45
"Nah,"
Herin menyambut huluran tin minuman dari Jeno itu. Mereka berdua kini sedang duduk di tangga tepi padang pada waktu rehat.
"Senyumlah sikit," tegur Jeno.
Herin menggeleng perlahan.
"Macam mana nak senyum kalau tengok Haneul macam tu? Dia nampak teruk sangat," kata Herin sambil menunduk.
Haneul datang ke sekolah dengan mata yang jelas sekali bengkak akibat menangis. Tiada satu perkataan pun yang keluar dari mulut sahabat mereka itu. Jika ditanya pun, hanya dibalas dengan gelengan dan anggukan.
"Dia perlukan masa. Kita biarkan dia sekejap. Nanti dia dah okay sikit, baru kita cuba bercakap dengan dia. Okay?"
"Siapalah yang tolak Junkyu?" Herin mengeluh perlahan.
"Kenapa fikir macam tu?" soal Jeno.
"Habis tu? Takkan Junkyu tiba-tiba jatuh sendiri? Macam tak logik,"
"Semalam kan ramai orang. Mungkin dia salah langkah or ada yang tak perasan sampai terlanggar dia. Kita cuba fikir positif je lah," tangan Herin digenggam.
"Tapi-,"
"Dah. Jangan fikir bukan-bukan lagi,"
"Tolong," Herin menghulurkan tin minuman tadi.
Jeno tersenyum dan menyambutnya. Setelah membukanya, tin tersebut dihulurkan kembali.
"Hmm Jaemin dah jadi pendiam semula macam dulu. Kenapa eh?" soal Herin usai menyisip minumannya.
"Lepas video Haneul tu tersebar, dia jadi lain," sambung Herin lagi.
Jeno mengetap bibirnya.
"Mungkin dia ada masalah," katanya.
"Masalah? Tapi Yiren cakap dia okay je dalam kelas. Lepas tu sekarang ni, bila aktiviti dalam lab je mesti korang berdua akan tarik dia masuk group korang. Kenapa eh?"
"Dia kan takde kawan sangat. Kebetulan group lain semua penuh," jawab Jeno.
Herin hanya mengangguk.
"Rehat dah nak habis. Minum cepat,"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro