49
"Mana Haneul?"
Jeno memandang Renjun, Herin dan Haechan yang baru muncul tanpa Haneul itu.
"Haneul dah balik. Dia ada date harini," balas Herin.
Jaemin yang sedang menulis, terhenti seketika.
"Date? Dengan siapa? Kenapa aku tak tahu yang Haneul dah ada boyfriend ni?" soal Jeno sedikit tidak puas hati.
"Kesian kau Jeno. Kita tak sekelas. Banyak benda yang kau tak tahu," ujar Haechan mengejek.
"Siapa? Siapa boyfriend dia? Bagitahu lah,"
"Eh, yang beria sangat ni kenapa?" soal Herin.
Renjun dan Haechan sudah ketawa.
"Herin jealous lah tu," kata Renjun.
Jeno tersengih.
"Sorry," dia memegang tangan Herin.
"Dengan budak Sekolah Tinggi Saebeom," Haechan menjawab soalan yang dari tadi ditanya Jeno.
"Wow. Bagusalah tu. At least Haneul dah boleh ceria macam dulu," kata Jeno sambil tersenyum.
"Jaemin, kau okay? Senyap je?" Renjun menegur Jaemin.
"Okay," balas Jaemin sepatah.
"Korang, aku nak ke tandas sekejap," Jaemin berdiri.
Yang lain kemudiannya mengangguk dan dia mula berjalan keluar dari ruang ulang kaji itu.
Sampai sahaja di luar, dia terus ke tandas. Pili sinki di buka dan tangannya ditadah. Wajahnya dibasahkan dengan air.
"Haneul dah balik. Dia ada date harini,"
Kata-kata Herin tadi entah kenapa mengganggu fikirannya.
"Yaa, kau okay?" bahunya ditepuk.
Dia menoleh dan Renjun sedang berdiri di sebelahnya.
"Okay. Aku mengantuk sebab tu basuh muka," jawabnya.
"Kau still tak bercakap dengan Haneul?" Renjun menyoal sambil membetulkan rambutnya di cermin.
"Dah hampir dua minggu. Kenapa?" soal Renjun lagi.
"Aku-,"
"Aku tahu kau kesiankan Jina sebab kau teringatkan Sungkyung. Tapi, kau tak boleh hukum orang sesuka hati tanpa tahu cerita sebenar,"
"Apa maksud kau?" Jaemin menoleh memandang Renjun.
Renjun hanya mengangkat kedua bahunya.
"Aku pergi dulu," dia menepuk bahu Jaemin lagi sebelum melangkah keluar dari tandas.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro