jom.
Seo Herin
Haneul pun busy dating kut.
Tadi aku call dia tak angkat😪
Lee Haechan
With that Saebeom guy?
Lee Jeno
Maybe.
"Saebeom guy?" Jaemin mengetap bibirnya.
Telefon bimbitnya disimpan kembali ke dalam poket jaketnya bila bas yang dinaikinya sampai ke destinasi.
Kakinya melangkah keluar dari bas. Dan matanya terpaku bila melihat Haneul yang sedang berada di situ. Bersama seorang lelaki dan mereka kelihatan mesra sekali. Dia sempat melihat buku tulis yang dipegang lelaki itu. Ada logo Sekolah Tinggi Saebeom di situ.
Dia terus memerhatikan mereka sehingga Haneul memandang ke arahnya dan pandangan mereka bertemu. Jaemin terus melarikan pandangannya dan dia terus melangkah pergi dari situ. Entah kenapa, ada perasaan sakit di hatinya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro